Saturday, May 26, 2012

PERUBAHAN TARIKH KURSUS INTENSIF HAJI (KIH)

Peserta KIH pada 30 dan 31 Mei 2012 di Dewan Masjid Negara terpaksa ditukarkan kepada 25 dan 26 Jun 2012 (Isnin dan Selasa) Harap dapat mengambil perhatian. Pada 30 yang dan 31 Mei 2012 Dewan akan digunakan oleh Pihak Lain yang lebih di Utamakan.

Tabung Haji Wilayah Persekutuan telah telefon sebahagian peserta yang terlibat. Insya Allah pada hari Isnin (28 Mei 2012 ) semua peserta yang terlibat akan dihubungi melalui telefon. Jika peserta terbaca catatan ini boleh membuat pengesahan.

Pihak THWP memohon maaf atas perubahan yang menimbulkan kesulitan kepada peserta terlibat.

Thursday, May 24, 2012

MENGHADIRI KURSUS INTENSIF HAJI (KIH)

Bakal Haji (BH) yang akan menghadiri KIH hendaklah membawa surat panggilan KIH untuk rujukan Urusetia KIH. BH hendaklah membuat pendaftaran Kehadiran dengan menurunkan tandatangan pada senarai nama peserta KIH pada hari yang telah disahkan kehadiran pada atau sebelum 24 Mei 2012.
BH yang telah mendaftar akan diberi Lencana KIH bagi memastikan BH yang hadir adalah mereka yang sepatutnya hadir. Tujuan Lencana adalah bagi memastikan BH mendapat tempat dan mendapat makanan yang disediakan.
Pada hari pertama Taklimat bagaimana memakai pakaian Ihram bagi lelaki dan perempuan. Taklimat melaksanakan Haji dan melakukan simulasi haji. Sebelah petang rumusan Ibadat Haji.
Hari Kedua adalah berkaitan Masalah Wanita dan Taharah, Panduan Kesihatan , Ujian Kefahaman dan Pengurusan Haji.
Hari kedua walaupun tidak menyentuh secara Kusus berkaitan Ibadat Haji tapi maklumat  yang disampaikan sangat penting bagi membantu kesempurnaan Ibadat Haji.
BH yang hadir KIH dinasihatkan tidak membawa barang berharga dan tidak memakai kasut yang berharga. BH juga dilarang Merokok di kawasan tempat KIH kerana tempat ini adalah kawasan Masjid. Merokok adalah Haram. Sebagai BH seharusnya perbuatan merokok hendaklah diberhentikan.

Thursday, May 17, 2012

KURSUS INTENSIF HAJI 1433H (KIH)



Tabung Haji Wilayah Persekutuan telah pos surat panggilan KIH hari ini (17 Mei 2012) kepada Bakal Haji (BH) yang telah menjawab menerima tawaran haji 1433H. Satu kumpulan peserta KIH adalah seramai 150 orang. Setiap peserta dikehendaki hadir 2 hari. Segala Kos ditanggung oleh TH. KIH akan diadakan di Dewan Utama Masjid Negara, Kuala Lumpur. KIH akan bermula 28 Mei 2012.

BH yang menerima surat panggilan KIH hendaklah menyerahkan Slip Kehadiran KIH pada tarikh yang ditetapkan di TH Maju Junctions atau TH Cawangan Jalan Tun Razak , KL atau email Nama, No IC dan hadir/tidak hadir di alamat : phptdwil@lth.gov.my. Sebelum atau pada 24 Mei 2012.

Tujuan menyatakan kesanggup hadir pada tarikh yang ditentukan adalah bagi persiapan berkaitan KIH. Persiapan adalah menyediakan kerusi, meja dan minum pagi dan makan tengahari. Urusetia akan menyediakan peruntukan makan mengikut jumlah kehadiran untuk mengelakan pembaziran makanan.

Semasa menghadiri KIH elakkan membawa barang berharga atau kasut yang mahal bagi mengelakan kerhilangan. Pada hari pertama peserta KIH hendaklah membawa pakaian Ihram dan 21 biji anak batu bagi tujuan amali Haji.

THWP mengharapkan BH dapat mengikuti KIH setiap modul yang dijalankan.

Tuesday, May 15, 2012

PEMERIKSAAN KESIHATAN BAKAL HAJI 1433 WILAYAH PERSEKUTUAN

Tabung Haji (TH)  dan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan telah mengada Mesyuarat Persiapan Pemeriksaan Kesihatan Bakal Haji 1433 pada 2 Mei 2012 bertempat di Bilik Mesyuarat TH Wilayah Persekutuan.
Bakal Haji 1433 akan dipanggil melalui surat untuk membuat Pemeriksaan Kesihatan. BH perlu membuat pengesahan kehadiran dengan memulangkan Slip Kehadiran di TH WP atau TH Cawangan Jalan Tun Razak atau  email : phptdwil@lth.gov.my. Dengan menyata kehadiran, nama dan no Kad pengenalan. BH  yang tidak menjawab untuk hadir pada tarikh yang ditentukan maka BH tersebut akan membuat pemeriksaan Kesihatan di Klinik Swasta dengan kos tanggungan sendiri. Harap pastikan Doktor yang membuat pemeriksaan kesihatan telah mendapat No Daftar dari Jabatan Kesihatan tahun ini.
BH hendaklah mendapatkan Buku Rekod Rawatan di TH WP atau TH Cawangan Jalan Tun Razak.
BH yang tidak menjawab kehadiran dianggap tidak dapat datang pada tarikh yang ditetapkan.
Pemeriksaan Kesihatan dijangka bermula 28 Mei 2012. Setiap hari hanya 100 orang bakal haji yang diperiksa.
THWP mencetak surat panggilan bermula 25 Mei 2012 dan Insya Allah akan diposkan berperingkat-peringkat kepada BH.
BH di nasihatkan supaya membawa Buku Rekod Rawatan yang telah dilengkapkan muka surat 1 hingga 10. Di muka surat 1 hendaklah ditampal gambar BH (berukuran gambar kad pengenalan).
Bawa bersama ubat yang dimakan (jika ada ), rekod rawatan di Klinik yang biasa dibuat rawatan.

Wednesday, May 2, 2012

TAWARAN BAKAL HAJI 1433 LANJUT USIA

Tabung Haji (TH) telah mengeluarkan surat tawaran kepada Bakal Haji (BH) lanjut Usia yang berumur 80 tahun ke atas pada 20 April 2012. BH hendaklah menjawab menerima sebelum atau pada 25 Mei 2012. Bayaran Haji hendaklah dicukupkan semasa jawab menerima tawaran. Bayaran Haji bagi BH belum menunaikan haji ialah RM9,980.00.

Pemilihan ini adalah ditawarkan kepada mereka yang belum pernah menunaikan Haji.

BH Lanjut Usia dibenarkan membawa seorang pembantu (sama jentina)

Syarat pembantu adalah seperti berikut:

1. Seorang yang belum menunaikan haji

2. Sihat tubuh badan dan umur tidak kurang 15 tahun.

3. Mampu mencukupkan Bayaran Haji pada tarikh yang ditentukan.

4. Bertanggungjawab sepanjang masa menjaga kebajikan dan menyempurnakan mana amalan-amalan wajib haji yang tidak dapat ditunaikan oleh BH lanjut Usia.

5. Bakal Pembantu bersetuju digugurkan secara automatic jika BH lanjut usia batal pemergian atau meninggal dunia.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes