Thursday, May 28, 2015

GELANG PENGENALAN HAJI 1436 HIJRAH

Bakal Haji 1436H telah di bekal Gelang Pengenalan Haji (GPH) melalui Pos Laju berperingkat-peringkat ke alamat yang terdapat dalam system Tabung Haji.
GPH hendaklah dipakai apabila hendak Melapor Diri di Station Berlepas ke Tanah Suci. Pemakaian GPH sentiasa dipakai di Tanah Suci.
Tujuan pemakaian GPH adalah sebagai pengenalan bahawa pemakainya adalah Jemaah Haji Malaysia. Jika apa-apa berlaku kepada Jemaah Haji seperti pengsan, masuk hospital bakal haji mudah dikenali.
Pada GPH tercatat Nama, No IC , Malaysia dan No Tel Kecemasan Tabung Haji di Mekah.
Bakal Haji yang telah menerima GPH hendaklah di simpan dengan baik supaya apabila hendak berangkat ke Tanah Suci mudah didapati.

Tuesday, May 5, 2015

KURSUS INTENSIF HAJI 1435 HUJRAH

Bakal Haji 1435H Wilayah Persekutuan telah mula menjalani Kursus Intensif Haji 1435 H bermula 4 Mei 2015 hingga 16 Jun 2015( kecuali 6, 7, 20 dan 21 Mei 2015). bertempat Dewan Syarahan Masjid Negara jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. KIH tiada dikenakan apa-apa bayaran.


Semasa kursus berjalan makan dan minum disediakan oleh Tabung Haji.


Setiap kumpulan seramai 150 orang akan menghadiri KIH selama 2 Hari.


Modul Kursus ialah:


1. Ibadat Haji
2. Amali Haji
3. Kesihatan
4. Masalah Wanita dalam Ibadat Haji
5. Pengurusan Haji
6. Ujian

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes