BH yang menerima surat panggilan KIH hendaklah menyerahkan
Slip Kehadiran KIH pada tarikh yang ditetapkan di TH Maju Junctions atau TH
Cawangan Jalan Tun Razak , KL atau email Nama, No IC dan hadir/tidak hadir di
alamat : phptdwil@lth.gov.my. Sebelum atau
pada 24 Mei 2012.
Tujuan menyatakan kesanggup hadir pada tarikh yang
ditentukan adalah bagi persiapan berkaitan KIH. Persiapan adalah menyediakan
kerusi, meja dan minum pagi dan makan tengahari. Urusetia akan menyediakan peruntukan
makan mengikut jumlah kehadiran untuk mengelakan pembaziran makanan.
Semasa menghadiri KIH elakkan membawa barang berharga atau
kasut yang mahal bagi mengelakan kerhilangan. Pada hari pertama peserta KIH
hendaklah membawa pakaian Ihram dan 21 biji anak batu bagi tujuan amali Haji.
THWP mengharapkan BH dapat mengikuti KIH setiap modul yang
dijalankan.
7 comments:
Adakah bakal Haji rayuan boleh mengikuti kursus Intensif Haji?
Salam Tuan Haji Mazlan,
Adakah kursus ini diadakan pada hari Sabtu dan Ahad? Jika ada , saya ingin menukar tarikh kursus. Bagaimana caranya?
Salaam Tn Hj Mazlan,
Terima kasih atas respon Tuan kepada email kami mengesahkan kehadiran.
Mazura & Azman
Assalamualaikum
Yongmm
Kursus Intensif di Masjid Negara tidak diadakan pada hari Sabtu dan Ahad.
Siti Hajar
Kursus Intensif Haji hanya dipanggil kepada Bakal Haji yang telah Terpilih 1433H
Assalamualaikum
Bakal Haji 1433 yang telah menerima tarikh pemeriksaan kesihatan dan Kursus Intensif Haji tapi terdapat tarikh tidak sama dengan pengikut/pasangan boleh membuat pertukaran tarikh.
Tuan Haji,
Saya Orang kurang Upaya dan isteri akan hadir. Isteri saya pula kurang sihat .Dah mohon kepada TH untuk bawa anak saya menunaikan haji untuk bantu , tetapi belum ada keputusan . Dua soalan. Adakah kemudahan OKU disediakan semasa kursus ?. Kedua , boleh ke anak saya ikut serta kursus .
Assalamualaikum
Md Nor Azam
Sila email phptdwil@lth.gov.m nama dan No IC anak.
Post a Comment