Bakal haji yang akan ke tahan suci pada tahun 1431H hendaklah menyediakan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) yang dikeluarkan oleh Pejabat Imigresen Malaysia. Pasport boleh diperolehi bagi tempoh 2 tahun dengan bayaran RM100 dan 5 tahun dengan bayaran RM300. Kos tersebut adalah atas tanggungan sendiri. Bakal haji yang telah mempunyai PMA dan Permastautin Tetap (PR) yang menggunakan pasport negara asal hendaklah sahlakunya selepas/melebihi 15 Jun 2011 dan mempunyai 4 muka surat kosong secara berturutan sebelah menyebelah. TH akan mengeluarkan surat kepada bakal haji bagi tujuan penyerahan PMA.
Apabila bakal haji berurusan dengan Pejabat Imigresen pastikan perkara berikut diambil tindakan.
- Borang Permohonan Pasport/Dokumen Perjalanan dilengkapkan.( baru boleh ambil nombor giliran )
- Dua (2) keping gambar berukuran 3.5 sm x 5.0 sm berlatarbelakang biru.
- Fotostat kad pengenalan depan dan belakang pada satu muka surat kertas A4. Bawa bersama yang asal.
- Sijil Lahir yang asal (jika mykad tidak boleh dibaca)
Proses menunggu adalah seperti berikut:
- No giliran dipanggil untuk urusan cap jari kanan dan bacaan ibu jari kiri dan kanan. Setelah selesai kena tunggu.
- No giliran yang sama dipanggil bagi urusan bayaran.
- Kena tunggu lebih kurang 2 jam untuk dipanggil mengambil pasport.
0 comments:
Post a Comment