Wednesday, May 26, 2010

MAKLUMAT PENTING

Bakal haji 1431H harap mengambil perhatian maklumat berikut:

1. Jadual Penerbangan Haji (JPH)

TH akan mengeluarkan JPH kepada bakal haji sebulan sebelum berlepas (anggaran) kepada yang pergi cara muassasah. Bakal haji Pakej akan menerima JPH akan dihantar oleh pihak pakej yang dipilih.

2. Perbelanjaan Tambahan

Bakal haji dinasihatkan membuat simpanan tambahan bagi perbelanjaan seperti bayaran dam, dobi, perjalanan umrah, penghantaran barang, kad telefon dan lain-lain. Anggaran kira-kira RM40 sehari.

3. Pengeluaran Wang

Bakal haji boleh membuat pengeluaran wang dari akaun TH bakal haji dengan membawa lencana sebagai pengenalan. Buku Akaun TH tidak perlu dibawa ke Tanah Suci. Pengeluaran boleh dibuat Zon di Madinah dan Maktab di Makah. Nilai wang dalam Saudi Riyal.

4. Bayaran Dam

Bayaran dam boleh dilakukan di kaunter Pengeluaran TH Makah dengan tunai atau ditolak dari akaun TH bakal haji.

5. Bimbingan Haji

Bakal haji yang menghadapi masalah berkaitan ibadat haji boleh merujuk kepada Guru Agama lelaki atau perempuan di Tanah Suci. Forum dan Ceramah agama akan diadakan sebelum wukuf.

6. Makanan

Bakal haji muassasah akan diberi makan tengahari dan malam. Teh/kopi, gula dan air panas disediakan pada waktu pagi.

7. Penghantaran barang

THTS akan menyediakanpusat penghantaran barang di Madinah dan Makah. Barang akan dihantar ke rumah bakal haji.

8. Iklim

Kebiasaan pada bulan Disember hingga Februari cuaca sejuk maka dapat disediakan pakaian sejuk.

9. Beg

Suami isteri hendak mengunakan beg yang berasing dan dinasihatkan berat beg tidak melebihi 30kg untuk mengelakan beg daripada rosak. Setiap bakal haji dibenar satu bag bimbit berat tidak melebihi 5 kg dan dibawa ke dalam kapalterbang

10. Berat barang

Semasa pergi tidak melebihi 20kg dan balik tidak melebihi 30kg

11. Air Zamzam

Jemaah tidak dijanjikan air Zamzam kerana tertakluk Peraturan Arab Saudi. Jika tiada masalah air zamzam seberat 5 liter akan diserahkan semasa tiba di Malaysia.

12. Dokeman tidak perlu dibawa

Kad pengenalan, lesen memandu, Buku Akaun TH tidak perlu di bawa ke Tanah Suci.

Tuesday, May 18, 2010

PANDUAN MENGISI BUKU RAWATAN KESIHATAN

Contoh untuk mencatat maklumat yang diperlukan dalam Buku Rawatan Kesihatan:
Muka surat depan, 1,2,5,6,7,8,9,10,15 & 19.

Monday, May 17, 2010

BARANG YANG AKAN DISERAHKAN OLEH TH

Bakal haji 1431H yang terpilih akan menerima barang-barang seperti berikut dari THWP:
  • Buku Panduan Ibadat Haji
  • Buku Panduan Perjalanan
  • Buku Panduan Kesihatan
  • Buku Doa di Tanah Suci
  • Senarai semak Ibadat Haji
  • Buku Rawatan Kesihatan

(Buku di atas boleh didapati di THWP sekarang waktu pejabat)

  • Pelekat Telekong (hanya untuk wanita sahaja) untuk dilekatkan dibelakang telekong bagi memudahkan petugas TH mengenali Jemaah Haji Malaysia.
  • Bag Galas (Muassasah sahaja, Pakej akan memberi kepada jemaah mereka) Bag ini adalah kegunaan semasa ke Arafah dan Mina.
  • Gelang Pengenalan Diri. Gelang ini hendaklah dipakai bagi semua jemaah haji ketika berada di Arab Saudi dan sangat penting dipakai semasa berada di Arafah dan Mina.
  • Barang-barang hadiah dari Sahabat Koporat)

(Barang ini akan diserah apabila bekalan diterima. Surat pemberitahu akan dikeluarkan kepada bakal haji 1431H)

Friday, May 14, 2010

THWP akan mengeluarkan surat panggilan Pemeriksaan Kesihatan kepada bakal haji terpilih 1431H akhir bulan Mei ini. Buku Rekod Kesihatan (BRK) boleh didapati percuma di THWP mulai 17 Mei 2010 waktu pejabat. Wakil boleh datang untuk mengambil bagi pihak dengan membawa no. kad pengenalan bakal haji. BRK hendaklah dilengkapkan pada muka surat 1 hingga 10, 15 (berat badan dan tinggi sahaja), 19 (Kumpulan darah sahaja) dan dilekatkan gambar pada muka surat 1. Pihak kesihatan tidak dapat memberikan perkhidmatan selagi muka surat yang dinyatakan ini tidak dilengkapkan. Tindakan ini perlu diambil bagi melancar dan mempercepatkan urusan pemeriksaan kesihatan.

Thursday, May 6, 2010

KEPUTUSAN RAYUAN BAKAL HAJI

Mereka yang telah membuat surat rayuan untuk menunaikan haji pada tahun 1431H akan menerima jawapan berperingkat-peringkat sehingga akhir bulan Ramadhan 1431H. Mereka yang tidak menerima jawapan sehingga akhir Ramadhan 1431H, anggaplah rayuan tidak dapat dipertimbangan kerana tiada kekosongan tempat. Mereka tidaklah perlu sentiasa membuat pertanyaan kerana apabila sahaja mereka yang merayu dipilih untuk tahun ini pihak TH akan menghubungi samada melalui surat atau melalui telefon. Diharap mereka yang merayu berdoa dan bersabar sehingga masanya tiba.

Tuesday, May 4, 2010

BUKU-BUKU PERCUMA BAKAL HAJI 1431H

Bakal Haji Wilayah Persekutuan 1431H yang telah membuat jawapan menerima tawaran untuk menunaikan haji pada tahun 2010 boleh mendapatkan 6 buah buku dengan PERCUMA sebagai rujukan di THWP Bangunan TH Perdana Jalan Sultan Ismail (Kaunter Haji).Buku tersebut hanya diperuntukan seorang bakal haji 1431H 1 set (6 buah buku).Buku ini boleh dibawa ke Tanah Suci kerana telah mendapat kebenaran Kerajaan Arab Saudi. Mereka yang belum terpilih dan belum menjawab terima tawaran ingin mendapatkannya untuk rujukan bolehlah membeli di kedai buku terpilih.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes