Friday, August 31, 2012

BEG GALAS 5KG JEMAAH HAJI MUASSASAH


Bakal Haji Muassasah akan dipanggil melalui surat untuk mengambil beg galas 5 kg. Beg ini akan digunakan oleh bakal haji sebagai beg untuk dibawa bersama dalam pesawat semasa pemergian ke Tanah Suci. Yang Utamanya beg ini akan digunakan semasa ke Arafah, Mudzlifah dan Mina. 
Surat tersebut Insya Allah akan diposkan selepas Kursus Perdana Haji yang akan diada bermula esok (1 Sept. 2012 )
Beg ini boleh digunakan pelbagai cara iaitu dengan di sandang, di bimbit atau ditarik kerana beg ini ada roda.
Bakal haji perlu meletakkan tag nama, alamat dan No KT. Buatkan tanda yang unik bagi mengenalkan beg masing-masing kerana beg yang diberi sama saja dengan bakal haji lain. Contoh tanda-tanda ialah mengikatkan kain kecil berwarna atau mengikatkan barang-barang yang unik yang bakal haji kenali. Dengan melakukan demikian boleh memudahkan bakal haji mencari beg semasa sampai di Lapangan Terbang, turun daripada bas dan sebagainya.

Wednesday, August 22, 2012

SURAT JADUAL PENERBANGAN HAJI 1433

THWP telah mencetak Surat Jadual Penerbangan Haji 1433 hari ini. Esok 23 Ogos 2012 akan diposkan kepada bakal haji yang terlibat.
Surat Jadual Penerbangan yang telah di lokasi hanya KT1 hingga KT19 sahaja. Bagi Penerbangan seterusnya akan dikeluarkan berperingkat-peringkat. Bakal haji boleh mendapat Salinan Surat Jadual Penerbangan melalui email: phptdwil@lth.gov.my jika telah dilokasikan.

Bakal haji yang masih belum menyerahkan Buku Rekod Rawatan kepada TH untuk di rekodkan dalam Sistem TH dan belum menyerahkan pasport Antarabangsa (Jika tidak menggunakan sehingga berlepas ke Tanah Suci). Sila berbuat demikian segera bagi memudahkan urusan Penentuan Penerbangan.

Tuesday, August 7, 2012

PANGGILAN KURSUS PERDANA HAJI (KPH) 1433

THWP telah mula mencetak dan memproses untuk pos surat panggilan KPH bermula 7 Ogos 2102. Insya Allah surat di poskan pada 10 Ogos 2012. KPH akan di adakan pada 1 dan 2 September 2012 di Dataran dan Masjid Putra, Putrajaya. KPH bermula 2.00 ptg 1 Sept. hingga 12.00 pagi 2 Sept. 2012.

Bakal haji yang menerima surat hendaklah menjawab kehadiran ke THWP dengan menghantar Slip kehadiran atau menjawab melalui email : phptdwil@lth.gov.my dengan mencatat: KPH, Nama, No IC dan hadir. Jawapan hendaklah dilakukan sebelum atau pada 24 Ogos 2012. Jawapan sangat diperlukan untuk menyediakan makanan secukupnya bagi peserta Kursus. Bakal Haji tidak menjawab, dianggap bakal haji tidak hadir.

Bakal Haji hendaklah meletakan kenderaan diluar kawasan Dataran Putra. Kawasan untuk meletakan kenderaan yang hampir adalah di kawasan JPM.

Bakal Haji hendaklah membawa tikar, batu 30 biji dan memakai selipar untuk lelaki.

Aturcara:

Lepas Asar 1 Sept Simulasi Umrah diadakan.

Lepas Ishak Simulasi Melontar Jamrah hari !0 dan 11 Zul Hijah.

3.00 pagi : Qiamullail

Lepas Subuh 2 Sept Simulasi Tawaf dan Sai Haji

Sebelum bersurai Taklimat dan Rumusan KPH

Thursday, August 2, 2012

GELANG PENGENALAN HAJI (GPH)


Sebahagian Bakal Haji 1433 telah menerima GPH melalui Pos. Pengedaraan GPH akan dihantar berperingkat-peringkat.
GPH adalah sangat penting dipakai oleh Bakal Haji semasa berada di Tanah Suci Mekah dan Madinah.
Pada GPH akan di lorek nama dan no kad pengenalan di bahagian dalam dan di bahagian luar di lorek Malaysia dan no tel di Mekah (Tujuan semasa kecemasan).
GPH mula di pakai oleh Jemaah haji pada Tahun 1991. Pengalaman 1990 semasa Peristewa Rempuhan Terowong di Mina, ramai Jemaah Haji meninggal termasuk jemaah Haji Malaysia. TH mengahadapi kesusahan untuk mengenali jenazah jemaah  haji Malaysia.
Semasa pemakaian GPH pada tahun-tahun yang lalu, banyak membantu TH menolong jemaah haji yang dalam kesulitan untuk mengenalkan diri.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes