Thursday, May 24, 2012

MENGHADIRI KURSUS INTENSIF HAJI (KIH)

Bakal Haji (BH) yang akan menghadiri KIH hendaklah membawa surat panggilan KIH untuk rujukan Urusetia KIH. BH hendaklah membuat pendaftaran Kehadiran dengan menurunkan tandatangan pada senarai nama peserta KIH pada hari yang telah disahkan kehadiran pada atau sebelum 24 Mei 2012.
BH yang telah mendaftar akan diberi Lencana KIH bagi memastikan BH yang hadir adalah mereka yang sepatutnya hadir. Tujuan Lencana adalah bagi memastikan BH mendapat tempat dan mendapat makanan yang disediakan.
Pada hari pertama Taklimat bagaimana memakai pakaian Ihram bagi lelaki dan perempuan. Taklimat melaksanakan Haji dan melakukan simulasi haji. Sebelah petang rumusan Ibadat Haji.
Hari Kedua adalah berkaitan Masalah Wanita dan Taharah, Panduan Kesihatan , Ujian Kefahaman dan Pengurusan Haji.
Hari kedua walaupun tidak menyentuh secara Kusus berkaitan Ibadat Haji tapi maklumat  yang disampaikan sangat penting bagi membantu kesempurnaan Ibadat Haji.
BH yang hadir KIH dinasihatkan tidak membawa barang berharga dan tidak memakai kasut yang berharga. BH juga dilarang Merokok di kawasan tempat KIH kerana tempat ini adalah kawasan Masjid. Merokok adalah Haram. Sebagai BH seharusnya perbuatan merokok hendaklah diberhentikan.

4 comments:

Anonymous said...

Tuan Haji, saya telah pun mendaftar kehadiran KIH pada 18 & 19 Jun 2012 di Pejabat TH tapi tidah diberikan lencana seperti yang dinyatakan.

Hj Mazlan said...

Assalamualaikum

Lencana akan diberi semasa peserta mendaftar pada hari Kursus Intensif Haji di Masjid Negara.

Anonymous said...

Assalamualaikum...
Tuan Haji, saya adalah BH thn ini. Tetapi saya tidak mendapat panggilan KIH. Adalah KIH untuk org yg tertentu shj? Terima kasih..

Pootz in Boots said...

As Salaam, Tuan,
Saya dan suami telahpun menhadiri KIH di masjid negara pada 20 & 21hb Jun lalu. Masya Allah, Alhamdulillah... sangat2 bagus penceramahnya (Ust. Abu Hassan). dan kami dapat faham dengan baik. Cuma kami mencadangkan agar soalan2 diajukan pada akhir sessi kerana byk soalan (yang tidak begitu perlu) agak mengganggu time keeping. Apa pun, terima kasih sangat2.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes