Tuesday, August 16, 2011

SAMPAI DI LAPANGAN TERBANGAN JEDDAH

Apabila kapalterbang mendarat di lapangan terbang Jeddah atau Madinah, bakal haji dikehendaki duduk di tempat masing-masing sehingga di beritahu atau penumpang di hadapan telah begerak keluar. Sebelum meninggalkan pesawat pastikan barang-barang sendiri tidak tertinggal terutamanya passport. Bakal haji uzur hendaklah menunggu di tempat duduk sehingga dibantu.
Petugas TH dan petugas perubatan akan berada di lapangan terbang untuk membantu bakal haji. Bakal haji akan di tunjuk arah oleh petugas TH ke dewan tiba. Di dewan tiba bakal haji boleh berehat, mengguna kemudahan tandas, melakukan solat dan sebagai nya.
Semasa menggunakan tandas, jaga keselamatan beg yang dibawa ke tandas. Air di tandas tidak boleh di minum.
Apabila di maklumkan petugas TH , bakal haji akan melalui urusan Imigresen, mengambil bagesi dan x-ray bagesi. Semasa melalui proses x-ray pastikan kunci beg berada bersama supaya dapat memudahkan urusan Kastam. Seterusnya keluar dari terminal. Di luar terminal terdapat troli bagesi, bakal haji boleh meletakan bagesi di dalamnya dan hendaklah mengikut troli dengan berjalan kaki sehingga sampat di tempat menunggu bas. Petugas yang mengkat beg telah diberi upah oleh Kerajaan Arab Saudi, kadang-kadang mereka meminta upah kepada bakal haji.

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes