Tuesday, August 30, 2011

JADUAL PENERBANGAN HAJI 1432H

Bakal haji di Wilayah Persekutuan dan di Seluruh Malaysia akan mula menerima Jadual Penerbangan masing-masing berperingkat-peringkat bermula 8 September 2011. Bakal haji boleh mendapatkan maklumat Penerbangan Haji dengan menghubungi THCC 03-62071919. Jika bakal haji dimaklumkan bahawa jadual penerbangan telah diketahui, tunggu surat sehingga selepas 8 September 2011 kerana surat telah di poskan. Bagi bakal haji juga boleh mendapatkan maklumat penerbangan melalui e mail :phptdwil@lth.gov.my dengan menberi nama penuh dan No kad pengenalan untuk semakan.
Saya mengucapkan tahniah kepada bakal haji yang akan menerima Jadual Penerbangan dan dapat melaksanakan Ibadat Haji dengan menperolehi Haji Mabrur.

15 comments:

Anonymous said...

syukran..terima kasih diatas maklumat.

Zaiton Muhamad said...

Assalamualaikum.
Saya telah terpilih untuk menunaikan fardhu Haji 2011. Oleh kerana saya bekerja maka adalah sukar bagi saya untuk memohon cuti kerana sehingga hari ini saya belum lagi menerima Jadual Penerbangan Haji. Untuk mohon cuti Haji, permohonan mestilah dibuat sebulan lebih awal. Saya telah memilih penerbangan awal. Masa sudah suntuk iaitu tidak sampai sebulan. Saya khuatir cuti saya tidak dapat diuruskan. terima kasih

jemaah haji yg sedang menunggu tarikh said...

saya sgt setuju denganpernyataan Zaiton di atas , oleh kerana hanya satu company iaitu tabung haji sahaja yang membuat perkhidmatan ini, oleh itu haruslah menjaga kebajikan para jemaah kerana kami semua membayar dengan harga yg penuh ...harap maaf
Sila bertindak dengan lebih BIJAK.......sila paparkan tarikh penerbangan lebih awal ya

Zaiton Muhamad said...

Masa sudah suntuk...
bagaimana hendak mohon Cuti Haji. Peruntukan Insyuran yg diberi oleh jabatan tak boleh buat selagi tarikh pergi & balik belum dapat lg. proses tersebut mesti diurus sebulan sebelum bertolak. Maklumat pertama:"JPH akandiberi dalam bulan puasa" Maklumat terkini JPH akan diberi selewat-lewatnya 15 hari raya. Hari ini sudah 19 hari raya.... Kalau sabar pun patut-patut laa...

Zaiton Muhamad said...

e mail :phptdwil@lth.gov.my
Dah hartar email.. tak ada jawapan pun... sedih..

Anonymous said...

phptdwil@lth.gov.my..EMAIL NI HNYA UTK WILAYAH SHJ ATAU UTK SLURUH MALAYSIA

Anonymous said...

mana tarikh penerbangan?

Anonymous said...

Assalamualaikum. Saya juga masih belum menerima Jadual Penerbangan.Diharap kita dapat bersabar kerana hanya ALLAH yang menentukan segala urusan terhadap tetamuNya. Saya yakin TH berusaha sebaik mungkin tetapi ALLAH jua yang menentukan. Wallahu A'lam. TK

Anonymous said...

salam. saya pn xdpt nk apply cuti lg sbb xdpt tarikh g haji...inilah dugaan namanya..kenalah banyak2 bersabar.

Ramly Sidek said...

Salam...Alhamdulillah telah terpilih 9/10/11 9pm KT 34 tidak dapat digambarkan terasa haru hanya ucapkan sukur yg tidak terhingga moga mengerjakan ibadah haji & umrah & diterima Allah amin..
Ramly Sidek
Jerantut Pahang

Anonymous said...

Assalamualaikum wr wb. Saya kira inilah di antara ujian-ujian yang perlu di hadapi oleh bakal bakal Hj-Hjh. Jangan kira kita tak di uji. Ini baru lambat menerima tarikh penerbangan dan masaalah cuti. Di hadapan munkin ada yang lebih besar lagi. Mari berdoa moga Allah permudahkan semua urusan kita, tetap bersabar di atas segala ujiannya. Matlamat nya untuk mendapat Hj Mabrur. InsyaAllah.

nbk

Anonymous said...

Assalamu 'alaikum.
Walau bagaimana pun, ujian dan dugaan janganlah pula dijadikan alasan bagi ketidakcekapan.

zura said...

Assalamualaikum..
sudah 3 hari saya hantar email dan detail yg diperlukn tapi tiada balasan dr TH atau wakil ttg tarikh penerbangan.. harap dapat mmberikn respond secepat mungkin..

El said...

jadual penerbangan bagi bapa dan ibu saya masih tiada. Jangan dah suntuk nanti baru la dapat surat.. hari2 dah telefon Tabung Haji mintak update.. tapi masih tiada maklumat..
frust dgn system yg ada skarang ni.

Anonymous said...

Assalamualaikum.

Blog ni Tuan Hj Mazlan punya. Saya x fikir segala rintihan kita di sini sampai ke TH., kecuali Tuan Hj Mazlan sampaikan.

nbk

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes