Lelaki dan wanita di larang memakai minyak wangi semasa Ihram.
Perkara yang dibolehkan semasa dalam ihram adalah seperti berikut:
• Menggunakan ubat gigi, sabun mandi, syampu dan minyak angin walaupun berbau wangi. Penggunaannya adalah bertujuan untuk membersihkan dan berubat.
• Memakan makanan dan minuman yang berperisa wangian kerana ianya untuk menyedapkan makanan atau minuman.
• Memakai atau menghidu wangi-wangian secara terlupa atau tidak sengaja, maka hendaklah dihilangkan wangi-wang dengan segera. Tidak dikenakan dam dan tidak berdosa.
• Dicalit atau disembur tanpa kerelaan pada badan atau pakaian, maka hendaklah segera membasuh jika berkemampuan. Tidak dikenakan dam dan tidak berdosa.
• Mereka dalam ihram hendaklah jangan memegang kelambu, dinding kaabah atau mencium Hajar Aswad kerana kebiasaannya dilumurkan dengan minyak wangi.
Pengajaran kenapa dilarang semasa dalam ihram, bagaimana kedudukan sesaorang samada kaya, berkedudukan, berjawatan, manusia sifatnya kekurangan iaitu berbau busuk. Kenapa manusia ingin bersifat sombong atau merasa jijik kepada orang miskin atau pengemis. Oleh itu sedarlah bahawa kita adalah makhluk tuhan sangat bergantung kepada makhluk lain.
Sunday, July 3, 2011
MEMAKAI WANGI-WANGIAN
9:47 AM
Unknown
No comments
0 comments:
Post a Comment