Sunday, June 30, 2013

WANITA DALAM HAID YANG BELUM TAWAF UMRAH

Wanita yang melaksanakan cara Haji Tamattu' akan mengerjakan Umrah dahulu apabila masuk ke Mekah.

Sebelum melakukan Tawaf Rukun Umrah , wanita kedatangan Haji dan menyebabkan tidak dapat disempurnakan Tawaf Umrah. Apabila masa sudah sampai waktu hendak ke Araah wanita tersebut belum lagi suci dar Haid.Wanita tersebut tidak perlu bimbang kerana mereka boleh menukarkan cara Haji Tamattu' ke Haji Qiran dengan berniat Haji. Dengan itu jadi lah Cara Qiran iaitu Umrah dan disekalikan Haji. Mereka hendaklah melaksanakan Dam Haji Qiran.

BOLEH DILAKUKAN WANITA DALAM HAID SEMASA IBADAT HAJI

Wanita  dalam Haid semasa Ibadat Haji atau Umrah boleh melakukan perkara berikut:

1.     Mandi sunat Ihram
2.     Niat Ihram
3.     Bertalbiah
4.     Sai'e menurut syaratnya
5.     Wukuf di Arafah
6.     Mabit di Muzdalifah
7.     Melontar Jamrah
8.     Mabit di Mina
9.     Mengunting gambut ketika Tahallul

Wednesday, June 26, 2013

MAKLUMAT TARIKH DAN MASA UNTUK SERAH PASPORT


THWP telah mengeluarkan surat panggilan kepada Bakal (BH) Haji Wilayah Persekutuan, Batu Caves dan Ampang  untuk menyerahkan Pasport ( Jika hendak mengetahui maklumat tersebut sila maklumkan nama dan no KP dan majikan ke email : phptdbil@lth.gov.my ).  BH dikehendaki menyerahkan Pasport  Malaysia Antarabangsa sendiri, tidak boleh diwakilkan kepada orang lain bagi menyerahkan bagi pihak.

BH Pemastautin (PR) hendaklah menyerahkan Pasport Negara Asal mereka berserta Surat Sumpah dari Pesuruhjaya Sumpah, Fotostat Kad Pengenalan dan fotostat Sijil Nikah ( Jika pergi suami Isteri )

Semasa berurusan dengan TH bagi urusan penyerahan Pasport sila bawa bersama 2 keping gambar Visa, Kad Pengenalan, Buku Rekod Rawatan Jemaah Haj (BRR).

Apabila BH menyerahkan passport THWP akan membuat pemeriksaan terakhir BRR untuk memastikan bahawa semua maklumat yang perlu dikemaskini telah dilakukan. Kebiasa BH tidak melekat gambar di mukasurat 1, tidak menurunkan tandatangan di mukasurat 9 dan mukasurat 10, dan tidak menandakan Kumpulan Darah pada muka surat 19. BH perlu mengambil berat perkata tersebut.
Proses penyerahan passport adalah seperti berikut:
  1. Ambil No giliran.
  2. Serahan BRR untuk semakan.
  3. Serahkan passport dan 2 keping gambar Visa yang telah ditulis Nama dan no. Kad pengenalan dibelakang gambar.
  4. Pegawai TH akan mengemaskini maklumat dalam system TH.
    1. Jika belum ada penama system akan mengeluarkan maklumat dan BH perlu melengkapkan borang Penama. BH perlu menamakan seorang atau 2 orang waris berserta no kad pengenalan.
    2. Jika tiada rakaman Bio (cap jari ) BH perlu menyerahkan Kad Pengenalan untuk merakam cap jari dalam Sistem TH. Rakaman Bio sang diperlukan bagi tujuan Pengeluaran wang di Tanah Suci Mekah dan Madinah.
    3. TH akan mengeluarkan surat izin dari BH dan BH perlu menurunkan tandatangan dan cap jari.
    4. TH akan mengeluarkan surat Perakuan menerima Pasport dari BH.
    5. Selesai
Urusan selanjutnya adalah seperti berikut:
  1. Surat Panggilan Kursus Perdana Haji dijangka pertengahan bulan Ramadhan.
  2. Surat panggilan mengambil bag dan barang hadiah dari Sahabat koperat dijangka minggu pertama Shawal
  3. Surat Jadual Penerbangan dalam bulan Shawal.

Friday, June 21, 2013

PENYERAHAN PASPORT MALAYSIA ANTARABANGSA (PMA)



THWP akan mengeluarkan surat kepada Bakal Haji yang telah terpilih untuk menyerahkan PMA.
TH akan mula menerima PMA dari Bakal Haji pada 25 Jun 2013.
PMA hendaklah diserah oleh PEMILIK PMA sendiri , tidak boleh diwakilkan kerana ada urusan untuk mendapatkan Cap Jari .
Bakal Haji yang telah mempunyai PMA, sila pastikan tempoh sah laku pada atau melepasi 
14 April 2013 dan 4 muka surat kosong berturut-turut.

Bakal Haji hendaklah menyerahkan PMA mengikut Tarik dan masa yang ditetapkan dalam surat panggilan bagi melancarkan Urusan Penyerahan PMA.

Semasa berurusan untuk penyerahan PMA sila bawa 2 keping gambar 4 cm x 6 cm berlatarbelakang putih untuk tujuan Visa Haji, Kad Pengenalan dan Buku Rekod Rawatan untuk memastikan semua maklumat telah dilengkapkan.

Gambar Visa hendaklah di catatkan Nama dan No Kad Pengenalan di belakang gambar.
PMA yang diterima oleh TH hanya akan dikembalikan kepada Bakal Haji semasa Melapor Diri ketika akan berangkat ke Tanah Suci.

Bagi Bakal Haji yang perlu mengunakan PMA  sebelum ke Tanah Suci, sila maklumkan ke TH WP No. Tel  03 – 2692 9244 atau email : phptdwil@lth.gov.my

BUKU REKOD RAWATAN JEMAAH HAJI (BRR)



Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji perlu dilengkapkan bagi mengelakan kesulitan apabila sampai di Lapangan Terbang Jedah atau Madinah.

Oleh itu Bakal Haji 1434 hendaklah memastikan BRR dilengkapkan dari muka surat hadapan,
muka surat 1 ( Lengkapkan maklumat berserta dilekatkan gambar)
muka surat 2, 5, 6, 7,
muka surat 8 ( Untuk wanita saja),
muka surat9 ( Lengkapkan dan ditandatangan oleh pemilik ) ,
muka surat 10 Lengkapkan dan ditandatangan oleh Waris bersama
dan muka surat 19  tandakan Kumpulan Darah saja.

Bakal Haji hendaklah membawa dalam beg yang sentiasa bersama di mana saja samada semasa berangkat ke Tanah Suci dan semasa berada di Madinah, Mekah, Arafah dan Mina bagi tujuan mendapatkan Rawatan jika diperlukan.

Monday, June 10, 2013

BAKAL HAJI 1434 AKAN MELALUI URUSAN SELANJUTNYA

Bakal Haji 1434 Wilayah Pesekutuan akan menjalani urusan seterusnya seperti berikut :-

1.    Urusan Penyerahan Pasport Antarabangsa Malaysia dan 2 keping gambar Visa. Surat panggilan akan dikeluarkan kepada bakal haji oleh THWP.

2.    Menjalani Kursus Perdana Haji 1434 dijangka pada 24 dan 25 Ogos 2013. Surat panggilan akan dikeluarkan kepada bakal haji.

3.    Menyerahkan beg galas ( 5 kg ) dan barang-barang hadiah dari Sahabat Koperat. Surat akan dikeluarkan kepada bakal haji.

4.    Surat Jadual Penerbangan Haji akan dikeluarkan dalam bulan Shawal.

URUSAN BAKAL HAJI 1434 YANG TELAH DILAKUKAN.

Bakal Haji 1434 yang berurusan dengan THWP seharusnya telah menjalani urusan berikut:-

1.   Kursus Asas Haji 1434 akan tamat pada 22 Jun 2013.

2.   Telah menerima Buku Panduan Haji dan Umrah, Soal Jawab Haji dan Umrah, Panduan Perjalanan Haji dan Panduan Kesihatan Haji. Buku Doa di Tanah Suci akan diserahkan apabila bekalan di terima oleh THWP.

3.   Kursus Intensif Haji 1434 sebahagian besar bakal haji Wilayah Persekutuan telah selesai menjalani nya. Tinggal 2 Kumpulan akan menjalani KIH pada 12 dan 13 Jun 2013, 17 dan 18 Jun 2013.

4.   Pemeriksaan Kesihatan Bakal Haji 1434 telah menjalani nya. Tinggal satu kimpulan yang akan membuat Pemeriksaan Kesihatan pada 11 Jun 2013.

5.   Sebahagian besar Bakal Haji telah menerima Gelang Pengenalan Haji melalui Pos Laju.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes