Thursday, August 2, 2012

GELANG PENGENALAN HAJI (GPH)


Sebahagian Bakal Haji 1433 telah menerima GPH melalui Pos. Pengedaraan GPH akan dihantar berperingkat-peringkat.
GPH adalah sangat penting dipakai oleh Bakal Haji semasa berada di Tanah Suci Mekah dan Madinah.
Pada GPH akan di lorek nama dan no kad pengenalan di bahagian dalam dan di bahagian luar di lorek Malaysia dan no tel di Mekah (Tujuan semasa kecemasan).
GPH mula di pakai oleh Jemaah haji pada Tahun 1991. Pengalaman 1990 semasa Peristewa Rempuhan Terowong di Mina, ramai Jemaah Haji meninggal termasuk jemaah Haji Malaysia. TH mengahadapi kesusahan untuk mengenali jenazah jemaah  haji Malaysia.
Semasa pemakaian GPH pada tahun-tahun yang lalu, banyak membantu TH menolong jemaah haji yang dalam kesulitan untuk mengenalkan diri.

4 comments:

maz said...

Alhamdulillah, sudah menerimanya melalui pos laju minggu lepas. Agak besar sikit tapi telah potong sendiri untuk sesuaikan dgn tangan saya. Terima kasih kpd pengurusan TH

yenny johan said...

salam tn haji mazlan..nak tanya sikit.Btol ke ada yg dah tahu flight ke tnh suci? Kalau belom Agak2 bila dpt tau
t ksh..wassalm

Hj Mazlan said...

Surat Jadual Penerbangan akan mula dikeluarkan dalam Bulan Shawal. Bermula bulan Shawal Bakal Haji boleh bertanya melalui email : phptdwil@lth.gov.my dengan mencatat JPH, nama dan no IC sahaja. Insya Allah akan dijawab.

Aryna said...

Salam tuan haji,.
AlhamduliLlah, GPH ibu saya telah selamat diterima melalui pos laju semalam.
Terima kasih

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes