Tuesday, December 30, 2014

SURAT TAWARAN TERPILIH BAKAL HAJI 1436H

Tabung Haji telah mengeluarkan Surat Tawaran Peringkat Pertama kepada Bakal Haji 1436H yang Terpilih dan tempoh menjawab sebelum atau pada 3 Jan 2015.
Bakal Haji 1436H yang telah menerima surat Tawaran Terpilih harap dapat disegerakan menjawab.
Mereka yang Mendaftar Haji sebelum Akhir Jun 2007 bolehlah membuat semakan dengan
THCC 03 62071919 untuk memastikan samada mereka termasuk dalam senarai Terpilih.

Sehingga 30 Dis 2014 sebanyak 49.96% mereka yang di Tawar Terpilih yang berurusan dengan THWP masih belum menjawab Tawaran. Jika mereka tidak menjawab sehingga 3 Jan 2015 , mereka dianggap menolak Tawaran dan tiada jaminan  ditawarkan pada Musim-musim Haji berikutnya. 

Monday, December 29, 2014

KURSUS ASAS HAJI 1436H

Kursus Asas Haji (KAH) 1436H akan bermula awal Januari 2015. KAH adalah terbuka kepada semua umat Islam, samada belum mendaftar Haji, telah mendaftar tapi lambat lagi giliran, mereka yang sedang membuat Rayuan untuk pergi tahun 1436H dan mereka yang terpilih 1436H ( Wajib) hadir.

Di Kawasan Wilayah Persekutuan banyak pihak yang menganjurkan KAH diantaranya Anjuran Pihak Masjis, Anjuran orang perseorangan, Syarikat Umrah dan Syarikat Pengendali Jemaah Haji. Bakal Haji yang akan menunaikan Haji atau mereka yang membuat Rayuan untuk menunai Haji 1436H adalah digalakan mengikuti KAH 1436H Anjuran Tabung Haji kerana Modul KAH telah disusun mengikut keperluan Bakal Haji supaya bakal Haji bermaklumat berkaitan Ibadah, Pengurusan Haji, Pengurusan Kesihatan dan Permasalahan Wanita berkaitan Ibadat.

THWP telah memlilh 25 lokasi KAH 1436H yang akan diadakan pada Hari Sabtu dan Ahad selama 17 Minggu (Siri). Waktu yang ditentukan , ada lokasi KAH mengadakan disebelah pagi dan ada yang mengadakan di sebelah petang. KAH 1436H tidak dikenakan bayaran Pendaftaran kepada peserta KAH.
Oleh itu mereka yang berada di Wilayah Persekutuan mempunyai banyak pilihan untuk mengikuti KAH.

Sebarang pertanyaan berkaitan Lokasi KAH 1436H bolehlah membuat pertanyaan melalui email, pppemwil@lth.gov.my

Monday, December 22, 2014

SURAT TAWARAN HAJI 1436H

THWP telah mengeluarkan surat Tawaran Haji 1436H kepada bakal Haji yang terpilih kepada mereka yang berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur , Putrajaya dan kawasan berhampiran.
Bakal Haji yang di Tawarkan Haji peringkat pertama adalah mereka yang berdaftar sebelum atau 30 Jun 2007. Mereka yang mendaftar pada tarikh ini yang tidak menerima Surat Tawaran bolehlah membuat semakan melalui email : pppemwil@lth.gov.my dengam menyatakan nama dan no IC.

Bakal Haji 1436H yang menerima surat Tawaran hendaklah menjawab Tawaran sebelum atau pada 3 Jan 2015. Semasa menjawab Bakal Haji 436H perlu ada dalam Akaun TH tidak Kurang RM9,980.00 bagi mereka yang pertama kali menunaikan Haji dan RM16,155.00 bagi mereka yang menunaikan Haji lebih dari sekali. Bayaran Haji tertakluk kepada perubahan yang akan dimaklumkan kemudian.

Kouta Haji 1436H adalah seramai 22,230 orang saja.

Monday, December 8, 2014

HIMPUNAN PERSAUDARAAN HUJJAJ (HISHAJ) WILAYAH PERSEKUTUAN

Tabung Haji Wilayah Persekutuan akan mengadakan Himpunan Persaudaraan Hujjaj Peringkat Wilayah Persekutuan pada 13 Disember 2014 bertempat di Dewan Solat Masjid Negara jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari.

Antara tujuan Himpunan Persaudaraan Hujjah adalah seperti berikut:
  • Mengekalkan dan meningkatkan hubungan silaturrahim di kalangan jemaah haji setempat bagi mengalakan hubungan masyarakat yang sihat.
  • Mengekalkan roh haji/falsafah haji
  • Majlis ilmu di kalangan jemaah haji
Surat jemputan telah dikeluarkan kepada bakal haji kawasan Wilayah Persekutan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Jemaah Haji yang menerima surat perlu menjawab kehadiran selewat-lewatnya pada 10 Disember 2014.

Jemaah Haji lelaki diminta memakai Jubah Putih dan Jemaah Wanita memakai Jubah Hitam.

Kehadiran Jemaah Haji sangat dihargai.

Friday, November 14, 2014

KEMASKINI MAKLUMAT BAKAL HAJI 1436H

Tabung haji sedang membuat persiapan untuk Musim Haji 1436H seperti perkara berikut:

1.  Membuat persiapan untuk mengeluarkan surat Tawaran Haji 1436H
2.  Membuat Persiapan untuk mengadakan Kursus Asas Haji 1436H

Bakal Haji 1436 H hendaklah membuat kemaskini maklumat Alamat dan no tel yang terkini supaya apa-apa maklumat berkaitan haji dapar disampaikan kepada bakal haji.

Pada tahun yang lepas terdapat bakal haji tidak menerima surat Tawaran dan menyebabkan mereka tidak menjawab Tawaran dan seterus tidak dapat menunaikan haji pada tahun tersebut.

Oleh itu bagi mereka yang bercadang untuk menunaikan haji pada tahun 1436 H hendaklah kerap membuka Blog ini supaya tidak ketinggalan maklumat. 

Thursday, September 4, 2014

PENGHAYATAN HIJRAH RASULULLAH 3

Rasulullah s.a.w berada di Madinah selama 10 tahun dengan pelbagai dugaan. Menghadapi peperangan. Menghadapi orang Yahudi dan orang Munafiq.

Peringkat permulaan Hijrah Rasulullah s.a.w, melakukan tindakan seperti berikut:

• Mendirikan Masjid dan umat Islam mendiri solat Waktu berjemaah .

• Mempersaudarakan Kaum Ansar dengan Muhajirin.

• Melaksanakan Perundangan dan Hukum Islam yang terkandung dalam 28 Surah Madaniah seterusnya menegakkan Daulah Islamiah.

Bakal Haji akan berada di Madinah selama 8 hari bagi merasai kehidupan bersama Rasulullah s.a.w. Bakal Haji akan berusaha menjauhi sifat-sifat Yahudi dan Munafiq dalam diri mereka bagi menzahirkan cinta kepada Rasulullah s.a.w.

Semasa 8 hari berada di Madinah, hendaklah bersungguh untuk berjemaah di Masjid Nabawi dan mengambil peluang Beritikaf di dalamnya dengan banyak melakukan solat sunat, membaca Al Quran, berzikir dan berada dalam majlis Ilmu.

Bakal haji boleh mengujudkan persaudaraan di antara teman sebilik, sehotel dan mereka yang bersebelahan kita semasa di dalam Masjid dengan memberi ucapan salam, senyum dengan mereka dan pelbagai perkara yang disukai oleh mereka.

Wednesday, September 3, 2014

PENGHAYATAN HIJRAH RASULLAH 2

Rasululah s.a.w berhjirah dengan berjalan kaki dan kadang-kadang bergilir dengan Saidina Abu Bakar menaiki unta. Berjalan dengan kepanasan matahari dan kepanasan pasir. Menuruni lurah dan mendaki bukit semasa dalam perjalanan. Dikejar oleh musuh yang hendak membunuh. Kehabisan bekalan makanan dan pelbagai cabaran. Perjalanan mengambil berhari-hari baru sampai di Madinah.

Adakah bakal haji akan menghadapi kesusahan dan ketakutan seperti Rasullah s.a.w ? Sudah pasti , bakal haji hanya merasa penat dalam kapalterbang kira-kira 8 jam. Ketakutan menaiki kapalterbang bagi mereka yang tidak pernah menaiki nya. Susah untuk begerak, mengunakan tandas dan tempat duduk yang sempit. Adakalanya takut kerana kapalterbang dipadamkan lampu, terasa gelap seolah-olah berada dalam keranda. Itu saja yang dirasai oleh bakal haji. Maka seharus nya bakal haji bersukur atas keselesaan ini.

Thursday, August 28, 2014

PENGHAYATAN HIJRAH RASULULLAH 1

Penerbangan Haji telah masuk hari kedua membawa bakal haji ke Madinah. Bakal Haji akan meninggal tanah air, keluarga. Harta benda, kesenangan, rumah yang selesa, jawatan dan pangkat untuk berangkat ke Madinah. Semasa di di stesen berlepas bakal haji dan penghantar yang menitiskan air mata untu berpisah dengan keluarga. 


Bakal haji hendak memikirkan bagaimana perasaan Rasulullah s.a.w apabila ingin melakukan Penghijrahan ke Madinah yang terpaksa meninggalkan Mekkah, saudara dan sahabat handai. Sahabat nabi terpaksa meninggal rumah, harta dan perniagaan untuk berhijrah ke Madinah. Pengorbanan dan kesusahan Rasulullah s.a.w dan Sahabat sangat besar. Segala nya ditempuhi dengan tabah kerana Allah s.w.t.  Oleh itu Peristiwa Penghijrahan Rasulullah s.a.w mendatangkan keinsafan dan kesedaran bahawa kesusahan bakal Haji menuju ke Madinah tidak lah seberapa.

Thursday, August 21, 2014

PENEMPATAN JEMAAH HAJI DI MADINAH

Bakal Haji akan ditempatkan di Madinah 2 kawasan dinamakan Zon. Bentuk mukabumi adalah mendatar. Jemaah Haji yang berada di Madinah agak selesa. Penempat Jemaah Haji adalah seperti gambar dilampirkan.

Wednesday, August 13, 2014

PENEMPATAN BAKAL HAJI 1435H DI MEKKAH

Bakal haji 1435H (Muassasah ) akan menginap di Bangunan yang disewa oleh TH. Bangunan tersebut lengkap dengan kemudahan lif, hawadingin, ruang legar yang luas. Beberapa kemudahan di lobi ialah kefteria, menghantar pakaian untuk Dobi, Perkhidmatan Penghantaran ke Malaysia dan lain-lain. Bakal haji lelaki dan perempuan akan diasingkan bilik mereka.
Bakal Haji hendaklah menjaga kebersihan, pastikan tiada sisa makanan di buang dalam sinki kerana boleh menyebabkan tersumbat. Dalam bangunan tersebut tidak dibenarkan MEROKOK.

Tuesday, August 12, 2014

PENAPIS HIDUNG ( NOSK )

Musim Haji 1435H dijangka cuaca panas dan berabuk. Biasanya Jemaah Haji akan mengidap penyakit Selsema dan Batuk. Bakal Haji di nasihatkan memakai penutup hidung. Untuk keselesaan Bakal Haji semasa berada di Tanah Suci untuk beribadah dicadangkan bakal haji memakai Penapis Hidung ( NOSK )

Harga RM20.00 1 pad jika beli 5 pad (1 kotak ) RM100 dan dipos tanpa kos tambahan.
Bakal Haji yang ingin mendapatkan NOSK boleh menghubungi saya 0193858471 atau email : mazlan59@gmail.com

TARIKH PENERBANGAN HAJI 1435H

Penerbangan Haji 1435H akan bermula pada 27 Ogos 2014. Sebahagian Bakal Haji telah menerima Surat Jadual Penerbangan (SPJ) dan sebahagian akan menerima SJP kemudian.

SELAMAT BERANGKAT KE TANAH SUCI DAN MENDAPAT HAJI MABRUR.

Monday, August 11, 2014

BAYARAN DAM DAN QURBAN

Tabung Haji telah membuka Perkhidmatan Bayaran Dam dan Qurban sehingga 20 September 2014.
Bakal Haji 1435H boleh berurusan dengan TH berhampiran.

Kadar adalah seperti berikut:
  • Dam Haji Tamattu (Qibas) pada kadar SAR455 (bersamaan RM400.40)
  • Ibadah Qurban (Qibas) pada kadar SAR490 (bersamaan RM431.20)
  • Ibadah Qrban (Unta ) pada kadar SAR3,700  (bersamaan RM3,256.00)
Bakal Haji boleh membuat Dam atau Qurban bagi pihak bakal haji lain dengan syarat mendapat keizinan mereka.
Bayaran tersebut akan ditolak dari Akau Bakal Haji yang berurusan.

SELAMAT BERANGKAT KE TANAH SUCI, SEMOGA MENDAPAT HAJI MABRUR

Friday, August 8, 2014

PENERBANGAN HAJI 1435H

TH telah menghantar Surat Jadual Penerbangan kepada sebahagian Bakal Haji.
Bakal Haji yang  belum menerima Surat Jadual Penerbangan boleh bertanya melalui email mazlan59@gmail.com dengan memaklumkan nama dan No IC sebagai rujukan.

Pada Surat tersebut akan dimaklumkan maklumat seperti berikut:
1.  Tarikh dan Waktu Melapor Diri
2.  Tempat Melapor Diri
3.  No KT dan No Penerbangan spt MH (MAS) atau SV (A Saudi)
4.  Bilanga Hari berada di A Saudi
5.  Miqad
6.  Masuk Madinah atau Mekkah
7.  Maklumat bila balik ke Tanah Air

Sila tinggalkan kepada Waris di Malaysia bahagian bawah surat tersebut untuk rujukan mereka.

Sunday, July 13, 2014

KURSUS PERDANA HAJI 1435

THWP telah mengeluarkan surat panggilan kepada bakal haji 1435 untuk menghadiri Kursus Perdana Haji pada 9 dan 10 Ogos 2014 di Masjid Putra Putrajaya. Kursus hanya dijemput kepada Bakal Haji 1435 yang berurusan dengan THWP saja.
Bakal haji perlu menjawab untuk hadir apabila menerima surat panggilan ini.
Jumlah peserta yang hadir perlu diketahui bagi persiapan makan iaitu minum petang pada 9 Ogos dan sarapan pagi dan makan tengahari pada 10 Ogos. Makanan disediakan dan ditanggong kos nya oleh TH .

Bakal Haji perlu membuat Pendaftaran pada 9 Ogos jam 2.00 ptg. Jika bakal haji datang lebih awal, makan tengahari pada hari tersebut tidak disediakan.

Kursus Perdana Haji akan berakhir sebelum Zohor pada 10 Ogos 2014.

Saturday, July 12, 2014

SERAHAN PASPORT BAKAL HAJI 1435

THWP telah mengeluarkan surat panggilan kepda bakal haji 1435 untuk menyerahkan pasport bagi tujuan Visa. Bakal haji hendaklah menyerahkan sendiri pasport pada tarikh dan masa yang ditetapkan dalam surat tersebut.
1. Bakal haji dipanggil ke kaunter Haji bagi tujuan penyerahan pasport dan 2 keping gambar Visa.
2. Maklumat terkini bakal haji perlu dikemaskini dalam sistem TH.
3. Bakal Haji perlu memastikan penama telah dibuat dengan TH.
4. Bakal Haji perlu kemaskini keputusan Pemereksaan Kesihatan dalam sistem TH. (Jika Belum)
5. Bakal Haji perlu merakam ibu jari kiri dalam sistem bagi memudahkan urusan pengeluaran wang di Tanah Suci.
6. Bakal Haji akan menurunkan tandatangan dan cop jari kiri pada surat yang disediakan oleh TH bagi pihak bakal haji.
7. Apabila selesai urusan serahan pasport TH akan menyerahkan surat tanda terima pasport.
8. Pasport yang diserahkan kepada TH akan dikembalikan semasa Hari Lapor Diri di stesen berlepas.

Monday, June 9, 2014

BUKU REKOD KESIHATAN BAKAL HAJI

Bakal Haji 1435 yang telah lulus Pemeriksaan Kesihatan hendaklah menyerahkan Buku Rekod Kesihatan kepada TH untuk semakan dan merekodkan dalam system TH. Maklumat kelulusan Pemeriksaan Kesihatan Bakal Haji 1435 sangat penting bagi TH mengaturkan Jadual Penerbangan Haji. Bakal Haji yang masi belum mengambil tindakan tersebut hendaklah melakukannya segera.
Bakal Haji yang masih belum lulus Pemeriksaan Kesihatan, hendaklah menyerahkan Buku Rekod Kesihatan kelulusan selewat-lewatnya minggu kedua Ramadhan.

Friday, May 16, 2014

PEMERIKSAAN KESIHATAN BAKAL HAJI 1435

THWP telah mengadakan Pemeriksaan Kesihatan Bakal Haji 1435 di Tingkat 41 Menara TH Perdana, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur bermula 12 Mei 2014 sehingga 1 Jun 2014.
Surat panggilan telah dikeluarkan kepada bakal haji untuk membuat pemeriksaan pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Pemeriksaan ini diberi secara PERCUMA.

Bakal Haji yang tidak dapat hadir pada tarikh yang ditetapkan boleh membuat Pemeriksaan Kesihatan di Klinik Swasta yang diluluskan oleh Jabatan Kesihatan. Kos pemeriksaan Kesihatan ditanggung oleh bakal haji. Doktor yang dibenarkan pemeriksaan Kesihatan kepada bakal haji diberi Nombor Daftar oleh Jabatan Kesihatan.

Tuesday, April 15, 2014

KURSUS INTENSIF HAJI 1435

THWP telah  telah pos surat panggilan Kursus kepada Bakal Haji 1435 hari ini.

Bakal Haji hendaklah menjawap hadir atau tidak sebelum atau pada 21 April 2014.
Jika bakal haji tidak menjawab , tempat mereka akan diganti dengan orang lain.

Semasa kursus makan dan minum akan disediakan oleh TH.

Kursus ini tidak dikenakan bayaran.

Kursus akan diadakan di Dewan Syarahan Masjid Negara, Jalan Perdana Kuala Lumpur bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Kumpulan 1 : 5 dan 6 Mei 2014

Kumpulan 2 : 7 dan 8 Mei 2014

Kumpulan 3 : 12 dan 13 Mei 2014

Kumpulan 4 : 14 dan 15 Mei 2014

Kumpulan 5 : 19 dan 20 Mei 2014

Thursday, April 3, 2014

PERSIAPAN KURSUS INTENSIF HAJI 1435

THWP sedang membuat persiapan untuk mengadakan Kursus Intensif Haji 1435. Pihak Masjid Negara telah memberi persetujuan kepada THWP untuk menyewa Dewan Syarahan sebagai tempat kursus.
THWP telah melantik Syarikat Pembekal makanan untuk penyediaan minuman dan makan tengahari kepada peserta kursus.
Surat panggilan Kursus akan dikeluarkan pertengahan April ini kepada Bakal Haji Terpilih 1435 yang telah menerima Tawaran.
Setiap Peserta Kursus perlu menghadiri 2 hari Kursus bermula 8.00 pagi sehingga 5.00 petang setiap hari.
Jadual Kursus :
Hari Pertama - Ibadat Haji dan Amali Haji
Hari Kedua   - Masalah Wanita dalam Ibadat Haji, Panduan Kesihatan, Ujian dan Pengurusan Haji.

Monday, January 20, 2014

PERSIAPAN KEROHANIAN


Haji adalah satu Jihad bagi mematuhi segala Rukun, Wajib , Syarat sah Rukun dan menjaga Larangan Ihram di tempat  dimana cuaca, bentu muka bumi, budaya dan cara pergaulan  yang sangat berlainan dengan di tempat kita, Malaysia.
Semasa berada Di Madinah dan Mekkah pelbagai aktiviti yang mencabar seperti berikut:
  1. Menginap dalam sebilik dengan orang yang belum dikenali, perbezaan lorat percakapan, perbezaan umur dan tahap pendidikan  dan perbezaan cara hidup.
  2. Setiap aktiviti perlu beratur dan menunggu giliran seperti mengguna bilik air, menaiki dan turun lif, membeli makanan, mendapat perkhidmatan TH atau Klinik dan pelbagai lagi.
  3. Untuk melakukan solat di Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi perlu berjalan antara 1200  meter sehingga 2 km pergi dan balik. Kebimbangan tidak kenal jalan balik ke tempat penginapan.
  4. Apabila keluar dari tempat penginapan terpaksa bersesak-sesak dengan orang ramai, di kedai, perjalan ke Masjid, dalam Masjid,  apabila keluar ke masjid  dan perjalan balik dari masjid, semasa tawaf dan sai.
Apa yang dinyata di atas adalah sebahagian cabara yang akan dilalui.
Oleh itu Bakal Haji perlu lah mempersiapkan diri dengan kekuatan Kerohanian untuk melakukan Ibadat di Tanah Suci.
Perbagai cara yang boleh dilakukan mulai sekarang di antaranya:
  1. Selalu menghadiri program yang melibatkan orang ramai. Jadikan kita mudah untuk menegur sapa orang dan menanya khabar. Tempat tersebut seperti Semasa Menghadiri Kursus, Majlis Perkahwinan, Majlis Ilmu di Surau atau Masjid.
  2. Semasa berurusan dengan TH atau membayar bil-bil yang  terpaksa  menunggu. Buat lah sesuatu yang boleh menenangkan perasaan semasa menunggu. Antara yang boleh dilakukan ialah berzikir, berbual-bual dengan orang disebelah atau membawa bahan bacaan.
  3. Mulai sekarang apabila hendak ke mana-mana yang melibatkan jarak kurang 1 km, hendaklah berjalan kaki supaya otot-otot dapat perkuatkan dan menyebabkan kita terbiasa dengan berjalan kaki.
Perkara yang sangat penting adalah  minda kita hendak berfikiran positif. Setiap perkara yang berlaku akan menimbulkan kekuatan dan manafaat kepada kita.
Antara fikiran positif ialah:

  1. Apabila kita berada bersama orang tidak kita kenali, kita boleh fikirkan bahawa Allah telah memberi peluang untuk kita berkenalan dan menghubungkan Silaturahim. Sesungguh Allah akan meluaskan rezki kepada mereka yang menghubungkan Silaturahim.
  2. Apabila kita berurusan yang terpaksa menunggu, kita fikirkan bahawa Allah hendak memantapkan tahap kesabaran kepada kita. Kita fikirkan bahawa Allah sentiasa bersama orang yang sabar.
  3. Apabila kita terpaksa berjalan jauh untuk ke masjid. Kita fikirkan bahawa setiap langkah ke masjid menyebabkan Allah mengampunkan dosa kita dan memberikan Rahmatnya kepada kita.

Friday, January 10, 2014

KURSUS ASAS HAJI 1435 HIJRAH

THWP telah membuat ketetapan untuk memilih 18 buah Masjid untuk menjalani Kursus Asas Haji pada tahun 1435 yang akan bermula pada 18 atau 19 Januari 2014. Pada tahun ini TH telah menetapkan bahawa pihak Masjid tidak mengenakan Bayaran Pendaftaran.


Nota Kursus akan diberi Percuma kepada Bakal Haji yang Terpilih pada 1435. TH akan memaklumkan masa untuk mengambil Nota Kursus di Pejabat TH.

Di Wilayah Persekutuan banyak Masjid yang menjalankan Kursus Asas Haji. Ada yang dianjurkan oleh Syarikat yang dibenarkan menguruskan Jemaah Haji. Ada orang perseorangan yang menjalani Kursus Asas Haji di Masjid. Ada Masjid sendiri menjalankan Kursus Asas Haji. Oleh itu bakal Haji 1435 hendaklah mengikuti Kursus Asas Haji yang di Anjurkan bersama TH dengan Masjid kerana TH akan memberi maklumat terkini berkaitan Pengurusan Haji, Kesihatan dan Ibadat Haji.

Masjid yang menjalani Kursus Asas Haji adalah di kawasan Selayang, Gombak, Keramat, Bangsar, Ulu Kelang, Wangsa Maju, Cheras, Sg Besi dan Taman Maluri.

Jika ingin mendapat maklumat yang lengkap sila email ke phptdwil@lth.gov.my dengan disertakan nama dan no IC sebagai rujukan.

SELAMAT MENJALANI KURSUS ASAS HAJI 1434

RAYUAN HAJI 1435

THWP telah memproses Permohonan Rayuan yang dihantar  bermula bulan Muharam 1435.
Rayuan yang telah diproses akan dikeluarkan surat penerimaan Rayuan dan menyatakan jawapan sehingga Akhir Ramadhan. Surat ini akan diposkan pada 15 Januari 2014.

Penentuan Terpilih bukan ditentukan oleh Pejabat Cawangan atau Pejabat Negeri.

Jika tiada apa-apa jawapan sehingga Akhir Ramadhan , rayuan tidak Berjaya.

Terkini seramai 300 orang yang membuat rayuan di Kaunter TH Wilayah Persekutuan.

Rayuan akan ditutup pada 1 Rejab bersamaan  1 Mei 2014.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes