Tuesday, April 26, 2011

WAJIB UMRAH

Wajib Umrah 2 perkara ialah Berniat sebelum melepasi Miqat Makani (tempat) dan Menjaga 13 Larangan semasa Ihram.
Kebiasaannya penduduk Malaysia akan berniat sebelum pesawat melepasi Qarnul Manazil jika mereka terus ke Mekkah. Apabila mereka masuk Madinah, tidak perlu berniat dalam pesawat. Mereka akan berniat di Bir Ali apabila mereka bergerak ke Mekkah dari Madinah.
Jika mereka tidak berniat selepas melepasi miqat, maka hendaklah berniat bagi kerja Umrah dan dikenakan Dam.
Apabila telah berniat, perlulah meninggalkan Larangan Ihram. Larangan Ihram terbahagi kepada beberapa kumpulah. Berkaitan Pakaian, Menghiaskan Diri, Alam Sekitar, Hubungan Suami/Isteri.
Larangan Ihram berkaitan Dam, terbahagi kepada dua iaitu Pelanggaran Larangan Ihram tidak menyebabkan kerosakan, masih dapat dielakkan dari dikenakan Dam jika diambil tindakan pembetulan. Contoh: Jika seorang lelaki yang dalam Ihraim, dalam keadaan terlupa lalu menutup kepala, apabila sedar atau ditegur maka dialihkan kain atau ketayap di atas kepala. Maka tidak dikenakan Dam.
Laranga Ihram yang mengakibat berlaku kerosakan atau binasa, seperti mengerak kuku kerana terlupa, tetap dikenakan Dam dan tidak berdosa.

Monday, April 25, 2011

RUKUN UMRAH : TARTIB

Umat Islam yang ingin mengerjakan Umrah perlu mengetahui Rukun dan Wajib Umrah.
Rukun Umrah:
1. Niat
2. Tawaf
3. Saie
4. Bercukur/bergunting
5. Tartib
Pada catatan yang lalu telah diperjelaskan Rukun Umrah dari Niat hingga Bercukur/bergunting. Sekarang dijelaskan Tartib ialah melakukan Rukun Umrah mengikut susunan, yang mana dahulu di dahulukan. Pelaksanaan Rukun Umrah adalah susunan di atas. Mula-mula Niat, kemudian Tawaf, Saie dan bercukur/bergunting. Maka perkerjaan mengikut turutan itu disebut Tertib.
Jika dimulakan Saie kemudian Tawaf, itu dikira tidak Tertib maka perlaksanaan Saie tidak sah (batal). Jika diikuti dengan bergunting/bercukur maka telah berlaku pelanggaran Larang Ihram. Maka akan dikenakan Dam. Jika keadaan ini berlaku sebab jahil, maka dikenakan Dam sahaja dan tidak berdosa. Akibatnya, perlaku masih dalam Larangan Ihram. Apabila sedar maka hendaklah dilakukan Saie dan bergunting/bercukur sekali lagi.

Saturday, April 23, 2011

TAWARAN TERPILIH 1432H KALI KE 3

THWP akan mengeluarkan surat tawaran terpilih 1432H kali ke 3 pada 26 April 2011. Bakal Haji perlu menjawab dengan kadar segera atau sebelum 21 Mei 2011. Semasa menjawab pastikan simpanan dalam Akaun TH tidak kurang RM9,980 bagi bakal haji pertama kali dan bakal haji yang berkali, simpanan tidak kurang RM14,340.00. Mereka yang menjawab atau tiada simpanan minima selepas 21 Mei 2011 akan dikeluarkan dari senarai terpilih. Semasa menjawab terima, THWP akan memyerahkan buku rujukan secara percuma.

Thursday, April 21, 2011

KURSUS INTENSIF HAJI 1432H

Bakal Haji (BH) 1432H akan diperlengkapkan lagi dalam ilmu dan amal ibadat haji dengan menganjurkan Kursus Intensif Haji (KIH) yang dijangka di adakan di Dewan Utama Masjid Negara bermula pertengahan bulan Jun 2011. KIH akan diadakan untuk 2 hari bagi setiap BH yang Terpilih yang telah menjawab menerima Tawaran. KIH bermula jam 8.30 pagi hingga jam 5.00 petang. Tabung Haji menyediakan minuman pagi dan makan tengahari untuk 2 hari. THWP akan memanggil mengikut kumpulan dan setiap kumpulan melibatkan 100 hingga 150 BH.
Melalui pengalaman beberapa tahun yang lepas, berlaku pembaziran makanan dan kos pengendalian kursus kerana ada BH tidak hadir pada hari ditetapkan dan tidak memaklumkan kepada THWP. Kos makanan dan pengendalian KIH adalah tanggungan TH dan BH tidak perlu membuat sebarang bayaran. Oleh itu BH yang ingin hadir KIH yang ditetapkan dalam surat panggilan perlu menjawab untuk hadir dengan mengembalikan Slip Kehadiran di THWP. Jika tiada jawapan dari BH, THWP akan menggantikan tempat tersebut dengan BH lain yang sanggup hadir. Sebagai kawalan Urusetai akan membekalkan lencana KIH semasa BH mendaftar. BH yang tiada nama dalam senarai tidak dibenarkan menyertai KIH. BH hanya boleh hadir jika ada kekosongan tempat pada kumpulan lain. Adalah lebih baik BH yang tidak nama pada hari tersebut tidak hadir ditempat KIH tapi berurusan di THWP untuk menentukan tarikh KIH.
BH yang akan hadir KIH perlu mambawa bersama surat panggilan dan alatulis. Pada hari pertama BH perlu membawa kain ihram/telekong untuk simulasi Tawaf, saie dan melontar. Pada pengujung hari kedua akan diadakan ujian kefahaman. BH yang mendapat markah 39% kebawah perlu hadir Kursus Khas Haji (KKH) yang akan dimaklumkan tarikh nya. KKH akan diadakan sehari, masa jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang.

Wednesday, April 20, 2011

PEMERIKSAAN KESIHATAN BAKAL HAJI 1432H

Tabung Haji Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan sedang membuat persiapan bagi menjalani Pemeriksaan Kesihatan kepada bakal haji 1432H yang Terpilih yang menjawab menerima tawaran dengan Tabung Haji. Pemeriksaan Kesihatan sangat penting kepada bakal haji bagi tujuan memastikan tahap kesihatan yang ada mampu melaksanakan Ibadat Haji. Juga dapat membantu bakal haji jika memerlukan bantuan rawatan kesihatan di Tanah Suci dengan merujuk Buku Rekod Rawatan.
Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutan akan memberi Taklimat kepada Pegawai Perubatan dari Klinik yang terdapat dalam Wilayah Persekutan dan Pegawai Perubatan Swasta yang berminat memberi perkhidmatan pemeriksaan kesihatan kepada bakal haji. Apabila Pegawai Perubatan telah mengikuti Taklimat tersebut, Numbor Pendaftaran akan dikeluarkan bagi melayakan mereka membuat pemeriksaan kesihatan kepada bakal haji. Jabatan Kesihatan akan mengaturkan Perkhidmatan Khas Pemeriksaan Kesihatan pada hari dan tempat yang akan ditentukan kemudian. Bakal haji hendaklah hadir mengikuti tarikh dan masa yang ditetapkan. Perkhidmatan ini diberi PERCUMA kepada bakal haji. Perkhidmatan yang diperolehi dengan Klinik Swasta adalah atas tanggungan sendiri bakal haji. Kelebihan Klinik Swasta memberi kemudahan kepada bakal haji untuk memilih tarikh, masa dan tempat yang bersesuaian.
Perkhidmatan Khas Pemeriksaan Kesihatan dijangka diadakan bulan Mei 2011. Tabung Haji Wilayah Persekutuan akan mengeluarkan surat kepada bakal haji 1432H yang menentukan tarikh dan masa. Apabila bakal haji menerima surat TH, bakal haji perlu menjawab untuk hadir pada tarikh dan masa yang ditentukan. Jika tidak menjawab, bakal haji hendaklah membuat pemeriksaan kesihatan di Klinik Swasta yang dibenar oleh Jabatan Kesihatan.


Sebelum membuat pemeriksaan kesihatan, bakal haji perlu mendapatkan Buku Rekod Rawatan di Tabung Haji Wilayah Persekutuan dengan PERCUMA. Bakal haji perlu melengkapkan butiran yang diperlukan dan menampal gambar berukuran gambar kad pengenalan di muka surat 1. Semasa berurusan, bawa bersama rekod kesihatan dan nama ubat yang dimakan (jika ada). Bakal haji yang tiada menerima surat panggilan hendaklah datang ke Tabung Haji Wilayah Persekutuan untuk mendapatkan surat jika hendak mendapatkan Perkhidmatan dari Jabatan Kesihatan WP. Bakal haji yang lulus pemeriksaan kesihatan akan diberi suntikan Maningitis. Peringatan Penting: Setelah Buku Rekod Rawatan telah dilengkapkan dengan kelulusan Pegawai Perubatan, Buku Rekod Rawatan hendak disemakan oleh Pegawai Tabung Haji dan akan direkod dalam sistem Tabung Haji bagi memudahkan urusan Visa.
Bakal haji yang tidak lulus pemeriksaan kesihatan, akan dirujuk ke klinik yang berhampiran untuk mendapat rawatan susulan sehingga penyakit yang dihidapi stabil. Apabila stabil barulah pegawai perubatan memberi kelulusan.
Bakal Haji yang telah membuat pemeriksaan kesihatan tahun lepas (1431H) hendaklah membawa Buku Rekod Rawatan tahun lepas semasa membuat pemeriksaan kesihatan tahun ini (1432H). Suntikan maningitis tidak perlu diambil kerana ketahanan ubat dalam badan selama 3 tahun.

Saturday, April 16, 2011

BERCUKUR ATAU BERGUNTING UMRAH

Setelah selesai Saie 7 kali dengan yakin, mengikut syarat-syarat dan sunatnya. Tamatnya saie di Bukit Marwah dan bolehlah bercukur atau bergunting melebihi 3 helai rambut. Disunat bercukur bagi lelaki. Hanya sah mengunting rambut, tidak sah mencukur misai, jangut, bulu dada, bulu tangan atau bulu kaki. Tempat untuk bergunting/bercukur boleh dilakukan dimana-mana dan tiada tempoh masa. Adalah lebih baik bergunting di Bukit Marwah dan dengan segera apabila selesai Saie. Dengan itu telah bertahlul lah mereka daripada larangan Umrah. Mereka yang ingin bergunting bolehlah melakukan sendiri atau boleh menguntingkan orang lain walaupun belum mengunting untuk dirinya. Adalah lebih baik mengunting diri sendiri sebelum mengunting rambut orang lain. Bagi wanita hendaklah menjaga aurat semasa hendak bergunting. Bagi lelaki yang kerap melakukan umrah, jika umrah pertamanya bercukur kemudian esoknya buat umrah, selesai Saie hendak bergunting, rambut belum tumbuh maka hendaklah dilalukan mata pisau dikulit kepala sama seperti orang yang tiada rambut (botak sejak asal).

Tuesday, April 12, 2011

TANGGUNGAN HAJI

Bakal Haji Warganegara Malaysia yang pertama kali mengerjakan Haji dengan Muassasah, bayaran haji sebanyak RM9,980.00 dan di tanggung oleh Tabung Haji sebanyak RM4,360.00. Tabung Haji memberi peluang kepada mereka yang layak menerima tanggungan haji, menolak untuk menerimanya dengan melengkapkan borang yang di majukan kepada mereka. Apabila menolak tanggungan haji maka mereka akan menanggung keseluruhan Bayaran Haji iaitu sebanyak RM14,340.00. Jika mereka ingin menerima tanggungan haji tidak perlu menghantarkan borang tersebut di Tabung Haji.

Saturday, April 9, 2011

SAIE UMRAH

Apabila selesi Tawaf Umrah, terus bergerak ke Bukit Safa melalui pintu Safa dan berdoa. Naik di atas Bukit Safa dan mengadap kearah Kaabah dan bertakbir 3 kali. Berniat untuk Saie turun menuju Bukit Marwah. Niat untuk Saie Umrah adalah sunat. Bukit Safa binaan bukit batunya tinggi jika di bandingkan dengan Bukit Marwah, binaan bukitnya hanya mendatar. Apabila memandang kearah dalam masjid Al Haram dari Bukit Safa kita boleh melihat Kaabah, tapi dari Bukit Marwah tidak dapat melihat Kaabah. Bukit Safa hampir dengan lampu hijau. Petanda ini perlu bagi memastikan kita memulakan Saie dari Bukit Safa, bukan Bukit Marwah. Jarak dari Bukit Safa ke Bukit Marwah ialah 420 meter. Selesai 7 kali ulang alik bermakna sejauh 2,940 meter bersamaan 2.9 km. Permulaan Saie ialah berjalan dari Bukit Safa ke Bukit Marwah di kira 1 kali, dan dari Bukit Marwah ke Bukit Safa di kira 2 dan diulangi sehingga 7 kali. Saie berakhir di bukit Marwah. Pergerakan dari Bukit Safa ke Bukit Marwah 4 kali dan pergerakan dari Bukit Marwah ke Bukit Safa 3 kali. Saie hendaklah dilakukan selepas tawaf. Semasa Saie boleh dilakukan tanpa wuduk dan wanita dalam hadas juga boleh Saie. Tempat Saie bukan dalam kawasan masjid. Semasa Saie pastikan segala syarat-syarat dan sunat Saie dilakukan dengan sempurna. Sebelum Hari Wukuf tiada Saie yang tidak memakai ihram. Selepas Wukuf ada orang ramai Saie tanpa berpakaian ihram iaitu berpakaian biasa (berjahit). Mereka melakukan Saie Haji.

Thursday, April 7, 2011

TAWARAN TERPILIH 1432H KALI KEDUA

Tabung Haji sedang membuat persiapan untuk mengeluarkan surat tawaran Terpilih 1432H kali kedua. Insya Allah surat akan diterima minggu hadapan. Bakal haji hendaklah menjawab sebelum atau pada 5 Mei 2011 dan hendaklah mencukupkan Bayaran Haji semasa menjawab. Bakal haji yang ditawarkan terpilih akan hilang kelayakan untuk menunaikan haji Musim 1432H jika berlaku perkara berikut: • Tidak memberi maklumbalas sama ada menerima atau menolak tawaran dalam tempoh yang ditetapkan. • Menolak tawaran dan tidak memaklumkan tahun pilihan yang baru. • Menerima tawaran tetapi tidak mencukupkan Bayaran Haji dalam masa yang ditetapkan.

Tuesday, April 5, 2011

KADAR BAYARAN HAJI 1432H

Tabung Haji telah menetapkan kadar Bayaran Haji 1432H. Kos Bayaran haji adalah RM14,340.00, melibatkan tambahan keluasan ruang peribadi bagi setiap jemaah di Tanah Suci dan peningkatan ketara kos sewaan tempat penginapan. Walaubagaimana pun kadar Bayaran Haji bagi bakal haji warganegara Malaysia yang belum pernah menunaikan haji dan pergi cara Muassasah akan kekal sebanyak RM9,980.00 seperti tahun lepas. Kos ini sama kepada bakal haji yang berlepas daripada mana-mana tempat berlepas ke Arab Saudi. TH akan menanggung sebahagian bayaran haji sebanyak RM4,360.00. Bakal Haji yang memilih untuk mengikuti Pakej THTS atau Pakej Pengelola Jemaah Haji swasta tidak layak menerima tanggungan haji. Walaupun mereka belum pernah menunai haji. Bayaran Haji bakal haji yang pernah menunaikan haji dan bakal haji Pemastautin Tetap perlu menanggung kenaikan kos langsung untuk menunaikan haji iaitu RM14,340.00 seorang. Wang Bayaran Haji hendaklah dicukupkan pada atau sebelum 30 April 2011 bagi mereka yang telah menjawab terima tawaran haji 1432H. Bakal haji yang akan menerima tawaran hendaklah mencukupkan Wang Bayaran Haji semasa menjawab terima tawaran.

Saturday, April 2, 2011

TAWAF UMRAH

Sebelum melakukan Tawaf pastikan telah mengambil wuduk, anggota dan kain Ihram, suci daripada najis. Jika terkena najis basuhlah pada kain atau anggota yang terkena najis. Biasanya pakaian atau anggota terkena najis burung merpati semasa menunggu di luar hotel atau semasa berjalan ke Masjidil Haram. Kebiasaannya bakal umrah akan berkumpul di lobi hotel untuk diberi taklimat kemudian bergerak dalam kumpulan.Semasa bergerak bakal umrah hendaklah bertalbiah (sunat) dengan bersemangat dan penuh keinsafan. Bakal Umrah semasa berjalan lihat kiri-kanan jalan menuju ke masjid bagi mengenali jalan balik ke hotel. Jika ada telefon yang boleh mengambil gambar, ambillah gambar bangunan yang boleh dijadi tanda tunjuk untuk ke hotel. Bakal Umrah wanita apabila berhadapan dengan jalan berdebu atau busuk boleh menutup hidung (muka) dengan tangan tidak boleh dengan kain. Bagi wanita yang tidak boleh terkena habuk, jika terkena boleh memudaratkan diri seperti lelah maka boleh pakai “mask” tapi dikenakan dam dan tidak berdosa.


Apabila berada di dataran masjid terdapat kumpulan burung merpati sedang makan, jangan dikejutkan atau menyebabkan burung merpati terkejut, dikuatiri apabila burung merpati terbang dan mengakibatkan bulunya gugur. Pengertian larangan memburu atau membinasakan binatang yang halal dimakan dengan cara membunuh, memukul, menjerat atau menangkap atau dengan apa cara yang menyakiti binatang itu, malah memeranjatkan atau mengejutkan binatang itu. Apabila ingin memasuki masjid, berdoa. Selipar dimasukan dalam karung atau plastik, dan dibawa bersama ke dalam masjid. Apabila melihat atau ternampak kaabah berdoa. Kemudian bergerak menuju ruang solat yang memudahkan bakal umrah menuju kearah tengah antara Rukun Yamani dan Rukun Hajar Aswad. Carilah rak atau bekas tempat letak karung atau plastik selipar dan tinggalkannya di situ. Ingat! Jangan diletakan di lantai kerana dikuatiri akan di alihkan oleh pekerja yang membersihkan masjid di tempat lain. Ingatkan Nombor tempat kasut atau nombor tiang masjid tempat letak kasut. Sekali lagi gunakan telefon yang boleh mengambil gambar, ambil gambar no. tempat kasut. Telefon yang boleh ambil gambar biasanya tidak dibenarkan dibawa ke dalam masjid kepada jemaah wanita. Sebabnya tidak diketahui.


Bersiaplah untuk ke dataran tawaf bagi tujuan tawaf. Lelaki boleh bersiap sedia berittibak. Mulakan tawaf di Rukun Hajar Aswad, jika terlalu jauh dari Kaabah, lihat lampu hijau di binaan masjid sebagai panduan untuk memulakan tawaf. Semasa hendak mula tawaf Umrah disunatkan berniat, jika tidak berniat sah tawaf Umrah. Lakukan tawaf mengikut syarat-syarat yang ditentukan berserta dengan perkara-perkara sunat semasa tawaf. Apabila telah diyakini selesai 7 kali pusingan maka tamatkan dengan bergerak melebihi atau melepasi dari Rukun Hajar Aswad. Jangan berpusing ke belakang untuk keluar dari kumpulan manusia yang sedang tawaf tapi bergerak mengikut arus tawaf.Kemudian solat sunat tawaf di belakang Makam Ibrahim, jika tiada ruang solatlah dimana-mana kawasan.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes