Monday, July 11, 2011

PENYERAHAN PASPOT MALAYSIA ANTARABANGSA

Bakal Haji yang berurusan dengan THWP akan memulakan menyerahkan Paspot Malaysia Antarabangsa (PMA) pada 18 Julai 2011. Surat panggilan akan dikeluarkan dalam minggu ini. Bakal haji hendaklah menyerahkan PMA masing-masing, tidak boleh diwakilkan. Bakal haji perlu menurunkan cap jari pada surat yang disediakan oleh TH dan juga merakam dalam sistem TH cap jari bagi tujuan urusan pengeluran di Tanah Suci.
Bakal haji yang telah lama mempunyai PMA sila pastikan tarikh sah laku melepasi 15 Mei 2012 dan 4 muka surat kosong. Sila pastikan dengan Imigresen kebenaran keluar negara.
Permastautin Tetap hendaklah menyerahkan Pasport Negara Asal. Sah laku melepasi 15 Mei 2012 dan 4 muka surat kosong. Bakal haji Permastautin Tetap hendaklah membuat Perakuan Bersunpah dengan Persuruhjaya Sumpan.
Bakal haji yang perlukan Paspot bagi tujuan ke luar negara hendaklah berunding dengan THWP, tarikh yang sesuai untuk penyerahan.
Semasa penyerahan PMA bakal haji perlu membawa 2 keping gambar Visa berukuran 4 x 6 cm berlatarbelakang putih. Sila pastikan dibelakang tiap-tiap gambar tersebut di catatkan nama dan no. kad pengenalan.

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes