\

Maklumat Haji

  |   SELAMAT MENJALANI IBADAT PUASA DAN SOLAT TARAWIH DALAM BULAN RAMADHAN 1435   |   KURSUS PERDANA HAJI WP 1435 PADA 9 DAN 10 OGOS 2014 DI MASJID PUTRA, PUTRAJAYA   |   SELAMAT MENJALANI PEMERIKSAAN KESIHATAN BAKAL HAJI 1435   |   <

Thursday, February 16, 2012

TAWARAN BAKAL HAJI TERPILIH 1433H

Tabung Haji telah memilih bakal haji Terpilih 1433H bermula sekarang. Orang ramai boleh membuat semakan di pejabat TH berhampiran atau boleh juga menghantar nama dan no kad pengenalan melalui email phptdwil@lth.gov.my untuk mendapat maklumat tersebut.
Tabung Haji Wilayah Persekutuan sedang dalam proses untuk mengeluarkan surat tawaran kepada bakal haji 1433H terpilih, Insya Allah minggu hadapan.
Bakal haji 1433H yang menerima surat tawaran hendaklah menjawab menerima atau menolak tawaran tersebut sebelum atau pada 14 Mac 2012. Jika mereka tidak menjawab tawaran pada tarikh yang ditentukan, maka tuan/puan dianggap telah menolak tawaran dan tiada jaminan diberi tawaran pada Musim Haji berikutnya.
Semasa menjawab menerima tawaran bakal haji 1433H perlu mencukupkan Bayaran Haji sebanyak RM9,980 bagi Warga Negara Malaysia yang belum pernah menunaikan haji. Bakal Haji 1433H yang pernah menunaikan haji atau Pemastautin Tetap (PR) perlu mencukupkan RM14,880.
Bayaran Haji 1433H belum ditetapkan, jika jumlah di atau terdapat perubahan, bakal haji akan dimaklumkan secara bersurat/bertulis.
Bakal Hajii 1433H yang ditawarakan, jika telah mencukup syarat berkemampuan jangan menolak tawaran kerana peluang ini hanya datang sekali. Masa lain kita tidak tahu, kemungkinan sakit ke, terpaksa menggunakan simpanan untuk haji atau lain-lain perkara yang didak boleh dielak.

3 comments:

JAMBU LAUT said...

Assalamualaikum Tuan Hj Mazlan,

Saya mendaftar haji dalam tahun pada hujung tahun 2007. Giliran haji saya tercatat dalam tahun 1444H atau dalam tahun 2022 atau 2023.

Apa yang kita tahun setiap tahun, ada yang menolak tawaran, ada yang meninggal dan ada juga bila sampai tahun yang dicadangkan itu, tabungan masih belum mencukupi.

Adakah dengan faktor-faktor ini, giliran saya yang telah mencukupi tabungan akan beranjak menjadi lebih awal. Bolehkan kita semak tarikh baru jika beranjak lebih awal?

Anonymous said...

En jambu laut...kalo tabungan dah cukup & tiada aral utk pergi thn ni, cuba je buat surat rayuan mohon pergi thn nih....insyaAllah jika diizinkan Allah & ada rezeki ..takperlu tunggu thn giliran ..kalo tak dpt thn ini, rayu lagi thn depan..yg pasti buat jer rayuan ... :) ...skang mase yg sesuai utk buat rayuan sbb TH dah stat kuar surat tawaran...jgn tunggu bile dah stat kuar jadual penerbangan plak...

roslah@melaka.uitm.edu.my said...

As-Salam Tn HJ Mazlan
Ibu saya tlh mendapat tawaran mengerjakan haji bg warga lanjut usia pada april 2012 dan telah memberikan jwpn terima kpd TH pada 30 April 2012. Sehingga kini status saya sbg pengiring belum mendpat jawapan lagi dan saya tlh membuat susulan untuk bertanya kpd TH KL. Saya ingin mencadangkan kpd pihak TH agar pengiring di beri surat tawaran secara automatik sebaik shj surat setuju terima daripada calon yg dapat tawaran di terima. Sekadar cadangan....

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes