Friday, August 31, 2012

BEG GALAS 5KG JEMAAH HAJI MUASSASAH


Bakal Haji Muassasah akan dipanggil melalui surat untuk mengambil beg galas 5 kg. Beg ini akan digunakan oleh bakal haji sebagai beg untuk dibawa bersama dalam pesawat semasa pemergian ke Tanah Suci. Yang Utamanya beg ini akan digunakan semasa ke Arafah, Mudzlifah dan Mina. 
Surat tersebut Insya Allah akan diposkan selepas Kursus Perdana Haji yang akan diada bermula esok (1 Sept. 2012 )
Beg ini boleh digunakan pelbagai cara iaitu dengan di sandang, di bimbit atau ditarik kerana beg ini ada roda.
Bakal haji perlu meletakkan tag nama, alamat dan No KT. Buatkan tanda yang unik bagi mengenalkan beg masing-masing kerana beg yang diberi sama saja dengan bakal haji lain. Contoh tanda-tanda ialah mengikatkan kain kecil berwarna atau mengikatkan barang-barang yang unik yang bakal haji kenali. Dengan melakukan demikian boleh memudahkan bakal haji mencari beg semasa sampai di Lapangan Terbang, turun daripada bas dan sebagainya.

8 comments:

Anonymous said...

Assalamualaium Tn Haji,
Terima kasih atas info terkini dan terima kasih juga kerana pihak TH telah menjayakan kursus perdana dgn sempurna pada 1 & 2 sept lalu untuk kami semua. Saya sangat terharu dapat bersama-sama menajalaninya dan mendapat pengalaman sebelum melalui suasana yg sebenar di sana nanti. Beg galas kena ambil di pejabat Tn Haji atau semasa mendaftar di Kelana Jaya?

annur huda said...

Assalamualaikum Tn Haji..

Alhamdulillah, saya juga mengambil bahagian dalam kursus Haji perdana di Putrajaya pada 1 dan 2 sept.

banyak maklumat yang saya perolehi,ini pertama kali saya untuk menunaikan Haji, insyaAllah, akan menurut sagala yg telah di beritahu. Semoga segalanya berjalan dengan lancar...ameen..

wan nurul huda,
KL

Hj Mazlan said...

Assalamualaikum

Bakal Haji Muassasah

THWP akan pos Surat panggilan Bakal Haji Muassasah untuk mengambil beg galas pada 6 Sept.
Beg galas mula boleh di ambil pada 12 Sept. seperti yang dimaklumkan dalam surat panggilan.

Jika Bakal Haji Muassasah tidak menerima surat minggu depan. Boleh datang ambil beg galas dengan membawa Buku Rekod Rawatan sebagai rujukan.

Selamat Berangkat Ke Tanah Suci untuk menunai Haji. Semoga mendapat Haji Mabrur.

zaidi said...

Assalamualaikum Tuan Hj Mazlan,

Boleh tak saya menggunakan bag pack saya sendiri dengan saiz yang sama dengan beg galas yang dibekalkan oleh tabung haji?

Terima kasih

Hj Mazlan said...

Assalamualaikum

Zaidi

Boleh menggunakan beg lain yang saiznya sama dengan beg yang diberi oleh TH. Tapi semasa Ke Arafah, Mudzilafah dan Mina guna beg TH kerana boleh membantu Petugas TH untuk mengumpul beg yang tertinggal untuk diserahkan kpd pemilik kerana Petugas boleh mengenal beg tersebut milik Jemaah Haji Malaysia.

azit zulkifli said...

Salaam Tn Hj Mazlan,
Terima kasih kerana emelkan surat tarikh penerbangan tu. Surat tu bertarikh 16/08/12 dan sehingga kini masih lagi tak terima melaui pos.....nasib baik LTH emelkan kerana flight saya pd 17 sept ni. Dan terima kasih juga kerana benarkan guna kad kesihatan sbg ganti surat utk ambil beg 5kg tu, kerana sistem pos surat mungkin berlaku kelewatan. Mungkin LTH perlu gunakan cara kombinasi E-mel dan pos biasa untuk urusan2 jemaah haji.

Hj Mazlan said...

Assalamualaikum

Surat yang TH keluarkan untuk mengambil beg adalah untuk bakal haji Muassasah sahaja. Jika apabila surat panggilan untuk mengambil beg diterima kemudian bakal haji telah mendapat status Pakej atau ikut Syarikat yang dibenarkan oleh TH, bakal haji tak perlu datang untuk ambil beg dengan TH keran Pakej atau syarikat akan menyerahkan beg.

Hj Mazlan said...

Assalamualaikum

Bakal Haji Muassasah, Pakej TH dan Syarikat yang dibenarkan TH di kawasan Lembah Kelang yang belum mendapat Beg Galas (Muassasah saja) dan barang hadiah boleh berurusan di THWP Maju Junction (TH Perdana) tertakluk kepada stok.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes