Mereka yang dalam Ihram di larang memakai minyak pada rambut, janggut dan semua bulu pada muka. Larangan ini dikenakan kepada lelaki dan perempuan. Semasa dalam ihram jemaah haji atau umrah tidak dapat mengemaskan rambut dengan minyak. Keadaan rambut, misai dan janggut yang tidak terurus maka terasa oleh kita kehinaan diri kepada Allah s.w.t. Apabila kita memandang pengemis dan orang miskin terasa pada masa itu kita juga pengemis dan miskin di sisi Allah s.w.t. Maka pengharapan dan meminta belas kasihan dari Allah s.w.t. Dengan itu dapat membentuk diri supaya menghilangkan sifat sombong dan takabur sesama manusia. Sifat itu adalah penyebab Syaitan di Laknati oleh Allah s.w.t sehingga dikeluarkan daripada Shurga. Jemaah Haji telah melontar sifat syaitan dan mazmumah semasa membuat lontaran di Mina. Seharusnya kita sedari perlakuan kita dan tidak mengulangi sifat tersebut. Insya Allah melayak jemaah haji mendapat Syurga. Haji Mabrur selayaknya Syurga.
0 comments:
Post a Comment