Monday, January 9, 2012

PROGRAM HIMPUNAN PERSAUDARAAN HUJJAJ (HISHAJ)

Alhamdulillah Jemaah Haji 1432H telah selamat kembali ke Tanah Air, semoga mendapat Haji Mabrur.

Pada tahun ini Tabung Haji Wilayah akan mengadakan Perhimpunan Persaudaraan Hujjah Musim Haji 1432H sebagai penyatuan ummah dengan pembentukan generasi haji melalui ibadat haji.

Di antara objektif program adalah seperti berikut :

1. Mengekalkan dan meningkatkan perhubungan silaturrahim di kalangan jemaah haji setempat bagi menggalakkan masyarakat yang sihat.

2. Mengekalkan roh haji/falsafah haji.

3. Majlis ilmu di kalangan jemaah haji.

Sehubungan itu, 3,000 jemaah haji 1432H dibawah pengendalian Tabung Haji Wilayah Persekutuan dijemput untuk menghadiri program HISHAJ seperti butiran berikut :

Tarikh : 29 Januari 2012
Masa : 09:00 pagi hingga 12:30 tengahari
Tempat : Ruang Solat Masjid Negara

Bagi melancarkan segala urusan persiapan program ini, jemaah haji yang dijemput melalui surat dimohon mengesahkan kehadiran masing-masing di pejabat TH Maju Junctions, TH Jalan Tun Razak (Kaunter Khidmat Pelanggan) dan TH Putra Jaya sebelum atau pada tarikh 18 JAN 2012 jika tidak menjawab dikira tidak dapat hadir pada tarikh tersebut. Jawapan kehadiran juga boleh dibuat melalui emai : phptdwilwil@lth.gov.my dengan memaklumkan nama , nombor kad pengenalan dan hadir. Jawapan ini sangat penting bagi mengelakan pembaziran makanan yang akan disediakan.

Kehadiran jemaah haji akan dapat merealisasikan objektif program ini untuk manfaat dan kebaikan kita bersama, InsyaAllah.

2 comments:

Haji Mazlan said...

Assalamualaikum

Haji dan Hajjah 1432H yang telah menjawab untuk hadir pada Himpunan Persaudaraan Hujjah (HISHAJ) pada 29 Januari 2012 di Masjid Negara.

Harap ambil perhatian HISHAJ telah ditukarkan tempat iaitu Di Dewan Muktamar Pusat Islam (Sebelah Masjid Negara)pada waktu 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari.

Haji Mazlan
Pengurus Pentadbiran/Haji
Tabung Haji Wilayah Persekutuan

jabir said...

Assalamu'alaikum Tuan Haji Mazlan,
Untuk di kongsi bersama, pagi semalam HISHAJ di Masjid Jamek Pekan Kajang, antara ceramah Tuan Haji Mohammad Rozi dari KUIS:

SUDAH HAJIKAH ?

Syaikh Al-Junaid Al-Baghdadi q.s. kedatangan seorang tamu. Beliau bertanya, “Dari mana saja anda ?”

Tamu itu menjawab, “Aku baru menunaikan ibadah haji”.

“Sejak pertama berangkat dari rumah, apakah kamu telah meninggalkan semua dosa ?” Syaikh Al-Junaid q.s. kembali bertanya.

“Belum”, tamu itu menjawab.

“Berarti engkau tidak sedang dalam perjalanan ruhani. Apakah setiap beristirahat di malam hari, engkau melintasi semua maqam di jalan menuju Allah ?”

“Tidak”

“Berarti engkau tidak menempuh perjalanan setahap demi setahap. Ketika memakai pakaian ihram, apakah engkau melepaskan sifat-sifat manusiawi seperti engkau melepaskan pakaian sehari-hari ?”

“Tidak”

“Berarti engkau tidak mengenakan pakaian haji (ihram). Ketika engkau singgah di ‘Arafah, apakah engkau menyaksikan (musyahadah) Allah ?”

“Belum”

“Berarti engkau tidak singgah di ‘Arafah. Ketika ke Muzdalifah dan mencapai keinginanmu, apakah engkau telah meniadakan hawa nafsumu ?”

“Belum”

“Berarti engkau tidak pergi ke Muzdalifah. Ketika tawaf mengelilingi Ka’bah, apakah engkau telah menyaksikan keindahan non materil Tuhan ?”

“Belum”

“Berarti engkau tidak mengelilingi Ka’bah. Ketika sa’i antara sofa dan marwa, apakah engkau telah menggapai kesucian dan kebajikan ?”

“Belum“

“Berarti engkau tidak sa’i antara sofa dan marwa. Ketika sampai ke Mina, apakah keinginanmu telah sirna ?”

“Tidak”

“Berarti engkau belum mengunjungi Mina. Ketika sampai di tempat penyembelihan kurban, apakah engkau mengurbankan segala hawa nafsu ?”

“Tidak”

“Berarti engkau belum berkurban. Ketika melempar batu jumrah, apakah engkau telah melemparkan pikiran-pikiran hawa nafsu yang menyertaimu ?”

“Belum”

“Berarti engkau belum melaksanakan jumrah. Engkau belum melaksanakan ibadah haji. Kembalilah ! lakukan ibadah haji seperti yang aku gambarkan agar engkau bisa sampai ke maqam Ibrahim”

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes