Friday, February 26, 2010

SELAMAT MENJALANI KURSUS HAJI BERSIRI 1431H

Saya mengucapkan taniah kepada mereka yang sedang dan akan mengikuti Kursus Haji Bersiri 1431H. Peserta kursus bukan sahaja mereka yang telah mendapat tawaran Terpilih dari TH, tapi mereka yang belum berdaftar, telah mendaftar tapi lambat lagi untuk menunaikan haji, mereka yang sedang membuat rayuan dan ada juga pelajar sekolah menengah (Tingkatan 4 & 5) bagi pesiapan peperiksaan. Setiap usaha menuntut ilmu sudah pasti ganjaran Allah s.w.t akan dicatatkan sebagai amalan kebaikan.
Peserta kursus yang sedang menunggu jawapan rayuan tentu merasa gelisah jika tidak dapat menunai ibadat haji tahun ini. Kita hendaklah memahami bahawa tindakan kita ke Tanah Suci hanyalah bagi melaksanakan ibadah kepada Allah. Tuan/puan telah berusaha ke arah itu iaitu dengan mendaftar haji, mengumpul wang, menjaga kesihatan, menuntut ilmu, membuat rayuan dan berdoa. Maka yang mengizinkan kita ialah Allah s.w.t jua. Janganlah kita merasa kecewa jika ditakdirkan kita masih belum dipilih.

Thursday, February 25, 2010

PAKAJ HAJI SWASTA

Syarikat Pelancungan yang berkelayakan akan memajukan permohonan kepada TH untuk mengendalikan permergian bakal haji ke Tanah Suci pada tahun 1431H. Syarikat yang telah diluluskan oleh TH pada tahun 1430H tidak secara automatik diluluskan pada tahun 1431H. Kelulusan tertakluk kepada kemampuan syarikat bagi mengendalikan jemaah haji melalui pengalaman terdahului atau lain-lain syarat yang ditentukan oleh TH..
Syarikat yang menawarkan Pakej Haji Swasta 1431H belum lagi diluluskan dan tidak boleh mendaftar atau kempen kepada bakal haji. Apabila TH telah meluluskan Syarikat tersebut satu senarai akan dimaklumkan kepada Pejabat Cawangan TH. Syarikat hanya boleh menawarkan pakej mereka kepada bakal haji Terpilih atau Standby sahaja. Oleh itu bakal haji merayu hendaklah menunggu status dari TH barulah mendaftar. Mereka juga boleh membuat tempahan tapi tidak perlu membuat apa-apa bayaran bagi tujuan tersebut.
(Rujuk tajuk Cara Pemergian Haji bertarikh 2 Januari 2010 )

Thursday, February 18, 2010

PASPORT UNTUK HAJI

Bakal haji yang akan ke tahan suci pada tahun 1431H hendaklah menyediakan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) yang dikeluarkan oleh Pejabat Imigresen Malaysia. Pasport boleh diperolehi bagi tempoh 2 tahun dengan bayaran RM100 dan 5 tahun dengan bayaran RM300. Kos tersebut adalah atas tangguHuruf condongngan sendiri. Bakal haji yang telah mempunyai PMA dan Permastautin Tetap (PR) yang menggunakan pasport negara asal hendaklah sahlakunya selepas/melebihi 15 Jun 2011 dan mempunyai 4 muka surat kosong secara berturutan sebelah menyebelah. TH akan mengeluarkan surat kepada bakal haji bagi tujuan penyerahan PMA.
Apabila bakal haji berurusan dengan Pejabat Imigresen pastikan perkara berikut diambil tindakan.
  • Borang Permohonan Pasport/Dokumen Perjalanan dilengkapkan.( baru boleh ambil nombor giliran )
  • Dua (2) keping gambar berukuran 3.5 sm x 5.0 sm berlatarbelakang biru.
  • Fotostat kad pengenalan depan dan belakang pada satu muka surat kertas A4. Bawa bersama yang asal.
  • Sijil Lahir yang asal (jika mykad tidak boleh dibaca)

Proses menunggu adalah seperti berikut:

  • No giliran dipanggil untuk urusan cap jari kanan dan bacaan ibu jari kiri dan kanan. Setelah selesai kena tunggu.
  • No giliran yang sama dipanggil bagi urusan bayaran.
  • Kena tunggu lebih kurang 2 jam untuk dipanggil mengambil pasport.

Friday, February 12, 2010

TAWARAN HAJI 1431H

Tabung Haji Wilayah Persekutuan akan pos surat tawaran Terpilih kepada bakal haji 1431H pada 19 Februari 2010. Bakal haji yang menerima surat tawaran hendaklah menjawab tawaran tersebut samada terima atau menolak. Semasa menjawab terima tawaran bakal haji hendaklaH mencukup Belanja Haji (BH) berasas tahun 1430H iaitu RM9,980.00 dan RM12,603.oo kepada bakal haji Permastautin Tetap. BH tahun 1431H akan dimaklumkan kemudian. Bakal haji yang menerima/menolak tawaran hendaklah medapatkan surat Akuan Penerimaan Surat Pengesahan Menerima/Menolak Tawaran dari TH. Bakal Haji yang tidak menjawab tawaran sebelum atau pada 11 Mac 2010 dianggap menolak tawaran dan tiada jaminan ditawarkan pada tahun hadapan. Bakal haji boleh mendapatkan maklumat samada ditawarkan pada tahun 1431H dengan menghubungi THCC 03-62071919.

Monday, February 8, 2010

BUKU RUJUKAN KURSUS HAJI BERSIRI DAN BAKAL HAJI





Kursus Haji Bersiri akan bermula pada 20 Febuari 2010 di masjid yang terpilih. Oleh itu orang ramai dan peserta kursus boleh mendapatkan Buku Ibadat Haji sebagai panduan dan rujukan di kedai-kedai buku dengan harga RM10.00. Jika terdapat kesulitan untuk mendapatkannya sila e-mail : mazlan59@gmail.com untuk bantuan.

Wednesday, February 3, 2010

SYARAT RAYUAN 1431H

TH telah menerima banyak permohonan rayuan untuk menunaikan haji pada tahun 1431H. Oleh itu TH perlu membuat penapisan awal bagi mempertimbangkan rayuan tersebut. TH telah membuat penetapan rayuan mengikut kategori berikut yang akan dipertimbangkan.

1. Rayuan Oleh Bakal Haji Yang Mempunyai Masalah Kesihatan.
Permohonan rayuan hendaklah disertakan surat sokongan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan atau Pegawai Perubatan Pakar Swasta.

2. Rayuan Kerana Menjadi Mahram Kepada Bakal Haji Terpilih/Standby. Mahram yang sah mengikut hukum syarak dan perlu melengkapkan borang pengesahan mahram atau Sijil nikah atau sijil beranak jika hubungan dengan anak.

3. Rayuan Oleh Bakal Haji Lanjut Usia. Bakal Haji yang dimaksudkan adalah bakal haji yang berumur 70 tahun dan ke atas.

Rayuan selain mereka yang di kategori di atas tidak dapat dipertimbangkan.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes