Tuesday, December 25, 2012

PERHIMPUNAN PERSAUDARAAN HUJJAH 1433

THWP sedang mengeluarkan surat jemputan kepada Haji dan Hajjah 1433 yang berada di Wilayah Persekutuan termasuk Wilayah Persekutuan Putrajaya, Batu Caves dan Ampang. Perhimpunan Persaudaraan Hujjah akan di adakan pada 20 Januari 2013 bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta Kuala Lumpur.

Antara tujuan Perhimpunan ini adalah antara lain seperti berikut:


  • Haji dan Hajjah dapat berjumpa dengan Jemaah Haji 1433 bagi menghubungi Silaturhim di antara mereka.
  • Jemaah Haji 1433 dapat memperhubungi dengan Tabung Haji secara berterusan walau pun telah menunaikan Haji.
  • Menghidupkan terus semangat dan falsafah Haji dalam kehidupan Haji dan Hajjah.
  • Haji dan Hajah menjadi Duta untuk menyampaikan maklumat berkaitan Pengurusan dan Ibadat Haji kepada Umat Islam seluruhNya.
  • Haji dan Hajjah dapat memberi Pandangan dan Cadangan yang membina bagi Tabung Haji untuk meneruskan Usaha Penambahbaikan.
Selamat menghadiri Perhimpunan Persaudaraan Haji Peringkat Wilayah Persekutuan.

Saturday, December 22, 2012

SURAT TAWARAN HAJI 1434

THWP sedang memproses percetakaan,lipat surat, masukan dalam sampul surat dan penghantaran dengan Pos Malaysia.

Bakal Haji 1434 hendak menjawab dengan segera apabila menerima surat tawaran ini supaya tidak terlupa. Mereka yang tidak bersedia untu menunaikan Haji pada 1434 juga perlu menjawab. Jika tidak menjawab sehingga tarikh akhir menjawab maka mereka tidak akan di Tawarkan pada tahun depan.

Apabila menjawab surat Tawaran pastikan Bayaran Haji RM9,980.00 bagi mereka yang pertama kali menunaikan Haji dan RM15,555.00 bagi meraka kali kedua dan seterusnya dan jumlah tersebut hendaklah dicukupkan dalam Akaun Tabung Haji masing-masing.

Semasa menjawab THWP akan memberi Buku-buku rujukan seperti Buku Ibadat Haji, Buku Soal Jawab, Buku Panduan Perjalanan Haji, Buku Panduan Kesihatan dan Buku Doa di Tanah Suci.

Bakal Haji yang terpilih pada tahun ini seboleh jangan memangguh pemergian pada tahun ini. Pada tahun lain kita tidak tahu adakah kita berkemampuan untuk menunaikan Haji kerana banyak sebab yang boleh menghalang pemergian kita. Terutamanya berkaitan Kesihatan dan Kewangan.

Jangan Lupa menghadiri Kursus Asas Haji dan menjaga Kesihatan.

RAYUAN HAJI 1434

Umat Islam yang telah mendaftar Haji ingin membuat rayuan bolehlah melakukan mulai sekarang di mana-mana pejabat TH berhampiran.

Bakal Haji hendaklah mencukupkan Bayaran Haji sebanyak RM9,880.00 bagi yang pertama kali menunaikan Haji, telah menjalani Kursus Asas Haji akan bermula minggu kedua bulan Februari dan kedudukan kesihatan diri stabil. Sila membuat pemeriksaan kesihatan berkala terutama bagi mereka yang berumur 50 tahun keatas.

Rayuan adalah dengan menulis surat dan majukan ke pejabat TH.

Sunday, December 2, 2012

Kursus Asas Haji (KAH)



Kursus haji peringkat pertama yang akan diikuti oleh bakal jemaah haji sebelum berangkat ke Tanah Suci. Diadakan bermula dari bulan Rabiul Awwal sehingga Jamadil Akhir pada setiap tahun. Kursus dibuat pada setiap hujung minggu iaitu 2 jam bagi setiap siri (diadakan sebanyak 17 siri)  
Kursus Asas Haji ini diadakan di masjid-masjid pilihan di seluruh negeri dengan kerjasama antara Tabung  Haji dan jawatankuasa masjid berkenaan (Jabatan Agama Islam Negeri). Modul kursus merangkumi  pendedahan asas tajuk-tajuk berkaitan ibadat haji, kesihatan dan pengurusan haji di tanah air dan Tanah Suci.
Peserta kursus tidak dihadkan kepada jemaah haji yang terpilih pada tahun semasa sahaja bahkan penyertaan dibuka  kepada orang ramai yang berminat untuk mempelajari hal ehwal ibadat haji dan umrah. Peserta perlu mendaftar di masjid-masjid yang terlibat menganjurkan kursus ini.

Di Wilayah banyak tempat yang menjalani Kursus Haji, ada Syarikat Swasta yang dibenar Oleh TH membawa Jemaah Haji dan Orang Perseorangan.

Oleh itu Bakal Haji seboleh-bolehnya menghadiri Kursus Asas Haji yang dianjurkan bersama dengan Tabung Haji supaya mendapat maklumat yang tepat terutamanya Pengurusan Haji dan Pengurusan Kesihatan.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes