Tuesday, December 30, 2014

SURAT TAWARAN TERPILIH BAKAL HAJI 1436H

Tabung Haji telah mengeluarkan Surat Tawaran Peringkat Pertama kepada Bakal Haji 1436H yang Terpilih dan tempoh menjawab sebelum atau pada 3 Jan 2015.
Bakal Haji 1436H yang telah menerima surat Tawaran Terpilih harap dapat disegerakan menjawab.
Mereka yang Mendaftar Haji sebelum Akhir Jun 2007 bolehlah membuat semakan dengan
THCC 03 62071919 untuk memastikan samada mereka termasuk dalam senarai Terpilih.

Sehingga 30 Dis 2014 sebanyak 49.96% mereka yang di Tawar Terpilih yang berurusan dengan THWP masih belum menjawab Tawaran. Jika mereka tidak menjawab sehingga 3 Jan 2015 , mereka dianggap menolak Tawaran dan tiada jaminan  ditawarkan pada Musim-musim Haji berikutnya. 

Monday, December 29, 2014

KURSUS ASAS HAJI 1436H

Kursus Asas Haji (KAH) 1436H akan bermula awal Januari 2015. KAH adalah terbuka kepada semua umat Islam, samada belum mendaftar Haji, telah mendaftar tapi lambat lagi giliran, mereka yang sedang membuat Rayuan untuk pergi tahun 1436H dan mereka yang terpilih 1436H ( Wajib) hadir.

Di Kawasan Wilayah Persekutuan banyak pihak yang menganjurkan KAH diantaranya Anjuran Pihak Masjis, Anjuran orang perseorangan, Syarikat Umrah dan Syarikat Pengendali Jemaah Haji. Bakal Haji yang akan menunaikan Haji atau mereka yang membuat Rayuan untuk menunai Haji 1436H adalah digalakan mengikuti KAH 1436H Anjuran Tabung Haji kerana Modul KAH telah disusun mengikut keperluan Bakal Haji supaya bakal Haji bermaklumat berkaitan Ibadah, Pengurusan Haji, Pengurusan Kesihatan dan Permasalahan Wanita berkaitan Ibadat.

THWP telah memlilh 25 lokasi KAH 1436H yang akan diadakan pada Hari Sabtu dan Ahad selama 17 Minggu (Siri). Waktu yang ditentukan , ada lokasi KAH mengadakan disebelah pagi dan ada yang mengadakan di sebelah petang. KAH 1436H tidak dikenakan bayaran Pendaftaran kepada peserta KAH.
Oleh itu mereka yang berada di Wilayah Persekutuan mempunyai banyak pilihan untuk mengikuti KAH.

Sebarang pertanyaan berkaitan Lokasi KAH 1436H bolehlah membuat pertanyaan melalui email, pppemwil@lth.gov.my

Monday, December 22, 2014

SURAT TAWARAN HAJI 1436H

THWP telah mengeluarkan surat Tawaran Haji 1436H kepada bakal Haji yang terpilih kepada mereka yang berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur , Putrajaya dan kawasan berhampiran.
Bakal Haji yang di Tawarkan Haji peringkat pertama adalah mereka yang berdaftar sebelum atau 30 Jun 2007. Mereka yang mendaftar pada tarikh ini yang tidak menerima Surat Tawaran bolehlah membuat semakan melalui email : pppemwil@lth.gov.my dengam menyatakan nama dan no IC.

Bakal Haji 1436H yang menerima surat Tawaran hendaklah menjawab Tawaran sebelum atau pada 3 Jan 2015. Semasa menjawab Bakal Haji 436H perlu ada dalam Akaun TH tidak Kurang RM9,980.00 bagi mereka yang pertama kali menunaikan Haji dan RM16,155.00 bagi mereka yang menunaikan Haji lebih dari sekali. Bayaran Haji tertakluk kepada perubahan yang akan dimaklumkan kemudian.

Kouta Haji 1436H adalah seramai 22,230 orang saja.

Monday, December 8, 2014

HIMPUNAN PERSAUDARAAN HUJJAJ (HISHAJ) WILAYAH PERSEKUTUAN

Tabung Haji Wilayah Persekutuan akan mengadakan Himpunan Persaudaraan Hujjaj Peringkat Wilayah Persekutuan pada 13 Disember 2014 bertempat di Dewan Solat Masjid Negara jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari.

Antara tujuan Himpunan Persaudaraan Hujjah adalah seperti berikut:
  • Mengekalkan dan meningkatkan hubungan silaturrahim di kalangan jemaah haji setempat bagi mengalakan hubungan masyarakat yang sihat.
  • Mengekalkan roh haji/falsafah haji
  • Majlis ilmu di kalangan jemaah haji
Surat jemputan telah dikeluarkan kepada bakal haji kawasan Wilayah Persekutan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Jemaah Haji yang menerima surat perlu menjawab kehadiran selewat-lewatnya pada 10 Disember 2014.

Jemaah Haji lelaki diminta memakai Jubah Putih dan Jemaah Wanita memakai Jubah Hitam.

Kehadiran Jemaah Haji sangat dihargai.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes