Sunday, October 9, 2011

Jemaah haji Malaysia tiba di Mekah

MEKAH: Kumpulan pertama 441 jemaah haji Malaysia tiba di Mekah kira-kira jam 1.30 pagi ini (6.30 pagi waktu Malaysia), sembilan hari selepas melaksanakan ibadah ziarah di Madinah.

Ketibaan mereka di Hotel Abraj Al-janadiriah disambut oleh Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Salleh Syed Abdul Rahman, Timbalannya Tengku Aziz Raja Abdullah serta pegawai-pegawai dari Muasassah Asia Tenggara. Semua 193 jemaah lelaki dan 248 jemaah wanita iaitu kumpulan yang tiba ke Madinah dengan penerbangan pertama pada 29 September lalu, jelas keletihan selepas mengharungi perjalanan dengan bas selama kira-kira tujuh jam untuk sampai ke sini. Selepas berehat beberapa jam, mereka dibawa untuk melakukan tawaf dan saie umrah.

Antara jemaah yang tiba di sini pagi ini ialah Ibrahim Abdul Hamid, 73, dari Seremban yang dibantu, ditolak dengan kerusi roda oleh petugas Tabung Haji Perubatan.

Beliau yang mengalami keretakan tulang di bahagian pergelangan tangan dan menerima lima jahitan di bahagian kening kanannya akibat terjatuh semasa berada di hotel penginapannya beberapa hari selepas tiba di Madinah, amat berterima kasih dengan bantuan yang diberikan Tabung Haji.

Katanya, balutan tangannya itu akan hanya dibuka apabila beliau kembali ke tanah air nanti, dan semasa berada di sini bersama isterinya, beliau pasti masih memerlukan bantuan Tabung Haji untuk menyempurnakan ibadah hajinya.
Sementara itu seorang lagi jemaah yang ditemui, Daim Bahari, 70, peneroka dari FELDA Utara Trolak, Perak, berkata, beliau amat bersyukur kerana diberi peluang menyempurnakan hasrat untuk bersolat 40 waktu di Masjid Al-Nabawi, Madinah.

Katanya, beliau menunggu selama kira-kira tujuh tahun untuk menunaikan ibadah haji, dan kini dengan bantuan Tabung Haji hasratnya untuk beribadah di tanah suci akhirnya tercapai. - BERNAMA. 8/10/2011

3 comments:

Zul Salleh said...

Assalamualaikum wth.

Waktu asar hingga maghrib hari wukuf nanti tu kalau kat Malaysia masa tu jam berapa dan tarikhnya pula bila? sbb itu waktu mustajab doa walau pun diana saja kita berada. Saya menunggu jawaban Tn. Haji. Terima KasihWaktu wukuf iaitu waktu asar

Zul Salleh said...

Maaf Tuan Haji - saya betulkan soalan saya di atas tu

Waktu asar hingga maghrib hari wukuf kat Padang Arafah tu kalau masa yang sama kat Malaysia ni jam berapa dan tarikhnya bila? sbb itu waktu yang mustajab berdoa walau dimana pun kita berada.
Saya menunggu jawaban Tuan Haji.
Sekian,terima kasih.

Hj Mazlan said...

Waktu di Arab Saudi lewat 5 jam dari Malaysia. Wukuf 1432H dijangka 5 November 2011 hari Sabtu.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes