Saturday, September 15, 2012

BAKAL HAJI MELAPOR DIRI


Bakal Haji hendaklah memastikan tarikh dan waktu melapor diri berpandukan Surat Jadual Penerbangan (SJP). Jika tidak jelas atau keliru sila hubungi THCC 03 62071919 untuk kepastian. THCC akan beroperasi 24 jam bermila 16 September 2012.
Sebelum bergerak ke Kelana Jaya atau stesen berlepas yang lain, pastikan SJP , Buku Rekod Rawatan dibawa dan disimpan dalam beg bimbit yang akan bersama dengan bakal haji. Dokumen tersebut akan di buat rujukan selalu.
Pasti Gelang Pengenalan Haji (GPH) di pakai di rumah sebelum bergerak ke Kelana Jaya. Bakal yang masih belum menerima GPH buat laporan semasa di Kelana Jaya.
Kad Pengenalan, Lesen Memandu, Buku Akaun TH  dan apa-apa dokumen yang  tidak diperlukan di Tanah Suci, jangan dibawa.
Bakal Haji hendaklah berada di Kompleks Haji Kelana Jaya 2 jam sebelum waktu melapor diri.
Apabila sampai sila rujuk kepada Petugas TH. Bakal Haji boleh mengambil Lencana, Beg Selendang, Stiker penempatan dan lain-lain yang akan diserahkan kepada bakal haji.
Semasa melapor diri Pasport, Bording Pas dan tiket kapalterbang akan diserahkan. Seterusnya melalui proses selanjutnya.

6 comments:

Unknown said...

salam tuan haji.

Pertama sekali saya ingin merakamkan berbyk2 terima kasih atas mklum balas yg diterima selama ini di blog tn Haji...byk yg membantu !!.Namun saya ada lagi pertanyaan.Iaitu Penerbgn saya pd 21/9.No penerbgn KT17.Blh saya tahu masa berlps dari KLIA ..kerana tiada dinyatakn dlm surat jadual penerbgn.

t ksh.

Hj mazlan said...

Assalamualaikum

KT17 akan berlepas dijangka 4 jam selepas waktu lapor diri

Haris said...

As Salam Tn Hj Mazlan. Sy agak keliru dgn maklumat berkaitan waktu lapor diri. Dlm JPH catat 21/9/2012 jam 12.30 tgh d Kelana Jaya. Tn hj cadangkan mesti berada d Kelana Jaya 2 jam sebelum lapor diri. Jadi jangkaannya jam 10.30 pg lah waktu lapor diri sebenarnya??? Mohon pengesahan Terima kasih

Unknown said...

Salam Tn Haji. Mohon nasihat. Tukaran Saudi Riyal di TH Kelana Jaya perlu dilakukan sebelum/selepas mendaftar? Setahu saya jika dah diberi boarding pass jemaah haji tak boleh keluar dah.

Hj Mazlan said...

Assalamualaikum

En Haris

Betul seeloknya pada 10.30 pg telah berada di Kompleks Haji dan bertanya Petugas TH untuk urusan tertentu sebelum Melapor Diri. Kebiasaannya bakal haji akan mengambil lencana, beg selendang (kecil), pelekat penempatan bilik di Tanah suci dan lain-lain.

Puan Sarinah

Perkhidmatan TH dan Bank Islam diberi sebelum melapor diri di tempat yang disediakan dan selepas melapor diri di dalam Dewan Berlepas.

Haris said...

As Salam Tn Hj Mazlan.

Terima kasih banyak-banyak atas penjelasan waktu melapor diri. Panggilan Allah SWT untuk tetamuNya d Malaysia telah bermula. Dikesempatan ini didoakan kita jemaah haji 1433H dipermudahkan, dilindungi dan dirahmati Allah SWT dalam ibadah haji nanti serta dikurniakan haji mabrur. Amin.......

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes