Tuesday, December 25, 2012

PERHIMPUNAN PERSAUDARAAN HUJJAH 1433

THWP sedang mengeluarkan surat jemputan kepada Haji dan Hajjah 1433 yang berada di Wilayah Persekutuan termasuk Wilayah Persekutuan Putrajaya, Batu Caves dan Ampang. Perhimpunan Persaudaraan Hujjah akan di adakan pada 20 Januari 2013 bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta Kuala Lumpur.

Antara tujuan Perhimpunan ini adalah antara lain seperti berikut:


  • Haji dan Hajjah dapat berjumpa dengan Jemaah Haji 1433 bagi menghubungi Silaturhim di antara mereka.
  • Jemaah Haji 1433 dapat memperhubungi dengan Tabung Haji secara berterusan walau pun telah menunaikan Haji.
  • Menghidupkan terus semangat dan falsafah Haji dalam kehidupan Haji dan Hajjah.
  • Haji dan Hajah menjadi Duta untuk menyampaikan maklumat berkaitan Pengurusan dan Ibadat Haji kepada Umat Islam seluruhNya.
  • Haji dan Hajjah dapat memberi Pandangan dan Cadangan yang membina bagi Tabung Haji untuk meneruskan Usaha Penambahbaikan.
Selamat menghadiri Perhimpunan Persaudaraan Haji Peringkat Wilayah Persekutuan.

Saturday, December 22, 2012

SURAT TAWARAN HAJI 1434

THWP sedang memproses percetakaan,lipat surat, masukan dalam sampul surat dan penghantaran dengan Pos Malaysia.

Bakal Haji 1434 hendak menjawab dengan segera apabila menerima surat tawaran ini supaya tidak terlupa. Mereka yang tidak bersedia untu menunaikan Haji pada 1434 juga perlu menjawab. Jika tidak menjawab sehingga tarikh akhir menjawab maka mereka tidak akan di Tawarkan pada tahun depan.

Apabila menjawab surat Tawaran pastikan Bayaran Haji RM9,980.00 bagi mereka yang pertama kali menunaikan Haji dan RM15,555.00 bagi meraka kali kedua dan seterusnya dan jumlah tersebut hendaklah dicukupkan dalam Akaun Tabung Haji masing-masing.

Semasa menjawab THWP akan memberi Buku-buku rujukan seperti Buku Ibadat Haji, Buku Soal Jawab, Buku Panduan Perjalanan Haji, Buku Panduan Kesihatan dan Buku Doa di Tanah Suci.

Bakal Haji yang terpilih pada tahun ini seboleh jangan memangguh pemergian pada tahun ini. Pada tahun lain kita tidak tahu adakah kita berkemampuan untuk menunaikan Haji kerana banyak sebab yang boleh menghalang pemergian kita. Terutamanya berkaitan Kesihatan dan Kewangan.

Jangan Lupa menghadiri Kursus Asas Haji dan menjaga Kesihatan.

RAYUAN HAJI 1434

Umat Islam yang telah mendaftar Haji ingin membuat rayuan bolehlah melakukan mulai sekarang di mana-mana pejabat TH berhampiran.

Bakal Haji hendaklah mencukupkan Bayaran Haji sebanyak RM9,880.00 bagi yang pertama kali menunaikan Haji, telah menjalani Kursus Asas Haji akan bermula minggu kedua bulan Februari dan kedudukan kesihatan diri stabil. Sila membuat pemeriksaan kesihatan berkala terutama bagi mereka yang berumur 50 tahun keatas.

Rayuan adalah dengan menulis surat dan majukan ke pejabat TH.

Sunday, December 2, 2012

Kursus Asas Haji (KAH)



Kursus haji peringkat pertama yang akan diikuti oleh bakal jemaah haji sebelum berangkat ke Tanah Suci. Diadakan bermula dari bulan Rabiul Awwal sehingga Jamadil Akhir pada setiap tahun. Kursus dibuat pada setiap hujung minggu iaitu 2 jam bagi setiap siri (diadakan sebanyak 17 siri)  
Kursus Asas Haji ini diadakan di masjid-masjid pilihan di seluruh negeri dengan kerjasama antara Tabung  Haji dan jawatankuasa masjid berkenaan (Jabatan Agama Islam Negeri). Modul kursus merangkumi  pendedahan asas tajuk-tajuk berkaitan ibadat haji, kesihatan dan pengurusan haji di tanah air dan Tanah Suci.
Peserta kursus tidak dihadkan kepada jemaah haji yang terpilih pada tahun semasa sahaja bahkan penyertaan dibuka  kepada orang ramai yang berminat untuk mempelajari hal ehwal ibadat haji dan umrah. Peserta perlu mendaftar di masjid-masjid yang terlibat menganjurkan kursus ini.

Di Wilayah banyak tempat yang menjalani Kursus Haji, ada Syarikat Swasta yang dibenar Oleh TH membawa Jemaah Haji dan Orang Perseorangan.

Oleh itu Bakal Haji seboleh-bolehnya menghadiri Kursus Asas Haji yang dianjurkan bersama dengan Tabung Haji supaya mendapat maklumat yang tepat terutamanya Pengurusan Haji dan Pengurusan Kesihatan.

Saturday, November 24, 2012

BUKU BIOGRAFI MUHAMMAD BIN ABDULLAH


Kandungan buku BIOGRAFI MUHAMMAD BIN ABDULLAH  elok dan sesuai sebagai bakal haji dan mereka yang telah menunaikan haji. Tanah Suci Mekah dan Madinah adalah tempat Kelahiran dan perjuangan dan kehidupan Rasullullah s.a.w.
Buku ini mencerita peristiwa bermula sebelum kelahiran, semasa kelahiran nabi, semasa kanak-kanak, semasa remaja, semasa dilantik sebagai Nabi, dilantik sebagai Rasul , Perjuangan menegakan Akidah selama 13 tahun di Mekah dan Perjuangan menegakan Daulah Islimiah selama 10 tahun, sehingga Baginda Rasul s.a.w  Wafat.
Bakal Haji dan mereka yang telah melaksanakan Umrah atau Haji dapat menghayati kehidupan Rasulullah kerana telah sampat di tempat yang bersejarah dan tempat yang Suci.
Oleh itu disarankan bakal Haji/Umrah dan mereka yang telah mengerja Haji/Umrah memiliki Buku ini.
Tempaha boleh dilakukan melalui e mail mazlan59@gmail.com atau sms pada tel: 019 385 8471.
Harga : RM35.00
Kos Penghantaran : RM10.00
Berkulit Tebal
Jumlah Muka surat : 496

Sunday, November 18, 2012

PENGURUSAN HAJI 1434

Tabung Haji Wilayah Persekutuan sedang membuat persiapan untuk Urusan Haji 1434.

Bakal Haji 1434 akan dikeluarkan surat tawaran dalam masa terdekat.

Bakal Haji yang terlibat hendaklah menjawab tawaran apabila menerima surat samada  menerima atau menolak tawaran untuk menunaikan haji pada tahun 1434.

Bakal Haji 1434 yang tidak menerima surat tawaran hendaklah membuat semakan dengan TH berhampiran. Kemungkinan surat yang dihantar kepada bakal haji adalah alamat lama, salah alamat atau pun posmen tidak dapat mengesan alamat yang diberikan.

Bakal Haji yang tinggal di rumah Pangsa surat mungkin diletakan pada peti surat di bahagian bawah Rumah Pangsa dan kemungkinan penghuni lain tersalah ambil surat tersebut .

Bakal Haji yang dijangkan akan melaksanakan Haji pada tahun 1434 dikehendaki tindakan berikut:


  • mencukupkan Bayaran Haji sebanyak RM15,000 
  • Menghadiri Kursus Asas Haji yang akan di adakan pada Bulan Januari 2013.
  • Melakukan senaman berjalan kaki sehari 1 km
  • Sentiasa membuat Pemeriksaan Kesihata bagi mereka yang mengidapi penyakit seperti Darah Tinggi, Kencing Manis, Lemah Jantong dan lain.lain.

Saturday, October 20, 2012

PERSIAPAN UNTUK MASHAIR

Bakal Haji akan mula berangkat ke Arafah pada 8 Zulhijah. Persiapan barang-barang dan pakaian semasa berada di Mina telah disiapkan dalam beg. Pakaian Ihram yang akan di pakai juga telah disediakan.

Miqat untuk berniat bagi Haji ( Haji Tamattuk ) adalah di Hotel tempat menginap semasa hendak menaiki bas ke Arafah.

Barang tambahan yang agak penting, perlu di bawa adalah seperti berikut:

1. Kole  aluminium untuk kegunaan mengambil air panas semasa di Arafah dan Mina. Kegunaan buat air tea atau membuat mee segera. Juga kegunaan untuk ke bilik air bagi meletakan berus gigi dan sabun supaya tidak termasuk dalam lubang tandas.
2. Tali Nyalon untuk dibuat ampaian  untuk menyangkut kain tuala,pakaian di Arafah dan Mina. Juga boleh menyambungkan antara kemah bagi menghalang cahaya matahari masuk dalam khemah.

3. Plastik yang diguna membuang sampah ( plastik besar ) untuk persiapan jika berlaku hujan. Apabila hujan boleh dimasukan beg pakaian dalam plastik tersebut supaya beg tidak basah. Juga boleh digunakan untuk dimasukan pakaian yang telah kotor.

4. Pisau Kecil untuk memotong buah. Di Arafah dan Mina. Buah-buahan banyak disediakan oleh Muassasah.

Selamat Berwukuf kepada Jemaah Haji semoga mendapat Keampunan dan Rahmat Allah s.w.t.

(Gambar di atas adalah Tandas bertingkat di Arafah)

Saturday, September 15, 2012

LAPOR DIRI DI KOMPLEKS HAJI KELANA JAYA

Stesen berlepas Jemaah Haji di Kompleks Haji Kelana Jaya telah disediakan beberapa kemudahan seperti Masjid, Kantin, Bilik Penginapan kepada bakal haji luar Lembah Kelang (tertakluk kepada kekosongan) dan Khemah untuk tempat berehat bakal haji. Kaunter TH urusan simpanan dan Bank Islam bagi urusan Penukaran wang Rial Saudi juga disediakan.
Kawasan ini tiada tempat letak kenderaan dan penghantar boleh mendapatkan tempat letak kenderaan di kawasan berhampiran. Jangan letak kenderaan di kawasan perumahan terutama di hadapan rumah. Kenderaan penghantar dibenarkan masuk dalam kawasan Kompleks Haji untuk menurunkan bakal haji dan beg-beg bakal haji. Kemudian kenderaan tersebut hendaklah keluar dari kawasan tersebut.
Penghantar dinasihatkan tidak telalu ramai kerana kawasan terhad.
Bakal haji dinasihatkan berada di Kawasan Kompleks Haji 2 jam lebih awal dari waktu Lapor Diri bagi melakukan urusan-urusan tertentu dengan Pihak TH.

BAKAL HAJI MELAPOR DIRI


Bakal Haji hendaklah memastikan tarikh dan waktu melapor diri berpandukan Surat Jadual Penerbangan (SJP). Jika tidak jelas atau keliru sila hubungi THCC 03 62071919 untuk kepastian. THCC akan beroperasi 24 jam bermila 16 September 2012.
Sebelum bergerak ke Kelana Jaya atau stesen berlepas yang lain, pastikan SJP , Buku Rekod Rawatan dibawa dan disimpan dalam beg bimbit yang akan bersama dengan bakal haji. Dokumen tersebut akan di buat rujukan selalu.
Pasti Gelang Pengenalan Haji (GPH) di pakai di rumah sebelum bergerak ke Kelana Jaya. Bakal yang masih belum menerima GPH buat laporan semasa di Kelana Jaya.
Kad Pengenalan, Lesen Memandu, Buku Akaun TH  dan apa-apa dokumen yang  tidak diperlukan di Tanah Suci, jangan dibawa.
Bakal Haji hendaklah berada di Kompleks Haji Kelana Jaya 2 jam sebelum waktu melapor diri.
Apabila sampai sila rujuk kepada Petugas TH. Bakal Haji boleh mengambil Lencana, Beg Selendang, Stiker penempatan dan lain-lain yang akan diserahkan kepada bakal haji.
Semasa melapor diri Pasport, Bording Pas dan tiket kapalterbang akan diserahkan. Seterusnya melalui proses selanjutnya.

Friday, August 31, 2012

BEG GALAS 5KG JEMAAH HAJI MUASSASAH


Bakal Haji Muassasah akan dipanggil melalui surat untuk mengambil beg galas 5 kg. Beg ini akan digunakan oleh bakal haji sebagai beg untuk dibawa bersama dalam pesawat semasa pemergian ke Tanah Suci. Yang Utamanya beg ini akan digunakan semasa ke Arafah, Mudzlifah dan Mina. 
Surat tersebut Insya Allah akan diposkan selepas Kursus Perdana Haji yang akan diada bermula esok (1 Sept. 2012 )
Beg ini boleh digunakan pelbagai cara iaitu dengan di sandang, di bimbit atau ditarik kerana beg ini ada roda.
Bakal haji perlu meletakkan tag nama, alamat dan No KT. Buatkan tanda yang unik bagi mengenalkan beg masing-masing kerana beg yang diberi sama saja dengan bakal haji lain. Contoh tanda-tanda ialah mengikatkan kain kecil berwarna atau mengikatkan barang-barang yang unik yang bakal haji kenali. Dengan melakukan demikian boleh memudahkan bakal haji mencari beg semasa sampai di Lapangan Terbang, turun daripada bas dan sebagainya.

Wednesday, August 22, 2012

SURAT JADUAL PENERBANGAN HAJI 1433

THWP telah mencetak Surat Jadual Penerbangan Haji 1433 hari ini. Esok 23 Ogos 2012 akan diposkan kepada bakal haji yang terlibat.
Surat Jadual Penerbangan yang telah di lokasi hanya KT1 hingga KT19 sahaja. Bagi Penerbangan seterusnya akan dikeluarkan berperingkat-peringkat. Bakal haji boleh mendapat Salinan Surat Jadual Penerbangan melalui email: phptdwil@lth.gov.my jika telah dilokasikan.

Bakal haji yang masih belum menyerahkan Buku Rekod Rawatan kepada TH untuk di rekodkan dalam Sistem TH dan belum menyerahkan pasport Antarabangsa (Jika tidak menggunakan sehingga berlepas ke Tanah Suci). Sila berbuat demikian segera bagi memudahkan urusan Penentuan Penerbangan.

Tuesday, August 7, 2012

PANGGILAN KURSUS PERDANA HAJI (KPH) 1433

THWP telah mula mencetak dan memproses untuk pos surat panggilan KPH bermula 7 Ogos 2102. Insya Allah surat di poskan pada 10 Ogos 2012. KPH akan di adakan pada 1 dan 2 September 2012 di Dataran dan Masjid Putra, Putrajaya. KPH bermula 2.00 ptg 1 Sept. hingga 12.00 pagi 2 Sept. 2012.

Bakal haji yang menerima surat hendaklah menjawab kehadiran ke THWP dengan menghantar Slip kehadiran atau menjawab melalui email : phptdwil@lth.gov.my dengan mencatat: KPH, Nama, No IC dan hadir. Jawapan hendaklah dilakukan sebelum atau pada 24 Ogos 2012. Jawapan sangat diperlukan untuk menyediakan makanan secukupnya bagi peserta Kursus. Bakal Haji tidak menjawab, dianggap bakal haji tidak hadir.

Bakal Haji hendaklah meletakan kenderaan diluar kawasan Dataran Putra. Kawasan untuk meletakan kenderaan yang hampir adalah di kawasan JPM.

Bakal Haji hendaklah membawa tikar, batu 30 biji dan memakai selipar untuk lelaki.

Aturcara:

Lepas Asar 1 Sept Simulasi Umrah diadakan.

Lepas Ishak Simulasi Melontar Jamrah hari !0 dan 11 Zul Hijah.

3.00 pagi : Qiamullail

Lepas Subuh 2 Sept Simulasi Tawaf dan Sai Haji

Sebelum bersurai Taklimat dan Rumusan KPH

Thursday, August 2, 2012

GELANG PENGENALAN HAJI (GPH)


Sebahagian Bakal Haji 1433 telah menerima GPH melalui Pos. Pengedaraan GPH akan dihantar berperingkat-peringkat.
GPH adalah sangat penting dipakai oleh Bakal Haji semasa berada di Tanah Suci Mekah dan Madinah.
Pada GPH akan di lorek nama dan no kad pengenalan di bahagian dalam dan di bahagian luar di lorek Malaysia dan no tel di Mekah (Tujuan semasa kecemasan).
GPH mula di pakai oleh Jemaah haji pada Tahun 1991. Pengalaman 1990 semasa Peristewa Rempuhan Terowong di Mina, ramai Jemaah Haji meninggal termasuk jemaah Haji Malaysia. TH mengahadapi kesusahan untuk mengenali jenazah jemaah  haji Malaysia.
Semasa pemakaian GPH pada tahun-tahun yang lalu, banyak membantu TH menolong jemaah haji yang dalam kesulitan untuk mengenalkan diri.

Tuesday, July 31, 2012

SEMAKAN BUKU REKOD RAWATAN BAKAL HAJI 1433

Bakal Haji 1433 telah mula menyerah Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) di Tabung Haji.
Tabung Haji Wilayah Persekutuan (THWP) akan membuat semakan Buku Rekod Kesihatan (BRR) semasa bakal haji membuat penyerahan PMA. Penemuan yang tidak diambil tindakan bakal haji ialah seperti berikut:
  • ·Muka depan tidak mencatat No PMA
  •  Muka 1 tidak dilekat gambar
  •  Muka 9 tidak dilengkapkan dan tiada tandatangan
  •  Muka 10 tidak dilengkap dan tiada tandatangan waris
  •  Muka 19 tiada di tanda kumpul darah
THWP telah memperingatkan bakal haji beberapa kali seperti berikut:
  • ·         Di peringatkan dalam surat panggilan Pemeriksaan Kesihatan.
  • ·         Semasa bakal haji menyerahkan BRR setelah lulus pemeriksaan kesihatan untuk di rekod dalam system TH
THWP akan terus membuat semakan BRR apabila bakal haji berurusan di THWP untuk memastikan BRR lengkap.

Tuesday, July 17, 2012

PENYERAHAN PASPORT MALAYSIA ANTARABANGSA(PMA) BAKAL HAJI 1433 H

THWP sedang dalam proses mengeluar surat panggilan kepada bakal haji Wilayah Persekutuan bermula 16 Julai 2012 untuk menyerahkan PMA . Insya Allah surat akan dipos pada hari Khamis 19 Julai 2012 kepada bakal haji 1433H. Jika bakal haji ingin mengetahui bila giliran untuk menyerah PMA, sila bertanya melalui email : phptdwil@lth.gov.my dengan menyatakan soalan, nama dan no kad pengenalan


contoh :

Bila tarikh serahan PMA?

Ali bin Abu

no Kad Pengenalan 820312105033 tanpa (-)

Maklumat pertanyaan yang ringkas dapat mempercepatkan THWP untuk menjawab.

Bakal Haji hendaklah datang sendiri pada tarikh dan masa yang ditentukan dalam surat panggilan untuk menyerahkan PMA dan tidak boleh mewakilkan. Proses penyerahan PMA memerlukan urusan chop jari dan merakam Bio dalam system TH.

Bakal Haji perlu membawa bersama 2 keping gambar berukuran 4cm x 6cm berlatar belakang putih ( gambar Visa ), Kad Pengenalan dan Buku Rekod Perubatan semasa datang untuk penyerahan PMA.

Sila tulis nama dan no kad pengenalan di belakang 2 keping gambar Visa.

PMA akan diserahkan kepada Bakal Haji semasa melapor diri semasa hendak berangkat ke Tanah Suci.

Bakal Haji yang memerlukan PMA bagi urusan harian sila maklumkan kepada THWP bagi tujuan mengaturkan penyerahan Khas.

Friday, June 22, 2012

BAKAL HAJI BATCH KEDUA

Bakal haji Berurusan dengan THWP yang belum dipanggil untuk menghadiri Kursus Intensif  Haji dan Pemeriksaan Kesihatan akan dipanggil melalui surat bagi tujuan tersebut. Surat akan diposkan pada 25 Jun 2012.  Jika bakal haji masih belum menerima surat pada 28 Jun 2012 boleh bertanya melalui email: phptdwil@lth.gov.my dengan mecatatkan nama dan no KP ( contoh : 450213044455  Tiada ( - ) sengkang).
Kursus Intensif Haji tambahan akan diadakan pada 9 dan 10 Julai, 11 dan 12 Julai, 16 dan 17 Julai 2012. Tiga Kumpulan.

Pemeriksaan Kesihatan pada 11, 12, 16, 17 , 18 dan 19 Julai 2012. Enam Kumpulan.

Bakal Haji berurusan dengan THWP yang masih belum menerima Buku Panduan Haji dan Umrah (warna kuning) boleh mendapatkan di THWP.

Saturday, May 26, 2012

PERUBAHAN TARIKH KURSUS INTENSIF HAJI (KIH)

Peserta KIH pada 30 dan 31 Mei 2012 di Dewan Masjid Negara terpaksa ditukarkan kepada 25 dan 26 Jun 2012 (Isnin dan Selasa) Harap dapat mengambil perhatian. Pada 30 yang dan 31 Mei 2012 Dewan akan digunakan oleh Pihak Lain yang lebih di Utamakan.

Tabung Haji Wilayah Persekutuan telah telefon sebahagian peserta yang terlibat. Insya Allah pada hari Isnin (28 Mei 2012 ) semua peserta yang terlibat akan dihubungi melalui telefon. Jika peserta terbaca catatan ini boleh membuat pengesahan.

Pihak THWP memohon maaf atas perubahan yang menimbulkan kesulitan kepada peserta terlibat.

Thursday, May 24, 2012

MENGHADIRI KURSUS INTENSIF HAJI (KIH)

Bakal Haji (BH) yang akan menghadiri KIH hendaklah membawa surat panggilan KIH untuk rujukan Urusetia KIH. BH hendaklah membuat pendaftaran Kehadiran dengan menurunkan tandatangan pada senarai nama peserta KIH pada hari yang telah disahkan kehadiran pada atau sebelum 24 Mei 2012.
BH yang telah mendaftar akan diberi Lencana KIH bagi memastikan BH yang hadir adalah mereka yang sepatutnya hadir. Tujuan Lencana adalah bagi memastikan BH mendapat tempat dan mendapat makanan yang disediakan.
Pada hari pertama Taklimat bagaimana memakai pakaian Ihram bagi lelaki dan perempuan. Taklimat melaksanakan Haji dan melakukan simulasi haji. Sebelah petang rumusan Ibadat Haji.
Hari Kedua adalah berkaitan Masalah Wanita dan Taharah, Panduan Kesihatan , Ujian Kefahaman dan Pengurusan Haji.
Hari kedua walaupun tidak menyentuh secara Kusus berkaitan Ibadat Haji tapi maklumat  yang disampaikan sangat penting bagi membantu kesempurnaan Ibadat Haji.
BH yang hadir KIH dinasihatkan tidak membawa barang berharga dan tidak memakai kasut yang berharga. BH juga dilarang Merokok di kawasan tempat KIH kerana tempat ini adalah kawasan Masjid. Merokok adalah Haram. Sebagai BH seharusnya perbuatan merokok hendaklah diberhentikan.

Thursday, May 17, 2012

KURSUS INTENSIF HAJI 1433H (KIH)



Tabung Haji Wilayah Persekutuan telah pos surat panggilan KIH hari ini (17 Mei 2012) kepada Bakal Haji (BH) yang telah menjawab menerima tawaran haji 1433H. Satu kumpulan peserta KIH adalah seramai 150 orang. Setiap peserta dikehendaki hadir 2 hari. Segala Kos ditanggung oleh TH. KIH akan diadakan di Dewan Utama Masjid Negara, Kuala Lumpur. KIH akan bermula 28 Mei 2012.

BH yang menerima surat panggilan KIH hendaklah menyerahkan Slip Kehadiran KIH pada tarikh yang ditetapkan di TH Maju Junctions atau TH Cawangan Jalan Tun Razak , KL atau email Nama, No IC dan hadir/tidak hadir di alamat : phptdwil@lth.gov.my. Sebelum atau pada 24 Mei 2012.

Tujuan menyatakan kesanggup hadir pada tarikh yang ditentukan adalah bagi persiapan berkaitan KIH. Persiapan adalah menyediakan kerusi, meja dan minum pagi dan makan tengahari. Urusetia akan menyediakan peruntukan makan mengikut jumlah kehadiran untuk mengelakan pembaziran makanan.

Semasa menghadiri KIH elakkan membawa barang berharga atau kasut yang mahal bagi mengelakan kerhilangan. Pada hari pertama peserta KIH hendaklah membawa pakaian Ihram dan 21 biji anak batu bagi tujuan amali Haji.

THWP mengharapkan BH dapat mengikuti KIH setiap modul yang dijalankan.

Tuesday, May 15, 2012

PEMERIKSAAN KESIHATAN BAKAL HAJI 1433 WILAYAH PERSEKUTUAN

Tabung Haji (TH)  dan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan telah mengada Mesyuarat Persiapan Pemeriksaan Kesihatan Bakal Haji 1433 pada 2 Mei 2012 bertempat di Bilik Mesyuarat TH Wilayah Persekutuan.
Bakal Haji 1433 akan dipanggil melalui surat untuk membuat Pemeriksaan Kesihatan. BH perlu membuat pengesahan kehadiran dengan memulangkan Slip Kehadiran di TH WP atau TH Cawangan Jalan Tun Razak atau  email : phptdwil@lth.gov.my. Dengan menyata kehadiran, nama dan no Kad pengenalan. BH  yang tidak menjawab untuk hadir pada tarikh yang ditentukan maka BH tersebut akan membuat pemeriksaan Kesihatan di Klinik Swasta dengan kos tanggungan sendiri. Harap pastikan Doktor yang membuat pemeriksaan kesihatan telah mendapat No Daftar dari Jabatan Kesihatan tahun ini.
BH hendaklah mendapatkan Buku Rekod Rawatan di TH WP atau TH Cawangan Jalan Tun Razak.
BH yang tidak menjawab kehadiran dianggap tidak dapat datang pada tarikh yang ditetapkan.
Pemeriksaan Kesihatan dijangka bermula 28 Mei 2012. Setiap hari hanya 100 orang bakal haji yang diperiksa.
THWP mencetak surat panggilan bermula 25 Mei 2012 dan Insya Allah akan diposkan berperingkat-peringkat kepada BH.
BH di nasihatkan supaya membawa Buku Rekod Rawatan yang telah dilengkapkan muka surat 1 hingga 10. Di muka surat 1 hendaklah ditampal gambar BH (berukuran gambar kad pengenalan).
Bawa bersama ubat yang dimakan (jika ada ), rekod rawatan di Klinik yang biasa dibuat rawatan.

Wednesday, May 2, 2012

TAWARAN BAKAL HAJI 1433 LANJUT USIA

Tabung Haji (TH) telah mengeluarkan surat tawaran kepada Bakal Haji (BH) lanjut Usia yang berumur 80 tahun ke atas pada 20 April 2012. BH hendaklah menjawab menerima sebelum atau pada 25 Mei 2012. Bayaran Haji hendaklah dicukupkan semasa jawab menerima tawaran. Bayaran Haji bagi BH belum menunaikan haji ialah RM9,980.00.

Pemilihan ini adalah ditawarkan kepada mereka yang belum pernah menunaikan Haji.

BH Lanjut Usia dibenarkan membawa seorang pembantu (sama jentina)

Syarat pembantu adalah seperti berikut:

1. Seorang yang belum menunaikan haji

2. Sihat tubuh badan dan umur tidak kurang 15 tahun.

3. Mampu mencukupkan Bayaran Haji pada tarikh yang ditentukan.

4. Bertanggungjawab sepanjang masa menjaga kebajikan dan menyempurnakan mana amalan-amalan wajib haji yang tidak dapat ditunaikan oleh BH lanjut Usia.

5. Bakal Pembantu bersetuju digugurkan secara automatic jika BH lanjut usia batal pemergian atau meninggal dunia.

Sunday, April 1, 2012

PERSIAPAN BAKAL HAJI RAYUAN

Setiap tahun terlalu ramai mereka yang membuat Rayuan Haji. Pelbagai alasan mereka kemukakan diantaranya sebab kesihatan, telah tua, mengikut Mahram, terlalu lama mendaftar, hendak buat haji sebelum pencen atau tamat kerja, telah cukup Bayaran Haji dan pelbagai alasan.
Setiap tahun pula, apabila Rayuan diluluskan ada diantara mereka tidak menghadiri Kursus Haji . Mereka ini akan menghadapi masalah untuk melakukan Ibadat Haji dan akan menyalahkan pelbagai pihak kerana tidak memberi bimbingan Ibadat Haji di Tanah Suci. Oleh itu dapatkan maklumat dari TH dimana ada masjid yang menjalani kursus haji dan menghadiri kursus tersebut.
Ada juga mereka yang lulus rayuan mengadapi masalah untuk mendapat kelulusan Pemeriksaan Kesihatan. Oleh itu mereka yang merayu perlu dari sekarang berjumpa dengan pegawai kesihatan untuk mengesahkan samada ada penyakit atau tidak. Jika ada penyakit, dapat rawatan yang sewajarnya untuk mengstabilkannya. Apabila Rayuan diluluskan, tidak timbul malasah tidak lulus pemeriksaan kesihatan.
Kelulusan Rayuan berperingkat-peringkat tertakluk kepada kekosongan tempah. Jika tiada kelulusan sehingga akhir Ramadan maka rayuan tahun ini tiada diluluskan.

Wednesday, March 28, 2012

PEMERIKSAAN KESIHATAN 1433H

Pada 31 Mac 2012 Jabatan Kesihatan WP akan mengadakan Taklimat kepada Pegawai Perubatan Kerajaan dan Doktor dari Klinik Swasta bagi menjalankan Pemeriksaan Kesihatan kepada Bakal Haji 1433H. Semasa Taklimat tersebut akan dimaklumkan penemuan dan masalah semasa Haji 1432H dan member garis panduan untuk Pemeriksaan Kesihatan Bakal Haji. Selepas Taklimat Pegawai Perubatan akan di beri Nombor Daftar untuk tahun ini. Hanya Pegawai Perubatan yang mempunyai Nobor Daftar boleh membuat Pemeriksaan Kesihatan kepada Bakal Haji.
Bakal Haji 1433H dikehendaki menjalani Pemeriksaan Kesihatan yang di anjurkan oleh THWP dengan kerjasama Jabatan Kesihatan WP. THWP akan mengeluarkan surat panggilan Pemeriksaan Kesihatan pada tarikh dan masa yang ditentukan. Jika Bakal Haji tidak dapat hadir pada tarikh yang ditentukan boleh membuat pertukaran tarikh dengan dating ke THWP. THWP hanya akan membuat Pemeriksaan Kesihatan seramai 100 orang sehari. Sebelum datang membuat pemeriksaan kesihatan, bakal haji perlu mendapat Buku Rekod Rawatan dan melengkapkan muka surat 1 hingga 9. Pada muka surat 1 sila lekatkan gambar berukuran gambar kad pengenalanan.
Bakal Haji hendaklah membuat pemeriksaan kesihatan berkala di Klinik berhampiran untuk menstabilkan kedudukan penyakit yang dihidapi supaya semasa Pemeriksaan Kesihatan tiada masalah dan boleh diluluskan.
Tarikh pemeriksaan kesihatan akan dimaklumkan kemudian

Wednesday, February 29, 2012

MENJAWAB TAWARAN HAJI 1433

Bakal Haji Terpilih 1433 yang berurusan dengan THWP telah dikeluarkan surat tawaran dalam tempoh 4 hari bermula pada 21 Feb hingga 24 Feb 2012. Bakal Haji yang terpilih hendaklah mengambil kesempatan untuk mengerjakan Haji pada tahun ini. Elakkan daripada menangguh pemergian kerana kesempatan ini mungkin tidak ada pada tahun yang mendatang.
Penangguhan hanya boleh dibuat atas sebab-sebab yang boleh diterima oleh Syarak. Contoh berkaitan masalah kesihatan yang tidak mendapat kelulusan Pegawai Perubatan atau mempunyai penyakit Kronik.
Pada 28 Feb 2012 Bakal haji WP yang telah menjawab Cuma 5% dan yang menolak 1% dan bakinya masih belum membuat jawapan.
Kemungkinan Bakal Haji yang belum menjawab adalah kerana belum mencukupi Bayaran Haji atau pasangan masih belum terpilih atau belum menerima surat atau tidak bercadang untuk menunaikan haji pada tahun ini.
Bagi yang pasangan belum terpilih, seeloknya yang sudah terpilih menerima tawaran kemudian pasangan yang belum terpilih membuat Rayuan Mahram dengan mengisi Borang yang disediakan oleh TH.
Bakal Haji yang tidak menerima surat sila hubungi THCC 03-62071919 untuk mendapatkan pengesahan dan jika Terpilih sila dapatkan surat Tawaran di TH berhampiran.
Bakal Haji yang tidak bercadang untuk tahun ini juga perlu menjawab jika tidakkemungkinan mereka tidak di tawarkan pada tahun depan.
Perlu diingatkan tempoh untuk menjawab adalah sebelum atau pada 17 Mac 2012.

Thursday, February 16, 2012

TAWARAN BAKAL HAJI TERPILIH 1433H

Tabung Haji telah memilih bakal haji Terpilih 1433H bermula sekarang. Orang ramai boleh membuat semakan di pejabat TH berhampiran atau boleh juga menghantar nama dan no kad pengenalan melalui email phptdwil@lth.gov.my untuk mendapat maklumat tersebut.
Tabung Haji Wilayah Persekutuan sedang dalam proses untuk mengeluarkan surat tawaran kepada bakal haji 1433H terpilih, Insya Allah minggu hadapan.
Bakal haji 1433H yang menerima surat tawaran hendaklah menjawab menerima atau menolak tawaran tersebut sebelum atau pada 14 Mac 2012. Jika mereka tidak menjawab tawaran pada tarikh yang ditentukan, maka tuan/puan dianggap telah menolak tawaran dan tiada jaminan diberi tawaran pada Musim Haji berikutnya.
Semasa menjawab menerima tawaran bakal haji 1433H perlu mencukupkan Bayaran Haji sebanyak RM9,980 bagi Warga Negara Malaysia yang belum pernah menunaikan haji. Bakal Haji 1433H yang pernah menunaikan haji atau Pemastautin Tetap (PR) perlu mencukupkan RM14,880.
Bayaran Haji 1433H belum ditetapkan, jika jumlah di atau terdapat perubahan, bakal haji akan dimaklumkan secara bersurat/bertulis.
Bakal Hajii 1433H yang ditawarakan, jika telah mencukup syarat berkemampuan jangan menolak tawaran kerana peluang ini hanya datang sekali. Masa lain kita tidak tahu, kemungkinan sakit ke, terpaksa menggunakan simpanan untuk haji atau lain-lain perkara yang didak boleh dielak.

Friday, February 10, 2012

LATIHAN BERKORBAN UNTUK IBADAT HAJI

Kursus Asas Haji (KAH)telah perjalan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Setiap tahun ramai mereka yang menghadiri Kursus ini. Modul kursus berkaitan Ibadat Haji, Pengurusan Haji, Penjagaan Kesihatan , Masalah Wanita.
Tabung Haji Wilayah Pesekutuan telah menambah 2 Modul berkaitan Fardu Ain.
Bakal Haji 1433H hendaklah mengambil kesempatan untuk menambah Ilmu berkaitan Ibadat Haji supaya Ibadat Haji yang akan dilakukan pada tahun ini adalah yang terbaik dan sempurna. Apabila balik ke Tanah Air merasa sangat berpuas hati kerana telah mencapai kesempurnaan.
Semasa Bakal Haji 1433H menjalani Kursus Asas Haji selama 19 Siri, diharapkan tidak tertinggal atau gagal menghadiri satu modul pun. Buat perancangan bahawa keutamaan adalah menghadiri KAH. Aktiviti hujung minggu yang lain diaturkan selepas KAH.
THWP telah mengada banyak tempat KAH di Wilayah Persekutuan dan kawasan sempadan, bertujuan Bakal Haji dapat mengikuti KAH yang berhampiran tempat kediaman. Menghadiri KAH di dalam Kariah banyak faedahnya, antaranya memakmurkan masjid kita, jimat masa perjalanan, merapatkan hubungan Silaturahim, dapat datang awal dan balik selepas Solat Zuhor atau Asar jika KAH mula 2.00 ptg. Ambillah kesempatan beriktikaf di masjid.
Bakal Haji 1433 jangan terlalu memilih Ustaz, kita sebagai orang inginkan Ilmu hendaklah bersangka baik dengan Ustaz supaya ilmu itu berkat. Jangan kita seronok tempat Kursus yang kita hadir ramai orang. Sebaiknya peserta kursus dalam lingkungan 100 hingga 150 sahaja. Dengan jumlah tersebut Ustaz dapat memberikan tumpuan kepada peserta dalam penyampaiannya supaya ilmu yang beri memberi kesan yang mendalam.
Selamat Menjalani Kursus Asas Haji 1433 Hijrah.

Tuesday, January 31, 2012

PERJALANAN HIMPUNAN PERSAUDARAAN HUJJAH 1432H

Pada 29 Januari 2012 jam 8.30, Haji dan Hajah 1432H telah mula dating ke Dewan Muktamar Pusat Islam bagi menghadiri Himpunan Persaudaraan Hujjah 1432H peringkat Wilayah Persekutuan.
Dewan telah dipenuhi oleh Haji dan Hajah bertepatan jam 9.30 pagi dengan dimulai Pemohonan Doa oleh Ustaz Haji Zambri Zainal Abidin dan Ucapan Perasmian oleh Tuan Haji Hamidun Ibrahim, Pengarah Tabung Haji Wilayah Persekutuan.
Dalam Himpunan ini di isi Foram Mengekal Kemabruran Haji antara Ahli Panel ialah Dr. Haji Zuklifli Mohamad Al Bakri dan Ustaz Haji Zambri Zainal Abidin.
Semasa Himpunan beberapa perkara dapat dimanafaat oleh Haji dan Hajah adalah seperti berikut:
• Merapatkan hubungan Silaturahim di antara Haji, Hajah dan Anggota Tabung Haji. Bagaimana Haji dan Hajah boleh sentiasa berhubung dan bertanya khabar di antara satu sama lain.
• Merasakan suasana dan imbauwan pengelamaan Haji di Tanah Suci Mekkah dan Madinah. Mengadakan beberapa kali Majlis Ilmu berbentyu Ceramah, Forem atau Pembentangan Kertas Kerja.
• Membuat kajian dan perhitungan dimana pengamalan Haji dan Hajah bagi mengekalkan Kemabruran Haji. Membantu Haji dan Hajah untuk mempertingkat usaha menjadi Insan yang dihadapan melakukan sesuatu kerja Kebajikan dan Ketakwaan.
• Meningkatkan sumbangan Haji dan Hajah kepada Keluarga, Masyarakat, tempat kerja dan Negara. Melakukan pelbagai aktiviti yang boleh dimanafaat oleh orang ramai.
• Memikirkan Program lain yang boleh menyatukan Haji dan Hajah susulan Himpunan ini. Boleh diujudkan Jawatankuasa antara Haji dan Hajah supaya ada pengerak untuk melaksanakan Progrem.
• Memikirkan bentuk dakwah yang boleh disampaikan kepada Masyarakat Islam dan Bukan Islam. Mengadakan aktiviti bersama masyarakat setempat bagi menyampaikan Keindahan Islam melalui Ibadat Haji.
Kepada Haji dan Hajah diminta mencadangkan bagaimana ingin mengerakan Haji, Hajah dan Umat bagi manafaat bersama.

Wednesday, January 25, 2012

BAHAN RUJUKAN IBADAT UMRAH DAN HAJI

Tabung Haji telah menerbitkan bahan rujukan berbentuk buku dan DVD bagi membantu umat Islam membuat rujukan berkaitan Ibadat Umrah dan Haji samada untuk pengetahuan atau persiapan untuk Mengerjakan Umrah atau Haji. Peserta Kursus Asas Haji adalah perlu memiliki buku ini bagi memudah memahami apa yang disampaikan oleh Ustaz yang menyampaikannya.

BUKU IBADAT HAJI, UMRAH DAN ZIARAH ( Harga : RM10.00 )
Buku ini mendedahkan kepada membaca kepada dua (2) Bahagian iaitu Bahagian Pertama Ibadat Haji dan Bahagian Kedua Ibadat Umrah dan Ziarah.



BUKU SOAL JAWAB HAJI & UMRAH ( Harga RM7.00 )
Buku ini mendedahkan sebanyak 408 permasalahan dan persoalan yang pernah dihadapi oleh jemaah haji yang terdahulu dan diajukan kepada Guru Agama di Tanah Suci dan di Tahan Air.
Buku ini disusun mengikut 44 Tajuk Permasalahan dan Persoalan. Jawapan bagi setiap permasalahan dan Persoalan telah dikaji, dibahas dan disediakan oleh Jawatankuasa Penasihat Haji (Tabung Haji-JAKIM) dengan dirujuk kepada kitab-kitab Feqah Mazhab Syafi’e yang Mu’tabar.

BUKU RINGKASAN IBADAT HAJI DAN UMRAH ( Harga : RM6.00 )
Buku ini disediakan bagi memudahkan pengulang kaji apa yang telah dibaca atau didengar. Buku ini sangat ringkas dan di muatkan gambar rajah bagi setiap tajuk. Buku ini mudah dibawa kemana-mana terutama semasa kerap kali berurusan dengan Tabung Haji dan kena menunggu seketika untuk berurusan. Maka pembaca boleh membuka Buku Ringkasan ini untu mengisi masa menunggu.
Pembelian melalui pos boleh diaturkan dengan Kos penghantaran RM10.00 untuk 3 buku. Sila maklumkan melalui email : mazlan59@gmail.com

Sunday, January 15, 2012

KURSUS ASAS HAJI 1433H

Tabung Haji Wilayah Persekutuan (THWP) telah menetukan tempat Kursus Asas Haji (KAH) 1433H bagi membuka peluang orang ramai mendapat Ilmu Ibadat Haji, Pengurusan Haji, Pengurusan Kesihatan, Masalah Wanita dan Fardu Ain. Bakal Haji (BH) 1433H adalah sangat digalakan menghadiri KAH walaupun telah banyak tahun mengikuti Kursus ini. Bermula tahun 1433H 2 modul ditambah iaitu berkaitan fardu Ain menjadikan kepada 19 siri. KAH akan bermula 4 (Sabtu) dan 5 (Ahad) Februari 2012 dan berakhir 9 dan 10 Jun 2012.
Tempat KAH 1433H telah ditambah dari 16 tempat kepada 18 tempat. Pada Hari Sabtu 7 tempat diadakan waktu pagi dan 3 tempat diadakan waktu petang. Pada Hari Ahad 6 tempat diadakan pada waktu pagi dan 2 tempat diadakan waktu petang. BH 1433H mempunyai pilihan tempat, hari dan masa yang sesuai untuk mendapat Ilmu untuk persiapan menunaikan haji.
Pihak penganjur telah sepakat untuk menetapkan bayaran pendaftaran RM70 seragam untuk Wilayah Persekutuan. Bayaran Pendaftaran adalah bagi tujuan membayar sagu hati Penceramah, minuman, sagu hari urusetia, tempat, api dan air sepanjang 19 Siri. Bayaran ini juga adalah satu pengorbanan dan kesungguhan peserta dalam memperolehi Ilmu. Penganjur juga terpaksa mencari Sumber lain bagi menampung kekurangan peruntukan bagi perbelanjaan di atas.
Sesiapa yang ingin mengetahui tempat KAH 1433H sila maklumkan Nama, No IC dan tempat KAH di alamat email : phptdwil@lth.gov.my (Pengurus Pentadbiran/Haji THWP)
Pihak Penganjur juga akan menjual Buku Nota Kursus Asas Haji, Buku Panduan Haji dan Umrah, Buku Soal Jawab Haji dan Umran, Buku Ringkasan Haji dan Umrah.
Buku Nota Kursus Asas Haji adalah disusun Mengikut Tajuk dan bertepatan Slide yang digunakan oleh Penceramah bagi membantu Peserta Kursus mengikuti penyampaian dan mencatat maklumat tambahan.
Buku Panduan dan Soal Jawab Haji dan Umrah akan diberi pecuma kepada BH 1433H apabila mereka menjawab menerima tawaran di pejabat THWP. Mereka yang tidak terpilih pada tahun ini dan membuat rayuan perlulah membelinya sebagai rujukan dan bahan bacaan.
Buku Ringkasan Umrah Dan Haji sangat baik diperolehi oleh BH kerana ianya adalah ringkasan yang sesuai dibawa kemana-mana terutamanya semasa berurusan dengan TH. BH akan kerap datang ke TH dan menunggu untuk mendapatkan perkhidmatan. Bahan tersebut boleh dibaca untuk mengisi masa menunggu.
THWP mengucapkan Selamat Menjalani Kursus Asas Haji 1433H semoga mendapat Kerahmatan Allah s.w.t.

Monday, January 9, 2012

PROGRAM HIMPUNAN PERSAUDARAAN HUJJAJ (HISHAJ)

Alhamdulillah Jemaah Haji 1432H telah selamat kembali ke Tanah Air, semoga mendapat Haji Mabrur.

Pada tahun ini Tabung Haji Wilayah akan mengadakan Perhimpunan Persaudaraan Hujjah Musim Haji 1432H sebagai penyatuan ummah dengan pembentukan generasi haji melalui ibadat haji.

Di antara objektif program adalah seperti berikut :

1. Mengekalkan dan meningkatkan perhubungan silaturrahim di kalangan jemaah haji setempat bagi menggalakkan masyarakat yang sihat.

2. Mengekalkan roh haji/falsafah haji.

3. Majlis ilmu di kalangan jemaah haji.

Sehubungan itu, 3,000 jemaah haji 1432H dibawah pengendalian Tabung Haji Wilayah Persekutuan dijemput untuk menghadiri program HISHAJ seperti butiran berikut :

Tarikh : 29 Januari 2012
Masa : 09:00 pagi hingga 12:30 tengahari
Tempat : Ruang Solat Masjid Negara

Bagi melancarkan segala urusan persiapan program ini, jemaah haji yang dijemput melalui surat dimohon mengesahkan kehadiran masing-masing di pejabat TH Maju Junctions, TH Jalan Tun Razak (Kaunter Khidmat Pelanggan) dan TH Putra Jaya sebelum atau pada tarikh 18 JAN 2012 jika tidak menjawab dikira tidak dapat hadir pada tarikh tersebut. Jawapan kehadiran juga boleh dibuat melalui emai : phptdwilwil@lth.gov.my dengan memaklumkan nama , nombor kad pengenalan dan hadir. Jawapan ini sangat penting bagi mengelakan pembaziran makanan yang akan disediakan.

Kehadiran jemaah haji akan dapat merealisasikan objektif program ini untuk manfaat dan kebaikan kita bersama, InsyaAllah.

Wednesday, January 4, 2012

KECEWA DAN PUTUS ASA UNTUK DAFTAR HAJI

Ramai yang berazam untuk mendaftar haji. Apabila bertanya dengan Tabung Haji, jika daftar sekarang bila boleh pergi. Jawapan yang diterima adalah lama lagi tapi boleh buat rayuan.
Ada yang marah dan mengatakan Tabung Haji bertindak tidak masuk akal. Mereka ini dikalangan berumur 40 tahun ke atas. Apabila Terpilih kami telah terlalu tua dan tidak berdaya atau telah mati.

Jika datang untuk mendaftar Haji dengan penuh kesabaran dan keinsafan, mereka boleh terima jawapan seperti di atas.
Jika ditakdir Allah, kita boleh menunaikan Haji lebih awal, macam-macam boleh berlaku.

Mungkin mereka yang terpilih menolak tawaran atas pelbagai alasan. Mungkin mereka ada masalah kewangan. Mungkin ada Ihsan Kerajaan Arab Saudi. Mungikn mereka ditawarkan saat akhir menolak tawaran. Maka kita di panggil atau ditawarkan oleh TH. Siapa dapat menjangkanya. Ini semua telah disuratkan oleh Allah s.w.t.
Seeloknya kita menjadi hamba Allah yang berusaha dan menerima ketetapan Allah. Usahanya ialah menuntut Ilmu, berjimat untuk menyimpan dalam TH, membuat rayuan atau ada lebih wang daftar dengan Pakej atau Syarikat yang diluluskan oleh TH.

Jika tidak puas hati dan marah apabila rayuan kita tidak Berjaya. Ianya tetap tidak dapat merobah ketetpan yang telah berlaku. Akhirnya kemarahan akan berpanjangan dan menyakitkan hati kita sendiri bukan orang lain.

Kita telah memenuhi syarat Wajib Haji tapi belum Terpilih, Allah maha mengetahui kelemahan Hambanya dan tentu ada hikmah yang tidak kita ketahui.

Maka teruslah berazam, berusaha dan berharap supaya satu masa nanti kita terpilih Menunaikan Haji.

Tuesday, January 3, 2012

TIADA ALASAN TIDAK MENDAFTAR HAJI

Pada 3 Januari 2012 Tabung Haji telah membuka Pendaftaran Haji Ahli Kumpulan Simpanan Wang Pekerja seluruh Malaysia.
Syarat Pendaftaran sangak mudah seperti berikut:
1. Buka Akaun Tabung Haji dengan bayaran minimum RM2.00
2. Membawa Penyata KWSP yang menyatakan Akaun 1 minimum RM1,300.00
3. Umur tidak melebehi 55 tahun
4. Bawa Kad Pengenalan atau Buku Akaun Tabung Haji.

Bagi umat Islam yang berkerja makan gaji tidak aka nada alas an kepana tidak mendaftar Haji.

Mereka yang telah mendaftar yang ingin simpanan mereka dalam Akaun TH dicairkan boleh juga membawa Akaun KWSP untuk ditukar Pendaftaran Haji Ahli KWSP tanpa perubahan giliran yang telah diperolehi semasa mereka daftar dahulu. Mereka boleh mengeluarkan simpanan untuk dimasukan dalam akaun TH Isteri atau anak yang belum mencukupi simpanan minimum RM1,300 untuk mendaftar Haji.

Rebutlah peluang untuk mendaftar Haji tanpa menangguhkannya.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes