Friday, December 31, 2010

PERJALANAN KE MADINAH

Kami kumpulan yang menaiki KT 57 diminta oleh Petugas TH untuk melakukan Tawaf Wida’ pada 3.00 pagi (sebelum solat subuh) kerana dimaklumkan bas akan bergerak ke Madinah jam 7.00 pagi. Saya dan isteri menaiki bas No 4 bersama 43 penumpang lain. Jangkaan untuk bas bergerak telah terlewat dan bergerak jam 9.00 pagi. Saya hanya beristifar semoga Allah s.w.t mengampunkan dosa ku dan penumpang-penumpang lain. Alhamdulillah bas bergerak dengan lancar. Kira-kira 200km bas bergerak tiba-tiba tayar belakang bas meletup dan menyebabkan bas agak hilang kawalan dan menuju ke tepi jalan. Tak lama kemudian bantuan sampai untuk menukar tayar bas. Alhamdulillah tayar bas telah di tukar dan bas mula bergerak. Tidak berapa jauh bas bergerak, pemandu bas memberhentikan bas dengan membawa sebaldi air turun dari bas menuju ke belakang bas. Kami mendapat makluman engin bas panas. Kemudian bas bergerak dan sekali lagi bas berhenti, kami lihat di tepi jalan banyak monyet sedang menghampiri bas, pemandu bas tidak jadi turun bas tapi mengerakkan bas beberapa km dan berhenti untuk menambah air lagi. Bas bergerak dan berhenti beberapa kali. Sehingga sampai tempat rehat bas singgah disitu kemudian bantuan sampai untuk membaiki bas. Tidak sampai satu jam bas telah dibaiki. Bas bergerak ke Madinah dan sampai kira-kira 7.00 malam. Dalam pemerhatian saya penumpang bas sangat tenang dan tidak menunjukkan keresahan. Saya berdoa agar Allah s.w.t memasukkan dalam gulungan mereka yang telah mendapat haji Mabrur.

Wednesday, December 22, 2010

PENGEMBARAAN INTELEK BAB 9

KESERONOKAN DI MASJID ALHARAM
Sebelum ke Tanah Suci saya mula menanamkan dalam diriku dengan sifat yang baik dan positif terhadap diri dan persekitaran. Saya memahami suasana di Tanah Suci akan menguji saya kerana saya akan mengalami perkara-perkara yang menyebabkan saya marah, bimbang dan bingnong.
Semasa saya di Masjid AlHaram apabila ingin mencari tempat solat, ada wanita yang solat bersebelahan suaminya dalam jemaah lelaki maka saya terfikir berkenaan haram wanita bersebelah lelaki lain atau merosakan saf. Saya merasa binbang. Maka saya mengambil tindakan mendekati suaminya dan berkenalan dan menyatakan saya dari Malaysia. Kemudian menjelaskan bahawa wanita tidak boleh solat bersama dalam jemaah lelaki, tapi mereka tidak perduli. Maka syaitan telah menuangkan minyak kepada kemarahan saya. Cepat-cepat saya beristifar dan berkata dengan diri saya” Kasihan mereka kerana mungkin mereka bimbang dan takut terpisah diantara mereka” dan saya memohon keampunan kepada Allah s.w.t untuk diriku dan mereka.
Semasa duduk menunggu masuk waktu solat adakala saya dipegang kepala, dilangkah, disepak lutut kerana mereka ingin menuju kehadapan. Saya merasa marah. Cepat-cepat saya beristifar dan berkata pada diri “ Ya Allah, mungkin perkara ini engkau kena pada ku tidak pada orang lain kerana memberi saya kesempatan untuk melatih supaya Sabar”
Apabila saya memandang kaabah saya melihat orang melakukan perkara-perkara melampau seperti mencium dinding kaabah, melekapkan dada ke dinding kaabah, mengosok dinding kaabah dengan kain dan pelbagai lagi. Maka saya beranggapan mereka telah melampau dan telah melakukan perkara yang tidak disuruh oleh Islam, kesimpulahnya mereka telah SALAH. Cepat-cepat saya beristifar kepada Allah s.w.t dan saya berkata pada diriku “Mereka terlalu rindu dan cintanya kepada Allah maka mereka berbuat demikian seperti tindakan seorang ibu kehilangan anak yang disayangi, akan mencium apa sahaja barang kepunyaan anak seperti baju, anak patung, mainan dan lain-lain.”
Banyak perkara yang berlaku di dalam Masjid AlHaram yang tidak bersesuaian dengan pertimbangan akal saya tapi cepat-cepat saya beristifar dan berfikir secara positif.
Alhamdulillah saya merasa tenang dan merasa damai apabila ke Masjid AlHaram. Inilah sebahagian 100,000 kelebihan pahala yang Allah s.w.t berikan kepada mereka yang solat di Masjid AlHaram.

Tuesday, December 14, 2010

PERBELANJAAN DI MEKAH

Perbelanjaan untuk sarapan pagi di Mekah dengan membeli makanan seperti mee hoon, mee goreng, nasi lemak, kueh sebungkus SR 2. (di kantin dalam bangunan Maktab)
Minuman botol seperti air mangga SR2, air asam jawa SR2, Susu masam RM5
Bahan minuman pagi seperti gula SR5, susu pekat SR7, air 5 liter untuk di masak SR5
Bahan tambahan untuk makan tengahari atau malam beli sambal belacan SR5, ikan masin SR5
Bahan lain seperti biskut, kacang, kek
Anggaran sehari untuk makan minum SR15.
Perbelanjaan mendobi pakaian sehelai pakaian antara SR5 –SR6.
Barang untuk keperluan seperti pisau lipat SR5, pinggan SR5, Kole SR 5, tali SR5, sabun basuh kain sekotak SR 2.

Monday, December 13, 2010

BAKAL HAJI UZUR

Dalam pemerhatian saya bakal haji uzur atas sebab kesihatan, fizikal atau warga emas akan menghadapi keadaan tertentu semasa berada di Mekah sebelum Wukuf, Arafah, Mudzlifah dan di Mina. Di Madinah tidak banyak keadaan yang menyulitkan.
Tabung Haji akan memberikan kesempatan bagi bakal haji uzur untuk membenarkan seorang pengiring pergi bersama bakal haji supaya mereka dapat membantu bakal haji yang uzur. Bagi pengiring yang buat pertama kali menunaikan haji akan menghadapi permasalah untuk memberi bantuan 100%. Sebagai contoh jika bakal haji uzur tidak mampu ke masjid maka pengiring merasakan mereka ingin mengambil kesempatan solat di Masjid Al Haram dengan beranggapan bakal haji uzur tidak menghadapi masalah di hotel. Apa yang sebenarnya berlaku ialah meraka akan menghadapi masalah dan orang lain juga akan menghadapi masalah. Masalah yang dihadapi oleh bakal haji uzur ialah tekanan perasaan dengan bersikap murung dan berdiam diri kerana merasakan dirinya dibiarkan. Orang lain yang melihat akan timbul kasihan dan akan membuat andaian pelbagai antaranya akan berfikir kenapa anak membiarkan ayah/ibu menunai haji seorang diri. Ini adalah sebahagian permasalahan yang dinyatakan.
Bukan tiada pengiring yang sanggup menolak kerusi roda membawa bakal haji yang uzur ke masjid tapi tidak ramai itupun mereka yang telah menunaikan haji bukan kali pertama atau kaitan anak beranak yang sangat rapat kasih sayang diantara mereka.
Bagi bakal haji yang uzur yang tiada pengiring atau pengiring yang tidak dapat membetikan bantuan maka semasa mereka di Mekah hanya solat diruang yang ada mendirikan solat di hotel sahaja. Hanya pergi ke masjid Al Haram sekali semasa menyelesaikan ibadat Umrah wajib deng mengupah orang melolak kerusi roda ke masjid, tawaf dan saie.
Semasa hendak menaiki bas untuk ke Arafah, Mudzlifah dan Mina tidak dapat bergerak cergas dengan membawa beg dan mengharap simpati orang lain atau kesempatan petugas TH atau Muassasah membantu. Bagitu juga urusan seharian di Arafah, Mudzlifah dan Mina untuk ke tandas. Urusan melontar di Mina siapa yang akan melaksanakan lontaran dan ada yang ditipu kerana ada orang sanggup dan meminta wang upah tapi tidak muncul setelah habis tempoh melontar.
Apa yang ingin dinyataka ialah bakal haji uzur akan menghadapi banyak masalah yang tidak dapat dinayatan kesemuanya. Hanya ingatan kepada pengiring bakal haji uzur pada tahun berikutnya kenalah ingat tanggungjawab ini sangat berat dan akan dipersoalkan oleh Allah s.w.t

Sunday, December 12, 2010

PENGALAMAN DI MEKAH

Semasa berada di Mekah sebelum Wukuf bakal haji sentiasa berazam dan berlumba-lumba untuk melakukan ibadat kepada Allah s.w.t samada Tawaf Sunat, Iqtikaf di Masjid Al Haram dengan solat sunat, membaca Al Quran, berzikir, melihat Kaabah dan berdoa, Umrah sunat. Waktu solat Zuhor, Asar, Magrib dan Ishak sangat dekat di antara satu sama lain. Jarak masa 3 jam lebih antara wakt tersebut. Kebiasaannya ramai bakal haji tidak balik ke hotel pada 4 waktu tersebut atau Zuhor hingga Asar atau Magrib hingga Ishak meraka balik kerana balik ke hotel untuk makan tengahari atau makan malam. Suhu pada siang hari sangat tinggi berbanding suhu di Malaysia.Jarak perjalanan dengan berjalan kaki ialah 800 meter dan masa kira-kira 10 hingga 20 minit untuk pergi tapi balik lebih lagi kerana sesak dengan orang ramai serentak keluar masjid. Ada yang tiap-tiap waktu pergi berjalan ke masjid dan apabila balik ke hotel berehat atau tidor. Waktu agak panjang ialah Subuh hingga Zuhor dan Ishak hingga Subuh. Waktu lepas suboh bakal haji akan mendengar Ceramah sebanyak 6 kali waktu lepas Ishak ada yang melakukan Umrah sunat atau berjalan-jalan disekitar Mekah.
Masa untuk ke masjid hendaklah lebih awal iaitu ½ jam sebelum azan hendaklah mendapatkan tempat dalam masjid, jika lewat memang susah untuk mencari tempat kerana jalan menuju ke dalam masjid telah dihalang oleh mereka yang mengambil tempat di kawasan laluan atau bagi jemaah lelaki susah untuk mendapat tempat yang tiada wanita dihadapannya atau kawasan untuk jemaah lelaki. Jemaah ramai yang batuk berkahak dan meludah dalam tong sampah yang kecil dalam masjid. Untuk keselesaan jemaah yang akan datang hendaklan membawa plastic kecil dan kertas tissue untuk meludah.
Dalam masjid ramai jemaah wanita akan mengambil mana-mana sahaja tempat yang ada untuk mendirikan solat tidak kira disebelahnya ada orang lelaki. Terdapat ada jemah wanita Malaysia juga terikut-ikut apa yang dilakukan oleh jemaah wanita Negara lain. Mereka akan duduk bersebelahan dengan suami mereka apabila solat, bercampur dengan lelaki lain.
Ada jemaah solat di tempat laluan dan apabila selesai solat terus duduk dan berdoa dengan lama, solat sunat atau berbual dengan kawan-kawan, tidak perduli orang ramai hendak lalu samada hendak keluar atau masuk ke dalam masjid. Bagi jemaah Malaysia pada masa hadapan jika berlaku kepada kita, apabila selesai solat terus bangun dan cari tempat yang sesuai yang tidak menghalang orang lain bagi tujuan solat sunat atau berdoa.

Saturday, December 11, 2010

MASHYAIR

Pada 14 Nov. kami yang menaiki KT57 dijadual ke Arafah selepas Asar tapi bergerak lewat sedikit. Kami diminta menaiki bas melebehi 63 orang penuh sesak dengan alasan perjalanan ke Arafah tidak lama. Sebuah bas mempunyai 45 tempat duduk sahaja. Jemaah tidak bersungut tapi mengikut arahan walaupun mereka mengetahui tambang bas telah dibayar. Apabila sampai Arafah Waktu Magrib telah masuk dan jemaah pergi ke bilik air berhampiran untuk membuang air kecil/besar dan mengambil wuduk tapi air paip tiada. Maklumat yang diterima paip besar yang menyalurkan air telah pecah dan sedang dibaiki. Kami solat Jamak Tamam Takdim Magrib dan Ishak. Setelah solat kami masuk ke khemah dan menyusun satu tiang khemah 12 orang. Susunan dua baris, kaki ke arah tiang khemah. Semasa menunggu waktu wukuf jemaah melakukan ibadat secara bersendirian samada solat sunat, membaca Al Quran, berzikir dan berdoa. Solat waktu dilakukan di Khemah yang di khas sebagai surau. Apabila masuk waktu Zuhor pada 9 Zul Hijah maka kutbah arafah dimulakan kemudian Solat Jamak Takdim Tamam Zuhor dan Asar, bagitu juga Magrib dan Ishak apabila masuk masuk waktu Magrib.
Lepas masuk waktu asar jemaah mula bergerak ke Muzdalifah dengan menaiki bas melebihi 63 orang. Apabila sampai di Mudzlifah jemaah belum solat, mendirikan solat jamak Takdim Tamam Magrib dan Ishak. Jemaah yang telah solah di Arafah mereka mencari tempat rehat dengan membentang tikar, kemudian mencari anak-anak batu. Disunatkan mengutip 7 biji anak batu di Mudzlifah tapi desebabkan lama berada di situ kami mengutip secukupnya bagi melontar pada 10 Zulhijah 7 biji, 11,12 dan 13 Zulhijah 21 biji dan lebihan sedikit.
Apabila melepasi waktu tengah malam 10 Zulhijah jemaah mula menaiki bas seperti pergerakan ke Arafah dan Mudzlifah iaitu menaiki bas penuh sesak melebihi 63 orang. Alhamdulillah saya dan isteri sampai kira-kira melepasi jam satu malam. Kemudian kami berhimpun di hadapan kawasan khemah untuk melontar Jamarah Kubra 10 Zulhijah, apabila mencukupi dalam 200 orang kami mula bergerak ke tempat melontar. Jarak dari khemah ke tempat melontar 2.5km. Kami bergerak dan menuju ke tingkat satu di tempat melontar dan melakukan lontaran. Alhamdulillah saya dan isteri melontar dibahagian hadapan tembok. Melontar hari Tasrik dilakukan pada malam 12 lontaran ke 11 (melontar di Tingkat 3 ), pada malam 13 lontar ke 12 dan selepas solat subuh hari ke 13 melontar untuk ke 13 (lontaran 12 dan 13 di tingkat bawah). Kami berjalan kaki untuk melontar bagi empat hari ialah 40 km.
Pada 13 Zulhijah kami bergerak yang paling akhir dari Mina ke Makkah. Apabila bas sampai tiba-tiba tayar bas bocor dan digantikan dengan bas lain. Pergerakan ke Makkah samgat sesak kerana jalan ditutup kerana jemaah akan melakukan solat Jumaat di Masjid AlHaram.

Friday, December 10, 2010

TANDA HAJI MABRUR

Alhamdulillah para haji dan hajah 1431H ramai yang telah kembali ke Tanah Air. Shukur telah mendapat Haji Mabrur dan tandanya mengekalkan solat berjemaah, solat sunat dan kerap membaca Al Quran seperti semasa berada di Makkah, Arafah, Mudzlifah, Mina dan Madinah. Para haji dan hajah tidak melepaskan masa bagitu sahaja jika di bilik Hotel terus membaca Al Quran sebelum memejamkan mata untuk tidor. Jika di Masjid Al Haram, Arafah, Mudzlifah, Mina dan Masjid Nabi apabila terluang saja masa, solat dan membaca Al Quran.
Sebagai memantapkan lagi kita dengan Al Quran, hendaklah sekurang-kurangnya apabila para haji dan hajah membaca dapat difaham sedikit sebanyak maknanya. Alhamdulillah ada para haji dan hajah yang telah memahami Bahasa Arab tapi bagi para haji dan hajah yang tidak ada asas Bahasa Arab macam mana? Saya ingin mencadangkan para haji dan hajah mendapatkan TAFSIR QUR'AN PER KATA yang menjelaskan makna/tafsir mengikut per kata. Kitab ini juga menjelaskan sebab-sebab turun ayat-ayat tertentu Apabila para haji dan hajah membaca sahaja terus kita memahami apa yang kit abaca. Kemudian para haji dan hajah boleh membuat rujukan dengan AL QURAN DAN TERJEMAHANNYA yang dihadiahkan oleh Kerajaan Arab Saudi semasa para haji dan hajah berada di Lapangan Terbang ketika hendak berlepas balik ke Tanah Suci.

Thursday, December 9, 2010

KEMBALI KE TANAH AIR

Alhamdulillah saya dan isteri telah selamat sampai ke Tanah Air melalui KLIA jam 10 15 malam pada 8 Dis. 2010. Kami berlepas dari Lapangan Terbang Madinah. Kami mula menaiki bas jam 2.30 pagi waktu Madinah dan bergerek jam 4.45 pagi. Masa untuk ke Lapangan Terbang mengambil masa 1/2 jam sahaja. Apabila sampai di Lapangan Terbang kami diminta tunggu dalam bas kerana suhu di luar sangat sejuk. Apabila masuk waktu Subuh kami pergi ke Masjid yang berhampiran untuk Solat. Selepas solat kami beratur untu Chek In dan prosesnya lama. Kira-kira 7.10 pagi proses Chek in selesai. Kami menaiki Pesawat KT57 dan berlepas kira-kira jam 9.25 pagi. Dalam pesawat kami diberi makan sarapan pagi dan makan tengahari.
Saya akan mula bertugas pada hari Isnin 13 Disember 2010.

Friday, November 26, 2010

BERITA DARI MAKKAH

Alhamdullilah saya berada di Makkah, menginap di bangunan Janadriah yang setingginya 15 tingkat.
Bangunan ini menampung melebihi 7,500 jemaah dan petugas haji. Terdapat 3 Maktab iaitu Maktab 72, 73 dan 74, 3 klinik dan Rawatan Kecemasan, Famasi , Kaunter Pengeluaran dan Ibu Pejabat TH Makkah.
Saya dan isteri berada di Maktab 73 dan menginap di bilik berenam di tingkat 9. Keadaan bilik sangat selesa. Diruang legar Tingkat 9 di adakan solat Jemaah bagi mereka yang uzur atau tidak sempat ke Masjidil Haram. Tempat mengambil makan tengahari dan malam juga di tingkat yang sama. Di bangunan ini terdapat Kafteria,menjual cenderamata, minyak atar, buku-buku agama dan Quran, Perkhidmat Dobi dan Penghantaran Barang ke Malaysia.
Jarak dari hotel ke Masjid Al Haram 800 meter. Setiap akan masuk waktu solat, banyak ven menunggu untuk membawa jemaah ke masjid dengan tambang SR1 seorang. Bagi mereka yang uzur perkhidmatan kerusi roda sedia menunggu di hadapan hotel untuk memberi perkhidmatan.

Wednesday, November 3, 2010

BERADA DI MAKKAH

Alhamdullah saya telah berangkat ke Tanah Suci pada 26 Oktober 2010 dengan menaiki
KT 57.
Dalam pesawat kami diberi 2 kali makan. Kami dikehendaki memakai Pakaian Ihram kerana akan masuk ke Makkah bagi tujuan Umrah atau Haji (jika ada).
Semasa sampai di Lapangterbang Antarabangsa King Abdul Aziz. Kami turun dari kapalterbang di lapangan untuk menaiki bas untuk dibawa ke terminal ketibaan.
Semasa di dewan tiba kami digerakan untuk pemeriksaan Imigresen dengan dichop pada pasport, kemudian mengambil beg dan seterusnya x ray beg dan melalui proses tampal stiker maktab dan tampal tiket bas. Ada diantara kami dan termasuk saya dimaklumkan beg kami tidak dibawa dengan pesawat yang kami naiki tapi akan dibawa dengan pesawat berikutnya. Alhamdulillah mereka tidak marah dan menerimanya dengan tenang. Seterusnya kami di pandu oleh perugas TH untuk ke tempat rehat sebelum menaiki bas. Apabila persiapan untuk menaiki bas telah sedia maka kami diminta beratur dua barisan iaitu lelaki satu barisan dan perempuan satu barisan. Pasport diambil oleh Wakil Bersatu semasa pergerakan menaiki bas. Semasa didalam bas kami diberi bungkusan makanan. Perjalanan ke Makkah tidak menghadapi apa-apa masalah.

Sunday, October 24, 2010

BEG JEMAAH HAJI

Bakal haji hendaklah membawa sebuah beg pakaian seorang. Jika bakal haji pergi suami dan isteri, masing-masing hendaklah membawa beg yang berasingan kerana tempat penginapan akan diasingkan mengikut bilik lelaki atau perempuan.
Beg yang dicadangkan berbentuk empat segi. Bentuk tersebut dapat memudahkan beg disusun dalam perut kapalterbang dan bas. Contoh ukuran beg ialah tinggi 68 cm, lebar 46 cm dan sisi 24 cm. Muatan maksimum tidak melebihi 30 kg bagi memgelakan beg tersebut rosak. Jika melebihi 30 kg kemungkinan tangkai, roda dan penarik beg akan tercabut semasa pekerja mengangkat beg kerana terlalu berat. Beg bakal haji hendaklah bermaklumat seperti Nama, Alamat dan No Tel di Malaysia Nombor KT. Maklumat tersebut dapat membantu petugas TH menyerahkan beg tersebut jika dijumpai. Contoh maklumat yang boleh dilakukan dengan membuat tag beg yang dicatatkan maklumat yang diperlukan seperti pada gambar di atas. Stiker bilik di Mekah dan Madinah boleh ditampal pada belakang teg beg tersebut bagi memudahkan petugas mendapat maklumat bilik untuk dihantar beg tersebut ke bilik penginapan bakal haji.

Wednesday, October 20, 2010

MENUNAI FARDU HAJI

Alhamdullilah saya dan isteri akan menunaikan Fardu Haji pada tahun ini. Kami akan melapor diri di Kelana Jaya jam 1.30 pagi 26 Oktober 2010 dan menaiki KT57. Pergerakan dari rumah akan saya lakukan jam 10.30 malam 25 Oktober 2010 bagi memastikan kami sampai 2 jam awal dari waktu lapor diri.
21 Oktober 2010 saya mula bercuti. Saya memohon maaf kepada semua yang melayari blog saya. Saya mengharapkan doa semua agar kami dapat melaksanakan haji dengan sempurna. Insya Allah kembali ke Tanah Air pada 8 Disember 2010 dengan mendapat Haji Mabrur.
Di sini saya ingin menjelaskan catatan PENGEMBARAAN INTELEK adalah catatan pengalaman saya yang saya lalui semasa berada di Tanah Suci pada musim haji yang lalu. Saya mengajak pembaca dan merasai pengalaman tersebut mudahan-mudahan bakal haji dapat pengalaman yang lebih baik dan manis untuk mempertingkatkan keimanan kepada Allah s.w.t. Penjelasan saya nyatakan kerana ada yang menyangka saya telah berada di Tanah Suci semasa saya menyiarkan catatan tersebut.

Tuesday, October 19, 2010

PENGEMBARAAN INTELEK BAB 8

Pada hari ketiga di Madinah, selepas solat subuh saya berkumpul untuk menaiki bas bagi ziarah luar iaitu melawat Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Bukit Uhud, Masjid Tujuh dan akhirnya ke kebun kumra dan Pasar kurma.
Masjid Quba sering dikunjungi oleh Rasullah s.a.w, kadang-kadang dengan menaiki binatang tunggangan dan kadang-kadang berjalan kaki. Kelebihan masjid ini ialah Barangsiapa berwuduk di rumah kediamannya kemudian pergi ke Masjid Quba lalu mengerjakan silat sunat dua rakaat, maka pahalanya adalah seperti pahala orang mengerja Umrah (Diriwayat oleh Ibnu Majah dan Tarmizi) Ya Allah engkau berilah daku kefahaman peranan masjid iaitu membentuk ketakwaan kepada mu.
Masjid Qiblatain ialah Masjid dua kiblat dimana Diriwayatkan Al-Baidhawi dan Yahya, perintah pertukaran kiblat ini turun ketika Rasullah s.a.w bersama beberapa sahabat sedang solat zuhur. Dalam rakaat kedua maka turunlah wahyu Allah s.w.t agar banginda mengubah kiblat ke arah Baitullah di Makkah. Ya Allah engkau jadi menjadi daku hamba mu patuh segala arahan mu.
Bukit Uhud telah berlakunya peperangan yang sengit dan menyebabkan 70 orang tentera Islam telah gugur syahid. Kesemuanya disemadikan berhampiran dengan bukit tersebut. Ya Allah engkau jadilah daku bersungguh mempelajari dan menyampaikan ajaran mu walaupun pelbagai rintangan dan halangan.
Masjid Tujuh dikawasan ini Rasullah dan sahabat mengali parit sepanjang 3km dan lebar 6 meter dan dalam tinggi seorang yang berdiri dengan kedua-dua tanggan diangkat lurus ke atas. Sekarang parit tiada lagi dan Masjid hanya tinggal 5 buah sahaja. Ya Allah jadikan daku hamba mu yang bergerak dalam jemaah bagi segala tindakan mentaati mu.

Sunday, October 17, 2010

PENGEMBARAAN INTELEK BAB 7

Sesampai sahaja masuk Kota Madinah Al Munawarah, saya melihat bangunan-bangunan moden. Maka terfikir semasa Nabi Muhammad s.a.w berhijrah. Pada 8 Rabi’ulawal tahun 1 Hijrah baginda sampai di Quba iaitu kira-kira 10 kilometer jauhnya dari Yatsrib. Nabi berehat 4 hari kemudian mendirikan Masjid, iaitu Masjid Quba yang pertama didirikan dalam sejarah Islam. Pada 12 Rabi’ulawal tahun 1 Hijrah Nabi memasuki Kota Yatsrib. Sejak kemasukan Nabi kota ini, nama Yatsrib berubah nama menjadi Madinatul Nabi ( Kota Nabi) Maka Nabi mengaturkan Sistem Pemerintahan dan ujudlah Piagam Madinah. Di Madinah terlaksananya perundangan Islam dalam segala sudut kehidupan. Ya Allah engkau jadikan lah daku hambamu yang tidak mempertikaikan Undang-undang mu. Amin…………
Kemudian saya sampai ke Hotel tempat penginapan. Di Madinah saya akan berada selama 8 hari, Insya Allah dapatlah saya solat fardu sebanyak 40 waktu. Ya Allah dengan terlaksananya daku solat 40 waktu di Masjid Nabi mu, engkau jauhlah sifat munafik dalam diriku dan jadikan daku cinta untuk solat berjemaah setelah kembali ke Tanah Air.
Selepas solat subuh di Masjid Nabi pada hari kedua, saya kembali ke hotel untuk berkumpul bagi dibawa melawat disekitar Masjid Nabi iaitu menziarahi Makam Nabi Muhammad s.a.w. dan sahabat dan keluarga baginda dengan memberi salam . Maka terasa pada diri ku seolah-olah Nabi masih hidup dan terasa sangat rindu kepada beliau. Hatiku sungguh sayu dan hiba. Selama ini saya hanya mengetahui ajaran Nabi melalui pembelajaran, pembacaan, ceramah dan lain. Hanya Ilmu Yakin tapi sekarang secara Ainun Yakin iaitu saya dapat melihat keujudan Nabi walaupun dengan melihat makamnya. Ya Allah engkau jadikan daku hambamu yang sanggup mempertahankan dan menyampaikan ajaran Nabi Muhammad s.a.w.

Wednesday, October 13, 2010

PENGEMBARAAN INTELEK BAB 6

Perjalanan menaiki bas dari Jedah ke Madinah. Saya telah ditentukan menaiki bas no. 3 dan beg, saya letakan di kawasan bas no. 3. Saya memerhatikan pekerja mengangkat beg masuk dalam perut bas dan ada diangkat di atas bumbung bas. Saya merasa puashati kerana beg saya telah diangkat oleh pekerja dan diletak di atas bumbung bas. Petugas TH membuat panggilan dengan pembesar suara meminta bakal haji menaiki bas. Saya mengikut arahan tersebut dan mengambil tempat duduk yang kosong. Pemandu menuju ke arah tempat duduk pemandu sambil membawa karung berisi pasport penumpang.
Alhamdulillah bas mula bergerak. Semasa dalam perjalanan saya melihat melalui tingkap bas, saya melihat padang pasir dan di sana sini terdapat tompokan-tompokan tumbuhan. Kemudian dilihat beberapa kawan unta sedang berjalan membelahi padang pasir. Kadang-kadang terdapat angin berserta pasir berterbangan melintasi jalan yang dilalui oleh bas yang saya naiki. Terdapat dikiri kanan jalan yang dilalui tersergam gagah bukit-bukit batu.
Saya teringat kisah penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w bagaimana susah dan peritnya beliau. Nabi hanya kadang-kadang menaiki unta dan kadang-kadang berjalan. Perjalanannya melalui padang pasir dan mehadapi angin pasir, panas terik dengan kehausan. Ini lah kesungguhan Nabi mematuhi arahan Allah s.w.t supaya berhijrah ke Madinah. Timbul keinsafan dalam diri saya.
Saya merasakan apa yang saya lalui tidaklah berat dan susah, malahan hanya duduk dalam bas yang berhawa dingin. Ya Allah saya sangat bersukur atas nikmat mu. Ya Allah berilah kekuatan dan kesabaran bagi mematuhi perintah mu dan meninggalkan larangan mu. Amin………….

Tuesday, October 12, 2010

PENGEMBARAAN INTELEK BAB 5

Hari melapor diri di Kompleks Tabung Haji sudah tiba. Waktu melapor diri dirujuk kepada Jadual Penerbangan yang diperolehi dari TH. Saya perlu merancang supaya saya sampai di Kompleks Haji 2 jam sebelum waktu melapor diri. Waktu perjalanan juga diambil kira, seperti jalan sesak dan apa-apa kemungkinan.
Saya dapat maklumat melalui Kursus, apabila sahaja saya sampai di Kompleks Haji saya hendaklah mendaftar di kaunter pendaftaran dan meletakkan beg pakaian di tempat yang disediakan. Setelah itu saya menuju ke khemah yang disediakan untuk berehat dan menunggu untuk melapor diri. Saya akan memberi perhatian jika ada pengemuman yang diudarakan. Pengemuman supaya mengambil Stiker, Lencana dan beg selendang. Saya memastikan telah memakai gelang pengenalan haji, lencana dan buku rekod rawatan disimpan dalam beg selendang. Kemudian saya berehat bersama keluarga di khemah yang disediakan. Dibawah khemah terlalui ramai orang, ada yang sedang makan dengan anak beranak atau keluarga.
Sampai masa untuk lapor diri, saya melalui proses penerimaan Pasport Malaysia Antarabangsa, tiket dan Boarding Pass. Menbawa beg untuk X-Ray dan timbang barang dan mendapat tag barang jika menaiki Penerbangan Mas dan Penerbangan Saudia akan diterima secara berkumpulan. Tujuan tag ini adalah bagi tujuan untuk menuntut beg jika beg hilang. Seterusnya melalui pemeriksaan badan.
Seterusnya saya akan memasuki dewan berlepas dan mendengar taklimat TH. Antara kandungan taklimat ialah memperingkan bakal haji supaya memakai gelang pengenalan haji, lencana, menulis nama pada beg selendang, memeriksa buku rekod rawatan samada lengkap dengan gambar dan mendapat suntikan Meningococcal Quadrivalent Vaccine ACYW 135. Sambil menunggu untuk menaiki bas ke KLIA saya lihat ada perkhidmatan Kaunter BIMB untuk menukar duit Arab, kaunter TH untuk simpanan saat akhir supaya tidak membawa wang tunai yang banyak dan ada kantin untuk makan dan minum.
Alhamdullilah perkara yang dilalui telah saya maklumi terlebih awal dan tiada masalah yang saya hadapi.

Tuesday, October 5, 2010

PERSIAPAN DIRI MENJADI TETAMU ALLAH

Alhamdulillah bakal haji akan menjadi tetamu Allah s.w.t . Apabila disebut tetamu Allah s.w.t ini bermakna kita adalah hamba iaitu hamba Allah s.w.t. Kalau hamba kita tidak boleh menentukan syarat atau meminta sesuka hati kita kepada tuannya. Apa yang diberi, hamba akan menerima sahaja dengan taat. Jika tidak diberi apa-apa, hamba tidak boleh marah atau meninggikan suara mendesak meminta.
Hamba tidak mempunyai apa-apa pangkat, kehormatan, gelaran atau hak istemewa. Hamba adalah hamba. Apabila bakal haji telah memenuhi syarat sebagai hamba kepada Allah s.w.t barulah Allah s.w.t memandangnya dengan kasih sayang dan peliharaannya. Hamba akan merasa gembira apabila tuannya memanggil supaya berada dekatnya, bercakap-cakap dengannya. Hamba gembira jika air yang dituangkan dalam gelas diminum oleh tuannya. Hamba sangat sukacita apabila semua kerjanya tidak menimbulkan kemarahan tuannya.
Apabila bakal haji telah berniat Haji atau Umrah maka mulut akan menyebut talbiah.
"Hambumu datang menyahut panggilanmu Ya Allah
Hambamu datang menyahut panggilanmu
Hambamu datang menyahut panggilanmu
Tuhan yang tiada ada sekutu bagimu
Hambamu datang menyahut panggilanmu
Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah milikmu
Tiada sekutu bagimu"
(gambar di atas semasa di Arafah pada tahun 2007 bersama kawan-kawan)




Monday, October 4, 2010

PAKAIAN IHRAM LELAKI

Dalam pemerhatian saya semasa amali haji pada Kursus Haji Intensif dan Kursus Haji Perdana saya dapati ada bakal haji lelaki yang memakai kain ihram yang tidak kemas kerana terlalu panjang atau besar. Ada yang memakai kain ihram yang kecil dengan badan yang besar.
Apa yang boleh dilakukan ialah kain ihram yang besar atau panjang bolehlah digunting mengikut kesesuaian ukuran badan dan jika berbulu bolehlah dijahit tepi. Jika kain ihram kecil bolehlah dijahit untuk menyambungnya supaya sesuai dengan ukuran badan. Kain ihram boleh dijahit tapi jangan dicantumkan sehingga boleh disarung, itu dilarang. Pemakaian kain ihram hendaklah kemas dan kukuh jangan mudah tercabut atau terpijak dan tidak menyebabkan aurat terdedah kerana bakal haji akan melakukan banyak pergerakan. Mudah-mudahan dengan kekemasan pakaian ihram dapat kesempurnaan pelaksanaan Umrah atau Haji.
Semasa bakal haji berada di Arafah bolehlah menggunakan kain pelekat tapi jangan disarung dan bahagian badan ditutup dengan kain tuala bagi tujuan ke tandas supaya kain ihram tidak terkena najis atau kotoran. Inilah yang dapat saya cadangkan.

Sunday, October 3, 2010

UCAPAN TERIMA KASIH

Saya selaku Pengurus Pentadbiran / Haji dan anggota Tabung Haji Wilalayah Persekutuan ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada bakal haji 1431H yang berurusan dari awal sehingga akhir (3 Oktober 2101) bagi persiapan untuk mengerjakan haji. Kami berusaha untuk memberi perkhidmatan terbaik. THWP mengadakan perkhidmatan pada Sabtu dan Ahad bagi beberapa urusan selain pada hari kerja. Walaubagaimanapun kami merasakan tidak dapat memberi kepuasan kepada semua bakal haji. Oleh itu kami memohon maaf. Saya mengalukan cadangan dan pandangan membina bagi melakukan penambahbaikan yang berterusan.
Jika ada bakal haji yang masih belum lengkap berurusan berkaitan haji sila berurusan pada hari berkerja biasa. Ada bakal haji masih belum mendapat tahu penerbangan haji, sila hubungi THCC 03 6207 1919 dan jika dimaklumkan telah ada , bolehlah dapat surat Jadual Penerbangan di Pejabat TH berhampiran. Bagi bakal haji yang masih belum menerima gelang pengenalan haji, jika tidak dihubungi oleh TH sehingga tarikh melapor diri, sila maklumkan semasa melapor diri di stesen berlepas.
Penerbang Haji tidak beberapa hari lagi maka saya tidak henti-henti mendoakan bakal haji Mendapat Haji Mabrur.

Tuesday, September 28, 2010

URUSAN TERAKHIR BAKAL HAJI DI THWP

Pada 28 September 2010 THWP telah pos surat panggilan kepada bakal haji Terpilih dibawah pengurusannya untuk mengambil beg galas ( 5 kg ) dan barang-barang hadiah yang disumbangkan oleh Sahabat Koporat pada 2 atau 3 Oktober 2010. Jika bakal haji Terpilih tidak menerima surat panggilan atau tidak berkesempatan untuk datang pada hari tersebut maka bolehlah dating ke Pejabat THWP bermula 5 Oktober 2010 (Selasa) pada waktu pejabat.
Bakal haji yang masih belum membuat penyemakan Buku Rekod Kesihatan dan belum menyerahkan Pasport Malaysia Antarabangsa boleh juga dilakukan pada hari tersebut. Jika ada bakal haji yang masih belum menerima gelang pengenalan Haji, buku-buku rujukan dan pelekat telekong boleh mendapatnya.
Jika semasa datang pada hari tersebut masih tiada Gelang Pengenalan Haji (GPH) maka bakal haji akan menerima di tempat berlepas.
Perkhidmatan Suntikan Tambahan boleh didapati pada hari tersebut dengan bayaran RM150.00 bagi 2 suntikan.
Saya dan anggota THWP mengucapkan Selamat Berangkat dan Selamat Kembali kepada bakal haji Semoga Mendapat Haji Mabrur. Amin………….

Wednesday, September 22, 2010

SIMULASI KURSUS HAJI PERDANA

Selamat menjalani Kursus Haji Perdana 1431 H anjuran Tabung Haji Wilayah Persekutuan pada Sabtu dan Ahad ini (25 dan 26 September 2010) kepada bakal haji Terpilih. Pada 25 September 2010 jam 2.00 petang peserta kursus mula mendaftar di kaunter yang disediakan mengikut jantina. Kaunter Lelaki dan Perempuan disediakan. Semasa pendaftaran peserta kursus hendaklah melengkapkan slip kehadiran dan menyerahkan slip di kaunter pendaftaran. Petugas TH akan menyerahkan lencana maktab mengikut yang tercatat pada surat panggilan. Jika tiada tercatat pada surat, mereka akan diberi lencana yang telah tersediakan.
Setelah mendaftar peserta diminta ke tempat yang disediakan mengikut maktab. Seterus mengambil minuman petang. Kemudian peserta kursus menukar pakaian Ihram dan bersedia di dewan solat untuk mendengar Taklimat pada 3.00 petang. Kandungan Taklimat adalah seperti berikut:
Semulasi Pertama:
Semasa peserta kursus sampai ke Masjid, anggaplah peserta baru sampai ke Makkah dari Jeddah atau Madinah dan terus ke tempat penginapan di Makkah. Lepas Solat Asar di dewan solat, anggaplah peserta kursus berada di hotel dan kemudian pergi ke Masjidil Haram untuk Tawaf Umrah 7 keliling dan seterus ke tempat Saie untuk Saie Umrah 7 kali. Kemudian anggaplah peserta kursus telah bercukur atau bergunting. Maka selesailah kerja Umrah. Semulasi ini adalah bagi Haji Tamattu’ kerana mengerjakan Umrah dahulu dalam bulan-bulan haji dan mengerjakan Haji dalam tahun yang sama.
Simulasi Kedua:
Selepas solat Isyak di adakan Ceramah Motivasi Haji di dewan solat, anggaplah peserta berada di Arafah dalam berpakaian Ihram (selepas selesai Umrah pada siang hari jangan tukar pakaian Ihram yang dipakai) kemudian menuju ke satu tempat, anggaplah Muzdalifah kemudian bergerak ke satu tempat lain anggaplah Mina kemudian ke tempat melontar dan melakukan lontaran Jamarah Kubra, lontaran hari ke 10 Zulhijah. Setelah melontar hari ke 10 Zulhijah balik ke kemah di Mina. Anggaplah selepas melontar Jamrah Kubra peserta kursus telah bergunting atau bercukur dan telah menukar pakaian biasa di kemah di Mina (Tahlul Awal ) Kemudian bergerak ke tempat melontar bagi melontar ke tiga-tiga jamrah (Sugra, Wusta dan Kubra) pada hari 11 Zulhijah. Semasa simulasi ini lontaran hari ke 12 dan 13 Zulhijah tidak dilakukan (Suasana sebenar perlu melontar pada hari 12 dan 13 Zulhijah. ) Setelah selesai simulasi melontar peserta kursus boleh menukar pakaian biasa dan seterusnya berehat. Jika ingin beriktikaf dalam masjid dan solat tahajud boleh dilakukan secara bersendirian.
Simulasi Ketiga:
Selepas solat subuh di dewan solat, anggaplah peserta kursus berada di hotel dan kemudian menuju ke Masjidil Haram untuk Tawaf Rukun Haji dan Saie Haji dalam berpakaian biasa. Apabila selesai peserta bolehlah mendapatkan sarapan pagi dan kemudian masuk dalam dewan solat untuk mendengar rumusan akhir dari Ketua Fasilitator , Ucapan penutup dari Pengarah Tabung Haji WP dan Doa Perdana.
Pergerakan semasa simulasi mengikut Maktab dan dibantu oleh Guru Agama dan petugas TH.

Saturday, September 18, 2010

RAYUAN DAN STANDBY

TH telah membuat pertimbangan kepada mereka yang merayu dan Standby. Memandangkan mereka yang merayu dan standby terlalu ramai tapi peruntukan yang terhad maka bagi mereka yang masih dalam keadaan merayu dan Standby sehingga hari ini adalah Tidak Berjaya untuk menunaikan Haji pada tahun 1431H. THWP akan poskan surat makluman kepada mereka yang Standby Tidak Berjaya pada 20 September 2010. Mereka yang merayu telah ditentukan tidak berjaya apabila masuk sahaja bulan Shawal.
Sudah pastilah rasa sedih akan dirasai apabila mengetahui kedudukan ini. Tindakan dan usaha telah banyak dilakukan oleh mereka tapi belum ditentukan pada tahun ini. Walaubagaimana pun Allah s.w.t tidak akan membiarkannya bagitu sahaja tapi akan diberi ganjaran pahala dan kebajikan. Sebagai hamba Allah s.w.t kita sentiasa bersangka baik apa yang ditentukan dan meletakan peristiwa ini mempunyai banyak hikmahnya. Allah s.w.t sahaja yang maha mengetahui.
Bagi bakal haji 1431H marilah mendoakan agar mereka ini diberikan kesempatan untuk menunaikan ibadat haji tahun hadapan. Amin………

Thursday, September 16, 2010

SURAT JADUAL PENERBANGAN HAJI 1431H

Bakal haji Terpilih yang mengikuti Muassasah ada yang telah menerima Surat Jadual Penerbangan Haji dan sebahagian lagi akan menerimanya secara berperingkat-peringkat. Bakal Haji yang mengikuti Pakej TH atau Pakej Swasta yang diluluskan TH akan dimaklumkan oleh Syarikat masing-masing.
Bakal haji yang belum menghantar Buku Rekod Rawatan (BRR), hendaklah di majukan ke TH untuk di masukan dalam sistem TH bagi memudahkan urusan Visa dan mengaturkan penerbangan. Setelah selesai tindakan TH, BRR tersebut dikembalikan kepada bakal haji untuk di bawa ke Tanah Suci.
Bakal Haji yang Terpilih yang masih belum menyerahkan Pasport Malaysia Antarabangsa hendaklah menyerahkan kepada TH dengan segera jika tiada lagi urusan ke Luar Negara.
THWP akan menentukan hari tertentu bagi menyerahkan beg galas kepada bakal haji Muassasah. Bakal Haji Pakej akan menerima beg galas dari syarikat masing-masing. Barang-barang hadiah dari Sahabat Koporat akan diberi kepada bakal haji Muassasah dan Pakej. Pada hari tersebut juga Gelang Pengenalan Haji (GPH) akan diserah kepada bakal haji jika GPH meraka telah ada. Jika tidak GPH akan diserahkan di Kompleks Haji Kelana Jaya semasa melapor diri.
Saya mengucapkan taniah kepada bakal haji yang akan menjadi tetamu Allah s.w.t dan bagi mereka yang belum terpilih saya mendoakan agar Allah s.w.t memberikan ganjaran pahala atas usaha dan persiapan yang telah dilakukan.

Saturday, September 11, 2010

BERGAMBAR DI HARI RAYA AIDIL FITRI 1431H

Saya sekeluarga pada Hari Raya Pertama beraya di Kampong Batu 3, Jalan Bangi Lama, Semenyih. Semasa beraya kami sempat menyambut hari kelahiran Abah saya (berjubah putih ditengah) ke 73 tahun, Ibu saya sebelah kanan abah saya terlindung sedikit dan Datuk saya sebelah kanan, di hadapan sekali memakai baju melayu hitam dan bersongkok. Gambar di atas adalah sebahagian dari keluarga saya.
Raya Hari ini sudah masuk hari kedua bulan Shawal, ini bermakna hari kedua dalam Bulan-bulan Haji. Bakal Haji 1431H telah berada dalam bulan-bulan haji. Tidak beberapa hari lagi Bakal haji akan mengetahui Jadual Penerbangan Haji. Bakal Haji Pakej akan dipanggil untuk taklimat Pakej. Bakal Haji Pakej atau Muassasah akan di beri Gelang Pengenalan Diri apabila TH memanggil untuk mengambilnya. Jika tidak bakal haji akan memperolehinya di tempat berlepas. Bakal Haji Muassasah akan diminta untuk mengambil beg galas dan bakal haji Pakej akan diserah oleh Pakej yang diikutinya.

Saturday, September 4, 2010

SELAMAT HARI RAYA EIDIL FITRI

Sempena kehadiran hari lambaran tidak berapa hari lagi, saya dan keluarga ingin mengucapkan :
Selamat Hari Raya Eidil Fitri, Maaf Dzahir & Batin.
Kepada pembaca Blog Saya dan Khasnya peserta Kursus Haji Bersiri, Kursus Haji Intensif & mereka yang berurusan dengan THWP, saya secara peribadi memohon maaf jika kata-kata dan tingkah laku saya menyinggung perasaan. Semoga amalan sepanjang bulan Ramadhan diterima oleh Allah s.w.t dan diberi ganjaran pahala disisinya. Amin..........

Monday, August 30, 2010

KURSUS HAJI PERDANA

Kursus Haji Perdana 1431H Wilayah Persekutuan akan diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 25 dan 26 September 2010. Tujuan kursus ini adalah untuk mendedahkan kepada bakal haji suasana sebenar yang akan dilalui oleh bakal haji di Tanah Suci berkaitan perlaksanakan haji. Ilmu berkaitan haji yang diperolehi melalui Kursus Haji Bersiri, Kursus Haji Intensif dan Kursus Haji Khas di amalkan semasa Kursus Haji Perdana. Panduan ibadat haji hanya dapat dijelaskan oleh Pembimbing semasa hendak melakukan Tawaf, Sae dan melontar sahaja. Semasa perlaksanaan tiada yang membimbing, hanya ulasan selari yang dimaklumkan oleh Pembimbing secara umum.
Pengalaman semasa melalui Kursus Haji Perdana bakal haji akan mengalami beberapa masalah dan kesulitan. Maka bakal haji hendaklah bersedia menyesuaikan diri dengan suasana ini kerana pengalaman ini mungkin akan di tempuh di Tanah Suci. Bakal haji akan mengikuti kursus ini 2 hari 1 malam. Semasa kursus TH akan menyediakan minum petang dan makan malam pada 25 Sept. 2010. Sarapan pagi disediakan pada 26 Sept 2010 dan dijangka tamat sebelum Zuhor .
Surat panggilan akan diposkan pada 6 September 2010 kepada bakal haji Terpilih sahaja yang dikendalikan oleh THWP.

Saturday, August 21, 2010

SERAHAN PASPORT HARI PERTAMA

Saya ingin memohon maaf kepada bakal haji yang membuat penyerahan pasport hari ini (21 Ogos 2010) kerana terpaksa menunggu lama.
Bagi bakal haji yang dijadual datang pada esok (22 Ogos 2010) yang tiada masalah datang pada hari kerja bolehlah menyerah pasport bermula 6 September 2010 sehingga akhir Ramadhan bagi mengelakan menunggu lama.
Bakal haji terpilih boleh juga menyerah pasport di Lantai 30 Ibu Pejabat TH Jalan Tun Razak bermula 23 Ogos 2010 dan TH Ampang bermula 26 Ogos 2010 pada hari kerja.

Friday, August 13, 2010

SERAHAN PASPORT MALAYSIA ANTARABANGSA

THWP akan memgeluarkan surat panggilan untuk menyerahkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) pada 16 Ogos 2010. Serahan PMA di adakan pada 21 dan 22 Ogos 2010 (Sabtu dan Ahad) bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Bakal haji diminta hadir pada hari yang ditentukan. Bakal haji hendaklah menyerahkan PMA mereka sendiri dan tidak boleh diwakilkan kepada orang lain. Penyerahan boleh dilakukan di kaunter Simpanan/pengeluran dan kaunter haji THWP Jalan Sultan Ismail. KL. Bakal haji perlu membawa gambar Visa 2 keping berukuran 4 cm x 6 cm berlatarbelakang putih. Sila catatkan di belakang gambar Visa nama dan no. Kad Pengenalan.
Bakal haji juga boleh menyerahkan Buku Rekod Rawatan yang telah diluluskan oleh Doktor dan membuat semakan samada untuk mengambil Gelang Pengenalan Diri jika ada.
Pada hari tersebut Suntikan Tambahan boleh dilakukan dengan bayaran RM150.00 bagi kedua-dua suntikan.
DVD Ibadat Haji juga boleh dibeli pada hari tersebut dengan harga RM50

Saturday, August 7, 2010

DVD IBADAT HAJI

TH telah melancar DVD yang diterbitkan oleh TH berkaitan Ibadat Haji pada 5 Ogos 2010 di Ibu Pejabat TH. DVD tersebut dapat membantu bakal haji untuk dijadikan alat bantuan memperjelaskan lagi pengetahuan yang diperolehi.
Bakal haji yang ingin memantapkan pengalaman perjalanan dan ibadat haji boleh mendapatkan DVD dengan menghubungi email: mazlan59@gmail.com. Harga DVD tersebut adalah seperti berikut:
1. DVD Panduan Perjalanan Haji RM20.00
2. DVD Panduan Haji Tamattu` RM50.00
3. DVD Panduan Haji Ifrad RM50.00
4. DVD Panduan Haji Qiran RM50.00
5. DVD Panduan Umrah Dan Ziarah RM50.00
Penghantaran dalam Semenanjung Malaysia RM5.00 setiap satu .

DVD Panduan Perjalanan Haji:
Bakal haji akan mendapat gambaran yang lebih jelas pengalaman yang akan dilalui dari persiapan di rumah, di Kompleks Haji, Lapangan terbang Jeddah, Madinah, Makkah, Arafah, Muzdalifah, Mina dan kembali ke Tanah Air.
DVD Panduan Haji Tamattu’
Membantu bakal haji yang akan melaksanakan Haji Tamattu’ dengan rakaman sebenar dan panduan mengerjakan Umrah bagi Haji Tamattu’, Persiapan sebelum Wukuf, Suasana di Arafah, Mabit di Mudzdalifah, Mina, Melontar Jamrah dan seterusnya Saied an Tawaf.
DVD Panduan Haji Ifrad dan Qiran
Membantu bakal haji yang melaksanakan haji Ifrad dan Qiran.

Wednesday, July 28, 2010

SUNTIKAN TAMBAHAN

Bakal haji 1431H yang hendak mendapatkan suntikan tambahan Pneumococal dan Influenza + H1N1 boleh datang ke TH Perdana, Jalan Sultan Ismail, KL di tingkat bawah pada 7 atau 8 Ogos 2010(Sabtu atau Ahad) bermula 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Suntikan tambahan sangat digalakan untuk diambil oleh bakal haji kerana kesesakan di Tanah Suci. Perkhidmatan ini dilakukan oleh Klinik Mutiara.
Harga yang ditawarkan adalah seperti berikut:
1. Harga Pakej 2 suntikan RM 150.00
2. Satu suntikan:
i) Pneumococal (Radang paru-paru) RM120.00
ii) Infleenza + H1N1 (Selsema) RM75.00
Jika berminat sila SMS 017-3640629

Tuesday, July 27, 2010

PEMERIKSAAN KESIHATAN TERAKHIR

Bakal Haji 1431H yang masih belum membuat pemeriksaan Kesihatan atau belum mendapat suntikan Meningococcal Quadrivalent Vaccaine ACYW-135 boleh lah datang ke Klinik Tanglin pada 31 Julai 2010 hari Sabtu antara jam 8.00 hingga 11.00 pagi untuk tujuan tersebut. Pemeriksaan untuk bakal haji diberi percuma.
Bakal haji hendaklah mendapatkan Buku Rekod Rawatan di TH Wilayah Persekutuan pada waktu kerja.

Tuesday, July 20, 2010

SURAT PANGGILAN SERAHAN PASPORT

Surat panggilan untuk menyerahkan passport akan dikeluarkan 12 Ogos 2010. Oleh itu THWP mungkin akan mula menerima passport pada 21 Ogos 2010 bukannya 3 Ogos 2010. Bakal haji diharap tidak terlalu bimbang untuk menyerahkan passport dengan segera. Masih ada masa, yang penting bakal haji telah membuat Pasport Malaysia Antarabangsa dengan Imigresen Malaysia. Bakal haji Permastautin Tetap hendaklah memastikan Pasport Negara Asal sah laku tidak kurang 15 Jun 2011.

Monday, July 19, 2010

BAKAL HAJI STANDBY

Bakal haji menunggu (Standby)yang berurusan di Kuala Lumpur dikehendaki memgambil tindakan di THWP seperti berikut:
1. Menjawap terima tawaran menunggu (Standby) dengan TH
2. Mendapatkan Buku Rekod Rawatan dari TH dan seterusnya membuat pemeriksaan kesihatan di tempat yang ditentukan oleh TH
3. Setelah lulus pemeriksaan kesihatan dapatkan pengesahan TH
4. Mendapatkan buku-buku rujukan
5. Dapatkan surat Kursus Haji Intensif

Perkara diatas adalah sama dengan tindakan yang dilakukan oleh bakal haji terpilih.
Urusan selanjutnya ialah seperti berikut:
1. Surat menyatakan tarikh untuk serahan Pasport Malaysia Antarabangsa
2. Surat Panggilan Kursus Haji Perdana
3. Surat panggilan mengambil Gelang Pengenalan Diri, Beg Galas dan barang hadiah dari Sahabat Koporat.
4. Surat Jadual Penerbangan.

Monday, July 5, 2010

PENGEMBARAAN INTELEK (BAB 4)

Semasa saya sedang di kawasan taman dihadapan rumah, saya memerhatikan sekeliling……….
Ya Allah aku bersyukur ke atas limpah rahmatmu dengan engkau memberikan aku rezki. Tiba-tiba saya terfikir berkenaan rezkiku, samada saya telah memberikan hak kepada yang empunyai hak. Adakah rezki saya bercampur dengan halal dan haram. Maka terlintas satu bisikan yang mengatakan “ Rezki yang engkau dapat tidak bersih. Pergi haji dengan rezki yang tidak bersih tidak diterima Allah” Maka hatiku merasa gelisah dan bimbang. Adakah saya perlu membatalkan hajat ku untuk menunaikan haji pada tahun ini.
Saya beristifar banyak-banyak…………………………….
Saya mulai mengingatkan bahawa Allah itu sifatnya Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Mesti ada jalan untuk saya membersihkan rezki ku, walau saya tidak beberapa pasti samada rezkiku bercampur dengan yang haram. Saya perlu melihat berkaitan zakat, sedekah, membantu orang dengan rezki yang saya terima dan apa-apa bentuk kebajikan. Jika mungkin ada hak orang yang tidak saya beri, saya akan bantu orang yang memerlukan dan niatkan pahala dihadiahkan kepada merek.
Saya mulai tenang kembali.
bersambung...........

Thursday, July 1, 2010

PENGEMBARAAN INTELEK (BAB 3)

Sedang saya membaca buku Panduan Ibadat Haji yang diberi oleh TH tergambar bagaimana kerdilnya dan lemahnya saya apabila saya sampai ke Tanah Suci nanti. Saya bayangkan manusia terlalu ramai semasa tawaf, sai, didalam Masjidil Al Haram, semasa di Arafah dan semasa bergerak ke tempat melontar dan semasa melontar. Terlafas pada lisan saya, Ya Allah! sesungguhnya saya tidak mampu untuk berhadapan dalam suasana itu, maka aku memohon bantuan mu Ya Allah! berilah aku kekuatan dan kemudahan supaya aku mampu melakukan perkara-perkara Rukun dan Wajib Haji dan Umrah. Tanpa aku sedari air mata ku meleleh di pipiku.
Saya sedar bahawa haji adalah jihad, maka sudah pasti adanya ujian dan cabaran. Ujian bukan sahaja kesusahan dan kepayahan tetapi juga kesenangan dan kelapangan. Tujuan Allah member ujian adalah untuk mengapuskan dosa saya atau untuk meningkatkan darjat saya disisi Allah. Maka saya mengenangkan dosa-dosa yang telah saya lakukan, Ya Allah! ampunkanlah dosa ku yang banyak, yang aku sedar, yang aku sengaja dan yang tidak tahu. Saya terfikir, jika saya melakukan kesalahan kepada manusia, sudah pasti mereka tidak akan memaafkan, tetapi Allah maha pengasih dan penyayang. Sebesar mana dan sebanyak mana dosa yang dilakukan melainkan Syrik kepadanya, Allah akan mengampunkan dan mengapuskan dosa hambanya apabila mereka bertaubat dan beristifar. Sekali lagi air mataku membasahi pipiku.
Sekarang saya mulai Insaf……………………………………….
bersambung

Sunday, June 27, 2010

BAKAL HAJI STANDBY 1431H

Bakal haji 1431H yang status “Standby”( Menunggu ) yang berurusan dengan THWP akan dijemput untuk menghadiri Kursus Haji Intensif . THWP akan akan pos surat jemputan pada hari Jumaat 2 Julai 2010. Bakal haji yang menerima tawaran Standby dan mahu menghadiri Kursus ini hendaklah menjawab untuk hadir seperti arahan dalam surat tersebut. Seterusnya hadir ke Pejabat TH untuk mengambil surat tawaran dan menjawab terima tawaran dengan syarat wang dalam akaun TH tidak kurang RM9,980.00. Jika bakal haji tiada kelapangan untuk hadir untuk mengambil surat, wakil boleh diminta hadir dengan membawa no. kad pengenalan sebagai rujukan TH. Bakal haji yang tidak menjawab tawaran walaupun menolak tawaran sebelum atau pada 17 Julai 2010 akan menyebabkan TH tidak menawarkan pada tahun hadapan. Oleh itu jawapan perlu dilakukan samada terima atau menolak. Harap ambil perhatian. Jika ada yang ingin mengetahui kedudukan mereka sila hubungi THCC 03 62071919.

Saturday, June 26, 2010

PENGEMBARAAN INTELEK (BAB 2 )

Saya balik dari kerja dan berihat di ruang tamu. Selepas mandi menunggu waktu Magrib, saya melihat surat dalam peti surat. Dalam saya membelik sampul surat saya dapat di antaranya ada surat Tabung Haji. Saya mendahulukan membuka surat Tabung Haji. Saya membaca dengan teliti walau pun tajuk surat ialah KURSUS HAJI INTENSIF (KHI) TABUNG HAJI (THWP) BAGI MUSIM xxxxxxxx. Semasa saya terima surat TH berkaitan Pemeriksaan Kesihatan, saya tidak membaca dengan teliti. Pada tarikh pemeriksaan kesihatan saya terus ke Klinik Tanglin. Apabila saya sampai, petugas minta borang dan Buku Rekod Kesihatan, saya tercengang dan mengatakan bukankah semuanya ada disini. Petugas meminta surat TH dan menyatakan sebelum hadir hendaklah mengambil tindakan tertentu. Kemudian petugas melihat senarai nama, nama saya tiada. Saya mengatakan saya diminta hadir pada hari ini seperti tercatat dalam surat TH. Petugas menyatakan tarikh tersebut perlu dijawab kehadiran kerana jumlah yang hadir terlalu ramai dan untuk menyelesai pemeriksaan pada hari ini, jumlahnya telah ditentukan. Petugas minta saya menghubungi TH untuk menentukan tarikh lain dan mengambil tindakan tertentu seperti dalam surat TH.
Sekarang mula saya faham dan kali ini saya mengambil tindakan seperti dalam surat TH. Saya mengambil telefon bimbit dan terus SMS ke no dalam surat. Allhamdullilah sudah. Tidaklah susah sangat. Saya tertanya samada SMS yang saya hantar diterima, maka saya lihat pada telefon samada ada pesanan mengatakan SMS saya gagal. Tiada……..Bermakna SMS saya telah sampai. Apabila saya hendak pergi Kursus saya dikehendaki membawa kain Ihram dan surat ini. Saya mesti ingat perkara ini dan saya mesti sediakan beg dan memasukan perkara yang perlu dibawa di dalam beg tersebut.
Sekarang baru saya rasa lega sambil menghirup air kopi……………………….

(bersambung)

Sunday, June 20, 2010

PENGEMBARAAN INTELEK (BAB 1)

Saya akan memulakan perjalanan bagi menunaikan haji tidah lama lagi. Perasaan saya bercampur-campur dengan bimbang, cemas, tertanya-tanya, ragu dan pelbagai lagi. Maka saya mula menambahkan pengetahuan berkaitan ibadat haji, maklumat pengurusan dan panduan kesihatan selain mengikuti kursus, saya membaca buku-buku yang diberikan oleh TH. Juga memdapat maklumat melalui CD dan Internet. Saya kurang membuat perbincangan yang tidak perlu seperti perkara khilaf atau perkara yang direka-reka kerana saya tidak mahu memasukan maklumat tersebut di dalam minda saya.
Saya sedar saya akan melaksanakan haji, ini bermakna saya perlu memperkemaskan lagi kepahaman berkaitan akidah, wuduk dan solat. Saya akan menolak atau tidak melakukan perkara-pekara dan perkataan yang boleh mensyirikan Allah swt. Saya mula membaca Tafsir Al Quran untuk memberikan kefahaman apabila saya membaca Al Quran.
Saya dari sekarang akan memastikan setiap waktu solat dikerja di surau dan masjid dengan berjalan kaki bagi membiasakan diri saya untuk solat di Masjidil Nabawi atau Masjid Al Haram yang dimaklumkan jaraknya agak jauh. Jika hari cuti saya cuba beriktikaf di surau atau masjid dengan membaca Al Quran dan solat sunat agar saya mampu berada lama di tempat tersebut.
Saya sedar bahawa wuduk itu adalah teras bagi menjadi solat atau tawaf itu sah, maka saya meletakan ketelitian dalam pengambilan wuduk tapi bukan dalam keadaan waswas.
Saya mula merasa letih.......................................................
(akan bersambung)

Saturday, June 19, 2010

SERAHAN PASPORT MALAYSIA ANTARABANGSA (PMA)

Bakal Haji 1431H akan menerima surat dari TH bagi memaklumkan untuk menyerahkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) kepada Pejabat TH yang berhampiran. Bakal haji hendaklah menyerahkan PMA mereka sendiri dan TIDAK BOLEH menyerahkan bagi pihak orang lain.
Semasa penyerahan PMA bakal haji perlu meletakan Ibu jari pada mesin membaca ibu jari kemudian surat yang menyatakan bakal haji akan menyerahkan PMA kepada TH akan dicetak dan perlu ditandatangani oleh bakal haji dan seterusnya satu surat TH akan diserahkan kepada bakal haji sebagai akuan penerimaan PMA.
Bakal haji yang telah menyerahkan PMA kepada TH boleh meminjam semula PMA jika ada keperluan yang mendesak atau sangat penting. Terlebih dahulu hubungi pejabat TH yang menerima PMA untuk memastikan dimana PMA bakal Haji berada. Kemudian PMA boleh diambil di lokasi PMA dengan syarat-syarat tertentu. PMA hendaklah diserah bersama 2 keping gambar Visa berlatar belakang putih berukuran 4 cm x 6 cm.
Dijangkakan serahan PMA mula diterima 3 Ogos 2010. Bakal haji perlu mendapat surat TH sebelum membuat penyerahan.

Friday, June 18, 2010

KURSUS HAJI INTENSIF 1431

Bakal Haji 1431H yang terpilih dan Menunggu yang telah menerima tawaran seluruh Malaysia akan menerima surat panggilan Kursus Haji Intensif (KHI) dari Pejabat TH yang berhampiran atau Pejabat Pengendali Pendaftaran Haji.
Bakal Haji yang berurusan dengan TH Ibu Pejabat, TH Batu Caves, TH Ampang dan THWP akan menerima surat panggilan KHI yang diposkan oleh THWP pada 25 Jun 2010. Setelah dibuat perancangan semula maka THWP akan memulakan KHI pada 10 dan 11 Julai 2010 di 3 lokasi iaitu Masjid Negara (MN) , Masjid Muaz Ibnu Jabar (MMIJ) Setiawangsa dan Masjid Saidina Othman Ibnu Affan (MSOIA) Bandar Tun Razak. Bakal Haji yang menerima surat panggilan hendaklah menjawab akan hadir dengan mengembalikan keratan kehadiran ke THWP atau melalui SMS No. 012 684 6427 dengan menaip KHI (Nama) (No KP) (tarikh Kursus) (Singkatan Tempat) Contoh: KHI Abu bin Bakar 580225106089 10 & 11 Julai (MN) . Atau melalui email : mazlan59@gmail.com. Jika THWP tidak menerima jawapan sebelum atau pada 2 Julai 2010 maka THWP akan menggantikan tempat kepada bakal haji yang lain.
Bakal haji yang mendapat panggilan KHI yang tarikh nya berbeza dengan pasangan atau anak atau ibu bapa boleh dimaklumkan kepada THWP supaya disamakan tarikh atau tempat melalui cara di atas.
Bakal haji yang menerima surat dari THWP tapi mereka berada di luar Wilayah Persekutuan ingin mengikuti KHI yang di adakan oleh Pejabat TH berhampiran, harap dihubungi dahulu perjabat tersebut untuk mengatur tarikh KHI yang ditentukan.
Bakal Haji yang menunggu jawapan rayuan tidak diperuntukan untuk KHI tetapi jika jawapan diterima lewat, mereka akan dipanggil Kursus Haji Khas.

Tuesday, June 8, 2010

BAKAL HAJI YANG BERURUSAN DI THWP

THWP telah mengeluar surat panggilan Pemeriksaan Kesihatan kepada bakal haji yang berurusan dengan pejabat ini. Ada bakal haji yang berurusan dengan THWP beralamat di luar Wilayah Persekutuan seperti Shah Alam, Petaling Jaya, Rawang, Bangi, Kajang dan Negeri lain. Bagi bakal haji yang di atas mereka boleh berurusan dengan pejabat TH yang berhampiran dengan SYARAT hubungi pejabat tersebut dahulu untuk mereka membuat perancangan persiapan.
THWP hanya dapat mengaturkan Pemeriksaan Kesihatan di Klinik Tanglin pada 19, 20, 26 dan 27 Jun 2010 sahaja sehingga kini kerana keputusan bakal haji terpilih belum ditambah lagi. Bagi bakal haji yang telah mendaftar lebih awal atau kemudian dari tarikh di atas tidak dapat dipenuhi. Harap maaf

Wednesday, June 2, 2010

PANGGILAN PEMERIKSAAN KESIHATAN

Bakal haji 1431H yang berurusan dengan THWP, TH Batu Caves, TH Ampang dan TH Ibu Pejabat akan menerima surat panggilan awal minggu hadapan untuk membuat Pemeriksaan Kesihatan di Klinik Tanglin (berhampiran Masjid Negara) bermula 19 Jun 2010. Bakal Haji hendaklah menjawab kehadiran seperti tarikh yang dinyatakan dalam surat panggilan. Jawapan boleh dilakukan dengan menghantar Slip jawapan atau melalui SMS ke no. 012 684 6427. Jika tiada jawapan diterima maka bakal haji tidak akan hadir dan dikehendaki membuat pemeriksaan Kesihatan di Klinik Swasta yang diluluskan oleh Jabatan Kesihatan dengan kos tanggungan sendiri.
Buku Rekod Kesihatan (BRK) hendaklah diambil sebelum membuat pemeriksaan Kesihatan dan BRK hendaklah dilengkapkan muka hadapan, 1,2,5,6,7,8,9,10,15 & 19.

Borang Pemeriksaan Kesihatan juga perlu dilengkapkan pada Biodata sahaja. Bagi memudahkan pemeriksaan dapatkan surat Pegawai Perubatan yang biasa dilakukan pemeriksaan jika ada.

Setelah lulus pemeriksaan kesihatan BRK hendaklah di serahkan untuk dimasukan maklumat dalam komputer. Serahan boleh diwakilkan.

Tuesday, June 1, 2010

PAKAIAN DAN KEPERLUAN HAJI

Bakali haji 1431H boleh lah dari sekarang membeli keperluan dan pakaian untuk kegunaan semasa di Tanah Suci.
Bagi memastikan pakaian dan keperluan bakal haji semuanya telah tersedia dan telah dimasukan dalam beg maka disini diturun contoh senarai semak sebagai panduan.
Apabila keperluan dan pakaian telah dimasukan dalam beg tandakan pada kotak sebelah kanan. Insya Allah tidak timbul persoalan samada keperluan dan pakaina telah dimasukan dalam beg.

Wednesday, May 26, 2010

MAKLUMAT PENTING

Bakal haji 1431H harap mengambil perhatian maklumat berikut:

1. Jadual Penerbangan Haji (JPH)

TH akan mengeluarkan JPH kepada bakal haji sebulan sebelum berlepas (anggaran) kepada yang pergi cara muassasah. Bakal haji Pakej akan menerima JPH akan dihantar oleh pihak pakej yang dipilih.

2. Perbelanjaan Tambahan

Bakal haji dinasihatkan membuat simpanan tambahan bagi perbelanjaan seperti bayaran dam, dobi, perjalanan umrah, penghantaran barang, kad telefon dan lain-lain. Anggaran kira-kira RM40 sehari.

3. Pengeluaran Wang

Bakal haji boleh membuat pengeluaran wang dari akaun TH bakal haji dengan membawa lencana sebagai pengenalan. Buku Akaun TH tidak perlu dibawa ke Tanah Suci. Pengeluaran boleh dibuat Zon di Madinah dan Maktab di Makah. Nilai wang dalam Saudi Riyal.

4. Bayaran Dam

Bayaran dam boleh dilakukan di kaunter Pengeluaran TH Makah dengan tunai atau ditolak dari akaun TH bakal haji.

5. Bimbingan Haji

Bakal haji yang menghadapi masalah berkaitan ibadat haji boleh merujuk kepada Guru Agama lelaki atau perempuan di Tanah Suci. Forum dan Ceramah agama akan diadakan sebelum wukuf.

6. Makanan

Bakal haji muassasah akan diberi makan tengahari dan malam. Teh/kopi, gula dan air panas disediakan pada waktu pagi.

7. Penghantaran barang

THTS akan menyediakanpusat penghantaran barang di Madinah dan Makah. Barang akan dihantar ke rumah bakal haji.

8. Iklim

Kebiasaan pada bulan Disember hingga Februari cuaca sejuk maka dapat disediakan pakaian sejuk.

9. Beg

Suami isteri hendak mengunakan beg yang berasing dan dinasihatkan berat beg tidak melebihi 30kg untuk mengelakan beg daripada rosak. Setiap bakal haji dibenar satu bag bimbit berat tidak melebihi 5 kg dan dibawa ke dalam kapalterbang

10. Berat barang

Semasa pergi tidak melebihi 20kg dan balik tidak melebihi 30kg

11. Air Zamzam

Jemaah tidak dijanjikan air Zamzam kerana tertakluk Peraturan Arab Saudi. Jika tiada masalah air zamzam seberat 5 liter akan diserahkan semasa tiba di Malaysia.

12. Dokeman tidak perlu dibawa

Kad pengenalan, lesen memandu, Buku Akaun TH tidak perlu di bawa ke Tanah Suci.

Tuesday, May 18, 2010

PANDUAN MENGISI BUKU RAWATAN KESIHATAN

Contoh untuk mencatat maklumat yang diperlukan dalam Buku Rawatan Kesihatan:
Muka surat depan, 1,2,5,6,7,8,9,10,15 & 19.

Monday, May 17, 2010

BARANG YANG AKAN DISERAHKAN OLEH TH

Bakal haji 1431H yang terpilih akan menerima barang-barang seperti berikut dari THWP:
  • Buku Panduan Ibadat Haji
  • Buku Panduan Perjalanan
  • Buku Panduan Kesihatan
  • Buku Doa di Tanah Suci
  • Senarai semak Ibadat Haji
  • Buku Rawatan Kesihatan

(Buku di atas boleh didapati di THWP sekarang waktu pejabat)

  • Pelekat Telekong (hanya untuk wanita sahaja) untuk dilekatkan dibelakang telekong bagi memudahkan petugas TH mengenali Jemaah Haji Malaysia.
  • Bag Galas (Muassasah sahaja, Pakej akan memberi kepada jemaah mereka) Bag ini adalah kegunaan semasa ke Arafah dan Mina.
  • Gelang Pengenalan Diri. Gelang ini hendaklah dipakai bagi semua jemaah haji ketika berada di Arab Saudi dan sangat penting dipakai semasa berada di Arafah dan Mina.
  • Barang-barang hadiah dari Sahabat Koporat)

(Barang ini akan diserah apabila bekalan diterima. Surat pemberitahu akan dikeluarkan kepada bakal haji 1431H)

Friday, May 14, 2010

THWP akan mengeluarkan surat panggilan Pemeriksaan Kesihatan kepada bakal haji terpilih 1431H akhir bulan Mei ini. Buku Rekod Kesihatan (BRK) boleh didapati percuma di THWP mulai 17 Mei 2010 waktu pejabat. Wakil boleh datang untuk mengambil bagi pihak dengan membawa no. kad pengenalan bakal haji. BRK hendaklah dilengkapkan pada muka surat 1 hingga 10, 15 (berat badan dan tinggi sahaja), 19 (Kumpulan darah sahaja) dan dilekatkan gambar pada muka surat 1. Pihak kesihatan tidak dapat memberikan perkhidmatan selagi muka surat yang dinyatakan ini tidak dilengkapkan. Tindakan ini perlu diambil bagi melancar dan mempercepatkan urusan pemeriksaan kesihatan.

Thursday, May 6, 2010

KEPUTUSAN RAYUAN BAKAL HAJI

Mereka yang telah membuat surat rayuan untuk menunaikan haji pada tahun 1431H akan menerima jawapan berperingkat-peringkat sehingga akhir bulan Ramadhan 1431H. Mereka yang tidak menerima jawapan sehingga akhir Ramadhan 1431H, anggaplah rayuan tidak dapat dipertimbangan kerana tiada kekosongan tempat. Mereka tidaklah perlu sentiasa membuat pertanyaan kerana apabila sahaja mereka yang merayu dipilih untuk tahun ini pihak TH akan menghubungi samada melalui surat atau melalui telefon. Diharap mereka yang merayu berdoa dan bersabar sehingga masanya tiba.

Tuesday, May 4, 2010

BUKU-BUKU PERCUMA BAKAL HAJI 1431H

Bakal Haji Wilayah Persekutuan 1431H yang telah membuat jawapan menerima tawaran untuk menunaikan haji pada tahun 2010 boleh mendapatkan 6 buah buku dengan PERCUMA sebagai rujukan di THWP Bangunan TH Perdana Jalan Sultan Ismail (Kaunter Haji).Buku tersebut hanya diperuntukan seorang bakal haji 1431H 1 set (6 buah buku).Buku ini boleh dibawa ke Tanah Suci kerana telah mendapat kebenaran Kerajaan Arab Saudi. Mereka yang belum terpilih dan belum menjawab terima tawaran ingin mendapatkannya untuk rujukan bolehlah membeli di kedai buku terpilih.

Monday, April 26, 2010

3 BUAH BUKU RUJUKAN UMRAH DAN HAJI

Bakal Haji dan Umrah yang inginkan buku Panduan, soal Jawab dan Doa Ibadat Haji dan Umrah sebagai rujukan boleh emailkan kepada mazlan59@gmail.com dan InsyaAllah pihak pembekal akan menghantar kepada yang memesan.
Ulasan buku:
Panduan Ibadat Haji dan Umrah
Menjelas segala berkaitan Ibadat Haji dan Umrah berkaitan Rukun, Wajib, Dam, Sejarah Makah dan Madinah. Penjelasannya sangat lengkap.
Soal Jawab Haji dan Umrah
Menjawab permasalahan yang dihadapi oleh jemaah haji dan Umrah melebehi 400 solan. Penulisan nya ialah dengan mengemukakan soalan dan jawapan mengikut tajuk.
Doa-doa Di Tanah Suci
Memuatkan doa-doa dari Doa Musafir, Doa di Madinah semasa Ziarah, Doa di Makah semasa melakukan Ibadat Haji dan Umrah.
Pembekal sanggup menghantar kepada yang membuat pesanan dengan harga berikut:
Panduan Ibadat Haji dan Umrah : RM10.00
Soal Jawab Haji dan Umrah : RM 7.00
Doa-Doa di Tanah Suci : RM 6.00
Kos Penghantaran : RM10.00
Jumlah keseluruhan : RM33.00

KEMBALI KE TANAH AIR DARI KERJA UMRAH

Alhamdulillah saya dan isteri telah selamat kembali ke Tanah Air dari mengerjakan Umrah. Sampai di KLIA jam 9.30 pagi 25 April 2010.
Di Tanah Suci Madinah Al Munawarah dan Makkahtul Mukaramah, mashaAllah ramai manusia yang berkunjung macam musim haji. Saya dan isteri tinggal di Hotel As Salam di kawasan Gazzah Makkah, itulah bangunan yang hampir dengan Masjidil Haram (kira-kira 500 meter) yang masih boleh digunakan. Di kawasan Jiyad (Hotel Hilton) terlalu sesak dengan manusia.
Panduan kepada mereka yang akan mengerjakan Umrah atau Haji.
Pertukaran Wang Arab Saudi ialah RM100 = SR114.
Perkhidmatan Dobi SR5 - SR10 (baju, jubah, kain ihram)
Upah menolak kerusi roda 1 waktu solat pergi/balik SR10 (500 meter)
Tambang ke Tanaim : teksi seorang SR10/ Van SR2 seorang

Saturday, April 10, 2010

MENGERJAKAN UMRAH

Saya akan mengerjakan Umrah bersama isteri pada 11 April 2010 dan akan kembali ke Tanah Air pada 25 April 2010 Insya Allah. Oleh itu kepada saudara dan saudari yang melayari blog saya dapat memaafkan saya kerana tidak dapat mengemaskinikan blog dan tidak dapat menjawap email dan guest book. Insya Allah kita dapat berkomunakasi lagi apabila saya kembali dari kerja Umrah. Terima kasih

Thursday, April 8, 2010

DAFTAR KURSUS & KESIHATAN BAKAL HAJI MERAYU

Saya telah menerima banyak pertanyaan berkaitan Pendaftaran Kursus Haji Intensif dan Pemeriksaan Kesihatan bagi mereka yang membuat rayuan samada boleh dibuat atau tidak. Sukacita dimaklumkan bahawa mereka yang telah membuat rayuan tapi belum mendapat keputusan dari TH boleh membuat pendaftaran. Apabila mendapat jawapan terpilih dari TH maka saya akan mengambil kira pendaftaran ini. Jika tidak sempat kita akan aturkan tindakan lain. Oleh itu mereka yang membuat pendaftaran hendaklah menyatakan alamat email supaya mudah untuk saya membuat makluman.

Saturday, April 3, 2010

DAFTAR KURSUS HAJI INTENSIF 1431H

THWP sedang mengaturkan Kursus Haji Intensif 1431H (KHI) yang akan bermula awal Julai 2010. Insya Allah tahun ini KHI hanya akan diadakan pada Sabtu dan Ahad tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Tujuan hari tersebut dipilih bagi memudahkan semua bakal haji yang terpilih dan menunggu (Stand By) dapat menghadiri KHI. THWP terpaksa mengadakan KHI di 4 lokasi bagi menampung kira-kira 4,000 peserta. Lokasi yang dicadangkan ialah di Masjid Negara, Masjid Saidina Othman Ibnu Affan di Bandar Tun Razak Ceras, Masjid Imam As Shafif di Taman Maluri Ampang, Masjid Muaz Ibnu Jabar di Setiawangsa.
KHI diadakan 2 hari berturut-turut bagi setiap peserta. Waktunya bermula 8.30 pagi hingga 5.00 petang setiap hari. Setiap kumpulan (2 hari) akan ditentukan seramai 100 - 150 peserta. Peserta akan dijemput mengikut tarikh yang ditetapkan melalui surat oleh THWP dan peserta tidak dibenarkan mengikuti KHI bukan pada tarikh yang ditetapkan atau tidak mempunyi surat jemputan. Jika mereka yang tidak dijemput hadir juga akan menyebabkan masalah peruntukan makanan dan tempat duduk dalam dewan. KHI tidak dikenakan sebarang bayaran kerana di tanggung sepenuh oleh TH. Selama KHI berjalan kemudahan Minum jam 10.00 pagi dan makan tengahari disediakan. Peserta dinasihatkan mengambil sarapan pagi sebelum menghadiri KHI. Peserta dikehendaki membawa bersama semasa menghadiri KHI surat jemputan KHI daripada THWP, Buku catatan, buku rujukan dan alat tulis. Pada hari kedua akan diadakan ujian dan jika peserta mendapat markah bawah 40%, peserta tersebut akan dikehendaki menghadiri Kursus Haji Khas.
Bagi tujuan keselesaan peserta, bakal haji terpilih atau menunggu (Stand By) boleh membuat pilihan tarikh dan tempat pada ruang kanan blog ini untuk mendaftar KHI. Insya Allah pilihan peserta akan dipenuhi tetapi jika tidak, diharapkan peseta dapat mematuhi ketetapan yang dikeluarkan. Pendaftaran hendaklah dilakukan sebelum atau pada 4 Jun 2010.

Thursday, April 1, 2010

PEMERIKSAAN KESIHATAN BAKAL HAJI 1431H

THWP dengan kerjasama Jabatan Kesihatan WP telah mengaturkan pemeriksaan kesihatan kepada bakal haji 1431H yang akan diadakan di Poliklinik Tangling (Berhampiran Masjid Negara) Bagi memudahkan bakal haji yang berurusan dengan THWP, perkhidmatan ini hanya diadakan pada hari Sabtu dan Ahad bermula 5 Jun 2010 hingga 8 Ogos 2010. ( Pindaah tarikh mula kepada 19 Jun hingga 8 Ogos 2010. Harap maaf ) Perkhidmatan ini diberi percuma kepada bakal haji 1431H yang menerima surat daripada THWP. Bakal haji dikehendaki datang mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan dalam surat THWP.Bakal Haji yang tidak dapat datang pada tarikh dan waktu yang ditentukan bolehlah membuat pemeriksaan kesihatan di Klinik Swasta yang diluluskan oleh Jabatan Kesihatan dengan bayaran yang ditanggung sendiri.
Oleh itu bakal haji yang telah menjawab terima tawaran bolehlah membuat pilihan tarikh yang sesuai pada butang di bahagian kanan bolg ini. Insya Allah THWP akan membuat panggilan seperti pilihan tarikh yang dibuat jika ada peruntukan. Satu hari diperuntukan seramai 200 bakal haji. Masa perkhidmatan bermula 8.30 pagi - 11.00 pagi 150 orang dan 11.00 pagi - 2.00 petang 50 orang. Bakal haji yang tidak menerima surat THWP dan datang bukan pada tarikh yang ditentukan tidak dapat diberi perkhidmatan. Tujuan tersebut adalah bagi melancarkan urusan pemeriksaan kesihatan dan mengelakan terlalu ramai yang hadir dan menunggu lama. Kerjasama daripada bakal haji sangat dihargai. Pendaftaran hendaklah dilakukan sebelum atau pada 3 Mei 2010. ( Dilanjutkan sehingga 21 Mei 2010 ) Bagi mereka yang telah membuat pilihan pada 5, 6, 12 dan 13 harap dibuat pindaan pada tarikh lain yang bersesuaian.

Monday, March 22, 2010

TARIKH PENTING MUSIM HAJI 1431H

THWP telah mengeluarkan surat tawaran kali kedua kepada mereka yang terpilih dan bakal haji lanjut usia berumur 80 tahun pada hari ini 22 Mac 2010. Tawaran ini hendaklah dijawab segera samada menerima atau menolak dan jika tidak dijawab pada atau sebelum 9 April 2010 TH beranggapan bakal haji telah menolak tawaran dan tidak ditawarkan pada tahun hadapan. Bakal haji lanjut usia seperti di atas dibenarkan membawa seorang pengiring sahaja (sama jentina) bagi menjaga kebajikan mereka semasa di Tanah Suci termasuk urusan ibadat. Semasa menjawab hendaklah menamakan seorang pengiring dengan menyatakan no kad pengenalannya.

Bagi memudahkan bakal haji membuat persiapan dibawah ini dinyata tarikh penting untuk dijadikan panduan.

Friday, March 19, 2010

URUSAN PERSIAPAN PEMERIKSAAN KESIHATAN BAKAL HAJI 1431H

THWP sedang membuat persiapan pemeriksaan kesihatan bakal haji 1431H dengan mendapat kerjasama Jabatan Kesihatan WP. Pemeriksaan kesihatan bakal haji akan dijalankan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan secara percuma. Walaubagaimana pun Jabatan Kesihatan WP juga menawarkan Klinik Swasta yang ingin memberi perkhidmatan dengan menghadiri taklimat dan mendapatkan no. pendaftaran tahun semasa. Klinik Swasta yang telah mendapat no. daftar tahun lalu dikehendaki mendapat no. daftar tahun ini. Klinik Swasta yang mendapat no. daftar boleh mengenakan bayaran mengikut kadar yang sesuai dan bakal haji perlu membuat bayaran kepada klinik tersebut. Bakal haji tidak dibenarkan membuat pemeriksaan kesihatan bagi tujuan ke tanah suci dengan Klinik Swasta yang tidak mendapat kebenaran dan tiada no. daftar dengan Jabatan Kesihatan.

Tuesday, March 9, 2010

MUZAKARAH KEBANGSAAN KE 26

TH telah mengadakan Muzakarah Peringkat Kebangsaan kali ke 26 pada 4 Mac hingga 7 Mac 2010 di Kelantan Tread Center Kota baharu. Seramai 450 Pembimbing Ibadat Haji (PIH) dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak hadir. Tujuan Muzakarah diadakan bagi mencari satu keputusan Ibadat Haji untuk menyelesaikan permasalah dan mengelakan kekeliruan Jemaah Haji.
Oleh itu bakal haji hendaklah mengikuti kursus yang disampaikan oleh PIH yang telah menghadiri Muzakarah. Sebagai panduan untuk mengenali PIH tersebut ialah dengan menghadiri Kursus anjuran atau kelulusan TH.

Friday, February 26, 2010

SELAMAT MENJALANI KURSUS HAJI BERSIRI 1431H

Saya mengucapkan taniah kepada mereka yang sedang dan akan mengikuti Kursus Haji Bersiri 1431H. Peserta kursus bukan sahaja mereka yang telah mendapat tawaran Terpilih dari TH, tapi mereka yang belum berdaftar, telah mendaftar tapi lambat lagi untuk menunaikan haji, mereka yang sedang membuat rayuan dan ada juga pelajar sekolah menengah (Tingkatan 4 & 5) bagi pesiapan peperiksaan. Setiap usaha menuntut ilmu sudah pasti ganjaran Allah s.w.t akan dicatatkan sebagai amalan kebaikan.
Peserta kursus yang sedang menunggu jawapan rayuan tentu merasa gelisah jika tidak dapat menunai ibadat haji tahun ini. Kita hendaklah memahami bahawa tindakan kita ke Tanah Suci hanyalah bagi melaksanakan ibadah kepada Allah. Tuan/puan telah berusaha ke arah itu iaitu dengan mendaftar haji, mengumpul wang, menjaga kesihatan, menuntut ilmu, membuat rayuan dan berdoa. Maka yang mengizinkan kita ialah Allah s.w.t jua. Janganlah kita merasa kecewa jika ditakdirkan kita masih belum dipilih.

Thursday, February 25, 2010

PAKAJ HAJI SWASTA

Syarikat Pelancungan yang berkelayakan akan memajukan permohonan kepada TH untuk mengendalikan permergian bakal haji ke Tanah Suci pada tahun 1431H. Syarikat yang telah diluluskan oleh TH pada tahun 1430H tidak secara automatik diluluskan pada tahun 1431H. Kelulusan tertakluk kepada kemampuan syarikat bagi mengendalikan jemaah haji melalui pengalaman terdahului atau lain-lain syarat yang ditentukan oleh TH..
Syarikat yang menawarkan Pakej Haji Swasta 1431H belum lagi diluluskan dan tidak boleh mendaftar atau kempen kepada bakal haji. Apabila TH telah meluluskan Syarikat tersebut satu senarai akan dimaklumkan kepada Pejabat Cawangan TH. Syarikat hanya boleh menawarkan pakej mereka kepada bakal haji Terpilih atau Standby sahaja. Oleh itu bakal haji merayu hendaklah menunggu status dari TH barulah mendaftar. Mereka juga boleh membuat tempahan tapi tidak perlu membuat apa-apa bayaran bagi tujuan tersebut.
(Rujuk tajuk Cara Pemergian Haji bertarikh 2 Januari 2010 )

Thursday, February 18, 2010

PASPORT UNTUK HAJI

Bakal haji yang akan ke tahan suci pada tahun 1431H hendaklah menyediakan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) yang dikeluarkan oleh Pejabat Imigresen Malaysia. Pasport boleh diperolehi bagi tempoh 2 tahun dengan bayaran RM100 dan 5 tahun dengan bayaran RM300. Kos tersebut adalah atas tangguHuruf condongngan sendiri. Bakal haji yang telah mempunyai PMA dan Permastautin Tetap (PR) yang menggunakan pasport negara asal hendaklah sahlakunya selepas/melebihi 15 Jun 2011 dan mempunyai 4 muka surat kosong secara berturutan sebelah menyebelah. TH akan mengeluarkan surat kepada bakal haji bagi tujuan penyerahan PMA.
Apabila bakal haji berurusan dengan Pejabat Imigresen pastikan perkara berikut diambil tindakan.
  • Borang Permohonan Pasport/Dokumen Perjalanan dilengkapkan.( baru boleh ambil nombor giliran )
  • Dua (2) keping gambar berukuran 3.5 sm x 5.0 sm berlatarbelakang biru.
  • Fotostat kad pengenalan depan dan belakang pada satu muka surat kertas A4. Bawa bersama yang asal.
  • Sijil Lahir yang asal (jika mykad tidak boleh dibaca)

Proses menunggu adalah seperti berikut:

  • No giliran dipanggil untuk urusan cap jari kanan dan bacaan ibu jari kiri dan kanan. Setelah selesai kena tunggu.
  • No giliran yang sama dipanggil bagi urusan bayaran.
  • Kena tunggu lebih kurang 2 jam untuk dipanggil mengambil pasport.

Friday, February 12, 2010

TAWARAN HAJI 1431H

Tabung Haji Wilayah Persekutuan akan pos surat tawaran Terpilih kepada bakal haji 1431H pada 19 Februari 2010. Bakal haji yang menerima surat tawaran hendaklah menjawab tawaran tersebut samada terima atau menolak. Semasa menjawab terima tawaran bakal haji hendaklaH mencukup Belanja Haji (BH) berasas tahun 1430H iaitu RM9,980.00 dan RM12,603.oo kepada bakal haji Permastautin Tetap. BH tahun 1431H akan dimaklumkan kemudian. Bakal haji yang menerima/menolak tawaran hendaklah medapatkan surat Akuan Penerimaan Surat Pengesahan Menerima/Menolak Tawaran dari TH. Bakal Haji yang tidak menjawab tawaran sebelum atau pada 11 Mac 2010 dianggap menolak tawaran dan tiada jaminan ditawarkan pada tahun hadapan. Bakal haji boleh mendapatkan maklumat samada ditawarkan pada tahun 1431H dengan menghubungi THCC 03-62071919.

Monday, February 8, 2010

BUKU RUJUKAN KURSUS HAJI BERSIRI DAN BAKAL HAJI





Kursus Haji Bersiri akan bermula pada 20 Febuari 2010 di masjid yang terpilih. Oleh itu orang ramai dan peserta kursus boleh mendapatkan Buku Ibadat Haji sebagai panduan dan rujukan di kedai-kedai buku dengan harga RM10.00. Jika terdapat kesulitan untuk mendapatkannya sila e-mail : mazlan59@gmail.com untuk bantuan.

Wednesday, February 3, 2010

SYARAT RAYUAN 1431H

TH telah menerima banyak permohonan rayuan untuk menunaikan haji pada tahun 1431H. Oleh itu TH perlu membuat penapisan awal bagi mempertimbangkan rayuan tersebut. TH telah membuat penetapan rayuan mengikut kategori berikut yang akan dipertimbangkan.

1. Rayuan Oleh Bakal Haji Yang Mempunyai Masalah Kesihatan.
Permohonan rayuan hendaklah disertakan surat sokongan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan atau Pegawai Perubatan Pakar Swasta.

2. Rayuan Kerana Menjadi Mahram Kepada Bakal Haji Terpilih/Standby. Mahram yang sah mengikut hukum syarak dan perlu melengkapkan borang pengesahan mahram atau Sijil nikah atau sijil beranak jika hubungan dengan anak.

3. Rayuan Oleh Bakal Haji Lanjut Usia. Bakal Haji yang dimaksudkan adalah bakal haji yang berumur 70 tahun dan ke atas.

Rayuan selain mereka yang di kategori di atas tidak dapat dipertimbangkan.

Wednesday, January 20, 2010

JADUAL KURSUS HAJI BERSIRI 1431H

THWP telah membuat persiapan bagi menjayakan Kursus Haji Bersiri (KHB) musim 1431H dengan mengadakan mesyuarat bersama Wakil masjid pada 7 Januari 2010 dan Pembimbing Ibadat Haji (PIH) pada 19 Juanari 2010. KHB akan bermula pada 20 Februari 2010 pada hari Sabtu atau Ahad di 14 buah masjid. Pihak masjid mengenakan bayaran pendaftaran sebanyak RM70.00 seorang untuk 17 siri.( maklumat KHB rujuk arkib ) Jadual kursus negeri lain sila hubungi THCC 03-6271919. Butiran tempat dan PIH di Wilayah Persekutuan adalah seperti berikut:






















Monday, January 18, 2010

HAJI ITU MELAWAN NAFSU

Bakal haji akan menempuh pelbagai peristiwa yang akan menimbulkan kemarahan. Punca kemarahan adalah disebabkan bimbang, takut, letih dan tertekan. Marah adalah dorongan Nafsu Amarah. Semasa menunggu bas untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat akan menimbul kemaranan disebabkan bas lambat/belum sampai. Diantara tindakan untuk mengatasi diri supaya tidak marah bakal haji perlulah mengisi masa atau menyibokkan diri dengan perkara-perkara lain sama berzikir, membaca al quran atau berehat. Memang sudah menjadi kelaziman, menunggu sesuatu akan menyebabkan tekanan diri. Bakal haji tidak perlu menetap satu jangka masa bagi sesuatu pegerakan kerana itu bukan menjadikan matlamat. Yang menjadikan matlamat ialah apabila bas sampai bakal haji akan menaikinya dan duduk berehat untuk sampai ke distinasi yang dituju.
Bakal haji perlu mengetahui bagaimana nafsu akan menipu berkaitan dengan ibadat. Nafsu mendorong bakal haji melakukan perkara-pekara sunat tapi terpaksa melakukan perkara-perkara haram. Bakal haji akan berebut-rebut untuk mencium Hajar Al Aswad sehinggakan menolak saudara kita yang lain dan menimbulkan kesakitan pada nya. Ataupun semasa hendak mendapat tempat di Raudah, ada yang berebut dan apabila dapat tempat bakal haji mengambil masa yang lama berada di tempat itu, seolah-olah kita saja yang hendak surga, orang lain tidak perlu. Islam menuntut umatnya berebut membuat kebajikan, jika kita telah dapat tempat secepatnya meninggal tempat tersebut supaya ramai lagi yang dapat tempat tersebut.
Nafsu akan mendorong kita melakukan sesuatu tanpa ilmu dan menyebabkan kita beranggapan seolah-olahnya surga itu milik kita saorang. Maka hendaklah kita melakukan sesuatu dengan ilmu supaya kita tidak tertipu dengan kehendak nafsu.

Wednesday, January 13, 2010

HAJI ITU DUGAAN

Semasa berada di Tanah Suci pihak Kerajaan Arab Saudi dan Tabung Haji telah membuat persiapan yang lengkap bagi mengurus bakal haji untuk pelaksanakan Ibadat Haji. Persiapan yang dilakukan antaranya bangunan tempat penginapan yang mempunyai kemudahan asas seperti bekalan air paip, hawa dingin, lif. Pihak Muassasah, pemilik bangunan dan TH akan melakukan pemantauan bagi memastikan kemudahan asas ini boleh digunakan, tetapi adakalanya air paip terputus atau hawa dingin/lif rosak maka mengambil masa untuk diambil tindakan. Di sinilah masa bakal haji diduga kerana kemungkinan air terputus semasa bakal haji hendak mandi atau mengambil wuduk atau menggunakan tandas. Bilik air/tandas dalam bilik, semasa ketiadaan air, tandas menjadi kotor dan berbau. Kemungkinan tandas tersumbat atau saluran air tidak boleh mengalir menyebabkan air melimpah masuk ke dalam bilik membasahi permaidani. Apa yang disebutkan ini adalah kemungkinan berlaku dan bagaimana bakal haji menghadapi.
Ragam rakan sebilik juga menduga bakal haji. Ada yang suka membawa isteri/suami berbual dalam bilik yang memyebabkan bakal haji yang lain tidak selesa untuk tidur atau berehat. Ada yang minta dipadamkan alat hawa dingin kerana tidak tahan sejuk atau sebaliknya. Ada yang merokok dalam bilik, walaupun mereka tahu larang merokok dalam bilik. Kelakuan merokok dalam bilik boleh mengundang bahaya kebakaran dan menyebab orang lain tidak selesa dengan bau busok asap rokok dan boleh menggangu kesihatan. Ada yang batuk mengeluarkan bunyi yang kuat dan macam-macam lagi. Bagaimana bakal haji boleh menyesuaikan keadaan ini. Ada bakal haji mengambil tindakan beritikaf di masjid dan kurangkan masa dalam bilik. Apabila keperluan untuk mandi dan menukar pakaian saja mereka balik ke bilik.
Waktu hendak pergi masjid ramai orang menggunakan lif sehingga menunggu lama, hendak pula apabila sudah azam lagi ramai yang menunggu. Ada bakal haji yang tidak peduli mereka yang tua, sakit ataupun orang kurang upaya(OKU). Yang menjadi matlamat mereka dapat turun dulu ke masjid. Bakal haji yang pro-aktif ada yang pergi ke masjid lebih awal atau ada yang sihat dan kuat menggunakan tangga, mereka begerak perlahan-lahan akhirnya sampai juga ke bawah.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes