Monday, June 15, 2015

SERAHAN PASPORT BAKAL HAJI 1436 H

Bakal Haji 1436H hendaklah mendapatkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) dari Imigresen Malaysia mulai sekarang. Bakal Haji yang telah mempunyai PMA, sila membuat pemeriksaan berikut:
1.   Tarikh Sah Laku PMA selepas atau pada 20 Mac 2016
2.   Pastikan PMA terdapat 4 muka surat kosong berturut-turut.
Jika perkara di atas tiada sila buat PMA baru.


Tabung Haji akan menghubungi Bakal Haji 1436H bila-bila masa dari sekarang untuk membuat penyerahan PMA.


Bakal Haji hendak membuat serahan PMA sendiri, tidak boleh diwakilkan. Bawa bersama 2 keeping gambar berukuran 4 cm x 6cm bagi tujuan Visa. Dibelakang gambar sila catatkan nama dan No kad pengenalan.


PMA yang diserahkan akan disimpan oleh TH dan akan dikembalikan kepada bakal Haji semasa Melapor Diri di stesen berlepas. Jika bakal haji perlu mengunakan PMA sebelum berangkat ke Tanah Suci, sila maklumkan kpd TH untuk diaturkan tarikh baru penyerahan PMA.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes