Wednesday, August 22, 2012

SURAT JADUAL PENERBANGAN HAJI 1433

THWP telah mencetak Surat Jadual Penerbangan Haji 1433 hari ini. Esok 23 Ogos 2012 akan diposkan kepada bakal haji yang terlibat.
Surat Jadual Penerbangan yang telah di lokasi hanya KT1 hingga KT19 sahaja. Bagi Penerbangan seterusnya akan dikeluarkan berperingkat-peringkat. Bakal haji boleh mendapat Salinan Surat Jadual Penerbangan melalui email: phptdwil@lth.gov.my jika telah dilokasikan.

Bakal haji yang masih belum menyerahkan Buku Rekod Rawatan kepada TH untuk di rekodkan dalam Sistem TH dan belum menyerahkan pasport Antarabangsa (Jika tidak menggunakan sehingga berlepas ke Tanah Suci). Sila berbuat demikian segera bagi memudahkan urusan Penentuan Penerbangan.

19 comments:

Maz said...

Alhamdulillah, blog Tn Haji sentiasa kemaskini maklumat, terima kasih bnyak2, saya telah mendapat jawapan jadual penerbangan dari Tn Haji sebentar td, sangat lah bagus perkhidmatan pihak TH terutamanya dari Tn Haji Mazlan sendiri..

Unknown said...

asalam tn haji mazlan
surat penerbangn tlh diterima.Blh saya tahu tentang maktab2 .Adakah kami akan diberitahu selepas terima surat penerbgn ini ataupun setelah tiba disana nnt..
t ksh

Hj Mazlan said...

Assalamualaikum

Maz

Terima kasih.

Yenny Johan

Penentuan Maktab akan diketahui semasa melapor diri di station belepas.

nawawi said...

Assalamualaikum wbt,

Tuan Haji,

Alhamdulillah saya telah mendapat jadual penerbangan. Tetapi tempat berlepas tidak seperti yang saya pilih dalam borang penerimaan tawaran menunaikan haji.

Masih bolehkah saya memohon untuk membuat penukaran tempat berlepas?

ROZILA said...

Salam Tn Hj

Saya dah dapat tarikh melalui email,Terima kasih.

Unknown said...

salam tn hj..ada lagi soalan
Bolehkah semak nama2 bg ipar2 saya yg masih belom terima surat penerbangan dr tabung haji shah alam...Menurut kata ipar saya cawangan sana selalu ada masalah servis...bolehkah pihak tn hj tolong kami.Kami bimbang kerana kerana atas urusan utk mohon cuti dr pihak majikan masing2..t ksh..hrp tn haji dpt bantu serba sedikit..

Hj Mazlan said...

Assalamualaikum

Nawawi

Sila maklumkan pemintaan tuan ke THCC 03 6207 1919.

Yenny

Sila hantar nama dan No IC ke email : phptdwil@lth.gov.my untuk semakan.

Hj Mazlan said...

Assalamualaikum

Nawawi

Sila maklumkan pemintaan tuan ke THCC 03 6207 1919.

Yenny

Sila hantar nama dan No IC ke email : phptdwil@lth.gov.my untuk semakan.

Hj Mazlan said...

Assalamualaikum

Nawawi

Sila maklumkan pemintaan tuan ke THCC 03 6207 1919.

Yenny

Sila hantar nama dan No IC ke email : phptdwil@lth.gov.my untuk semakan.

Pootz in Boots said...

Salaam, Tn Haji,
Boleh kami tahu, KT03 Flight MH8000 17hb Sept akan terus ke Madinah atau ke Jeddah dan naik bas ke Madinah? Kami ingin membuat persiapan sewajarnya. Terima kasih.

Hj Mazlan said...

Assalamualaikum

Bakal Haji 1433

Surat Jadual Penerbangan telah dikeluarkan sehingga KT 30.

Perlu salinan sila majukan nama dan No IC melalui email phptdwil@lth.gov.my

Hj Mazlan said...

Assalamualaikum

Yang bertanya, KT 3 akan terus ke Madinah dari Malaysia.

Unknown said...

Salam... Saya nak tanya, KT penerbangan semuanya ade berapa ye?

Adnan said...

Assalamualaikum Tuan Haji,

Bila agaknya tarikh penerbangan untuk pakej akan dikeluarkan.

Anonymous said...

assalammualaikum,
saya mendapat KT12 SV5301,adakah saya akan mendarat di jeddah atau madinah.
dalam jph di nyatakan
tarikh lapor diri:19/9/12
waktu lapor diri:9.30 mlm
tempat lapor diri:kompleks kelana jaya.
adakah ini waktu lapor diri di kelana jaya atau waktu berlepas.tolong jelaskan.terimakasih

Hj Mazlan said...

Assalamualaikum

Sehingga hari Surat Jadual Penerbangan sehingga KT40.

Pertanyaan melalui email phptdwil@lth.gov.my nyatakan nama dan no. IC.

Anonymous said...

Bila kah bakal Haji Pakej akan dapat Jadual penerbangan ? Bagaimana hendak tahu kami dalam KT berapa?

Terima kasih.

Anonymous said...

Saya yang mengikuti pakej TH sudah call THCC dan telah mendapat No Kt Dan jadual penerbangan.THCC tu beroperasi 24 jam sehingga 30 Nov 2012.

Anonymous said...

السلام عليكم
Jazak Allah kharan on your efforts in writing this blog. Please visit my hajj 2011 blog to view maps, video, pictures, and tips about what to expect, what to take with you, and answers to some basic questions such as where are ATM machines located in Mecca?
و السلام عليكم

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes