Monday, July 18, 2011

MENANGGAL RAMBUT ATAU BULU

Jemaah Haji yang dalam Ihram dilarang menanggal, mencabut atau mengunting rambut atau bulu di mana-mana anggota badan.
• Jika berlakunya disebabkan tidak sengaja atau terlupa maka perbuatan itu tidak berdosa tetapi dikenakan Dam.
• Keadaan rambut yang tertanggal semasa tidor atau tertanggal dengan sendiri seperti contoh terdapat rambut pada penutup kepala bagi wanita maka tidak dikenakan dam dan tidak berdosa.
• Semasa mengambil wuduk berlakunya bulu dimuka gugur maka ianya tidak berdosa tapi dikenakan dam.
• Jika pesakit diperlukan oleh Doktor untuk bercukur disebahagian anggota maka pesakit tidak berdosa tapi di kenakan dam kepada pesakit.
• Jika rambut atau bulu tercabut sehelai dalam satu masa, maka dam secupak makanan asasi makanan penduduk Makkah. Jika rambut atau bulu tercabut sehelia banyak kali, lain masa maka dam adalah hitungan helai kali dengan jumlah helai rambut atau bulu.
• Jika dalam satu masa rambut atau bulu tercabut 3 helai atau lebih maka dam seekor kambing.
• Jika rambut atau bulu tercabut sehelai dan berturut-turut maka damnya seekor kambing.
• Jika kulit tercabut dan pada kulit terdapat bulu, tidak dikenakan dam kerana yang tercabut adalah kulit dan bulu mengikutnya.
Hikmat kepada rambut atau bulu yang diciptakan tuhan kepada manusia:
• Rambut adalah mahkota dan kecantikan manusia.
• Allah memberi peringatan kepada manusia dengan rambut. Manusia akan melihat perubahan rambut dalam kehidupan seperti pada mulanya rambut hitam dan lebat, kemudian putih dan jarang. Sedarlah manusia kepada matalamat kehidupan iaitu mati.
• Perbezaan lelaki dengan wanita ialah bulu seperti misai dan jangut. Islam lelaki menyerupai wanita atau sebaliknya.
• Memikirkan kehebatan Allah menciptakan keistemewa bulu walaupun sehelai kepada manusia. Sebagai contoh bulu hidung berperanan untuk menapis udara yang disedut melalui hidung.
• Menyedarkan setiap ciptaan Allah kepada helaian rambut atau bulu adalah berbeza walaupun pada zahir sama.
Manusia kebiasaannya terlupa untuk berfikir perkara yang kecil, tetapi bila semasa dalam ihram dilarang menanggalkan rambut atau bulu maka kita akan berfikir tentang kebesaran Allah.

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes