Umat Islam hendaklah memahami bahawa pergi ke Mekkah untuk melaksankan Haji adalah menyahut panggilan Allah s.w.t. Apabila sampai di Mekkah kita adalah Tetamu kepada Allah s.w.t.
Allah s.w.t akan memberi layanan yang terbaik kepada tetamunya. Tetamunya akan merasa aman dan seronok berada di Tanah suci Mekkah.
Apabila kita menghadapi sesuatu yang tidak selesa mengikut pertimbangan kita. Kita hendaklah bersangka baik dengan Allah s.w.t yang bersifat “Maha Pengasih dan Maha Penyayang”.
Menjadi Tetamu Allah adalah pilihan Allah. Allah menuntukan Kewajiban Haji mengikut Syarat-syarat berikut:
- Islam
Manusia yang mengakui sebagai orang Islam hendak memahami dengan Ilmu berkaitan Rukun Islam dan Rukun Iman.
- Baligh
Kanak-kanak tidak wajib untuk menunaikan Haji.
- Berakal
Tidak wajib bagi orang gila dan orang nyanyuk.
- Merdeka
Tidak wajib ke atas Hamba.
- Berkuasa
Berkuasa berkaitan wang ringgit, kesihatan dan telah terpilih untuk menunaikan haji.
0 comments:
Post a Comment