Tuesday, December 24, 2013

BAKAL HAJI 1435 HIJRAH


Tabung Haji telah mengeluarkan surat tawaran menunaikan haji pada 1435 H kepada bakal haji yang mendaftar sebelum 13 Mac 2013.

Mereka yang terlibat diharap menjawab tawaran ini samada Menerima atau Menolak Tawaran sebelum atau pada 9 Jan 2014.

Semasa menjawab menerima Tawaran pastikan simpanan dalam akaun TH Bakal-bakal haji tidak kurang dari RM9,980.00 bagi mereka yang pertama kali menunaikan haji.

Bakal Haji yang akan menunaikan haji melebihi sekali simpanan dalam AkaunTH tidak kurang RM15,555.00.  Jumlah tersebut adalah panduan Bayaran Haji 1435H

Bayaran Haji akan ditolak dari Akaun TH bakal-bakal haji apabila menerima pengesahan menerima tawara.

Bayaran Haji tersebut tertakluk kepada pindaan.

Bakal Haji wanita berumur 44 tahun dan ke bawah perlu bersama dengan Mahram .

Jika tiada Mahram bakal haji wanita ini perlulah menangguhkan pemergian nya.

Friday, November 29, 2013

PERHIMPUNAN PERSAUDARAAN HUJJAH 1434 PERINGKAT WP

THWP akan mengadakan Perhimpunan Persaudaraan Hujjah Peringkat Wilayah Persekutuan
pada 8 Disember 2013 bertempat di Dewan Solat Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta, KL.

Tujuan Majlis diadaka adalah adalah seperti berikut;

  • Mengekalkan dan meningkatkan perhubungan silaturahim di kalangan jemaah haji setempat bagi menggalakan masyarakat yang sihat.
  • Mengekalkan roh haji/falsafah haji
  • Memupuk minat kepada Majlis Ilmu
Surat jemputan telah dikeluarkan kepada jemaah haji 1434 yang berurusan dengan TH Wp dan Putrajaya.

Jemaah haji 1434 yang akan menghadiri Majlis ini perlulan menjawap untuk hadir. Jawapan ini diperluka adalah bagi melancarkan urusan penyediaan makanan.

Jawapah boleh dilakukan melalui saluran berikut:

  • Telefon ke no 03 26929244/26914413
atau
  • Fak slip kehadiran melalui no 03 26929098
atau
  • emali alamat : phptdwil@lth.gov.my
atau
  • menuerah slip kehadiran ke TH WP , TH Perdana, Jalan Sultan Ismail, KL
Jemaah haji dikehendaki memakai Jubah putik bagi Lelaki dan Jubah Hitam bagi Perempuan.
Sila bawa bersama Buku Surah Yasin bersama.

Wednesday, November 20, 2013

MENGENAL AL QURAN 4

PEMBAHAGIAN AL QURAN

Al Quran dibahagi kepada 30 Juz  dan 60 hizb yang mengandungi 114 surat yang diberi nama.
114 Surat dibahagi kepada 4 iaitu :
  • Assab’uththiwaal iaitu tujuh surat yang panjang  ( Al Baqarah – 286 ayat dan 47 muka surat, Ali Imran – 200 ayat dan 29 muka surat, An Nisaa’ – 120 ayat dan 29 muka surat, Al Maaidah – 120 ayat dan 11 muka surat, Al An’aam – 165 ayat dan 22 muka surat, Al A’raaf – 206 ayat  dan 26 muka surat, dan Yunus – 109 ayat dan 12 muka surat.
  • Al Miuun iaitu surat yang mempunyai 100 lebih ayat.
  • Al Matsaani iaitu surat yang mempunyai ayat kurang dari 100.
  • Al Mufashshal iaitu surat-surat pendek.
1 hizb dibahagi pula kepada 4 yang bertanda di sisi muka surat seperti ¼ hizb, ½ hizb dan ¾ hizb.

Al Quran juga terbahagi kepada 554 ruku’ . tiap-tiap satu ruku’ ada tanda disisi muka surat tanda huruf “Ain”

Thursday, November 14, 2013

MENGENAL AL QURAN 3

AYAT MAKKIYYAH DAN AYAT MADANIYYAH

Al Quran di turunkan dalam dua keadaan seperti berikut:
1.       Ayat-ayat yang di turun di Mekkah atau sebelum Nabi Muhammad s.a.aw Hijrah ke    Madinah dinamakan ayat-ayat Makkiyyah.
·         Ayat-ayat Makkiyyah adalah pendek-pendek.
·        Ayat Makkiyyah bermula penghujung Juz 11 dari surah (11) Huud, iaitu ayat 1 hingga 4 dalam Juz 11 sehingga Juz 30. Terdapat beberapa ayat-ayat Madaniah di Juz 28 dan juz 29
·        Ayat Makkiyah  berjumlah 4,780 ayat.
·   Ayat Makkiyyah pada umumnya mengandungi hal-hal yang berhubungan dengan Keimanan, Ancaman dan Pahala, kisah-kisah umat terdahulu yang mengandungi pengajaran dan budi perkeri.
·        Ayat Makiyyah terdapat Seruan kepada Manusia.

2.       Ayat-ayat yang diturunkan di Madinah atau selepas Nabi Muhammad Hijrah ke           Madinan dinamakan aya-ayat Madaniyyah.
·         Ayat-ayat Madaniyyah  adalah panjang-panjang.
·         Ayat Madaniyyah bermula Juz 1 hingga 11.
·         Ayat Madaniyyah sebanyak 1,456 ayat.
·  Ayat Madaniah mengandungi hukum-hukum iaitu seperti hukum Kemasyarakatan, hokum  ketatanegaraan, hukum perang, hukum Antarabangsa, hukum antara agama dan lain.

·         Ayat Madaniyyah terdapat seruan kepada Orang Beriman.

Wednesday, November 13, 2013

MENGENAL AL QURAN 2

AL QURAN DITURUNKAN BERANSUR-ANSUR BUKAN SEKALI TURUN

Al Quran diturunkan secara beransur-ansur dalam masa 22 tahun 2 bulan 22 hari atau 23 tahun. Diturun di Mekkah selama 13 tahun dan di Madinah selama 10 tahun.
Hikmah Al Quran diturunkan beransur-ansur adalah:


  • Agar lebih mudah dimegerti dan dilaksanakan.
  • Ada ayat yang di Nasikh dan ada ayat yang di Mansukh.
  • Turunnya  sesuatu ayat sesuai dengan peristewa-peristewa yang terjadi akan lebih memberi kesan dan lebih terpengaruhnya di hati.
  • Memudahkan penghafalan.
  • Di antara ayat-ayat yang merupakan jawapan daripada pertanyaan atau penolakan suatu pendapat atau perbuatan.

Tuesday, November 12, 2013

MENGENAL AL QURAN


Bakal Haji perlu mengenali Al Quran supaya kita benar-benar faham apakah peranan Al Quran dalam kehidupan kita.

Al Quran ialah “Kalam Allah s.w.t yang merupakan mu’jizat yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad s.a.w dan yang ditulis di mushaf dan diriwayatkan dengan mutawatir serta membacanya adalah ibadah.”

Cara-cara Al Quran diwahyukan adalah seperti berikut:


  • Malaikat memasukan wahyu dalam hati Nabi Muhammad s.a.w. Dalam hal ini Nabi s.a.w tidak melihat sesuatu apa pun, hanya beliau merasai telah ada dalam kalbunya. (rujuk surah Asy Syuura ayat 51 )
  • Malaikat menampakan dirinya kepada Nabi s.a.w berupa seorang lelaki yang mengucapkan kata-kata kepadanya sehingga beliau mengetahui dan hafal benar akan kata-kata itu.
  • Wahyu datang kepada Nabi s.a.w seperti gemerincingnya loceng.
  • Malaikat menampakan dirinya yang sebenar. ( Rujuk surah An Majm ayat 13 dan 14 )

Thursday, October 31, 2013

HUKUM UNTUK MENGENAL ALLAH TAALA

Bakal haji perlu mengetahui berkaitan hukum-hukum mengenal Allah Taala.
Perkarayang sinyatakan dibawah ini adalah bagi membuka minda kita untuk terus mendalami perkara ini.

Hukum untuk mengenal Allah Taala terbahagi kepada 2 bahagian seperti berikut :
  1. Hukun Akal
  2. Hukum Syarak
  3. Hukum Adat
Hukum Syarak ialah perintah Allah Taala berkenaan perkara-perkara yang diperbuat oleh orang Mukalaf samada dengan jalan Tuntutan atau Hantaran.

“Tuntutan” itu lima perkara :
  1. Wajib
  2. Sunat
  3. Haram
  4. Makruh
  5. Harus
“Hantaran” itu lima perkara:
  1. Sebab
  2. Syarat
  3. Makna
  4. Sah
  5. Batal
Hukum Adat ialah menetapkan suatu perkara kepada suatu perkara yang lain atau menafikan 

Tuesday, October 29, 2013

MEMBATALKAN KEISLAMAN


Menunaikan haji diwajibkan kepada orang Islam saja. Pelaksanaan Haji akan mendapat balasan baik dari Allah Taala. Oleh itu bakal haji hendaklah memastikan bahawa Keislaman kita tidak terbatal disisi Allah Taala.
Perkara yang banyak dilakukan oleh orang Islam yang boleh menyebabkan terbatalnya Islam adalah seperti berikut:

  1. Mempersekutukan Allah ( Syirik ) dalam Ibadat.Diantara perbuatan syirik ialah meminta doa dan pertolongan kepada orang yang telah mati, bernazar dan menyembelih korban demi mereka (yang telah mati )
  2. Menjadikan sesuatu sebagai perantara, antara dirinya dan Allah dengan meminta doa dan syafa’at serta berserah diri (tawakkal) kepada pengantara. Melakukan perkara ini menurut kesepakatan Ulamak adalah kafir.
  3. Tidak mengkafirkan orang musyrik, atau ragu atas kekafiran mereka, atau membenarkan fahaman mereka, dengan demikian ia telah kafir.
  4. Berkeyakinan bahawa selain tuntunan Nabi Muhammad s.a.w itu lebih sempurna, atau berkeyakinan bahawa selain ketentuan hukum beliau itu lebih baik, sebagaimana mereka yang mengutamakan aturan-aturan manusia yang melampaui batas lagi menyimpang dari hukum Rasullah s.a.w. Maka yang berkeyakinan seperti itu kafir.
  5. Membenci sesuatu yang telah ditetapkan oleh Rasullah s.a.w sebagai Syariat beliau, walau pun ia mengamalkannya, maka ia kafir.
  6. Memperolok-olok terhadap sesuatu dari ajaran Rasullah atau terhadap pahala maupun siksaan yang telah menjadi ketetapan Agama, maka ia kafir.
  7. Mengamalkan, melakukan atau senang dan rela dengan Sihir, maka ia kafir.
  8. Membantu dan menolong orang musyrik untuk memusuhi kaum Muslimin.
  9. Berkeyakinan bahawa sebahagian manusia diperbolehkan tidak mengikuti Syariat Nabi Muhammad s.a.w.
  10. Berpaling secara keseluruhan dari agama Allah, atau dari hal-hal yang menjadi syarat mutlak sebagai muslim, tanpa mempelajarinya dan tanpa melaksanakan ajarannya.
Marilah kita membuat semakan terhadap diri kita, dibimbangi kita telah melakukan perkara di atas tanpa kita sedari. Jika kita merasakan ada melakukan perkara di atas , bersegeralah bertaubat  kepada Allah. Allah maha Pengasih dan Maha Penyayang.

 Hendaklah juga kita mendapatkan penjelasan dari Ustaz dan Ulamak supaya kita benar-benar faham dan menjadi banteng supaya kita tidak terlibat dengan perkara itu.

( Dipetik dari Buku Kecil “Petunjuk untuk Jemaah Haji dan Umrah serta Penzirahan Masjid Rasul s.a.w “ tahun 1984 )

Monday, October 28, 2013

20 SIFAT YANG MUSTAHIL BAGI ALLAH TAALA


Sifat yang mustahil bagi Allah Taala perlulah difahami secara jelas adalah seperti berikut:

  1. Adam ertinya tiada
  2. Hadus ertinya baharu
  3. Turuuwul adam ertinya didatangi oleh tiada
  4. Mumaasalatu lilhawadisi ertinya bersalahan dengan yang baharu
  5. Ihtiyaju lil’ghairi ertinya berhajat kepada sesuatu
  6. Taadduz ertinya berbilang –bilang Allah Taala pada Zat pada sifat pada Afal.
  7. Alajzu ertinya lemah
  8. Karaahah ertinya tergagah
  9. Aljahlu ertinya tidak mengetahui
  10. Almautu ertinya mati
  11. Assamamu ertinya Tuli
  12. Alumyu ertinya buta
  13. Albakamu ertinya bisu
  14. Kaunuhu Aajizu ertinya keadaan Allah Taala yang lemah
  15. Kaunuhu Kaarihaa ertinya keadaan Allah Taala yang gagah
  16. Kaunuhu Jahila ertinya keadaan Allah Taalah yang Bodoh
  17. Kaunuhu Maiyitaa ertinya keadaan Allah Taala yang mati
  18. Kaunuhu Amma ertinya keadaan Allah Taala yang buta
  19. Kaunuhu Asammu ertinya keadaan Allah Taala Tuli
  20. Kaunuhu Abkama ertinya kaedaan Allah Taala Bisu

Petikan dari kitab Jawi  “Kitab Tauhid “ bagi Sekolah Agama Kerajaan Johor cetakan 1955

Friday, October 25, 2013

SIFAT 20 WAJIB ALLAH TAALA

Bakal Haji hendaklah memahami sifat 20 yang Wajib pada Allah s.w.t.
Sifat ini perlu diperjelaskan satu persatu supaya tidak disalah fahamkan.
Sifat tersebut ialah  :

  1. “Wujud” ertinya Ada Allah Taala.
  2. “Qidam” ertinya sedia Allah Taala
  3. “Baqa” ertinya Kekal Allah Taala.
  4. “Muhalafatu Taala lilhaawadis “ ertinya bersalahan Allah Taala dengan sekalian yang baharu.
  5. “Qiyaamuhu Taala binafsihi” ertinya berdiri Allah Taala dengan sendirinya.
  6. “Wahdaaniyah” ertinya se, satu, tunggal Allah Taala
  7. “Qudrat” ertinya kuasa Allah Taala
  8. “Iradat “ ertinya Menghendaki Allah Taala
  9. “Ilmu “ ertinya Mengetahui Allah Taala
  10. “Hayat “ ertinya hidup Allah Taala
  11. “Samak” ertinya Mendengar Allah Taala
  12. “Basar” ertinya Melihat Allah Taala
  13. “Kalam” ertinya berkata-kata Allah Taala
  14. “Kaunuhu Qadiran” ertinya Keadaan Allah Taala yang berkuasa
  15. “Kaunuhu Muridan “ ertinya keadaan Allah Taala yang menghendaki
  16. “Kaunuhu Aaliman” ertinya Keadaan Allah Taala yang Mengetahui
  17. “Kaunuhu Hayyan “ ertinya Keadaan Allah Taala yang Hidup
  18. “Kaunuhu Samian “ ertinya Keadaan Allah Taala yang Mendengar
  19. “Haunuhu Basiran “ ertinya Keadaan Allah Taala yang Melihat
  20. “Kaunuhu Mutakalliman” ertinya Keadaan Allah Taala yang berkata-kata.

Disalin dari Kitab Tauhid untuk murid Sekolah Agama Kerajaan Johor cetakan tahun 1955.

Thursday, October 24, 2013

BAKAL HAJI HENDAKLAH MENGENAL ALLAH

Orang Islam diwajibkan menunaikan Haji dengan Syarat-syaratnya.
Setiap orang yang mengaku sebagai seorang Islam hendalah mencari maklumat berkaitan Mengenal Allah. Maklumat boleh di dapati melalui buku, ceramah dan berguru.
Maklumat tersebut adalah seperti berikut:

  • Memahami Rububiah dan Uluhiyah Allah.
  • Mengetahui dan memahami  20 sifat Wajib, 20 sifat mustahil Allah dan sifat Harus bagi Allah.
  • Fahami 99 Hasmaulhusna  ( Nama-nama Allah ).
  • Mengetahui dan mengelakan dari 10 Perkara yang boleh membatalkan Syahadah.
Bakal Haji yang akan menjadi tetamu Allah yang mereka kenal. 

Tuesday, October 22, 2013

HAJI ADALAH PERJALANAN KEROHANIAN.

Umat Islam hendaklah memahami bahawa pergi ke Mekkah untuk melaksankan Haji adalah menyahut panggilan Allah s.w.t.  Apabila sampai di Mekkah kita adalah Tetamu kepada Allah s.w.t.
Allah s.w.t akan memberi layanan yang terbaik kepada tetamunya. Tetamunya akan merasa aman dan seronok berada di Tanah suci Mekkah.
Apabila kita menghadapi sesuatu yang tidak selesa mengikut pertimbangan kita. Kita hendaklah bersangka baik dengan Allah s.w.t yang bersifat “Maha Pengasih dan Maha Penyayang”.
Menjadi Tetamu Allah adalah pilihan Allah. Allah menuntukan Kewajiban Haji mengikut Syarat-syarat berikut:
  • Islam
Manusia yang mengakui sebagai orang Islam hendak memahami dengan Ilmu berkaitan Rukun Islam dan Rukun Iman.
  • Baligh
Kanak-kanak tidak wajib untuk menunaikan Haji.
  • Berakal
Tidak wajib bagi orang gila dan orang nyanyuk.
  • Merdeka
Tidak wajib ke atas Hamba.
  • Berkuasa
Berkuasa berkaitan wang ringgit, kesihatan dan telah terpilih untuk menunaikan haji.

Monday, October 21, 2013

KOMUNIKASI DENGAN TABUNG HAJI MELALUI TEKNOLOGI

Bakal Haji yang akan menunaikan haji akan kerap menghubungi TH berkaitan persiapan dan Urusan Haji. Kekerapan datang ke TH menyulitkan bakal Haji kerana terpaksa meninggalkan kerja beberapa jam, menghadapi kesesakan jalan raya, kesulitan mendapatkan petak kereta, terpaksa menunggu dan pelbagai masalah lagi.
Oleh itu Bakal Haji bolehlah berurusan dengan TH WP melalu teknologi yang sedia ada seperti melalui email : mazlan59@gmail.com atau phptdwil@lth.gov.my, Facebook , whatsapp melalui no 016 2285563 atau blog : tanahsucimabrur.blogspot.com.
Penggunaan teknologi ini buka saja menjimatkan masa dan wang ringgit tetapi sangat  mudah.
Urusan yang memerlukan maklumat ialah  seperti berikut:
  • Perkembangan Rayuan Haji
  • Surat Tawaran Haji
  • Urusan menjawab terima atau menolak  tawaran
  • Surat Panggilan Kursus Asas Haji
  • Surat Panggilan Kursus Intensif Haji
  • Menjawab kehadiran Kursus Intensif Haji
  • Surat Panggilan Pemeriksaan Kesihatan
  • Menjawab kehadiran Pemeriksaan Kesihatan
  • Surat Panggilan Kursus Perdana Haji
  • Menjawab kehadiran Kursus Perdana Haji
  • Surat Penyerahan barang-barang haji.
  • Surat Jadual Penerbangan Haji
  • Pertanyaan berkaitan Pengurusan, Ibadat, Kesihatan dan pelbagai masalah berkaitan Haji.
Bakal Haji akan hanya perlu menghadirikan diri ke Tabung Haji bagi Urusan Penyerahan Pasport dan Pemeriksaan kesihatan saja. Urusan lain boleh diwakilkan atau melalui kaedah di atas.

Friday, October 18, 2013

PERANCANGAN HAJI 1435 HIJRAH

Bakal Haji yang merancangan untuk menunai Haji pada 1435 Hijrah boleh lah membuat persiapan awal dari sekarang.

Tahun Hijrah 1435 akan masuk pada 5 Nov. 2013 yang mana Umat Islam di Malaysia akan menyambut Maal Hijrah.

Tarikh penting untuk urusan haji adalah seperti berikut :

Persiapan Ilmu Ibadat Haji, Pengurusan Haji dan Kesihatan hendaklah diperolehi melalui Kursus Asas Haji sebanyak 17 Siri, Kursus Intensif Haji dan Kursus Perdana Haji. Kursus ini seharusnya Bakal Haji melaluinya. Penambahan Ilmu hendaklah juga ditambah dengan banyak membaca Tafsir Al Quran, Sirah Nabi Muhammad , Berkaitan Pembentukan Fikiran Positif dan lain-lain.

Bakal Haji juga hendaklah memastikan bahawa simpanan dalam Akaun TH tidak kurang dari RM10,000.00 ( Bayaran Haji 1434). Jika belum mencukupi hendaklah diusahakan supaya proses penerimaan tawaran haji tidak menghadapi masalah.

Thursday, October 17, 2013

KETIBAAN TAHUN 1435 HIJRAH

Alhamdulillah Jemaah Haji 1434H akan kembali ke Tanah Air bermula 18 Okt. 2013 sehingga 18 Nov. 2013.
Semoga mereka mendapat Haji Mabrur.

Tabung Haji Wilayah Persekutuan akan mengadakan Majlis Perhimpunan Persaudaran Hujah pada tarikh dan tempat yang akan dimaklumkan kemudian.

Tabung Haji Wilayah juga sedang membuat persiapan bagi urusan Haji 1435 H.

Padu Bulan Rabiuiawal Kursus Asas Haji akan bermula di Masjid Terpilih dalam kawasan Wilayah Persekutuan dan kawasan pinggiran seperti di Batu Caves dan Ampang.

Pendeposit TH yang akan menunaikan Haji pada tahun 1435 H diharap mengambil tindakan berikut :
  • Membuat kemaskini alamat dan no telefon.
  • Membuat semakan samada telah membuat Penama
  • Menghadiri Kursus Asas Haji di tempat yang mengadakan Kursus dengan Kerjasama TH
  • Mencukupkan Bayaran Haji.
  • Jika giliran lambat lagi bolehlah membuat surat rayuan dan hantar dipejabat TH berhampiran.

Sunday, September 29, 2013

KASUT KAIN TAPAK LEMBUT

Bakal Haji dicadangkan memaiak kasut kain tapak lembut di Mekah, Madinah untuk ke masjid.  Kasut ini sangat mudah disimpan dalam beg kecil atau uncang kasut apabila masuk masjid.

Apabila bakal haji masuk masjid , kasut dibawa bersama dan dimasukan dalam uncang  dan diletakkan dibahagian belakang bakal haji apabila hendak menunaikan solat. Tapi adalah lebih baik kasut tersebut diletakan pada tempat kasut yang berhampiran tempat duduk bakal haji. Pastikan no tempat kasut yang kita letakan. Adalah lebih baik ambil gambar dengan kemera telefon bimbit bakal haji sebagai ingatan.

Kasut ini sesuai dipakai untuk berjalan dalam cuaca panas. Dapat mengelakan tumit kaki dari pecah kerana cuaca panas. Tidak perlu pakai sarung kaki. Mudah dibasuh dan cepat kering.

Semasa di Mina sangat sesuai dipakai bagi tujuan berjalan jauh untuk melontar Jamran pada Hari Tasrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijah.

Friday, September 27, 2013

BAJU DALAM KAIN KAPAS UNTUK LELAKI

Baju dalam kain kapas berlengan pendek sesuai dipakai semasa di Mina pada hari Tasrik.
Dicadangkan dibawa dua helai untuk ditukar ganti pemakaian nya.

Bakal haji semasa berehat atau semasa tidur dalam kemah, kawasan perkemahan dan ke bilik air amat sesuai dipakai baju ini saja. Pemakaian baju ini agak selesa dan bersantai saja. Jika dibasuh sangat mudah dan cepat kering. Jika disimpan dalam beg tidak mengambil ruang yang banyak.

Semasa hendak pergi melontar bolehlah dipakai dibahagian dalam bagi menyejukan badan dan menyerap peluh.

Thursday, September 26, 2013

KAIN PELIKAT UNTUK LELAKI



Kain Pelikat 2 helai perlu dibawa semasa Masair adalah bagi kegunaan di Arafah dan Mina.

Semasa di Arafah boleh dipakai dengan cara tidak disarungkan atau kain Pelikat tidak dicantum dan dipakai macam memakai Kain Ihram. Apabila Bakal Haji hendak ke Tandas pakaian Ihram di tukar kepada memakai kain pelikat supaya selesa untuk ke tandas dan kain Ihram tidak kotor.

Semasa berehat menunggu Hari Wukuf bakal haji lelaki juga boleh memakai kain pelikat seperti yang dinyatakan di atas.

Di Mina kain pelikat boleh digunakan untuk ke tandas atau dijadi kain basahan. Sehelai lagi di gunakan untuk solat jika telah  Tahlul Awal.

KAIN IHRAM LELAKI

Pada 8 ZulHijah Bakal Haji Lelaki akan memakai Pakaian Ihram iaitu kain putih yang tidak berjahit, tidak bercantum dan tidak disarungkan. Sebelum memakai pakaian Ihram perkara-perkara sunat hendaklah dilakukan. Apabila Bakal Haji ingin bergerak iaitu dalam Bangunan Penginapan atau dalam bas barulah berniat Haji. (Haji Tamattu' )

Pemakaian Pakaian Ihram dipakai dari mula berniat Haji sehingga lah setelah melakukan 2 dari tiga (Tahlul Awal )perkara berikut :


  • Melontar Jamrah Kubra
  • Bergunting atau bercukut
  • Tawaf dan Saie
Pemakaian ini dalam 3 hari ( 8 ZulHijah, 9 ZulHijah dan 10 ZulHijah ) bagi yang mampu bertahlul Awal selepas tengahmalam 10 Zulhijah)

Semasa di Mina pada Hari Tasrik ( 11, 12 dan 13 Zuhijah ) kain Ihram bilehlah dijadikan bantal dan selimut. 2 helai lagi serahkan kepada Isteri untuk tujuan bantal dan selimut.

Wednesday, September 25, 2013

PAKAIAN LELAKI UNTUK MASAIER

Bakal Haji lelaki yang akan ke Arafah dan Mina dicadangkan membawa perkara berikut:

Pakaian

1.   2 helai kain Ihram selain yang dipakai.
2.   2 helai kain pelikat yang bercantum atau yang lepas tidak bercantum.
3.   2 helai Baju dalam berlengan pendek (cotten)
4.   Kasut kain tapak lembut.
5.   Sehelai Seluar panjang
6.   sehelai baju Melayu atau baju Pakistan.
7.   sehelai tuala besar
8.   Sehelai tuala kecil

Alat 

1.   Kole stainless steel
2.   Tali Nyalon
3.   Tikar kalau boleh jangan tikar plastik.
4.   Plastik sampah yang besar
5.   Pisau lipat
6.   Lampu Suluh
7.   Berus gigi
8.   Ubat Gigi
9.   Sabun
7.   Kebal sambungan Letrik
8.   Apa-apa Ubat yang diperlukan

PETUGAN PEMBIMBING IBADAT HAJI TANAH SUCI (PIHTAS)

Tabung Haji telah menyediakan seorang Pembimbing Wanita dan seorang Pembimbing Lelaki di setiap Zon (Madinah) dan Maktab ( Mekah) bagi membantu Jemaah Haji yang menghadapi masalah berkaitan Ibadat Haji dan Umrah.

Jemaah Haji boleh membuat pertanyaan atau kepastian dari Pembimbing ini.

Pembimbing akan memgadakan 6 kali Ceramah bagi setiap Kumpulan yang tiba di Mekah.
Notis Pemberitahuan ditampal di Papan Kenyataan untuk memaklumkan Tarikh, Masa dan tempat Ceramah yang akan diadakan.

Jemaah Haji hendaklah merebut Peluang untuk Menuntuk Ilmu di Tanah Haram kerana kelebihan menuntut Ilmu di Tanah Haram tinggi ganjarannya dari Allah s.w.t.

Monday, September 23, 2013

AIR ZAM-ZAM 10 LITER


Sesiapa yang berhajat Air Zamzam (botol 10 liter) bolehlah menyatakan alamat penuh dan no telefon ke alamat email mazlan59@gmail.com dengan upah RM120.00 penghantaran. Pesanan sehingga stok masih ada.

Penghantaran terus ke alamat yang diberikan.

PETUGAS KEBAJIKAN DI KAAIA JEDAH

Tabung Haji telah melantik Petugas Kebajikan di Lapangan Terbang Jedah.

Tugas mereka adalah mengalu-alukan ketibaan Jemaah Haji. Membantu kelancaran pegerakaan dan urusan Jemaah Haji untuk melalui proses Ketibaan, Pemeriksaan Imegersin, Pengambilan Baggasi, Pemereksaan Kastam, Urusan menaiki bas untuk ke Mekah dan lain-lain

Petugas Kebajikan juga akan membantu urusan pegerakan Jemaah Haji dari Terminal ke tempat menunggu bas dan mengaturkan tempat meletak beg mengikut nombor bas.

Semasa menunggu bas Petugas Kebajikan akan mengedarkan makanan dan minuman.

Sunday, September 22, 2013

TEROWONG UNTUK KE TEMPAT MELONTAR

Bakal Haji yang berkhemah di Muaisim akan berjalan kaki 2.5 km - 3 km (5 km atau 6 km pergi/balik) pada 10, 11, 12 dan Zulhijah.

Pada tahun ini Alhamdulillah kemudahan kepada mereka untuk pergi melonta diberi kemudahan untuk melalui Terowong yang lantai nya bergerak. Mereka yang tua dan tidak berdaya untuk berjalan jauh boleh menggunakan laluan ini.

Ambil kesempatan untuk melakukan sendiri  melontar (Wajib Haji ) dengan sempurna.

Thursday, September 19, 2013

JEMAAH HAJI MASUK MEKKAH

Bermula 20 September 2013 bakal haji akan menaiki pesawat yang mendarat di Jedah dan menaiki bas ke Mekah.

Berkaitan dengan memakai pakaian Ihram banyak pandangan dan cadangan bila masa hendak memakai pakaian Ihram.

Masa Untuk memakai pakaian Ihram sebaiknya apabila hendak berniat Haji atau Umrah. Oleh itu ada yang mencadangkan untuk memakai pakaian Ihram di dalam kapalterbang.Ada yang bercadang untuk memakai pakaian Ihram apabila sampai di Kelana Jaya. Cadangan tersebut tidak menjadi kesalahan dan tidak dikenakan Dam.Tapi didalam Pesawat atau di Kelana Jaya tidak selesa kerana ada perkara-perkara SUNAT sebelum memakai Ihram memerlukan tempat yang sesuai.

Jika bakal Haji memakai Pakaian Ihram di rumah adalah sangat selesa. Sebelum memakai Pakaian Ihram perkara SUNAT yang dilakukan ialah:

  • Memotong kuku
  • mengerat rambut supaya kemas
  • mencukur atau mengunting misai 
  • Mencabut bulu ketiak dan bulu ari-ari
  • Mandi sunat Ihram
  • Memakai bau-bauan pada badan (elakan memakai bau-bauab pada pakaian Ihram )
  • Mekalukan Solat Sunat Ihram (bukan pada waktu Tahrim)
Apabila telah lengkap memakaian Pakaian Ihram akan timbul perasaan yang berlainan kepada anak-anak, saudaramara, rakan taulan dan jiran tertanga.Akan tergambarlah bahawa bakal haji sedang mula untuk Perjalanan Kerohanian.Bakal Haji tidak perlu BERNIAT pada masa ini. Waktu berniat ialah apabila hampir pada Miqat Makani.

Didoakan semuga dapat melakukan Ibadat Haji dengan sebaiknya dan mendapat Haji Mabrur.



Wednesday, September 18, 2013

PETUGAS PERONDA TABUNG HAJI

Tabung Haji telah melantik Petugas Peronda di Kawasan Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi bagi membantu Jemaah Haji. Petugas Peronda adalah salah satu Perkhidmatan yang disediakan bagi mempertingkatkan Lagi Perkhidmatan bagi Menyantuni DuuffurRahman.

Bakal Haji yang perlu bantuan seperti menunjuk jalan untuk balik ke tempat penginapan bolehlah menghubungi mereka dikawasan sekeliling masjid Al Haram atau Masjidil Nabawi.

Kebiasaan nya jika terdapat jemaah haji tidak dapat balik ke tempat penginapan, mereka akan dibawa ke Ibu Pejabat TH dan seterusnya akan dihubungi petugas Maktab (Makah ) atau Zon (Madinah ) untuk datang menjemput Jemaah Haji tersebut.

Tuesday, September 17, 2013

BEG SELENDANG

Beg Selendang akan di terima di Stesen Berlepas. Pastikan beg ini di tampal stiker bilik bagi menentukan bahawa beg ini adalah milik nama yan ditampalkan. Semua Bakal Haji Muassasah akan mendapat beg yang serupa. Bakal Haji boleh menandakan beg tersebut dengan tanda yang boleh dikenali dari jauh.

Pasport (apabila diterima semasa melapor diri )Buku Rekod Rawatan, Buku Panduan dan Buku Doa hendaklah disimpan dalam beg ini. JANGAN simpan duit tunai dalam beg ini.

Semasa solat jangan letakan beg ini di atas sejadah kerana dikuatiri akan diambil oleh orang yang tidak dikenali semasa solat.

Apabila pergi ke Bilik Air jangan mengantungkan beg ini di pintu atau dibahagian atas kerana kemungkinan beg ini akan diambil oleh orang tanpa disedari.

BARANG YANG AKAN DITERIMA DI TEMPAT MELAPOR DIRI

Bakal Haji digalakan berada di Kelana Jaya 2 jam sebelum waktu Melapor Diri.
Apabila sampai di Stesen Berlepas bakal Haji boleh lah mendapatkan barang-barang berikut:
1.   Lencana
2.   Stiker Bilik
3.   Tag Beg
4.   Gelang Pengenalan Haji jika Bakal Haji masih belum menerima melalui Pos Laju.

Lencana adalah sebagai Pengenalan Bakal Haji di Arab Saudi. Bakal Haji hendaklah sentiasa memakainya.
Lencana adalah sebagai mengganti Pasport kerana Pasport akan disimpan oleh Muassasah.
Lencana ini juga sebagai pengenalan bagi urusan Pengeluaran Wang di Madinah dan Mekah.

Stiker Bilik hendaklah di lekat di Beg Pakaian, Beg Selendang dan Beg 5 kg.
JIka beg seperti di atas tercicir atau tertinggal pihak TH akan memulangkannya berpandukan maklumat No Bilik dan No Maktab apabila dijumpai.

Thursday, August 29, 2013

PERBEZAAN RUKUN DAN WAJIB HAJI/UMRAH.



Rukun Haji/Umrah ialah perkara yang mesti dilakukan. 
Jika tertinggal salah atau tidak sah perlakuan salah satu Rukun, tergantung Haji atau tiada Haji dengan melakukan Dam Ihsar.

Wajib Haji/Umrah adalah perkara yang Wajib dilakukan. 
Jika tidak dapat melakukan salah satu maka perlu digantikan dengan Dam. Haji/Umrah sah.

Wednesday, August 28, 2013

LARANGAN DALAM IHRAM


Bakal haji apabila telah berniat Ihram Haji atau Umrah perlu menjaga diri dari melakukan 13 perkara berikut:  

  1. Pakaian
·         Memakai pakaian berjahit, bercantum dan disarungkan. (pada Lelaki saja)
·         Menutup kepala (pada lelaki saja)
·         Menutup muka (pada wanita saja)
·         Memakai sarung tangan
  1. Berhias
·         Memotong Kuku
·         Mencabut rambut atau bulu di badan.
·         Memakai Minyak di kepala, janggut dan semua bulu  muka selain yang tumbuh di pipi dan dahi.
·         Memakai pada badan, pakaian, makanan dan minuman atau menghidu minyak wangi
  1. Alam sekitar
·         Mencabut, menebang atau mematah pokok di Tanah Haram.
·         Memburu, menangkap, mengurung atau membinasakan binatang buruan darat yang halal dimakan.
  1. Hubungan Jantina
·         Menikah, menerima nikah, mewakial terima nikah
·         Melakukan permulaan persetubuhan
·         Bersetubuh

Tuesday, August 27, 2013

WAJIB HAJI DAN WAJIB UMRAH



Wajib Haji terbahagi kepada 6 :
  • Berniat di Miqat
  • Larangan dalam Ihram
  • Bermabit di Mudzlifah
  • Melontar di Jamrah Kubra
  • Bermalam di Mina
  • Melontar pada Hari Tasrik
Wajib Umrah terbahagi kepada 2 :
  • Berniat di Miqat
  • Larangan dalam Ihram

Monday, August 26, 2013

RUKUN HAJI DAN RUKUN UMRAH


Bakan Haji 1434 akan mula berangkat ke Tanah Suci pada 7 september 2013.
Bagi Mengulang Kaji berkaitan Ibadat Haji dan Umrah di sini di nyatakan berkaitan Rukun Haji dan Umrah.
Rukun Haji terbahagi kepada 6 :
  • Niat
  • Wukuf
  • Tawaf
  • Saie
  • Bergunting atau Bercukur
  • Tertib pada kebanyak Rukun.
Rukun Umrah terbahagi kepada 5.
  • Niat
  • Tawaf
  • Saie
  • Bergunting atau Bercukur
  • Tertib.
Perbezaan Rukun Haji dan Rukun Umrah ialah pada Rukun Umrah tiada Wukuf . Pada Rukun Haji “Tertib pada kebanyak Rukun” tapi pada Rukun Umrah “Tertib” saja.

Monday, August 19, 2013

SERAHAN BARANG HADIAH BAKAL HAJI 1434


Bakal Haji 1434 yang berurusan dengan THWP akan mula menerima barang-barang hadiah dari Sahabat Koperat Tabung Haji pada 1 dan 8 September 2013. ( Hari Ahad).

Surat menjemput bakal haji akan diposkan pada 22 Ogos 2013.

Barang hadiah akan diserahkan kepada Bakal haji di tingkat 22 Menara TH Perdana, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.  ( THWP) Semasa penyerahan barang hadiah bakal yang mengikuti Muassasah akan diberi beg Bimbit. 

Bakal Haji Pakej atau Syarikat Swasta, beg akan diserahkan oleh Pakej atau Syarikat swasta.

Bakal haji hendaklah datang untuk mengambil hadiah tersebut mengikut Tarikh dan masa yang ditetapkan dalam surat panggilan bagi melancarkan penyerahan barang hadiah.

Tuesday, August 6, 2013

SURAT JADUAL PENERBANGAN HAJI

Tabung Haji sedang mencetak dan menguruskan Surat Jadual Penerbangan (SJP)Haji 1434 secara berperingkat.

TH Wilayah akan pos  SJP pada 7 Ogos 2013 kepada Bakal Haji.

SJP adalah Surat yang memaklumkan kepada Bakal Haji Tarikh untuk Melapor Diri untuk ke Tanah Suci.

Maklumat yang dinyatakan ialah No. Penerbangan pergi dan Balik. Tempoh berada di Tanah Suci. Tempat Melapor Diri. Tempat mendarat di Tanah Suci.

TH Wilayah mengucapkan Selamat Berangkat ke Tanah Suci Semoga mendapat Haji Mabrur.

Bakal Haji yang ingin mendapatkan SPJ sila hantar maklumat Spt. berikut di alamat email : phptdwil@lth.gov.my.
Maklumat yang diperlukan untuk rujukan ialah Tajuk : Jadual Penerbangan, Nama dan No. Kad Pengenalan.

Di Kesempatan ini juga Mengucapkan :

SELAMAT HARI RAYA FITRAH SEMOGA ALLAH MENERIMA AMALAN IBADAH DALAM BULAN RAMADHAN.

Tuesday, July 23, 2013

KURSUS PERDANA HAJI 1434

THWP sedang menguruskan pengeluaran surat panggilan Kursus Perdana Haji bagi bakal haji Wilayah Persekutuan KL , Putrajaya dan kawasan Ampang dan Batu Caves. Insya Allah pada 29 Julai 2013 surat akan diposkan kepada bakal haji.

KPH akan di adakan pada 24 dan 25 Ogos 2013 di Dataran dan Masjid Putra, Putrajaya. KPH bermula 2.00 ptg 24 Ogos. hingga 12.00 pagi 25 Ogos 2013.
Pemandangan Kawasan Masjid Putra, Putrajaya.

Bakal haji yang menerima surat hendaklah menjawab kehadiran ke THWP dengan menghantar Slip kehadiran atau menjawab melalui email : phptdwil@lth.gov.my dengan mencatat: KPH, Nama, No IC dan hadir. Jawapan hendaklah dilakukan sebelum atau pada 13 Ogos 2013. Jawapan sangat diperlukan untuk menyediakan makanan secukupnya bagi peserta Kursus. Bakal Haji tidak menjawab, dianggap bakal haji tidak hadir. Minum  jam 3.00 ptg, makan malam jam 6.00 ptg dan minum malam jam 11.00 mlm pada 24 Ogos 2013. Sarapan pagi jam 7.00 pada 25 Ogos 2013. Makana sediakan oleh TH.

Bakal Haji tidak dikenakan apa-apa bayaran semasa menghadiri KPH.

Bakal Haji hendaklah meletakan kenderaan diluar kawasan Dataran Putra. Kawasan untuk meletakan kenderaan yang hampir adalah di kawasan JPM.

Bakal Haji hendaklah membawa tikar, batu 30 biji dan memakai selipar untuk lelaki.

Aturcara:

Lepas Asar 24 Ogos 2013 Simulasi Umrah diadakan.

Lepas Ishak Simulasi Melontar Jamrah hari 10 dan 11 Zul Hijah.

3.00 pagi : Qiamullail

Lepas Subuh 25 Ogos 2013 Simulasi Tawaf dan Sai Haji

Sebelum bersurai Taklimat dan Rumusan KPH

Saturday, July 20, 2013

PEMBESARAN MASJIDIL HARAM MEKAH

Peraturan Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan pengurangan Kuota kepada Semua Negara termasuk Malaysia sebanyak 20% dalam Musim Haji 1434 Hijrah kerana Pembesaran Masjidil Haram.
Pengurangan Kouta 20% mungkin sehingga 1436 Hijrah.
Oleh itu Bakal Haji Malaysia hendaklah dapat menerima Peraturan ini.

Pembesaran Masjidil Haram adalah untuk keselesaan Jemaah untuk beribadah. Dijangkakan Masjidil Haram dan Pembinaan di Mekah akan siap 2020.

Sehingga hari ini Pembinaan Tempat Tawaf Sementara sedang rancak berlaku. Tempat Tawaf Sementara sedang disambungkan di Bahagian Atas bagi memudahkan orang bertawaf.

Pembinaan Masjidil Haram
Sambungan ke Tempat Tawaf di bahagian Atas

Saturday, July 13, 2013

PAKAIAN LELAKI SEMASA DALAM IHRAM

Bakal Haji Lelaki yang telah berniat Ihram Haji atau Umrah dilarang memakai pakaian berjahit, bercantum dan bersarung.

Pakaian yang boleh di pakai semasa dalam Ihram adalah seperti berikut :


  • Pakaian Ihram yang dijahit tepi supaya benang kain tidak berjurai.
  • Pakaian Ihram yang disambungkan kerana kain Ihram yang sedia ada kecil.
  • Kain pelikat yang bercamtum tapi TIDAK disarungkan apabila memakainya.
Larangan memakai Pakaian Ihram yang telah dijahit pada pinggang dengan getah supaya ianya melekat pada pinggang apabila memakainya, atau dikenakan pin atau butang tekan .

Jika dalam keadaan TERLUPA memakai Pakaian Kain Pelikat dengan cara Bersarung, maka apabila teringat atau diingatkan orang hendak lah segera menanggalkanNYA. Tempoh segera adalah dalam tempat dan ketika yang sesuai untuk menanggalkan. Apabila ditanggalkan maka TIDAK dikenakan Dam dan TIDAK berdosa.

Semasa dalam Ihram, Jemaah Lelaki hendaklah memakai selipar yang menampakkan kelima-lima jari kaki dan tumit kaki seperti gambar di atas.

Sunday, June 30, 2013

WANITA DALAM HAID YANG BELUM TAWAF UMRAH

Wanita yang melaksanakan cara Haji Tamattu' akan mengerjakan Umrah dahulu apabila masuk ke Mekah.

Sebelum melakukan Tawaf Rukun Umrah , wanita kedatangan Haji dan menyebabkan tidak dapat disempurnakan Tawaf Umrah. Apabila masa sudah sampai waktu hendak ke Araah wanita tersebut belum lagi suci dar Haid.Wanita tersebut tidak perlu bimbang kerana mereka boleh menukarkan cara Haji Tamattu' ke Haji Qiran dengan berniat Haji. Dengan itu jadi lah Cara Qiran iaitu Umrah dan disekalikan Haji. Mereka hendaklah melaksanakan Dam Haji Qiran.

BOLEH DILAKUKAN WANITA DALAM HAID SEMASA IBADAT HAJI

Wanita  dalam Haid semasa Ibadat Haji atau Umrah boleh melakukan perkara berikut:

1.     Mandi sunat Ihram
2.     Niat Ihram
3.     Bertalbiah
4.     Sai'e menurut syaratnya
5.     Wukuf di Arafah
6.     Mabit di Muzdalifah
7.     Melontar Jamrah
8.     Mabit di Mina
9.     Mengunting gambut ketika Tahallul

Wednesday, June 26, 2013

MAKLUMAT TARIKH DAN MASA UNTUK SERAH PASPORT


THWP telah mengeluarkan surat panggilan kepada Bakal (BH) Haji Wilayah Persekutuan, Batu Caves dan Ampang  untuk menyerahkan Pasport ( Jika hendak mengetahui maklumat tersebut sila maklumkan nama dan no KP dan majikan ke email : phptdbil@lth.gov.my ).  BH dikehendaki menyerahkan Pasport  Malaysia Antarabangsa sendiri, tidak boleh diwakilkan kepada orang lain bagi menyerahkan bagi pihak.

BH Pemastautin (PR) hendaklah menyerahkan Pasport Negara Asal mereka berserta Surat Sumpah dari Pesuruhjaya Sumpah, Fotostat Kad Pengenalan dan fotostat Sijil Nikah ( Jika pergi suami Isteri )

Semasa berurusan dengan TH bagi urusan penyerahan Pasport sila bawa bersama 2 keping gambar Visa, Kad Pengenalan, Buku Rekod Rawatan Jemaah Haj (BRR).

Apabila BH menyerahkan passport THWP akan membuat pemeriksaan terakhir BRR untuk memastikan bahawa semua maklumat yang perlu dikemaskini telah dilakukan. Kebiasa BH tidak melekat gambar di mukasurat 1, tidak menurunkan tandatangan di mukasurat 9 dan mukasurat 10, dan tidak menandakan Kumpulan Darah pada muka surat 19. BH perlu mengambil berat perkata tersebut.
Proses penyerahan passport adalah seperti berikut:
  1. Ambil No giliran.
  2. Serahan BRR untuk semakan.
  3. Serahkan passport dan 2 keping gambar Visa yang telah ditulis Nama dan no. Kad pengenalan dibelakang gambar.
  4. Pegawai TH akan mengemaskini maklumat dalam system TH.
    1. Jika belum ada penama system akan mengeluarkan maklumat dan BH perlu melengkapkan borang Penama. BH perlu menamakan seorang atau 2 orang waris berserta no kad pengenalan.
    2. Jika tiada rakaman Bio (cap jari ) BH perlu menyerahkan Kad Pengenalan untuk merakam cap jari dalam Sistem TH. Rakaman Bio sang diperlukan bagi tujuan Pengeluaran wang di Tanah Suci Mekah dan Madinah.
    3. TH akan mengeluarkan surat izin dari BH dan BH perlu menurunkan tandatangan dan cap jari.
    4. TH akan mengeluarkan surat Perakuan menerima Pasport dari BH.
    5. Selesai
Urusan selanjutnya adalah seperti berikut:
  1. Surat Panggilan Kursus Perdana Haji dijangka pertengahan bulan Ramadhan.
  2. Surat panggilan mengambil bag dan barang hadiah dari Sahabat koperat dijangka minggu pertama Shawal
  3. Surat Jadual Penerbangan dalam bulan Shawal.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes