\

Maklumat Haji

  |   SELAMAT MENJALANI IBADAT PUASA DAN SOLAT TARAWIH DALAM BULAN RAMADHAN 1435   |   KURSUS PERDANA HAJI WP 1435 PADA 9 DAN 10 OGOS 2014 DI MASJID PUTRA, PUTRAJAYA   |   SELAMAT MENJALANI PEMERIKSAAN KESIHATAN BAKAL HAJI 1435   |   <

Thursday, May 17, 2012

KURSUS INTENSIF HAJI 1433H (KIH)



Tabung Haji Wilayah Persekutuan telah pos surat panggilan KIH hari ini (17 Mei 2012) kepada Bakal Haji (BH) yang telah menjawab menerima tawaran haji 1433H. Satu kumpulan peserta KIH adalah seramai 150 orang. Setiap peserta dikehendaki hadir 2 hari. Segala Kos ditanggung oleh TH. KIH akan diadakan di Dewan Utama Masjid Negara, Kuala Lumpur. KIH akan bermula 28 Mei 2012.

BH yang menerima surat panggilan KIH hendaklah menyerahkan Slip Kehadiran KIH pada tarikh yang ditetapkan di TH Maju Junctions atau TH Cawangan Jalan Tun Razak , KL atau email Nama, No IC dan hadir/tidak hadir di alamat : phptdwil@lth.gov.my. Sebelum atau pada 24 Mei 2012.

Tujuan menyatakan kesanggup hadir pada tarikh yang ditentukan adalah bagi persiapan berkaitan KIH. Persiapan adalah menyediakan kerusi, meja dan minum pagi dan makan tengahari. Urusetia akan menyediakan peruntukan makan mengikut jumlah kehadiran untuk mengelakan pembaziran makanan.

Semasa menghadiri KIH elakkan membawa barang berharga atau kasut yang mahal bagi mengelakan kerhilangan. Pada hari pertama peserta KIH hendaklah membawa pakaian Ihram dan 21 biji anak batu bagi tujuan amali Haji.

THWP mengharapkan BH dapat mengikuti KIH setiap modul yang dijalankan.

7 comments:

Siti Hajar bt Ramle said...

Adakah bakal Haji rayuan boleh mengikuti kursus Intensif Haji?

Yongmm said...

Salam Tuan Haji Mazlan,
Adakah kursus ini diadakan pada hari Sabtu dan Ahad? Jika ada , saya ingin menukar tarikh kursus. Bagaimana caranya?

Pootz in Boots said...

Salaam Tn Hj Mazlan,
Terima kasih atas respon Tuan kepada email kami mengesahkan kehadiran.
Mazura & Azman

Hj Mazlan said...

Assalamualaikum

Yongmm

Kursus Intensif di Masjid Negara tidak diadakan pada hari Sabtu dan Ahad.

Siti Hajar

Kursus Intensif Haji hanya dipanggil kepada Bakal Haji yang telah Terpilih 1433H

Hj Mazlan said...

Assalamualaikum

Bakal Haji 1433 yang telah menerima tarikh pemeriksaan kesihatan dan Kursus Intensif Haji tapi terdapat tarikh tidak sama dengan pengikut/pasangan boleh membuat pertukaran tarikh.

Md Nor Azam said...

Tuan Haji,

Saya Orang kurang Upaya dan isteri akan hadir. Isteri saya pula kurang sihat .Dah mohon kepada TH untuk bawa anak saya menunaikan haji untuk bantu , tetapi belum ada keputusan . Dua soalan. Adakah kemudahan OKU disediakan semasa kursus ?. Kedua , boleh ke anak saya ikut serta kursus .

Hj Mazlan said...

Assalamualaikum

Md Nor Azam

Sila email phptdwil@lth.gov.m nama dan No IC anak.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes