Wednesday, December 28, 2011

PENDAFTARAN HAJI AHLI KWSP



PENGENALAN
1. Inisiatif Pendaftaran Haji Ahli KWSP ini merupakan satu kemudahan yang
membolehkan seseorang ahli yang mempunyai simpanan KWSP membuat pendaftaran haji
dengan Lembaga Tabung Haji (LTH) tanpa perlu mendepositkan simpanan minimum
sebanyak RM1,300.00 dalam akaun Tabung Haji.
2. Kemudahan ini tidak melibatkan pengeluaran wang simpanan KWSP. Ini kerana
simpanan KWSP adalah simpanan persaraan.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
1. Ahli KWSP yang layak adalah seperti berikut :
i. Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap;
ii. Beragama Islam;
iii.Mempunyai simpanan KWSP dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM1,300.00;
iv. Belum mencapai umur 55 tahun;
v. Mempunyai akaun simpanan di LTH;
2. Kemudahan pendaftaran haji ini hanya dibenarkan kepada individu atau ahli KWSP
berkenaan sahaja.
3. Ahli KWSP yang telah mendaftar haji di bawah prosedur Tabung Haji sebelum ini
boleh menukarkannya kepada kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP tanpa melibatkan
pertukaran tarikh giliran haji yang telah diberi sebelum ini dan wang pendaftaran
haji RM1,300.00 sebelum ini dicairkan.

KAEDAH PELAKSANAAN
1. Pendaftaran Haji Ahli KWSP ini akan dilaksanakan dengan ahli hadir di mana-mana
cawangan LTH, Bank Rakyat atau Bank Islam dengan membawa MyKad dan Penyata Ahli
KWSP. Proses pendaftaran haji adalah mengikut prosedur semasa LTH.
2. Ahli boleh mendapat Penyata Ahli KWSP sama ada melalui kaunter KWSP, Kios KWSP,
laman web KWSP (myEPF) atau Penyata Tahunan Ahli KWSP yang dikirim melalui pos.

4. TARIKH KUATKUASA
Kemudahan ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2012.
5. RUJUKAN DAN PERTANYAAN
Sebarang kemusykilan atau pertanyaan, sila hubungi :

i. Pusat Pengurusan Panggilan KWSP
Tel: 03 - 8922 6000
Laman Web : www.kwsp.gov.my
ii. Pusat Khidmat Pelanggan Tabung Haji
Tel : 03 – 6207 1919
Laman Web : www.tabunghaji.gov.my

Sunday, December 18, 2011

BAYI BOLEH DAFTAR HAJI

Pendaftaran Haji dengan Tabung Haji adalah mesti dilakukan bagi mereka yang ingin melaksanakan Ibadat Haji di Tanah Suci Mekah. Apabila mendaftar Haji mereka terpaksa menunggu lama kerana setiap tahun Tabung Haji hanya dibenarkan mebawa 28,000 orang baka haji setiap tahun.
Bagi memudahkan perancangan awal, dinyatakan siapa yang boleh mendaftar Haji dengan Tabung Haji. Sesiapa sahaja yang telah membuka Akaun dengan TH dan mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM1,300.00. Jika baru buka Akaun TH jumlah minimum RM1,310.00.
Pendaftaran tidak mengikut umur. Bermula dari bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa atau telah berusia boleh mendaftar Haji.
Mereka yang berumur kurang 12 tahun, apabila penjaga ingin mendaftar Haji sila bawa Surat Beranak. Bagi Remaja 18 tahun keatas yang masih mengunakan nombor kad pengenalan Penjaga semasa membuka Akaun TH hendaklah menukarkan No Kad Pengenalan Penjaga kepada Kad Pengenalan Sendiri.
Proses Penukaran Kad Pengenalan Penjaga kepada Kad Pengenalan Sendiri adalah seperti berikut:
1. Penjaga dan Pemilik Akaun TH hendaklah hadir ke Pejabat TH yang Berhampiran.
2. Lengkapkan borang Tukar Maklumat Peribadi
3. Bawa salinan asal dan fotostat Kad Pengenbalan Penjaga dan Pemilik Akaun TH
Diharapkan orang ramai dapat menyebar atau menyampaikan maklumat ini kepada sesiap supaya mendaftar Haji. Mudah-mudahan usaha ini dikira Dakwah yang mendapat ganjaran Pahala dari Allah s.w.t.

Thursday, December 8, 2011

URUSAN BAKAL HAJI 1433H

Bakal Haji 1433H akan melalui beberapa urusan penting dengan Tabung Haji (TH) bagi persiapan untuk menunaikan Haji.

Urusan tersebut adalah seperti berikut:
• Kursus Asas Haji (Setiap Hari Sabtu atau Ahad – 17 Siri )
• Menerima surat Tawaran Haji
• Menjawab menerima/menolak tawaran
• Mengambil Buku Panduan Haji & Umrah, Panduan Perjalanan dan Buku Panduan Kesihatan (Diberi Pecuma)
• Pemeriksaan Kesihatan
• Mendapatkan Buku Rekod Kesihatan (Percuma)
• Kursus Intensif Haji
• Kursus Khas Haji
• Menerima Gelang Pengenalan Haji
• Serahan Pasport Malaysia Antarabangsa ( Tidak boleh diwakilkan)
• Menerima Surat Penerbangan Haji
• Kursus Perdana Haji
• Mengambil Barang-barang Hadiah
• Mengambil Buku Soal Jawab Haji dan Umrah dan Buku Doa di Tanah Suci (Percuma)

Perkara di atas akan dimaklumkan melalui surat kepada bakal haji. Bakal haji hendaklah memastikan alamat surat menyurat yang terdapat dalam sistem TH adalah terkini.

Memandangkan ramai bakal haji yang sedang berkerja maka kemungkinan hendak mendapatkan maklumat yang cepat bagi membuat perancangan keluar pejabat . Oleh itu Bakal Haji boleh berurusan untuk mendapatkan maklumat dengan menghubungi THWP melalui alamat email : phptdwil@lth.gov.my. atau mazlan59@gmail.com

Bakal Haji yang tidak memahami mengunakan internet bolehlah mendapatkan bantuan rakan-rakan atau anak-anak untuk mendapatkan maklumat.

Tuesday, December 6, 2011

BERURUSAN DENGAN TABUNG HAJI

Pendeposit Tabung Haji (TH) sekarang akan mencecah 7 Juta orang daripada 28 Juta penduduk Malaysia. Jika 60% penduduk Malaysia yang Islam maka jumlah penduduk Islam sebanyak 16.8 Juta. Oleh itu pendeposit TH akan mencapai 50% penduduk Islam Malaysia pada akhir 2012.
TH telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk berurusan dengan TH. Pendeposit TH boleh berurusan berkaitan Simpanan dan Pengeluaran melalui ATM atau CDM Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan Bank Rakyat (BR). Dimana-mana tempat terdapat kemudahan ATM dan CDM untuk berurusan. Setiap urusan akan ditolak dari akaun TH sebanyak RM1.00.
Selain dari mengunakan mesin ATM dan CDM, Pendeposit TH boleh berurusan di Kaunter BIMB atau Kaunter BR. Perkhidmatan yang boleh diperolehi ialah Simpanan, Pengeluaran, Buka Akaun Baru, Kemaskini Buku Akaun TH dan Pendaftaran Haji.
Walaupun perkhidmatan ATM, CDM dan Kaunter BIMB dan BR telah lama diperkenalkan, tapi masih ramai pendeposit yang berurusan dengan Kaunter TH. Pendeposit akan ramai berkunjung ke Kaunter TH pada Hari Isnin dan Jumaat setiap minggu kedua, ketiga dan keempat pada setiap bulan. Jika semasa cuti sekolah kunjungan pendeposit luar biasa setiap hari bekerja. Pendeposit juga akan lebih ramai apabila selepas Cuti Hari Raya Aidil Fitri.
Soal selidik yang didapati dari pendeposit berkaitan perkhidmatan ATM, CDM dan Kauter BIMB dan BR menyatakan bahawa mereka lebih yakin berurusan dengan Kaunter TH. Ada yang tidak yakin mengunakan ATM atau CDM. Ada yang tidak mahu menggunakan mesin kerana bayaran RM1.00.
Pendeposit di Lembah Kelang akan melalui pelbagai masalah apabila ingin pergi ke Kaunter TH. Antara masalah ialah menghadapi kesesakan jalan raya, mendapatkan petak letak kenderaan dan kena bayar, terpaksa menunggu lama apabila berurusan semasa waktu kemuncak seperti yang disebutkan di atas.
Bagi mengatasi perkara di atas, perkhidmatan ATM dan CDM sangat baik. Walaupun pada mula tidak yakin tapi apabila selalu menggunakanya akan menyebabkan kita selesa. Tidak perlu menunggu lama, banyak tempat ada mesin ATM dan CDM dan berhampiran dengan rumah atau tempat kerja. Menggunakan ATM dan CDM perlu ada Kad BIMB atau BR untuk berurusan kecuali CDM BIMB tidak perlu kad memadai mengikut arahan pada mesin CDM untuk Simpanan di TH.
Bayaran RM1.00 adalah kecil jika dibandingkan kesusahan yang dilalui dan membayar letak kenderaan, meninggalkan waktu kerja yang lama.
Jika Pendeposit masih ingin berurusan di Kaunter TH pada waktu puncak adalah disarankan membawa bahan bacaan supaya tidak bosan menunggu.
Sudah sampai masanya kita berubah untuk keselesaan kita.

KOUTA HAJI

Alhamdulillah sudah ramai orang Islam di Malaysia yang mendaftar Haji dengan Tabung Haji. Setiap hari masih ada orang ramai yang mendaftar Haji tidak kira tua, muda dan kanak-kanak. Jika mereka mendaftar hari ini, masa menunggu terlalu lama.

Setiap Negara telah diperuntukan Kouta oleh OIC sebanyak 0.1% daripada penduduk negara tersebut. Malaysia telah diperuntukan seramai 28,000 orang dari 28 juta penduduk.

Ketetapan ini dikuatkuasa oleh Kerajaan Arab Saudi bagi menentukan Keselamatan, Kemudahan dan Pentadbiran dapat disediakan bagi Jemaah Haji yang berkunjung ke Tanah Suci.

Peranan Tabung Haji adalah menentukan giliran Bakal Haji yang akan menunaikan Haji setiap tahun. Peraturan telah ditetapkan bahawa mereka yang mendaftar dulu akan Terpili dulu untuk memunaikan Haji.

Setiap tahun ramai yang tidak terpilih akan membuat rayuan. Pelbagai alasan yang dikemukakan. Ada yang mengatakan mereka tidak faham untuk mendaftar Haji walaupun mereka telah menyimpan dalam Tabung Haji.

Ada diantara mereka baru ada kemampuan setelah umur telah lanjut. Kemampuan tersebut adalah bantuan anak-anak yang berpakat sesama mereka untuk menghantar orang tua mereka menunaikan Haji. Harapan mereka jika ibu bapa mereka berjaya menunaikan Haji, terasa sedikit sumbangan kesusahan ibu bapa mengasuh dan menjaga mereka semasa kecil.

Ada yang merasa bimbang jika tidak berkesempatan untuk menunaikan Haji kerana telah berkemampuan dari segi Kewangan, Ilmu Pengetahuan.

Setiap tahun juga akan terdengar kekesalan orang ramai yang tidak diluluskan oleh Tabung Haji rayuan mereka. Pelbagai persoalan dikemukakan. Kenapa mereka yang baru daftar boleh terpilih? Kenapa mereka yang mengikut Pakej atau Syarikat yang diluluskan oleh Tabung Haji boleh Terpilih? Ada yang mengatakan jumpa pihak tertentu yang berpengaruh boleh Terpilih. Kenapa ada mereka yang banyak kali menunai Haji boleh pergi?

Wahai bakal Haji! Haji adalah Ibadat. Menyahut Seruan Haji hendaklah disambut dengan Ikhlas. Pembersihan Hati dari sangka buruk terhadap kesempatan saudara kita yang dapat menunaikan Haji. Hati hendak reado terhadap ketentuan.

Bagi mereka yang terpilih hendaklah menjaga perasaan mereka yang tidak terpilih. Sebaiknya mereka yang terpilih mendoakan mereka yang tidak terpilih dapat menunaikan haji dengan segera.

Masalah yang dihadapi mereka yang terpilih kerana rayuan, akan menceritakan kepada yang tidak terpilih bahawa mereka dapat kerana jumpa orang berpengaruh, sudah pergi Haji berkali-kali dan pelbagai lagi sehingga menimbulkan kesedihan dan sakit hati mereka yang tidak terpilih.

HAJI ADALAH IBADAT BUKAN UNTUK BERMEGAH-MEGAH DAN BERBANGGA.

Friday, November 25, 2011

"SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1433H"




Assalamualaikum.

Haji, Hajah, Bakal-bakal Haji dan muslimin dan muslimat.
Saya ingin mengucapkan Selamat menyambut dan menghayati Hijrah Rasullah s.w.a pada tahun 1433 Hijrah pada 27 November 2011 hari Ahad ini.. Harap dapat kita semua dapat memahami dan beramal kepada potongan Hadis dan Ayat Al Quran di bawah ini.


Dari Abdullah bin Mas'ud, katanya:"Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiap-tiap Nabi yang diutus sebelum saya mempunyai pengikut-pengikut dan sahabat-sahabat yang terpilih dari umatnya masing-masing; mereka itu berpegang kepada contoh Nabinya dan menuruti perintahnya; kemudian setelah zaman itu berlalu mereka disambung oleh generasi yang hanya pandai berkata, tetapi tidak bekerja,dan bekerja tetapi tidak menuruti pedoman-pedoman Nabinya. Sesiapa menentang kaum itu dengan kekerasan, mu'minlah ia, menentangnya dengan perkataan, mu'min pula, dan menentangnya dengan hatinya mu'min juga; dan telah habislah iman dari orang-orang yang tidak menentang kemungkaran, walaupun dengan hatinya."

(Riwayat Muslim)

Perjuangan melawan kemungkaran adalah menjadi dasar utama para nabi dan orang-orang yang beriman. Nabi Muhammad saw, seperti halnya nabi-nabi sebelumnya, menghadapi berbagai kesukaran sepanjang hidup baginda. Baginda berkorban meninggalkan harta dan berhijrah ke Madinah demi kelangsungan dakwah Islam.

Ini disebutkan di dalam al-Quran yang bermaksud :"Sesungguhnya, orang-orang yang beriman, berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (al-Baqarah: 218)

Sebagai balasan atas pengorbanan tersebut, Allah memberikan khabar gembira dengan limpahan kebaikan dan rezeki di dunia. Hal ini disebutkan di dalam al-Quran yang bermaksud: "Sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dimaksudkan), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.."(an-Nisaa:100)

Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman sama sekali tidak merasa takut atau gementar apabila menghadapi musuh. Semuanya adalah kerana keyakinan pada Allah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang benar seperti mana firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (iaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu ia berkata kepada temannya, 'Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah bersama kita.' Maka Allah menurunkan ketenangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (at-Taubah: 40)


إِنَّ الَّذِينَ آمَنُواْ وَالَّذِينَ هَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ أُوْلَـئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ اللّهِ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 218)

Tuesday, November 22, 2011

Nasyid Nama-Nama Surah al-Qur'an

Bagi membantu kita dapat mengingat nama-nama 114 Surah dalam 30 Juz Al Quran marilah sama-sama kita mendengar selalu nasyid "Nama-nama Surah Al Quran"

Monday, November 21, 2011

WUDUK

Orang Islam sangat cerdik dalam melakukan segala aktiviti harian. Mereka mengharap setiap aktivitinya mendapat Rahmat daripada Allah. Bukan setakat mendapatkan Rahmat tapi hendak juga Rahim Allah s.w.t. Maka setiap perbuatan yang sunat akan diiringi dengan berwuduk. Seperti apabila hendak berdoa, hendak bermusafir dan lain-lain lagi. Perbuatan yang harus juga di tingkatkan supaya menjadi sunat, seperti makan. Makan itu harus tapi dimulakan dengan membaca Basmalah dan disudahkan dengan doa.
Perbuatan Ibadat akan tidak sah atau berdosa jika tiada wuduk. Apabila hendak solat atau Tawaf perlu ada wuduk, jika tiada tidak sah solat atau tawaf. Perbuatan menyentuh dan membawa Al Quran perlu ada wuduk, jika tiada mereka akan menanggung dosa.
Wuduk adalah merata dan mengenakan air pada anggota dengan sempurna disertakan dengan niat berikut:
1. Membasuh muka
2. Membasuh tangan
3. Menyapukan air pada sebahagian rambut atau kepala
4. Membasuh kaki
5. Tertib
Membasuh Muka : Meratakan air pada bahagian muka iaitu dari anak rambut bahagian atas hingga bawah dagu dan dari kedua anak telingga. Pastikan air terkena pada kelopak mata, bahagia luar lubang hidung dan jika misai atau jangut yang jarang hendaklah dipastikan air terkena pada kulit bawah misai atau jangut.
Membasuh Tangan : Meratakan air pada kedua-dua belah tangan. Bermula hujung jari sehingga siku. Pastikan disampaikan air pada celah jari dan dibawah kuku.
Menyapu air pada kepala : Memadai disapukan air pada bahagian kepala.
Membasuh Kaki : Meratakan air pada kedua-dua belah kaki. Bermula dari hujung jaei kaki sehingga bahagia atas tumih dan buku lali.
Tertib : Bermula membasuh muka hingga basuh kaki mengikut tertib.
Bakal haji hendaklah mendalami ilmu berwuduk kerana ibadat yang kita akan lakukan di tanah suci besar ganjarannya. Alangkah rugi jika solat dan tawaf tidak sah akibat pengambilan wuduk tidak sah.

Sunday, November 20, 2011

SOLAT

Manusia yang beriman akan melaksanakan Solat 5 waktu sehari semalam. Melaku Solat Subuh, Zuhor, Asar, Magrib dan Ishak. Perlakuan solat adalah apa yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Rukun solat ada 13 perkara wajib dilakukan.
1. Berniat melakukan solat kerana Allah.
2. Berdiri Tegak
3. Takbirratul Ihram
4. Membaca Al Fatihah
5. Rukuk
6. Iktidal
7. Sujud
8. Duduk diantara 2 sujud
9. Duduk Tahayat akhir
10. Membaca Tahayat akhir
11. Selawat atas nabi pada Tahayat akhir
12. Salam
13. Tertib

Rukun Solat di bahagi kepada 3 iaitu Rukun Hati, Perbuatan dan Percakapan.

Persiapan untuk medirikan solat, pembersihan diri dan hati perlu dilakukan. Pembersihan hati dengan memperbanyak beristifar daripada dosa yang dilakukan di antara satu-satu solat. Mungkin kita rasa kita tidak melakukan kesalahan, tapi manusia tidak sunyi dari melakukan dosa tanpa disedari. Tanda manusia masih melekat dosa pada diri ialah merasa berat hendak medirikan solat.

Pembersihan batin hendaklah diiringi dengan kebersihan zahir iaitu dengan menyucikan badan, pakaian dan tempat solat.Ini adalah kebersihan dari kotoran yang dapat dilihat. Pembersihan yang tidak dapat dilihat ialah mengakat hadas besar dan hadas kecil. Hadas besar ialah apabila selepas berjumub, haid dan nifas bagi wanita. Terangkatnya Hadas besar dengan mandi wajib dan terangkat hadas kecil dengan mengambil wuduk.

Mereka yang telah menunaikan Haji sentiasa menjaga waktu solat, malahan sentiasa menanti-nanti dengan sabar waktu solat dan mempersiapkan diri lebih awal sebelum waktu solat.
Mereka yang akan menunaikan haji hendaklah dari sekarang melakukan perkara yang yang dilakukan jemaah haji di Mekah dan Madinah.

Saturday, November 19, 2011

MENGUCAP DUA KALIMAH SYADAH



“Aku naik saksi tiada tuhan disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah”

Seorang yang beriman akan setiap hari Wajib melafazkan Shadah 9 kali iaitu Semasa Solat Subuh sekali, Solat Zuhor 2 kali, Solat Asar 2 kali, Solat Magrib 2 kali dan solat Ishak 2 kali.
Perakuan kita menolak semua tuhan yang disembah oleh manusia seperti berhala, mengatakan Isa anak tuhan, pokok kayu, bukit, matahari dan lain-lain. Kita hanya memperakui Allah sahaja tuhan yang disembah. Perkataan Allah adalah Al Quran, kita dapat mengetahui perintah Allah terdapat dalam Al Quran. Al Quran berbahasa Arab, bagi kita yang bukan Bangsa Arab tidak akan faham melainkan kita belaja Bahasa Arab. Jika tidak boleh berbahasa Arab, dapatkan Al Quran yang mempunyai terjemahan yang bahasa kita faham. Al Quran banyak manafaatnya iaitu melihat ayat-ayat Al Quran dapat Pahala, Membaca dengan betul dan bertajwid dapat Pahala mengikut Huruf yang kita baca, memahami dan melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan yang terkandung dalam Al Quran dapat Pahala.
Kerinduaan seorang yang dikasihi akan terubat rindunya apabila mendapat surat dari kekasihnya. Jika tida surat yang diterima, memadai surat lama berulang-ulang dilihat dan dibaca. Bagi orang beriman, sangat rindu kepada Penciptanya iaitu Allah maka untuk menghilangkan rindu kepadanya dengan selalu melihat, membaca dan memahami apa yang dikatakan dalam tulisannya.

Kita memperakui bahawa Nabi Muhammad Pesuruh Allah. Muhammad bukalah manusia biasa, beliau adalah Maksum iaitu terpelihara melakukan Dosa. Apa yang dicakapkan, perbuatan dan diam beliau adalah mengikut petunjuk Allah. Muhammad bermaksud Terpuji maka tiada pada dirinya yang tercela seperti tuduhan dia gila, tukang Sihir, memecahkan masyarakat dan pelbagai perkara buruk dilemparkan kepada beliau. Segala percakapan, perbuatan dan diam Nabi Muhammad terdapat pada Hadis yang disampaikan oleh Para Sahabat dan Tabiin.
Mereka yang telah Menunaikan Haji telah dapat merasakan perasaan yang tidak dapat digambarkan berkaitan kebesaran Allah dan bagaimana perasaan berada di Makan Nabi Muhammad S.a.w di Madinah. Oleh itu semangat perjuangan dan Dakwah untuk menyampaikan kebenaran Islam bagiti tinggi. Selamat berjuang untuk mendapat keredoan Allah.................Amin
Mereka yang akan menunaikan Haji beberapa tahun lagi dan yang telah mendaftar Haji diharapkan mendalami Ilmu Mengenal Allah dan Nabi Muhammad s.a.w semuga apabila menjejakkan kait di 2 Tanah Haram akan lebih terasa kehebatannya.

Monday, November 14, 2011

KEMBALINYA JEMAAH HAJI 1432H KE TANAH AIR

Selamat kembali Haji dan Hajah 1432H ke Tanah Air bermula 12 November 2011 semoga mendapat Haji Mabrur. Semoga dengan kembalinya Haji dan Hajah, memberi Rahmat Allah sw.t. kepada Jiran Tertangga, Kampung, Negeri dan Negara. Haji dan Hajah dapat meneruskan amalan semasa di Tanah Suci di Tanah Air. Amalan yang dilakukan di Tanah Suci ialah seperti berikut:
Ibadat: Menunggu waktu Solat, Solat berjemaah, banyak melakukan solat sunat, beriktikaf dalam masjid, berzikir, berdoa dan membaca Al Quran.
Hubungan Manusia : Menyebarkan Salam dan murah memberi senyuman. Membantu, menolong orang lain dan suka bersedekah.
Peribadi : Berakhlak, bercakap dan perbuatan tidak menyinggung perasaan dan tidak menyakit orang lain.
Hubungan Silaturahim : Hendak selalu meziarahi atau menubungi saudara mara dan handai taulan. Merapatkan lagi hubungan. Jika ada selisih faham dijernihkan dan bermaaf-maafan.
Bermuamalat : Membeli barangan yang halal. Allhamdullilah di tempat kita, carilah barangan yang ada tanda Halal yang dikeluarkan oleh JAKIM. Bermuamalat dengan perniaga orang Islam yang berakhlak. Perniaga wanita yang menutup aurat yang betul. Tak apa walau barang yang dijual mahal sedikit. Carilah Pasaraya yang tidak terlibat dengan barang Haram seperti menjual Minuman Keras (Arak) atau Daging Babi.
Dakwah : Haji dan Hajah hendaklah melakukan Suruan kepada orang Islam kepada yang baik. Selain menyeru Amal Maarof dan mencegah Mungkar seperti Fardu Ain dan Fardu Kifayah, perkara yang menjurus untuk perlakuan Ibadat juga perlu diseru. Jika ingin melakukan Ibadat Solat, membeli makanan halal dapat membantu untuk Kushuk Solat maka kita sebarkan kepada rakan, kedai makan yang memenuhi syarat-syarat yang di tentukan oleh Islam. Kedai yang menjaga kebersihan, perniaga yang menjaga syariat.

Sunday, November 13, 2011

Kualiti ibadat ditunjukkan jadi ukuran kedudukan haji seseorang

Oleh Ustaz Zamanuddin Jusoh
2011/11/12
JEMAAH haji beribadat di khemah di Arafah.
SYARIAT Nabi Ibrahim dalam ibadah haji adalah untuk merealisasikan kalimah tauhid dan takzim yang diucapkan ketika solat iaitu, “Sesungguhnya solatku, ibadatku serta seluruh kehidupanku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam.”

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan ingatlah ketika Kami tempatkan Ibrahim di Baitullah seraya menyeru, janganlah kamu menyengutukan Aku dengan apa juga sekalipun.” (Surah Al-Haj, ayat 26)
Semua sifat syirik, sikap melebihkan makhluk daripada pencipta dan menjauhi sifat dusta adalah antara matlamat ibadah haji.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Maka selepas kamu mengagungkan Allah dalam haji, jauhilah bentuk syirik dan penyembahan selain Allah dan janganlah kamu berdusta.” (Surah Al-Haj, ayat 30)

Begitu juga ibadah korban yang menyuburkan sifat takwa dalam jiwa hamba sesuai dengan kalimah suci yang menyebut: “Darah serta daging yang dikorbankan tidak akan sampai kepada Allah SWT tetapi yang sampai hanyalah takwa.” (Surah Al-Haj, ayat 37)

Di sinilah berdirinya Baginda Nabi SAW iaitu di bumi Arafah sambil menyeru: “Wahai kaum Muslimin, sesungguhnya darah, kehormatan dan harta antara kamu adalah haram untuk dicemarkan seperti hari ini, di tempat ini dan bulan yang mulia ini.”

Ucapan yang keras ini diikuti dengan sabdanya: “Janganlah kamu kembali selepasku menjadi umat yang ingkar dan kufur lantaran berbunuhan antara satu sama lain.”
Di sini juga Rasul SAW menyuntik semangat untuk membangunkan ekonomi umat yang semakin menguncup dewasa ini. Mereka menerima ideologi dan fahaman kapitalis yang bermatlamatkan untung semata-mata.

Baginda SAW memberi nasihat dengan sabda yang bermaksud: “Sesungguhnya riba jahiliah itu adalah rekaan dan sia-sia semata-mata.”

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan keuntungan berganda.” (Surah Al-Imran, ayat 130)

Haji juga mendidik supaya umat sentiasa berdoa dan meletakkan pengharapan hanya kepada Allah SWT: Firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya masjid itu adalah rumah Allah, maka janganlah kamu menyembah dan berdoa selain Allah SWT.” (Surah Al-Jin, ayat 18)

Haji mengajar erti perjuangan bagi mencapai matlamat hidup kerana ada kesusahan dan rintangan yang perlu ditempuh untuk menyelesaikan ibadat ini. Kesabaran dan ketenangan menjadi peneraju kepada haji yang mabrur dan mendapat ganjaran tertinggi di dunia serta akhirat.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesiapa yang mengerjakan haji hendaklah menjaga kelakuan dan kata-kata mereka.” (Surah Al-Baqarah, ayat 197)

Kesempurnaan ibadat haji bergantung kepada perbuatan serta panduan yang ditunjukkan Baginda SAW. Oleh itu, ia mestilah dilakukan sehingga sempurna syarat dan rukun supaya kita kembali mendapat keampunan dari Allah SWT.

Sifat sabar yang dipelajari ketika haji akan mengukuhkan lagi ibadat dilakukan sehingga Allah mengkategorikan mereka sebagai insan yang telah sampai kepada peringkat ketakwaan sebenarnya seterusnya digandakan pahala kepada mereka.

Begitulah pelajaran diperoleh dalam ibadat haji dan kesinambungan sifat ini mesti wujud selepas kembali dari menunaikan ibadat haji. Bukan gelaran haji atau kebanggaan lain menjadi matlamat utama, tetapi keredaan dan kualiti ibadat ditunjukkan menjadi ukuran kedudukan haji seseorang.

Diriwayatkan oleh ‘Aisyah: “Wahai Rasulullah, kami melihat jihad adalah seafdal-afdal amalan. Adakah kami perlu berjihad? Sabda Baginda: Tidak, akan tetapi seafdal-afdal jihad ialah haji yang diterima (mabrur).”

Penulis ialah Eksekutif Agama The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP)

Friday, November 11, 2011

Kumpulan pertama jemaah haji pulang esok

MAKKAH: Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia akan berlepas pulang ke tanah air dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz di Jeddah jam 7.25 pagi Sabtu (12.25 tengah hari waktu Malaysia) dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 9.25 malam waktu Malaysia.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Salleh Syed Abdul Rahman, berkata sementara itu jemaah haji dari kumpulan pertama ke Madinah dari sini pula akan berlepas pada 16 November ini dan kumpulan pertama dari Madinah yang akan kembali ke tanah air ialah pada 27 November.
Beliau berkata, 33 peratus daripada jemaah haji Malaysia akan kembali ke tanah air menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad di Madinah, manakala selebihnya menerusi Jeddah.
"Penerbangan terakhir dari tanah suci ialah pada 10 Disember ini dan ia tiba di tanah air pada keesokkan harinya," katanya kepada kumpulan media Tabung Haji, di sini.

Sementara itu, merujuk kepada operasi pengurusan jemaah haji Malaysia kali ini, Syed Salleh berkata beliau besyukur kerana segala yang dirancang berjalan dengan lancar.

Menurutnya, sedikit kelewatan memang sudah dijangkakan, namun secara keseluruhan pergerakan jemaah berjalan dengan baik tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Beliau berkata, satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah daripada segi jumlah pesakit dan jumlah kematian di kalangan jemaah haji tahun ini yang dilihat semakin berkurangan berbanding tahun sebelumnya.
Katanya, ia mungkin berpunca daripada faktor kesedaran jemaah haji mengenai kepentingan untuk menjaga kesihatan sepanjang tempoh berada di tanah suci dan mungkin juga disebabkan aspek persekitaran yang semakin bertambah baik.

Daripada segi perkhidmatan, Syed Salleh berkata beliau melihat pelaksanaan program Sahabat Tabung Haji, Sahabat Ibadah Tabung Haji serta program Jemaah Haji Warga Emas yang dibantu secara seorang ke seorang, cukup berkesan dalam membantu jemaah haji.

Menurutnya, program yang melalui penambahbaikan dari semasa ke semasa itu sudah pasti akan dapat memantapkan lagi usaha Tabung Haji dalam memberi bantuan yang lebih baik kepada jemaah haji Malaysia.

Pada masa sama, beliau turut menyampaikan penghargaan kepada pihak media yang turut bertungkus lumus menyampaikan berita dan maklumat mengenai perjalanan ibadah haji di tanah suci tanpa mengira masa. - BERNAMA 11/11/2011

Wednesday, November 9, 2011

KEMASKINI MAKLUMAT PERIBADI BAKAL HAJI

Mereka yang telah mendaftar haji dengan Tabung Haji hendaklah sentiasa mengemaskini maklumat peribadi. Maklumat yang selalu berubah adalah alamat surat menyurat, no telefon, alamat e-mail.
Pengalaman setiap tahun ramai bakal haji yang tidak dapat dihubungi kerana alamat telah bertukar atau tidak lengkap,tiada nombor telefon atau telah tukar nombor dan tiada alamat email apabila mereka terpilih menunaikan haji. Kemungkinan bakal haji ada yang terlibat, menunggu tanpa berita. Ada juga mereka terlupa samada telah mendaftar haji atau tidak.
Apabila berurusan dengan Tabung Haji berkaitan simpanan atau pengeluaran harap disemak maklumat peribadi samada maklumat yang ada dalam rekod Tabung Haji adalah betul dan terkini.
Peraturan untuk membuat pembetulan maklumat peribadi, bakal haji perlu melengkapkan borang yang disediakan dan serahkan sendiri oleh bakal haji di kaunter Tabung Haji. Pertukaran maklumat tidak dibenarkan melalui telefon.
Bakal haji seeloknya membuat semakan setahun sekali kedudukan giliran haji walaupun gilirannya lama lagi. Tindakan ini dapat membantu bakal haji untuk membuat persediaan samada kursus, kewangan, kesihatan dan perancangan cuti.
Bakal haji yang mempunyai talian internet , boleh membuat semakan melalui email : phptdwil@lth.gov.my. Sila maklumkan nama dan no IC bagi tujuan semakan. Sila nyata alamat surat menyurat, no tel untuk pengesahan samada dalam rekod TH adalah seperti yang dinyatakan. Jika tidak sila datang ke Kaunter TH untuk membuat pembetulan atau pertukaran.

Saturday, November 5, 2011

10 Zulhijjah miliki banyak kelebihan, pahala digandakan



Oleh Ustaz Zamanuddin Jusoh
bhnews@bharian.com.my

ALLAH SWT menebarkan rahmat ke atas umatnya dengan menggalakkan mereka melakukan banyak amal ibadat untuk mendekatkan diri dengan-Nya. Di samping itu, disediakan kelebihan tersendiri pada semua ibadat.

Ibadat haji adalah ibadat jasmani dalam jangka panjang bagi menzahirkan keesaan Allah SWT. Ini dapat dilihat melalui lafaz talbiah yang diucapkan jemaah haji yang memfokuskan kepada tauhid ubudiyyah kepada Allah SWT.
Bagi mereka yang melakukan haji penuh keikhlasan dan dapat mendisiplinkan diri dengan tuntutan serta larangan akan dikurniakan ganjaran besar di sisi Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang menunaikan haji serta mematuhi larangannya iaitu tidak melakukan perkara keji, tidak bercakap kotor serta tidak melakukan penyelewengan, maka dia akan kembali ke tanah air dengan bersih dan suci umpama kanak-kanak yang baru dilahirkan.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lain)

Jemaah haji berkumpul di tempat mulia di sisi Allah SWT pada hari Arafah, hari paling banyak dibebaskan ahli neraka seperti sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Tiada hari yang paling banyak dibebaskan umat daripada api neraka melainkan pada hari Arafah. Mereka akan mendapat penghormatan daripada sekalian malaikat.” (Hadis riwayat Muslim)

Di tempat yang paling suci inilah jemaah haji bermunajat kepada Allah SWT. Tempat suci inilah yang menjadi asas dibina oleh Nabi Ibrahim AS dengan binaan spiritual yang kukuh berteraskan keikhlasan dan ketakwaan.

Oleh itu, Allah SWT abadikan kenangan itu hingga hari kiamat bagi menunjukkan bahawa amalan yang berkualiti di sisi Allah SWT adalah amalan yang hanya dilakukan semata-mata kerana menuntut keredaan Allah SWT.
Dengan mengenakan pakaian ihram yang sederhana, tiada sebarang wangian, maka jelaslah nafsu manusia yang menginginkan kemewahan dan kenikmatan tidak mendapat tempat di sisi Allah SWT khususnya dalam melakukan ibadat kepada-Nya.

Hajarul Aswad yang dikucup sudah pasti menggugurkan banyak noda dan dosa sehingga menjadi hitam pekat kerana menanggung dosa. Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya Hajarul Aswad diturunkan dari syurga dalam keadaan putih bersih dan akhirnya menjadi hitam dengan dosa anak Adam.” (Hadis riwayat Tirmizi)

Seterusnya jemaah melontar tiga Jamrah bagi menzahirkan perseteruan kuat antara iblis dan umat manusia. Iblis tidak pernah berputus asa melakukan penyesatan terhadap mereka sehingga Nabi Ibrahim terpaksa menghadapi tiga gangguan dalam usaha Baginda melakukan ibadat kepada Allah.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu. Maka jadikanlah ia sebagai musuh kerana ia mengajak manusia menjadi penghuni neraka.” (Surah Fatir, ayat 6)

Jemaah tidak pernah dilupakan sehingga dijadikan malam mereka sebagai ibadat, ketika mabit di Muzdalifah sebahagian daripada malam serta ditambah dengan mengorbankan kekuatan anggota badan pada tawaf dan sai’. Lidah mereka basah dengan talbiah mengesakan Allah SWT.

Kehadiran 10 Zulhijjah pada setiap tahun juga akan digandakan pahala ganjaran kerana ia satu hari besar di sisi Allah SWT.

Daripada Ibnu Abbas RA, Baginda Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada hari yang lebih baik di sisi Allah SWT daripada 10 Zulhijjah.”

Antara kelebihan 10 Zulhijjah yang disebut Imam Ghazali dalam Mukasyafatul Qulub ialah firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami berikan masa kepada Nabi Musa selama 30 malam untuk bermunajat dan ditambahkan lagi 10 menjadi 40 malam.” (Surah Al-A’raf, ayat 142). Itulah hari-hari awal bulan Zulhijjah.

Pada 10 Zulhijjah, Allah SWT menyeru: “Wahai Malaikat, lihatlah kepada hambaku yang datang ke sini dalam keadaan kusut dan tidak terurus, mereka membelanjakan harta dan mengerah keringat yang banyak. Oleh itu saksikanlah bahawa Aku telah mengampunkan mereka.”

Doa mereka dimakbulkan oleh Allah SWT seperti sabda Baginda yang bermaksud: “Sesiapa yang berdoa pada 10 Zulhijjah sama ada duniawi atau ukhrawi akan dimakbulkan Allah SWT. (Mukasyafatul Qulub).

Penulis ialah Eksekutif Agama The New Straits Times Press (M) Bhd

Lambaian Kaabah: 28,000 jemaah menuju Arafah

Tabung Haji sedia 700 bas bergerak secara berperingkat mulai jam 3 petang

MAKKAH: Seramai 28,000 jemaah haji Malaysia adalah antara kira-kira tiga juta jemaah haji dari seluruh dunia yang mula bergerak menuju ke Arafah kira-kira 20 kilometer dari sini, semalam, untuk berwukuf hari ini.
Pengurus Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan Tabung Haji, Mohamad Naser Jaffar, berkata Tabung Haji menyediakan 700 bas bagi membawa jemaah haji Malaysia secara berperingkat mulai jam 3 petang (8 malam waktu Malaysia), selepas solat Jumaat.
“Perjalanan dari kota Makkah ke Arafah dijangka mengambil masa sejam setengah dan kumpulan terakhir dijangka tiba sebelum subuh hari ini,” katanya di sini, semalam.

Katanya, petugas Tabung Haji digerakkan seawal jam 7.30 pagi (12.30 tengah hari waktu Malaysia) bagi memastikan segala persediaan awal untuk menerima ketibaan jemaah haji Malaysia dapat disempurnakan.

Semua kemudahan dan keperluan asas jemaah seperti khemah, makan minum, peralatan lain serta kemudahan tandas, juga dalam keadaan yang baik.

Sementara itu, tinjauan mendapati suasana jalan-jalan di sekitar kota Makkah sudah mulai sesak dengan bas-bas besar bergerak menuju ke Arafah.
Selain itu, akhbar harian berbahasa Inggeris di sini, memetik beberapa tokoh ulama terkenal termasuk Mufti Besar Sheikh Abdul Aziz Al-Asheikh meminta semua umat Islam termasuk jemaah untuk mengelak daripada menunaikan kelima-lima solat fardu di Masjidil Haram di Makkah bagi mengurangkan kesesakan di dalam masjid.

“Keseluruhan Makkah dianggap sebagai kawasan Tanah Haram (tempat suci) dan pahala bersembahyang di mana-mana masjid di Makkah adalah sama dengan bersolat di Masjidil Haram,” kata Sheikh Abdul Aziz yang dipetik akhbar harian Okaz.

Beliau juga tidak menggalakkan jemaah melakukan umrah berulang kali yang disifatkannya boleh menimbulkan kesesakan teruk dan membahayakan jemaah.

Bagaimanapun, Sheikh Yousuf Al-Qaradawi, Presiden Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa menjelaskan bahawa al-Quran menyatakan Masjidil Haram merujuk kepada kawasan Kaabah. – BERNAMA 5/11/2011

Thursday, November 3, 2011

Perkhidmatan monorel Arafah-Mina siap

MAKKAH: Sistem monorel Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (Makkah Metro) kini siap sepenuhnya bagi membawa jemaah haji antara Arafah dan Mina.

Penolong Pengurus Stesen Arafah 1, Yuszaini Mohd Yusop, berkata pada musim haji tahun lalu, perkhidmatan itu beroperasi hanya 35 peratus.
"Perkhidmatan tren ini adalah bagi mengatasi kesesakan jalan raya yang sering berlaku pada setiap musim haji terutama ketika jemaah bergerak menuju ke Padang Arafah untuk melakukan wukuf," katanya di sini.
Wukuf iaitu satu daripada rukun haji yang mesti dipenuhi oleh setiap anggota jemaah, pada tahun ini ialah pada 5 November bersamaan 9 Zulhijjah.

Jemaah dengan berpakaian ihram akan bergerak dari Makkah menuju ke Padang Arafah pada 4 November dan bermalam di sana.

Yuszaini adalah seorang daripada 146 kakitangan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) yang dipinjamkan bertugas dengan Makkah Metro.

Sistem monorel itu mempunyai sembilan stesen melibatkan tiga lokasi utama iaitu Arafah, Muzdalifah dan Mina (setiap tempat mempunyai tiga stesen), dengan jarak 20 kilometer.
Yuszaini berkata, monorel sepanjang 300 meter mempunyai 12 gerabak dengan 60 pintu, mampu membawa antara 3,500 dan 4,000 penumpang setiap perjalanan.

Monorel dengan kelajuan 80 kilometer sejam dilengkapi pendingin hawa, peralatan keselamatan dan kecemasan serta pemantauan kamera litar tertutup.

Beliau berkata, kepakaran yang dimiliki kakitangan KTMB dalam mengendalikan sistem pengangkutan serupa di Malaysia mendapat kepercayaan pihak berkuasa Arab Saudi untuk mengendalikan perkhidmatan Makkah Metro.

Kumpulan wartawan dari negara Islam turut dibawa meninjau persiapan untuk menerima jemaah haji dari seluruh dunia di Padang Arafah.

Khemah sudah didirikan untuk menempatkan jemaah mengikut benua dan negara.
- BERNAMA 31/10/2011

Tuesday, November 1, 2011

Balasan baik tuntut pengorbanan

Oleh Ashraf Muslimbhnews@bharian.com.my 31/10/2011
Reda, ikhlas hadapi masalah bantu kehidupan positif KESEDIAAN Nabi Ismail merelakan dirinya disembelih bapa tersayang, Nabi Ibrahim, kerana memenuhi suruhan Allah menimbulkan persoalan sejauh mana kitabersediamengorbankan sesuatu yang kita sayang, tambahan dalam dunia material kini.
Namun, fakta sejarah yang terus diingatkan setiap kali menjelang Aidiladha itu sebenarnya memberi seribu satu makna kepada sesiapa berdepan situasi terpaksa melepaskan apa yang disukai biar dengan apa niat atau matlamatnya.

Apa yang jelas, jika pengorbanan itu dilakukan secara ikhlas, dengan izin Allah, ganjaran menanti lebih baik dan selalunya kita tidak menyangka habuan diterima kerana nikmatnya memang tidak terduga. Seperti Nabi Ismail sendiri, kerana reda dengan ketentuan ditetapkan Allah, akhirnya baginda ditukarkan dengan seekor qibas tetapi semangat korban ditunjukkan terus menjadi ikutan hingga ke hari ini di mana ramai antara kita rela berkorban apa saja kerana agama, bangsa serta negara. Begitu juga dengan perjalanan haji jutaan umat Islam seluruh dunia yang kini berkumpul di Tanah Suci meninggalkan negara, ahli keluarga serta kerjaya demi mendekatkan diri kepada Allah dan mencari keredaan-Nya. Apa saja dilakukan semata-mata memastikan jemputan menjadi tetamu Allah tidak sia-sia. Semoga mereka mendapat haji mabrur. Bagaimanapun, apa yang mendukacitakan, persepsi pengorbanan tidak dikembangkan sebaiknya. Sesiapa saja boleh mendermakan wang tetapi tidak ramai bersedia mengorbankan masa, tenaga apatah lagi bersedekah senyuman walaupun itulah sedekah paling mudah dilakukan. Jika kita bersedia mengorbankan masa, pasti tidak banyak laporan mendedahkan kepincangan masyarakat di dada media massa. Anak membiarkan ibu bapa keseorangan. Kesibukan memenuhi perkara lain menyebabkan kita lupa mengorbankan sedikit masa menjenguk ibu bapa. Berapa ramai bersedia mengorbankan tenaga mengikuti aktiviti kejiranan, kerja amal serta kemasyarakatan seperti bergotong-royong membersihkan kawasan perumahan atau membantu jiran mengadakan kenduri kendara. Semua ini nampak mudah tetapi sebenarnya sukar dilakukan. Kita hanya akan tersenyum kepada orang yang kita suka dan kenal, sedangkan tidak rugi memberikan senyuman kepada semua makhluk Allah di dunia ini. Selalunya mereka yang murah senyuman mempunyai ramai kawan kerana sikapnya disenangi. Ramai kawan adalah ganjaran daripada sikap suka tersenyum. Nampak tidak penting tetapi kawan boleh menjadi penyebab kepada hidup yang gembira. Sebenarnya hidup akan lebih mudah jika kita melihat sesuatu secara positif. Jangan terlalu mengharapkan orang melakukan sesuatu untuk kita kerana tidak salah, malah lebih baik jika kita yang memulakan perkara memberi kebaikan bukan saja pada diri sendiri juga orang lain. Saya sendiri melalui pengalaman menakjubkan. Hakikatnya, bukan sebesar mana pengorbanan yang dilakukan tetapi Alhamdulillah, balasan diterima mengingatkan saya supaya tidak jemu untuk memberi. Bukan bermakna semua dilakukan mengharapkan ganjaran tetapi Allah Maha Pemurah kepada hamba-Nya. Masa diluangkan membantu masyarakat diberi kelebihan pada perkara lain. Syaratnya kita perlu yakin setiap perkara baik akan dibalas baik dan yang penting ia dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah. Balasan diterima tidak semestinya ketika hayat kerana mungkin ganjaran menanti di akhirat atau yang mendapat manfaat adalah anak cucu kita nanti. Sempena Aidiladha yang bakal dirayakan Ahad ini, marilah bersama kita hulurkan tangan membantu golongan memerlukan mengikut kemampuan kita. Bagi yang ada rezeki lebih boleh menyembelih haiwan ternakan untuk disedekahkan, bagi yang tidak berkemampuan pula boleh berganding bahu membantu melapah daging untuk diagihkan. Kita semua boleh memainkan peranan masing-masing mengikut kadar kemampuan. Semoga pengorbanan tulus ikhlas itu diterima Allah. Selamat meraikan Hari Raya Korban.
(Ayat merawat demam atau selesema (menguatkan antibodi lemah), bacalah Surah Al-Anfal, ayat 36-50 dan Surah An-Nahl, ayat 51-64. Amalkan tiga kali sehari atau lebih dan berdoa kepada Allah semoga diberi penyembuhan).

Saturday, October 29, 2011

SERUAN MENDAFTARAN HAJI

Alhamdullilah, umat islam di Malaysia telah ramai mendaftar untuk menunaikan Haji dengan Tabung Haji. Mereka yang masih belum mendaftar Haji, jangan ketinggalan untuk berazam melaksanakan Rukun Islam yang kelima iaitu melakukan Haji di Tanah Suci Mekah. Tanda mereka bersungguh-sungguh untuk menunaikan haji ialah mengambil langkah-langkah berikut:
• Membuka Akaun Tabung Haji : Adakah kita masih tergulung dalam kumpulah yang tidak mampu untuk membuka Akaun Tabung Haji dengan bermodalkan RM10 bagi Dewasa dan RM2 bagi kanak-kanak. Kelebihan kita membuka Akaun TH ialah ramai orang mendoakan kita secara tidak langsung. Apabila kita hendak ke Tabung Haji, ada yang bertanya “ Nak pergi Haji ke ?” Maka kita jawab “Insya Allah “ walaupun duit dalam Akaun TH baru RM10 atau RM2. Langkat seterusnya ialah memperuntukan sebahagian perbelanjaan setiap bulan untuk disimpan dalam TH supaya melayakkan kita untuk mendaftar Haji. Jika diperuntukan RM100 sebulan, dalam tempoh 13 bulan sudah boleh membuat pendaftaran haji.
• Kelayakan mendaftar Haji : Apabila wang telah cukup RM1,300.00 maka segera mendaftar haji. (Simpanan sebanyak RM1,300 masih kekal dalam Akaun tapi dibekukan, tidak boleh dibuat pengeluaran jumlah tersebut. Jika dalam Akaun melebihi jumlah tersebut maka boleh dibuat pengeluaran wang yang lebih) Jika terpaksa menggunakan wang tersebut pembatalan haji boleh dibuat dan pengeluaran boleh dibuat pada masa tersebut juga. Seeloknya wang dalam simpanan TH jangan dikeluarkan tapi membuat perancangan bila hendak menunaikan haji. Jika tempoh 10 tahun maka setiap bulan disimpan RM100, setahun RM1,200 + RM1,300 yang telah ada dalam akaun TH maka jumlahnya RM2,500. Dengan itu Insya Allah wang telah mencukupi untuk Bayaran Haji dan perbelanjaan di Tanah Suci.
• Lawan bisikan Syaitan : Apabila sahaja mendaftar pada hari ini, dimaklumkan giliran lagi 30 tahun maka terkeluar dari mulut kita “ Dah mati lah” Kita akan bersangka buruk mengatakan tak guna daftar haji kerana mustahil untuk tunai haji. Jangan kita kalah dengan bisikan Syaitan. Terus bertekad dan berazam menuruskan langkah ke hadapan untuk persiapan seterusnya. Tahun 2012 akan ramai mereka yang mempunyai Simpanan dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh mendaftar haji. Sudah pasti lagi ramai yang mendaftar. Jangan tunggu tahun 2012 untuk mendaftar. Mereka yang mempunyai anak kecil yang telah ada dalam Akaun TH RM1,300 juga boleh mendaftar. Jika kanak-kanak ini ditawarkan nanti mereka telah dewasa. Jika pada masa itu mereka belum bersedia, boleh menangguhkannya dengan menjawab tolak tawaran.
• Menuntut Ilmu : Perkemaskan dan mendalami segala Ilmu agama, Ilmu Fardu Ain, Tauhid, Wuduk, Solat dan Ibadat Haji dan Umrah. Mengikuti Kelas, ceramah. Dapat Buku-buku yang sesuai. Dapat maklumat dari Internet dan rujuk kepada Pembimbing Haji.

Urusan membuka Akaun TH dan Daftar Haji bukan saja di kaunter TH tapi boleh juga dilakukan di mana-mana Kaunter Bank Islam (M) Berhad atau Kaunter Bank Rakyat. Orang ramai yang telah mendaftar haji bolehlah berdakwah kepada saudara-mara, jiran tertangga, kawan sepejabat atau tempat kerja dengan memaklumkan agar membuka akaun dengan TH dan mendaftar haji.

Thursday, October 27, 2011

Jemaah haji digalak buat bayaran dam dan korban di kaunter TH

MEKAH: Jemaah haji digalakkan membuat pembayaran dam dan korban di kaunter-kaunter kewangan yang disediakan Tabung Haji bagi mengelak sebarang keraguan dalam menyempurnakan ibadah itu.

Pengurus Operasi Bimbingan Tabung Haji, Nukman Fadzil, berkata penyembelihan ternakan dan pembayaran dam yang disempurnakan oleh jemaah haji semasa menunaikan ibadah perlu menepati kehendak agama mengikut kaedah dan syarat yang ditetapkan.
Beliau berkata, jemaah haji boleh membayar sendiri dam atau mencari ternakan untuk dibuat korban, tetapi ia perlu memenuhi pelbagai syarat seperti nilai haiwan itu, saiz dan umurnya.
"Jika dibayar kepada pihak lain, dikhuatiri akan timbul pelbagai keraguan mengenai pihak yang menguruskannya atau bagaimana hendak mempastikan amanah yang diberi kepada pihak berkenaan dilaksanakan dengan sempurna," katanya kepada kumpulan media Tabung Haji di sini hari ini.

Katanya, Tabung Haji yang mengambil tanggungjawab menerima pembayaran dam dan korban itu dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam (IDB) akan menentukan pelaksanaan bayaran dam dan ibadah korban dijalankan secara sempurna.

Nukman berkata, Tabung Haji mempunyai kumpulan petugas khusus diberi tanggungjawab mempastikan ternakan yang dijadikan korban mematuhi syarat di samping menentukan bayaran dam dan daging korban disalurkan kepada pihak yang berhak menerimanya.

Kumpulan media Tabung Haji kemudian dibawa melawat sebuah pasar haiwan ternakan di pinggir kota Mekah, Pasar Haiwan Kaa'kia yang menawarkan beribu-ribu haiwan daripada sekecil kambing biri-biri sehingga sebesar unta.
Beberapa kumpulan jemaah haji dari pelbagai negara kelihatan mencari haiwan yang sesuai untuk dijadikan korban atau membayar dam, dan menurut seorang peniaga, Jaafar Dawood, 30an, ia pemandangan biasa terutama semasa musim haji.

Pasar yang terletak kira-kira 20 minit memandu dari tengah kota Mekah dengan keluasan lebih 500 meter persegi itu dilengkapi dengan sebuah rumah khas penyembelihan bagi tujuan korban atau bayaran dam.

Jaafar, yang berasal dari Bangladesh dan berniaga di kawasan itu sejak berbelas tahun lamanya berkata biasanya apabila tiba musim haji, banyak lagi ternakan dibawa ke situ dari kawasan pedalaman dan dari negara-negara jiran seperti Yaman dan Kuwait. –
BERNAMA 27/10/2011

Tuesday, October 25, 2011

CERPEN

Tawaf Widak Untuk Walid
Oleh Tongkat Jibril

2011/10/23
"TIK! Tik! Tik!"

Sayup-sayup kedengaran bunyi seperti besi diketuk ke jalanan. Sesiapa yang mendengarnya pasti akan berpaling memandang, namun tiada merasai apa-apa. Sedang si pengetuk jalanan itu berhempas-pulas mencapai penghujung langkahan. Hatinya sudah bergelojak tidak sabar mahu segera ke tempat persujudan, sementelah mendengar laungan panggilan menghadap Ilahi sewaktu dia berjumpa pelanggan di tengah-tengah bandar Temerloh.
“Antara perkara yang wajib disegerakan ialah menunaikan solat setelah masuk waktunya, mengebumikan jenazah yang sudah selesai dikafankan dan menikahkan anak gadis yang sudah menemui pasangannya.”
Masih terngiang-ngiang di corong telinganya pesanan walid sewaktu hayatnya masih ada. Ketika itu, usianya baru menjangkau awal remaja. Pernah juga dia menyoal kepada walid mengenai kekurangan dirinya. Apakah dia masih wajib untuk menunaikan ibadat kepada Allah waima penglihatan membataskan dirinya? Jawab walidnya;

“Sahabat Nabi SAW dulu menggunakan tali yang diikat dari masjid Nabawi ke rumahnya semata-mata untuk menunaikan solat berjemaah, apatah lagi kamu yang masih kuat dan mampu berjalan menggunakan alatan tongkatmu.”

Dia tidak pernah ingkar dengan pesanan walidnya. Baginya, waima sedari kecil dia tidak diizinkan menatap wajah suci itu, namun mata hatinya sudah melakarkan bagaimana wajah dan kebaikan seorang lelaki bergelar walid. Pernah sekali dia merungut kepada walidnya mengenai kekurangan diri. Dia sering diperlekehkan, diusik teman sepermainan. Kata walid kepadanya; “Mungkin hari ini kamu diperlekehkan teman sepermainanmu, namun percayalah kata walid, satu hari nanti orang akan mendampingi kamu, memerlukan bantuan kamu.”

“Lambat sampai hari ini, Muaz?” Soal Pak Bilal dari tangga usai si buta itu meraba-raba tangga sebelum duduk sejenak melepaskan penat. Senyuman terukir di sebalik kaca mata hitamnya. Muaz meraba kasutnya sebelum dibuka ikatan dan disusun perlahan di sudut tepi tangga.
“Tadi ada urusan dengan klien, Pak Bilal. Leka sekejap.” Balas Muaz, riang. Pak Bilal tersenyum mendengar kata-kata anak muda itu. Gigih mencari nafkah hidup waima diri sendiri kurang sempurna. Allah menarik nikmat pancainderanya untuk melihat keindahan dunia fana, namun mencelikkan hatinya untuk bekerja dan berjaya. Dia memiliki sebuah rumah, pemandu dan kereta mewah sendiri, namun berkeras mahu berjalan kaki ke masjid. Kerap kali Pak Bilal menegur supaya menggunakan kereta untuk ke masjid agar lebih mudah namun Muaz menolak dengan gurauan lembut. Katanya, Allah tidak mengira jumlah pusingan tayar kereta, namun mengira jumlah langkahan kaki. Tertawa kecil Pak Bilal mendengarnya tika itu.

“Pak Bilal tunggu saya, ya. Nak ambil wuduk sebentar.” Pinta Muaz sebelum menapak perlahan sambil tangannya meraba-raba ke hadapan mencari paip untuk mengambil air wuduk. Ada sebatang paip disediakan kira-kira dua meter dari tangga. Paip air disediakan untuk memudahkan golongan seperti Muaz segera mengambil wuduk dan tidak menyusahkannya sementelah kekurangan yang ada pada diri.

Tup! Tup! Tup!

Mikrofon kecil diketuk sedikit untuk memastikan ia berfungsi sebelum diberikan kepada genggamannya. Seperti biasa, Muaz menolak dengan senyuman kerana tidak mahu perasaan riak bertapak di hatinya namun dipujuk Pak Bilal. Dia mahukan si buta itu melaungkan iqamat. Suaranya yang merdu dan lunak bergema ke segenap corong pembesar suara masjid, mengejutkan sesiapa sahaja yang mendengar. Sang imam mula memimpin solat pada petang itu. Muaz membaca setiap bait bacaan solat dengan khusyuk sehingga terkadang sesiapa sahaja yang bersolat di sisinya pasti akan menangis mendengarnya. Bukan menjadikan mereka tidak khusyuk, namun mengkagumi si buta yang masih mampu melakukan solat sedang si celik yang lainnya leka dengan dunia.

“Hari ini kamu nak hafal surah apa pula?” Soal Pak Bilal.

“Surah Ar-Rahman.” Balas Muaz. Lantas si bilal tua segera membuka lembaran Al-Quran, mencari surah yang bermaksud ‘Maha Pemurah’ itu. Usai mendapatkan halamannya, dia melihat sejenak Muaz yang berkerut dahi, memfokuskan segala pendengarannya kepada si bilal tua. Lelaki berketayap putih itu mula mengalunkan ayat-ayat dari surah Ar-Rahman. Satu demi satu ayat dialunkan bersama maksudnya, sedang Muaz mengikutnya. Begitulah rutin harian mereka berdua.

Maka nikmat Allah Taala yang manakah yang ingin kau dustakan?

Sampai sahaja di ayat itu, maka bercucuran air mata si Muaz mendengarnya. Dia menangis sejenak. Si bilal tua tersentak. Dia memandang wajah pemuda itu. Hati tuanya terusik dengan tangisan manusia yang tidak pernah menyusahkan sesiapa itu.

“Mengapa kamu menangis, Muaz?” Soal Pak Bilal. Muaz teresak-esak sebelum cuba mententeramkan keadaan dirinya. Dia teringat sesuatu saat dialunkan ayat Al-Quran dan maknanya itu.

“Pak Bilal, musim haji dah nak dekat, bukan?” Soal Muaz.

“Ya, kira-kira sebulan lagi. Mengapa?” Soal Pak Bilal kembali.

“Bila mendengar ayat tadi, saya teringatkan Walid. Dahulu, walid selalu mengukuhkan semangat kami untuk terus hidup dengan mengulangi ayat ini. Walid tidak sempat menunaikan hajinya kerana keluarga kami sangat kekurangan pada waktu itu. Saya pernah berjanji dengannya untuk menunaikan haji buatnya. Mahukah Pak Bilal membantu saya?” Pinta Muaz dengan suara serak-serak basah. Pak Bilal mengangguk namun bagaimana Muaz mahu menunaikan haji untuk ayahnya sedangkan dia masih belum membuat haji?

“Maksud kamu, kamu nak Pak Bilal tunaikan upah haji untuk ayah kamu?” Soal bilal tua. Muaz mengangguk perlahan. Dia menyeluk beg sandangnya sebelum mengeluarkan buku akaun Tabung Haji miliknya. Ditunjukkan kepada bilal tua amaun yang dikumpulnya. Melebihi seratus ribu lebih! Terkejut bukan kepalang si bilal tua melihat amaun di dalamnya. Maha Suci Allah!

“Ini duit yang saya kumpul dari umur saya lima belas tahun, pak. Saya berniat mahu ke sana namun atas kekurangan saya ini, saya memerlukan khidmat Pak Bilal untuk bersama-sama saya di sana. Bukan apa, jika di sini saya sudah biasa dengan jalannya, namun di Makkah sana amat berbeza sekali. Bolehkah Pak Bilal?” Soal Muaz lagi.

“Wah, duit ini lebih dari cukup! Pak Bilal kagum dengan kamu, Muaz.”
“Apalah gunanya duit ini kalau saya masih tidak dapat menunaikan hajat saya, Pak Bilal. Saya berusaha mengumpul duit sebanyak ini untuk memastikan saya menjadi tetamu Allah kelak di Tanah Suci. Kalau boleh, saya mahu meninggal di hadapan Kaabah.” Ucap Muaz.

“Ish, kamu ni! Kenapa kata begitu. Kamu masih muda, bukan? Manfaatkanlah usiamu selagi masih berbaki, Muaz.” Tegur Pak Bilal. Muaz tersenyum mendengar teguran dan meminta maaf kepada bilal tua. Pak Bilal berjanji akan membantunya menguruskan urusan untuk menunaikan haji di Makkah kelak. Mereka menyambung kembali pembacaan dan penterjemahan Al-Quran. Ada riak gembira memancar di wajah Muaz setelah Pak Bilal bersedia membantunya!

Anak muda tidak usah menangis selalu. Ia harus tabah menjalani kehidupan yang telah Allah rancang untuknya. Bukan mudah menempuh dunia yang penuh pancaroba ini dengan berbekalkan pancaindera yang serba lengkap, apatah lagi mereka yang diambil penglihatannya. Berjalanlah selagi mampu ke rumah-Nya kerana Allah mengira setiap usaha dan kegigihanmu. Bantulah mereka yang lebih memerlukan darimu kelak. Hiasilah hari-harimu dengan ayat-ayat agung-Nya, basahkan lidahmu dengan berzikir kepada-Nya, dan selubungi hatimu dengan cahaya iman-Nya. Biar kita buta tidak melihat dunia, namun jangan kita buta kerana tidak dapat melihat Allah dan Rasul-Nya di hari akhirat kelak.

Sepanjang dia berjalan menuju ke perhentian bas, kata-kata arwah walidnya itu bermain-main di mindanya. Dia tidak mahu pemandu mengambilnya dari masjid. Dia mahu mengekalkan perjalanannya seperti biasa waima sudah memiliki segalanya.

Sesekali dia menangis kerana merindukan walidnya. Semenjak umi meninggal, dia tinggal bersama walid. Dia anak tunggal. Tiada mempunyai saudara-mara yang lain. Uminya meninggal sewaktu usianya baru mencecah tiga hari akibat kekurangan bekalan darah. Walid yang banyak membentuk jiwa kentalnya, mendidik dirinya, menghiasi akhlaknya dengan kesantunan Melayu dan kesucian Islam, menjadikan dia seorang pemuda yang gagah zahir dan batinnya.

Takdir Tuhan menentukan segalanya, walid kembali dijemput Allah saat dia baru dua hari memulakan perusahaan ikan patin sangkarnya. Dia hilang arah selama seminggu, sebelum Pak Bilal berusaha memulihkan semangatnya. Walid meninggal dunia sewaktu sedang menunggunya untuk berbuka puasa bersama. Syawal pada waktu itu merupakan syawal paling menyedihkan buatnya, menjadikan dia anak yatim piatu.

“Abang nak ke mana?” Soal seorang anak muda yang menghampirinya sambil memimpin tangannya. Muaz tersenyum sambil melangkah bersama. Hatinya berbunga. Masih ada insan yang sudi membantunya waima dia sudah biasa berjalan tanpa mata.
“Abang nak ke perhentian bas.” Ucapnya.

“Oh, kebetulan saya juga mahu ke sana. Mari saya hantarkan.” Balas anak muda itu sambil memimpinnya ke perhentian bas. Mereka berjalan bersama sedang umat manusia yang lain hanya mampu memandang tanpa wajah simpati. Mungkin di hati mereka sudah terhakis rasa membantu, apatah lagi bersimpati dengan insan tiada berpenglihatan sepertinya. Benar jika dikatakan dia sudah mewah dan tidak memerlukan bantuan, tapi bagaimana dengan golongan yang senasib dengannya?

“Terima kasih, dik.” Bisik Muaz saat dia duduk di bangku perhentian bas.

“Sama-sama. Dah menjadi kewajipan saya, bang.” Balas anak muda sebelum meminta izin untuk pergi. Muaz sempat menyeluk sakunya sebelum mengeluarkan wang kertas dan menghulurkan kepada anak muda itu. Si anak muda mengembalikan genggamannya ke sisi sebelum menuturkan bait-bait indah yang jarang sekali dituturkan anak muda seusianya.

“Duit bukan persoalan, bang namun tanggungjawab Muslim atas Muslim itu yang bakal dipersoalkan kelak oleh Allah. Saya minta izin dulu. Assalamualaikum.” Balas si anak muda dengan senyuman. Muaz tersenyum kembali sambil mengangguk perlahan.

Tap! Tap! Tap!

Perlahan-lahan dia berjalan menyusuri lorong kecil menuju ke Masjidil Haram berpandukan tongkat kecil putihnya. Pak Bilal termengah-mengah memimpinnya sedang Muaz begitu teruja untuk kembali menghadap Kaabah lagi. Biarpun sudah dua kali dia membuat ibadah haji, namun kudratnya tetap tidak dapat menandingi anak muda itu. Semalam, buat pertama kalinya dia dapat mengucup Hajarul Aswad dan bersolat di hadapan Kaabah. Dia bertalbiah dengan semangat dan mengalunkan doa dan zikir sepanjang berada di Makkah. Entah mengapa, hari ini perasaannya berbunga-bunga untuk kembali menghadap Kaabah.

“Pak Bilal, seumur hidup saya inilah kali pertama saya merasai ketenangan beribadah sebegini. Tiada risau, malah hati ini sangat tenang menghadap Allah. Inilah yang dikatakan keagungan dan kehebatan Baitullah yang tidak dapat kita rasai di mana-mana ceruk bumi sekalipun, bukan?” Ucap Muaz dengan nada sangat gembira. Pak Bilal mengangguk perlahan. Air matanya Muaz menitis, gembira tidak terkata kerana akhirnya Allah memilih dia menjadi tetamu di tanah barakah ini.

“Kamu nak ke mana?” Soal Pak Bilal melihatkan Muaz melangkah menuju ke Kaabah.
“Saya mahu tawaf.” Ucap Muaz sebelum menapak ke tempat tawaf. Pak Bilal melihat dari jauh. Pemuda itu berjalan seperti orang biasa, tiada lagi terhenti-henti. Lebih menghairankan, dia mengetahui bagaimana untuk memulakan tawaf. Seperti ada sesuatu yang memimpinnya. Lama Pak Bilal memerhati, sebelum dia turut sama bertawaf tidak jauh di belakang Muaz.

“Walid, tawaf ini pahalanya Muaz hadiahkan buat walid. Sekiranya tawaf ini adalah tawaf terakhir dalam hidup Muaz, cuma doa dan harapan Muaz panjatkan agar dapat bertemu dengan walid dan umi di Jannah nanti. Terimalah tawaf wida’ ini untuk walid.” Muaz berbisik sebelum melangkah maju mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali.

Usai menyelesaikan tawaf, Muaz terhenti di Multazam. Dia memegang batuan Kaabah sebelum rebah menyembah lantaian Kaabah. Menyedari Muaz hilang dari pandangan, Pak Bilal segera menghabiskan tawaf dan mencari Muaz.

Di tengah-tengah kesesakan manusia bertawaf, kelihatan sekujur tubuh terbaring kaku, tiada dipijak mahupun disepak sesiapa. Ada senyuman terukir di bibir Muaz. Pak Bilal menjerit memanggil namanya.

Banyak mana pun harta kita di atas muka bumi ini, sekiranya Allah tidak mengizinkan menjadi tetamunya, adalah sangat rugi bagi kita. Hari ini kita mungkin miskin harta, namun jangan sesekali kita miskin budi bahasa dan agama. Beribadahlah selagi mana ada masa.

INFO: Tongkat Jibril
• Nama pena bagi Muhammad Alyas Abul Jalil

Friday, October 21, 2011

Guna saluran betul tunai haji: Konsul Jeneral

JEDDAH: Muslimin dari Malaysia dan juga yang sudah bermastautin di Arab Saudi diminta supaya menggunakan saluran yang sah di sisi undang-undang dan peraturan kerajaan Arab Saudi, untuk mengerjakan ibadah haji.

Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Mohd Khalid Abdul Razak, berkata setiap jemaah tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi, iaitu mereka yang sudah menunaikan ibadah itu, hanya dapat menunaikannya buat kali berikutnya lima tahun kemudian. Beliau berkata, bagi rakyat Malaysia, mereka perlu mendapatkan permit untuk menunaikan ibadah haji menerusi ejen muasassah Arab Saudi iaitu Tabung Haji, manakala yang tinggal di Arab Saudi pula, mereka masih perlu mendapatkan kelulusan itu menerusi Tabung Haji, atau boleh memohon terus daripada muasassah Arab Saudi. "Dapat permit, baru mereka boleh mengerjakan haji. Tahun ini Arab Saudi buat pemeriksaan lebih ketat, kerana anda tahu tahun ini lebih tiga juta jemaah dari seluruh dunia akan menunaikan haji, keadaan jadi bertambah sesak," katanya kepada kumpulan media Tabung Haji (TH) selepas satu majlis forum di Pejabat Konsulat Jeneral di sini, malam tadi.

Forum bertajuk "Bagaimana Mendapat Haji Mabrur" yang diadakan dengan kerjasama Pejabat Konsulat dan TH itu disertai oleh ahli panel yang terdiri daripada dua pakar rujuk TH, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad dan Penasihat Majlis Agama Johor, Datuk Noh Gadot.

Mohd Khalid berkata, forum itu diadakan sebagai mengambil peluang kehadiran dua pakar rujuk yang disegani pada musim haji ini untuk menghimpunkan komuniti Malaysia yang berada di Arab Saudi bagi mengeratkan lagi tali silaturrahim.
Forum itu dihadiri kira-kira 300 orang. - BERNAMA 21/10/2011

Wednesday, October 19, 2011

Unit khidmat pelanggan TH di Mekah ronda 24 jam

MEKAH: Kira-kira 75 peratus daripada kes yang ditangani unit perkhidmatan pelanggan Tabung Haji (TH) di sini adalah berkaitan dengan jemaah haji tersasar dari penginapan mereka.

Pengurus Kaunter Perkhidmatan Pelanggan Tabung Haji, Md Pilus Md Yusof, berkata kes ini biasanya membabitkan jemaah haji yang baru menjejakkan kaki ke tanah suci serta warga emas.
Beliau berkata, dalam usaha menangani kes-kes itu, pihaknya menetapkan lapan lokasi penting sekitar Masjidil Haram yang ditempatkan seorang petugas peronda sepanjang masa khusus bagi membantu jemaah haji apabila diperlukan.
"Kami ada 13 peronda yang mengambil giliran bertugas bagi memastikan ada petugas di lokasi itu sepanjang masa," katanya kepada kumpulan media Tabung Haji di sini.

Beliau berkata, unit itu meletakkan sasaran untuk menangani kes-kes jemaah tersasar ini dalam tempoh sejam, namun setakat ini setiap kes berkenaan yang ditanggani unit itu biasanya dapat diselesaikan dalam tempoh kira-kira setengah jam saja.

Md Pilus berkata, anggota peronda ini biasanya akan berusaha membantu jemaah haji dari mana-mana negara sekali pun yang memerlukan bantuan semasa mereka menjalankan tugas, dan tahun ini pihaknya dibekalkan dengan sebuah kenderaan bagi menambahkan lagi keberkesanan unit itu.

Beliau berkata, selain jemaah tersasar, antara yang turut ditangani unit itu ialah aduan barang hilang, gelang atau kad pengenalan jemaah haji hilang, tunjuk arah, masalah berkaitan kediaman dan sebagainya.
Menurutnya gelang pengenalan jemaah adalah kelengkapan penting yang perlu sentiasa dijaga kerana selain memaparkan nama, nombor pasport dan kewarganegaraan jemaah yang memakai gelang itu, ia turut menampilkan nombor telefon unit perkhidmatan pelanggan Tabung Haji.

Beliau berkata, unit itu beroperasi 24 jam sehari bagi memastikan jemaah haji mempunyai 'tempat untuk mengadu' sepanjang masa, tanpa mengira apa jua masalahnya.

"Kami sedia mendengar," katanya. – BERNAMA 19/10/2011

Tuesday, October 18, 2011

Tujuh amalan dianjur sepanjang bulan penuh berkat

Manfaat 10 malam awal Zulhijjah
Oleh Hizbur Rahman
bhnews@bharian.com.my
18/10/2011

KINI kita berada di pertengahan bulan Zulqaedah. Insya-Allah jika dipanjangkan umur, kita bakal bersua dengan bulan Zulhijjah. Bulan yang mulia lagi berkat ini merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan terutamanya pada sepuluh hari pertama dalam bulan ini.
Firman Allah SWT dalam surah al-Fajr ayat 1-3 maksudnya: “Demi waktu fajar dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah dan bilangan yang genap serta yang ganjil.”
Ibnu Kathir berpandangan bahawa malam yang sepuluh itu ialah sepuluh malam pertama di bulan Zulhijjah, manakala yang ganjil ialah hari Arafah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak ada hari yang lebih banyak dibebaskan oleh Allah SWT akan hamba-Nya daripada neraka lebih daripada hari Arafah.” (Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah SAW lagi ketika mentafsirkan ayat ketiga dari surah al-Buruj yang bermaksud: “Yang menyaksikan ialah hari Arafah dan yang disaksikan ialah hari kiamat.” (Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi)

Banyak hadis yang menceritakan mengenai kelebihan bulan Zulhijjah ini antaranya, daripada Imam Ahmad meriwayatkan dari Ibnu ‘Umar bahawa Baginda SAW bersabda: “Tiada satu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari sepuluh Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).”

Ibnu Hibban menyatakan di dalam kitab Sahihnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Seutama-utama hari adalah hari Arafah.”
Untuk mencapai kelebihan pada bulan ini, umat Islam dianjur melakukan pelbagai amalan antaranya:
• Pertama: Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan.
• Kedua: berpuasa pada hari berkenaan atau sekadar kemampuan terutamanya pada hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Puasa pada hari Arafah ini aku mengira Allah SWT akan mengampunkan dosa setahun lalu dan setahun yang akan datang.” (Riwayat Muslim)
• Ketiga: Memperbanyakkan takbir dan berzikir. Imam al-Bukhari meriwayatkan bahawa Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah selalu keluar ke pasar bertakbir dan diikuti oleh orang ramai dengan lafaz ‘Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha Illa Allah, wa Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa Lillahil Hamdu.”
• Keempat: Bertaubat dengan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba daripada rahmat Allah, manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.
• Kelima: Memperbanyakkan amalan salih terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya digandakan pada hari berkenaan.
• Keenam: Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.
Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadat haji, disunatkan bertakbir bermula dari waktu Subuh hari raya dan berakhir sehingga waktu Asar pada hari 13 Zulhijjah.
• Ketujuh: Disyariatkan amalan korban iaitu menyembelih haiwan ternakan pada hari raya haji dan hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunnah amalan nabi Allah Ibrahim AS setelah Allah SWT mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail AS tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

Amalan paling agung pada bulan mulia ini ialah menunaikan ibadah haji yang merupakan rukun Islam kelima. Perjalanan rohani ini merupakan satu kewajipan yang mesti ditunaikan bagi mereka yang memenuhi syarat yang ditentukan oleh syarak sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Ali ‘Imran, ayat 97 maksudnya: “Di situ ada tanda keterangan nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; diantaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. Sesiapa yang masuk ke dalamnya, aman tenteramlah dia. Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) daripada sekalian makhluk.”

Orang yang menunaikan fardu haji merupakan tetamu Allah SWT. Mereka berkorban harta, tenaga dan masa demi menunaikan perintah Allah. Berdasarkan kesungguhan dan pengorbanan tinggi jemaah haji dalam membuat persiapan melaksanakan ibadah tersebut, maka diharapkan ibadat haji yang dilaksanakan itu mendapat ganjaran haji mabrur.

Haji mabrur adalah haji yang diterima dan dikurniakan ganjaran syurga oleh Allah SWT, ia merupakan kedudukan yang paling tinggi dan istimewa, malah ingin dikecapi oleh sesiapa sahaja yang menunaikan ibadah haji tersebut.

JEMAAH HAJI MASUK MEKAH

Penerbangan haji yang membawa bakal haji masuk terus ke Mekah telah bermula. Bakal haji lelaki dikehendaki memakai pakaian ihram. Mereka boleh melakukannya di Kompleks Haji. Kemudahan bakal haji agak terhad di Kompleks Haji disebabkan bakal haji yang ramai.
Bakal haji seeloknya melakukan pemakaian ihram di rumah dalam keadaan tenang. Mereka boleh melakukan perkara sunat seperti memotong kuku, bercukur atau mencabut bulu ketiak dan ari- ari dan mandi sunat ihram. Jika pergerakan sebelum waktu Tahrim elok solat sunat Ihram di rumah.
Persiapan dari rumah dapat menimbulkan suasana ibadat dan dapat menetapkan tujuan bakal haji melakukan musafir kerana untuk melakukan ibadat yang diperintahkan oleh Allah. Mereka yang menziarah tujuan mengucapkan selamat jalan juga dapat merasakan keadaan sayu atas perpisahan ini.
Bakal haji juga boleh membuat pilihan untu singgah di masjid berhampiran dengan Kompleks haji jika memulakan perjalanan selepas Asar kerana tidak boleh solat sunat Ihram dan solat musafir di rumah. Bakal haji boleh solat musafir di masjid tersebut kerana telah keluar kariahnya. Selepas solat Jamak Qasar Magrib dan Ishak maka bolehlah solat sunat ihram. Kemudian hampir 2 jam sebelum waktu melapor diri bolehlah bergerak ke Kompleks Haji.
Apabila sampai di Kompleks haji bakal haji dapatkan maklumat apa seharus di lakukan sebelum melapor diri.

Sunday, October 16, 2011

MAKTAB JEMAAH HAJI MALAYSIA DI MEKAH

Jemaah Haji 1432H akan menduduki bangunan di Mekah terletak di antara 500 meter hingga 1000 meter dari Masjidil Haram. Kebanyakan jemaah dari Neraga lain terpaksa mendiami bangunan yang jauh iaitu di luar kawasan Tanah Haram dan akan menaiki bas untuk ke Masjidil Haram. Bangunan tersebut adalah bangunan-bangunan yang besar yang boleh menampung lebih 1,000 orang jemaah. Bangunan tersebut mempunyai kemudahan lif, hawa dingin, ruang legar yang luas.
Jemaah Haji Malaysia ditempat di 15 maktab di Mekahiaitu 10 maktab untuk jemaah haji Muassasah dan 5 maktab untuk Syarikat-syarikat pengelola jemaah haji dan pakej-pekej haji. Setiap maktab diperuntukan 2,500 hingga 2,800 jemaah.
Tabung Haji menyediakan pelbagai kemudahan sepanjang jemaah haji berada di Mekah. Perkhidmatan yang disediakan ialah kaunter kewangan untuk memudahkan jemaah membuat simpanan, pengeluaran, urusan bayaran dam serta korban. Perkhidmatan Pembimbing atau guru-guru agama, pusat perkhidmatan pelanggan, kemudahan kesihatan dan lain-lain lagi.
Jemaah haji telah maklum kedudukan bangunan di Mekah semasa di Tanah Air dalam sesi Kursus yang disediakan.

Friday, October 14, 2011

Tidak ada dam was-was: pakar rujuk

MEKAH: Jemaah haji Malaysia diingatkan supaya melaksanakan ibadah haji serta umrah dengan penuh yakin dan tidak terikut-ikut dengan sebarang perbuatan meragukan yang mungkin dilakukan oleh jemaah haji dari negara lain.

Pengerusi Pakar Rujuk Tabung Haji, Datuk Seri Hassan Ahmad, berkata perbuatan yang dilakukan oleh jemaah negara lain itu mungkin mengikut Mahzab yang diikuti mereka, atau mungkin juga ia perbuatan khurafat.
Beliau berkata, lebih serius lagi pernah satu ketika dahulu beliau mendengar ada kes jemaah membayar 'dam was-was' kepada pihak tidak bertanggungjawab yang hanya mengambil kesempatan untuk mendapatkan wang.
"Tidak ada dam was-was, ia cuma sesuatu yang direka-reka oleh pihak tertentu," katanya kepada kumpulan wartawan Tabung Haji di sini.

Beliau berkata, apa yang penting ialah jemaah haji perlu yakin dengan kursus-kursus haji yang dijalani dan bertanya kepada 37 pembimbing yang disediakan Tabung Haji sekiranya ada sebarang keraguan.

"Jika masih ada keraguan, boleh jumpa kami pakar rujuk," kata Hassan yang juga Mufti Pulau Pinang.

Selain beliau, dua lagi pakar rujuk yang disediakan oleh Tabung Haji bagi musim haji kali ini ialah Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Noh Gadot, dan anggota penasihat Tabung Haji Ustazah Maznah Daud.
Pakar rujuk juga, katanya akan mengadakan perjumpaan dengan semua pembimbing dari semasa ke semasa untuk mendapat maklum balas, memberi penerangan dan membuat penyelarasan berhubung soal haji serta umrah.

Beliau berkata, antara persoalan yang sering diutarakan oleh jemaah berhubung permasalahan haji ialah isu berkaitan haid, dan menurutnya beliau sedang bekerjasama dengan pihak Tabung Haji untuk menerbitkan buku panduan berhubung permasalahan itu untuk diedarkan kepada bakal-bakal haji. - BERNAMA 14/10/2011

Thursday, October 13, 2011

Keberkesanan vaksin Peneumococcal buat jemaah haji sedang dikaji

MEKAH: Jangkitan paru-paru adalah jumlah kes yang paling tinggi dirujuk ke pusat rawatan yang disediakan Tabung Haji bagi jemaah haji Malaysia di sini.

Timbalan Ketua Rombongan Haji Malaysia (Perubatan), Dr Saiful Azlan Sharif, berkata setiap musim haji, kira-kira 60 peratus daripada kes yang dibawa ke pusat rawatan didapati membabitkan kes jangkitan paru-paru, dan ia disusuli dengan rujukan kes berkaitan jantung.
Beliau berkata, sehubungan itu tahun ini pihaknya menjalankan kajian mengenai keberkesanan suntikan vaksin pneumococcal yang disyorkan untuk diambil oleh setiap jemaah haji bagi menangani jangkitan itu.
"Hasil kajian nanti akan dibawa kepada Kementerian Kesihatan untuk dibuat penilaian sekiranya suntikan itu akan diwajibkan buat semua jemaah haji atau sebaliknya nanti," katanya kepada kumpulan wartawan Tabung Haji yang melawat Pusat Rawatan Syisyah di Mina, Rabu.

Katanya, ketika ini hanya suntikan pelalian Meningococcal ACYW 135 diwajibkan bagi semua jemaah haji, manakala suntikan pneumococcal serta vaksin virus influenza hanya disyorkan saja untuk diambil.

Sementara itu, Dr Saiful berkata, Pusat Rawatan Syisyah yang menyediakan 96 katil untuk pesakit di sini dibuka sejak beberapa minggu lalu, dan sehingga kini 130 daripada 252 petugas rombongan perubatan Tabung Haji sudah tiba di tanah suci untuk bertugas.

Beliau berkata, selain Syisyah, pusat rawatan yang turut disediakan bagi jemaah Malaysia di sini ialah Hospital Aziziah di Aiziah, pusat rawatan kecemasan di ibu pejabat Tabung Haji Mekah di hotel Al-Janadiriah dan maktab.
Katanya, daripada 252 petugas rombongan perubatan, 49 terdiri daripada doktor dengan 30 daripadanya adalah doktor pakar, manakala selebihnya adalah anggota paramedik.

Sementara itu, Dr Saiful berkata, dalam usaha pihaknya membantu jemaah yang terlantar di wad menunaikan hajat menyempurnakan ibadah haji, menjelang tiba hari wukuf satu pasukan doktor akan melawat semua hospital yang menempatkan pesakit dari Malaysia, untuk meninjau sekiranya ada pesakit yang dirasakan boleh dibawa untuk mengerjakan wukuf.

Beliau berkata, sekiranya pesakit itu dirasakan boleh dibawa mengerjakan ibadah dengan pemerhatian rapi, pesakit itu akan disyor untuk dibawa keluar hospital menerusi "AOR discharge" (keluar dengan risiko sendiri) dan mereka akan diiringi oleh doktor pakar untuk menunaikan haji sehingga tamat ibadah itu.
- BERNAMA 13/10/2011

Monday, October 10, 2011

Tabung Haji perluas khidmat petugas kewangan bergerak

MEKAH 10 Okt. - Dalam usaha meningkatkan kecekapan perkhidmatan kewangan bagi jemaah haji di tanah suci, Tabung Haji menambah lapan lagi lokasi perkhidmatan bergerak pasukan petugas kewangannya di Mekah dan dua lagi di Madinah, tahun ini.
Pengurus Operasi Kewangan Tabung Haji di Tanah Suci, Mustakim Mohammad berkata, perluasan perkhidmatan itu menjadikan perkhidmatan kaunter kewangan Tabung Haji kini boleh dinikmati di 23 lokasi di Mekah dan empat lokasi di Madinah.
Beliau berkata, pada tahun-tahun sebelum ini pasukan bergerak itu hanya beroperasi di hospital-hospital terpilih di sini untuk kemudahan beberapa jemaah yang sedang menerima rawatan, namun kini perkhidmatannya diperluaskan ke lokasi-lokasi bangunan tempat penginapan jemaah secara berjadual.
"Antara perkhidmatan disediakan di kaunter-kaunter ini ialah urusan simpanan, pengeluaran, dan kutipan bayaran korban dan dam,” katanya kepada petugas media Tabung Haji di sini.
Menurutnya, petugas kewangan bagi musim haji kali ini berjumlah 45 orang dengan 36 ditempatkan di Mekah dan sembilan lagi di Madinah. - Bernama

Jemaah haji dinasihat menjaga imej dan maruah negara - titah Agong

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah agar jemaah haji Malaysia menjaga imej dan maruah negara apabila berada di Tanah Suci.
Baginda turut bertitah agar semua jemaah haji sentiasa mengikuti arahan pihak berkuasa tempatan serta peraturan-peraturan yang digariskan Tabung Haji kerana ia dilaksanakan untuk menjamin keselamatan jemaah serta melicinkan lagi proses mengerjakan haji.
"Beta berharap para jemaah sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni terutamanya dalam kalangan jemaah haji itu sendiri, mengamalkan sikap bertolak ansur dan saling mengingati antara satu sama lain," titah Seri Paduka sambil mengucapkan selamat jalan kepada 447 jemaah haji yang akan berangkat ke tanah suci di Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya di sini hari ini.

Jemaah-jemaah tersebut terdiri daripada 206 lelaki dan 241 perempuan yang terpilih bagi penerbangan ke-36 tahun ini yang dijangkakan tiba di Madinah pada 11.50 malam (6.50 petang waktu Madinah). - Bernama

Sunday, October 9, 2011

Jemaah haji Malaysia tiba di Mekah

MEKAH: Kumpulan pertama 441 jemaah haji Malaysia tiba di Mekah kira-kira jam 1.30 pagi ini (6.30 pagi waktu Malaysia), sembilan hari selepas melaksanakan ibadah ziarah di Madinah.

Ketibaan mereka di Hotel Abraj Al-janadiriah disambut oleh Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Salleh Syed Abdul Rahman, Timbalannya Tengku Aziz Raja Abdullah serta pegawai-pegawai dari Muasassah Asia Tenggara. Semua 193 jemaah lelaki dan 248 jemaah wanita iaitu kumpulan yang tiba ke Madinah dengan penerbangan pertama pada 29 September lalu, jelas keletihan selepas mengharungi perjalanan dengan bas selama kira-kira tujuh jam untuk sampai ke sini. Selepas berehat beberapa jam, mereka dibawa untuk melakukan tawaf dan saie umrah.

Antara jemaah yang tiba di sini pagi ini ialah Ibrahim Abdul Hamid, 73, dari Seremban yang dibantu, ditolak dengan kerusi roda oleh petugas Tabung Haji Perubatan.

Beliau yang mengalami keretakan tulang di bahagian pergelangan tangan dan menerima lima jahitan di bahagian kening kanannya akibat terjatuh semasa berada di hotel penginapannya beberapa hari selepas tiba di Madinah, amat berterima kasih dengan bantuan yang diberikan Tabung Haji.

Katanya, balutan tangannya itu akan hanya dibuka apabila beliau kembali ke tanah air nanti, dan semasa berada di sini bersama isterinya, beliau pasti masih memerlukan bantuan Tabung Haji untuk menyempurnakan ibadah hajinya.
Sementara itu seorang lagi jemaah yang ditemui, Daim Bahari, 70, peneroka dari FELDA Utara Trolak, Perak, berkata, beliau amat bersyukur kerana diberi peluang menyempurnakan hasrat untuk bersolat 40 waktu di Masjid Al-Nabawi, Madinah.

Katanya, beliau menunggu selama kira-kira tujuh tahun untuk menunaikan ibadah haji, dan kini dengan bantuan Tabung Haji hasratnya untuk beribadah di tanah suci akhirnya tercapai. - BERNAMA. 8/10/2011

Saturday, October 8, 2011

Tabung Haji diarah teliti kaedah pengeluaran

Lembaga Tabung Haji diarah supaya meneliti kaedah pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi pencarum membuat pendaftaran awal untuk mengerjakan haji.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Tabung Haji akan meneliti kaedah itu agar ia dapat dilaksanakan serta merta menjelang Januari depan.

Dalam pembentangan Belanjawan 2012 di Parlimen hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan langkah kerajaan untuk membenarkan pencarum KWSP membuat pendaftaran awal bagi menunaikan ibadah haji menerusi penghadangan atau "ring-fencing" Akaun 2, bertujuan membuka lebih ruang kepada rakyat berpendapatan rendah menunaikan ibadah tersebut.

Sambil menyifatkan belanjawan itu sebagai 'belanjawan untuk kesejahteraan akhirat', Jamil Khir berkata menerusi kaedah itu, mereka yang berpendapatan rendah dan tidak mempunyai tabungan minimum RM1,300 boleh mendaftar awal dan mendapat giliran untuk menunaikan ibadat tersebut tanpa mendeposit di akaun Tabung Haji.

"Kaedah ini akan memudahkan mereka yang berpendapatan rendah terutama kakitangan kerajaan, kerana mereka tidak perlu menunggu simpanan mencukupi RM1,300.

"Mereka yang memiliki potongan KWSP mencukupi RM1,300 boleh terus mendaftar dengan Tabung Haji untuk menunaikan ibadat haji dan simpanan dalam KWSP itu tidak akan dipotong," katanya ketika dihubungi hari ini.

"Tabung Haji akan berurusan dengan KWSP dalam hal ini dan Januari nanti, rakyat boleh terus mendaftar giliran untuk menunaikan ibadat haji," katanya.

Ketika ini, mereka yang ingin mendaftar bagi menunaikan ibadat haji perlu mempunyai akaun Tabung Haji dengan baki simpanan tidak kurang RM1,300.

Jamil Khir juga berkata ketika ini, Tabung Haji mempunyai 5.7 juta pendeposit dengan lebih 733,000 telah mendaftar untuk menunaikan ibadat haji.

- Bernama 7/10/2011

Friday, October 7, 2011

Jemaah tanpa ilmu agama mudah silap

Batu Gua Hira didakwa berkat, bijirin burung sembuh penyakit

MAKKAH: Jemaah yang tiba di Tanah Suci untuk mengerjakan ibadat haji dan umrah tanpa mempunyai ilmu serta keyakinan Islam kukuh, dilihat mempunyai kecenderungan menyimpang daripada ajaran agama termasuk mempercayai batu tertentu boleh mengubati penyakit.
Akhbar Arab News mengesan sejumlah jemaah ke Gua Hira’ di mana wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW atau bukit Jabal Rahmah di Arafah dengan mempercayai ia adalah sebahagian daripada ibadat umrah atau tempat memohon petunjuk Allah.
Malah, sesetengah mereka mengambil batu dari gunung itu dan membawanya pulang ke tanah air sambil mendakwa ia untuk keberkatan keluarga.

Selain itu, ada juga jemaah yang mengutip bijirin yang diberikan kepada burung merpati atau burung lain berdekatan Masjidil Haram untuk mengubati penyakit mereka atau ahli keluarga.

Bijirin itu dijual warga asing di dalam beg plastik kecil dengan harga 1 riyal (85 sen) dan dibeli untuk memberi burung makan. Gandum dan bijirin itu boleh diperoleh di kawasan Al-Masfalah, Al-Hafair, Ghazah dan kawasan lain berdekatan Masjidil Haram.

Ditanya mengapa mengutip makanan burung itu, jemaah dari Pakistan, Riyasa Ghulam, 60, berkata isterinya yang muda enam tahun daripadanya mandul dan gagal mendapatkan anak sepanjang usia perkahwinan mereka.
“Kami sudah mencuba pelbagai rawatan. Seorang rakan menyarankan ketika mengerjakan umrah ambil peluang makan makanan burung merpati.

“Kini, selama seminggu kami makan tujuh bijirin sehari dan masih menunggu keputusan,” katanya.

Seorang jemaah dari Mesir pula, berkata isterinya mengalami sawan dan tidak boleh diubati.

Katanya, seorang rakan menasihatkan beliau mendapatkan makanan yang diberikan kepada burung untuk mengubati isterinya.

“Rakan berkata isteri saya perlu makan tiga biji setiap kali makan untuk tiga hari berturut-turut. Dua minggu sudah berlalu tetapi isteri saya tidak bertambah baik,” kata Ismail.

Beliau berkata rakannya berpesan supaya makan bijirin yang tidak pecah dan perlu dimakan sekali gus.

“Kami mengikut nasihatnya tetapi tiada apa pun berlaku,” katanya.

Pengarah Pengajian Islam di Universiti Umm Al Qurah, Muhammad Al-Suhali, berkata hanya umat Islam yang mempunyai keyakinan lemah dan ilmu mengenai agama yang sedikit akan melakukan perkara berkenaan. – Agensi 7/10/2011

Thursday, October 6, 2011

Peraturan baru diperkenal di Madinah untuk keselesaan jemaah

MADINAH : Badan pengurusan perjalanan haji Arab Saudi di kota Madinah memperkenalkan beberapa peraturan baru tahun ini bagi kemudahan dan keselesaan jemaah haji.

Pengerusi Muasassah Adillak (National Adilla Establishment), Dr Yusof Hawala, berkata pada musim haji tahun ini, jemaah tidak akan dibenar meninggalkan Madinah menuju ke Makkah bagi menyempurnakan urusan haji selepas jam 11 malam.
Beliau berkata, peraturan itu bertujuan memberikan keselesaan kepada jemaah haji apabila mereka tiba di Makkah nanti bagi membolehkan mereka menunaikan ibadah dengan lebih sempurna dan selamat.
"Jemaah juga diminta meninggalkan Madinah untuk ke Makkah selewat-lewatnya 5 Zulhijjah (empat hari sebelum hari wukuf)," katanya kepada kumpulan petugas media Tabung Haji di sini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama dengan Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Salleh Syed Abdul Rahman, yang membuat kunjungan hormat di pejabatnya.

Dr Yusof berkata, bagi fasa dua urusan haji pula, jemaah hanya dibenar memasuki kota Madinah selepas 14 Zulhijjah, iaitu lima hari selepas hari wukuf untuk program ziarah.

Beliau berkata, segala usaha yang dilakukan pihaknya disasarkan untuk memberi kemudahan keluar dan masuk jemaah haji di kota Madinah, agar dapat memberi keselesaan kepada para jemaah dalam menunaikan rukun Islam yang kelima itu.
Merujuk kepada urusan haji jemaah dari dari Malaysia, katanya beliau mendapat kerjasama yang cukup baik daripada Tabung Haji yang banyak mengadakan perbincangan dengan pihaknya untuk melicinkan perjalanan haji.

Beliau berkata, pihak Tabung Haji mengadakan beberapa perjumpaan dengan pihaknya sejak awal tahun, dan beliau berharap hubungan baik dengan Tabung Haji itu akan berterusan. - BERNAMA 6/10/2011

Tuesday, October 4, 2011

Jemaah haji diingat jangan sembunyi penyakit

MADINAH: Jemaah haji diingatkan supaya tidak memalsukan atau cuba menyembunyikan sebarang maklumat mengenai penyakit yang dialami semata-mata kerana hendak menunaikan haji.
Pengarah Operasi Haji (Perubatan) Madinah, Dr Mahyin Kudong, berkata setiap tahun pihaknya menemui kes membabitkan jemaah menyembunyikan atau cuba memalsukan maklumat mengenai keadaan kesihatan kerana bimbang tidak akan dibenarkan mengerjakan haji.
Beliau berkata, tindakan jemaah menyembunyikan penyakit akan hanya menyukarkan pihak perubatan mengesan masalah kesihatan yang dialami jemaah dengan segera sekiranya mereka jatuh sakit secara tiba-tiba di sini.

"Jemaah perlu jaga banyak perkara, ubat mesti diambil pada masanya, minum air mesti banyak, jangan terdedah lama kepada cahaya matahari, banyakkan berehat, dan pastinya langkah menyembunyikan penyakit akan hanya tambah menyulitkan keadaan," katanya kepada pasukan petugas media Tabung Haji di pusat rawatan jemaah haji di bangunan Alauddin di sini.

Dr Mahyin berkata, antara penyakit yang sering cuba disembunyikan jemaah ialah seperti diabetis, sakit buah pinggang dan darah tinggi.

Terdahulu, petugas media dibawa meninjau kemudahan rawatan yang disediakan di pusat rawatan dengan kemudahan 20 katil untuk pesakit yang baru dibuka beberapa hari lalu.
Dr Mahyin berkata, jumlah katilnya boleh ditambah lagi jika perlu dan menurut beliau setiap tahun jumlah katil sememangnya perlu ditambah kerana jumlah pesakit yang banyak.

"Jika jumlah katil yang ditambah sudah tidak cukup lagi, barulah pesakit dihantar ke hospital kerajaan Arab Saudi, tapi setakat ini tidak ada jemaah yang dihantar ke hospital Arab Saudi kerana masalah kurang katil. Cuma jika jumlah katil ditambah apabila perlu, ruangnya mungkin tidak cukup selesa, tapi biasanya tidak serius dan tidak berpanjangan," katanya.

Beliau berkata, rombongan perubatan haji kali ini terdiri daripada 253 petugas dengan 30 terdiri daripada doktor pakar, 19 pegawai perubatan, manakala selebihnya penolong pegawai perubatan serta jururawat. Mereka ditugaskan di dua bandar utama, Mekah dan Madinah.

Di Madinah satu pasukan perubatan dengan seorang doktor sentiasa ditempatkan di lapangan terbang sebaik saja penerbangan membawa jemaah haji dari Malaysia tiba, dan satu pasukan dengan diterajui dua doktor ditempatkan di dua tempat penginapan jemaah utama di Madinah, masing-masing satu pasukan di Hotel Al-Haram dan Hotel Movenpick. Selebihnya ditempatkan di bangunan Alauddin di sini. - BERNAMA 4/10/2011

Sunday, October 2, 2011

Bawa impian arwah suami ke Makkah


Oleh Nadia Hamid
nnadia@bharian.com.my
2011/10/01

JEMAAH berteduh di khemah ketika menunggu untuk mendaftar di pekarangan Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya.
Warga tua guna wang simpanan hasil berniaga kain

KELANA JAYA: Seorang warga emas berusia 70 tahun yang berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan ibadat haji awal pagi tadi, turut membawa impian Allahyarham suami yang berhajat mengerjakan rukun Islam kelima itu bersama-sama sebelum menemui ajal, kira-kira tiga tahun lalu.
Suwayah Wahab, berkata beliau terkilan Allahyarham yang meninggal dunia akibat demam teruk, tidak bersama menemaninya menunaikan ibadat haji.
Mak cik juga terkenang impian arwah suami berkobar-kobar mahu tunai haji bersama, tetapi menghadap-Nya dulu. - Suwayah Wahab, Jemaah haji
“Ketika diberitahu mak cik boleh tunaikan haji kali ini, mak cik gembira sangat hingga mengalirkan air mata. Mak cik juga terkenang impian arwah suami yang berkobar-kobar mahu tunaikan haji bersama, tetapi dipanggil menghadap-Nya dulu.

“Sebenarnya, rancangan menunaikan haji dibuat sejak 2007, namun mak cik terpaksa merayu setiap tahun,” katanya ketika ditemui di pekarangan Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya di sini, malam tadi.

Suwayah bersama 450 jemaah lain berlepas ke Tanah Suci melalui penerbangan kelima, kira-kira jam 1.30 pagi semalam.

Suwayah dari Taiping, Perak, berkata, beliau ditemani adik perempuannya sepanjang mengerjakan ibadat.
“Walaupun sakit lutut, saya gunakan tongkat supaya lebih cepat dan cergas untuk beribadat," katanya yang menggunakan wang simpanan hasil berniaga kain dan runcit kecil-kecilan untuk berangkat ke Tanah Suci.

Bagi Che Anuar Che Mat, 47 dari Jerantut, Pahang, beliau dan lebih 20 ahli keluarga berkumpul di kompleks itu di sini, sambil membawa bekalan makanan sejak jam 12 tengah hari semalam bagi mengucapkan selamat jalan kepada kakaknya, Che Gayah Che Mat ke Tanah Suci.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Negeri Lembaga Tabung Haji, Mohd Rafidi Ibrahim, berkata penerbangan keempat bagi musim haji kali ini berlepas dari Stesen Haji Kuala Terengganu, pagi semalam.

“Cuaca di Madinah panas dan kering sekarang. Keadaan adalah terkawal,” katanya.

Sementara itu, perkarangan kompleks sesak sejak jam 3 petang semalam dengan kehadiran lebih 1,000 ahli keluarga jemaah.

Saturday, October 1, 2011

Lambaian Kaabah: Jemaah datang 6 jam awal elak kesesakan

KUALA LUMPUR: Kebanyakan jemaah haji dan keluarga mula berkumpul di perkarangan Kompleks Haji Kelana Jaya, di sini semalam, enam jam lebih awal dari waktu melapor diri bagi mengelakkan kesesakan.
Walaupun hujan sejak jam 3 petang, jemaah dan ahli keluarga tidak menghadapi masalah kerana Tabung Haji (TH) menyediakan khemah yang mencukupi untuk mereka berteduh.

Seorang keluarga jemaah haji yang ditemui, Iskandar Riat, 38, berkata, dia dan keluarga akan menunggu di lokasi berkenaan sehingga ibunya dibawa menaiki bas yang disediakan pihak TH ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada kira-kira jam 11 malam.
Katanya dia dan keluarganya mengambil keputusan untuk datang awal kerana bimbang mungkin berlakunya kelewatan dan tidak mendapat parkir disebabkan jumlah keluarga yang datang dijangka lebih ramai.

"Walaupun saya dan keluarga hanya tinggal di Klang namun kami tetap bimbang berlakunya kelewatan seperti mana ketika kami menghantar ayah kami ke sini dua tahun lalu sehingga ayah tertinggal barang kerana mengejar masa untuk melapor diri.

"Kami tidak mahu perkara ini berulang lagi oleh itu kami mengambil keputusan datang lebih awal supaya dapat melakukan persiapan lebih rapi dan ibu dapat berehat dulu sementara menunggu masa melaporkan diri,” katanya.
Bagi Ismah Ruslan, 26, ayahnya sendiri meminta mereka untuk menghantarnya lebih awal agar dia dapat membuat persiapan dengan lebih lengkap dan tidak berebut-rebut ketika sampai di kompleks berkenaan.

“Mujurlah kami sampai awal di sini, memudahkan kami kerana orang pun masih belum ramai dan kami dapat berteduh di khemah walaupun hujan.
“Ayah memang seorang yang suka pergi awal ke mana-mana sekiranya dia ada urusan penting dan kami pun tidak menolak permintaannya untuk menghantarnya ke Kompleks TH ini lebih awal dari waktu sepatutnya,” katanya. myMetro 1/10/2011

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes