Tuesday, October 29, 2013

MEMBATALKAN KEISLAMAN


Menunaikan haji diwajibkan kepada orang Islam saja. Pelaksanaan Haji akan mendapat balasan baik dari Allah Taala. Oleh itu bakal haji hendaklah memastikan bahawa Keislaman kita tidak terbatal disisi Allah Taala.
Perkara yang banyak dilakukan oleh orang Islam yang boleh menyebabkan terbatalnya Islam adalah seperti berikut:

  1. Mempersekutukan Allah ( Syirik ) dalam Ibadat.Diantara perbuatan syirik ialah meminta doa dan pertolongan kepada orang yang telah mati, bernazar dan menyembelih korban demi mereka (yang telah mati )
  2. Menjadikan sesuatu sebagai perantara, antara dirinya dan Allah dengan meminta doa dan syafa’at serta berserah diri (tawakkal) kepada pengantara. Melakukan perkara ini menurut kesepakatan Ulamak adalah kafir.
  3. Tidak mengkafirkan orang musyrik, atau ragu atas kekafiran mereka, atau membenarkan fahaman mereka, dengan demikian ia telah kafir.
  4. Berkeyakinan bahawa selain tuntunan Nabi Muhammad s.a.w itu lebih sempurna, atau berkeyakinan bahawa selain ketentuan hukum beliau itu lebih baik, sebagaimana mereka yang mengutamakan aturan-aturan manusia yang melampaui batas lagi menyimpang dari hukum Rasullah s.a.w. Maka yang berkeyakinan seperti itu kafir.
  5. Membenci sesuatu yang telah ditetapkan oleh Rasullah s.a.w sebagai Syariat beliau, walau pun ia mengamalkannya, maka ia kafir.
  6. Memperolok-olok terhadap sesuatu dari ajaran Rasullah atau terhadap pahala maupun siksaan yang telah menjadi ketetapan Agama, maka ia kafir.
  7. Mengamalkan, melakukan atau senang dan rela dengan Sihir, maka ia kafir.
  8. Membantu dan menolong orang musyrik untuk memusuhi kaum Muslimin.
  9. Berkeyakinan bahawa sebahagian manusia diperbolehkan tidak mengikuti Syariat Nabi Muhammad s.a.w.
  10. Berpaling secara keseluruhan dari agama Allah, atau dari hal-hal yang menjadi syarat mutlak sebagai muslim, tanpa mempelajarinya dan tanpa melaksanakan ajarannya.
Marilah kita membuat semakan terhadap diri kita, dibimbangi kita telah melakukan perkara di atas tanpa kita sedari. Jika kita merasakan ada melakukan perkara di atas , bersegeralah bertaubat  kepada Allah. Allah maha Pengasih dan Maha Penyayang.

 Hendaklah juga kita mendapatkan penjelasan dari Ustaz dan Ulamak supaya kita benar-benar faham dan menjadi banteng supaya kita tidak terlibat dengan perkara itu.

( Dipetik dari Buku Kecil “Petunjuk untuk Jemaah Haji dan Umrah serta Penzirahan Masjid Rasul s.a.w “ tahun 1984 )

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes