Saturday, August 27, 2011

SURAT PANGGILAN KURSUS PERDANA HAJI 1432H

Lembaga Tabung Haji Wilayah Persekutuan telah pos surat Panggilan Kursus Perdana Haji pada 26 Ogos 2011. Jika bakal haji tidak menerima surat panggilan kursus sehingga 6 September 2100 boleh datang ke THWP untuk mendapatkan salinan.
Bakal Haji yang akan menerima surat tersebut tapi tidak dapat hadir kursus sila menghantarkan slip jawapan di Tabung Haji Wilayah Persekutuan, TH Perdana, Jalan Sultan Ismail, KL. Jawapan mereka yang tidak hadir kursus adalah SANGAT PENTING supaya tidak berlakunya pembaziran makanan. Bakal haji yang akan hadir, slip kehadiran perlu dilengkapkan dan diserahkan semasa membuat pendaftaran pada 17 September 2011. Pendaftaran bermula jam 2.00 petang dan TH tidak menyediakan makan tengahari.
Kursus Perdana Haji Wilayah Persekutuan akan di adakan di Dataran dan Masjid Putra, Putrajaya pada 17 dan 18 September 2011. Bakal haji akan mengikuti kursus selama 2 hari 1 malam. Bakal haji yang berkenderaan sila lekatkan stiker kenderaan pada cermin hadapan kenderaan bagi memudahkan urusan membantu bakal haji menuju ke tempat letak kereta yang di sediakan iaitu di hadapan Bangunan Kementerian Kewangan.
Semasa menghadiri kursus sila bawa kain ihram, anak batu 30 biji, selipar, tikar dan beg berasingan jika hadir suami isteri. Peserta kursus akan bermalam di tempat yang ditentukan bagi wanita dan lelaki.

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes