Tuesday, January 31, 2012

PERJALANAN HIMPUNAN PERSAUDARAAN HUJJAH 1432H

Pada 29 Januari 2012 jam 8.30, Haji dan Hajah 1432H telah mula dating ke Dewan Muktamar Pusat Islam bagi menghadiri Himpunan Persaudaraan Hujjah 1432H peringkat Wilayah Persekutuan.
Dewan telah dipenuhi oleh Haji dan Hajah bertepatan jam 9.30 pagi dengan dimulai Pemohonan Doa oleh Ustaz Haji Zambri Zainal Abidin dan Ucapan Perasmian oleh Tuan Haji Hamidun Ibrahim, Pengarah Tabung Haji Wilayah Persekutuan.
Dalam Himpunan ini di isi Foram Mengekal Kemabruran Haji antara Ahli Panel ialah Dr. Haji Zuklifli Mohamad Al Bakri dan Ustaz Haji Zambri Zainal Abidin.
Semasa Himpunan beberapa perkara dapat dimanafaat oleh Haji dan Hajah adalah seperti berikut:
• Merapatkan hubungan Silaturahim di antara Haji, Hajah dan Anggota Tabung Haji. Bagaimana Haji dan Hajah boleh sentiasa berhubung dan bertanya khabar di antara satu sama lain.
• Merasakan suasana dan imbauwan pengelamaan Haji di Tanah Suci Mekkah dan Madinah. Mengadakan beberapa kali Majlis Ilmu berbentyu Ceramah, Forem atau Pembentangan Kertas Kerja.
• Membuat kajian dan perhitungan dimana pengamalan Haji dan Hajah bagi mengekalkan Kemabruran Haji. Membantu Haji dan Hajah untuk mempertingkat usaha menjadi Insan yang dihadapan melakukan sesuatu kerja Kebajikan dan Ketakwaan.
• Meningkatkan sumbangan Haji dan Hajah kepada Keluarga, Masyarakat, tempat kerja dan Negara. Melakukan pelbagai aktiviti yang boleh dimanafaat oleh orang ramai.
• Memikirkan Program lain yang boleh menyatukan Haji dan Hajah susulan Himpunan ini. Boleh diujudkan Jawatankuasa antara Haji dan Hajah supaya ada pengerak untuk melaksanakan Progrem.
• Memikirkan bentuk dakwah yang boleh disampaikan kepada Masyarakat Islam dan Bukan Islam. Mengadakan aktiviti bersama masyarakat setempat bagi menyampaikan Keindahan Islam melalui Ibadat Haji.
Kepada Haji dan Hajah diminta mencadangkan bagaimana ingin mengerakan Haji, Hajah dan Umat bagi manafaat bersama.

1 comments:

Hj.Zulkifli B.Hj.Zahari said...

Assalamualaikum Tuan Hj.Mazlan,
Alhamdulillah dan syukur kpd Allah swt,saya dan isteri turut serta dlm himpunan tersebut.Saya dan isteri jemaah KT17.Lanjutan dari himpunan tersebut,telah diujudkan kumpulan "Jemaah Haji 2011" di Facebook.Ini linknya:
www.facebook.com/groups/230175917067417/
Semoga semua jemaah haji yg mengerjakan haji dalam tahun 2011,jika terbaca komen ini dapat bergabung di kumpulan tersebut.
Wassalam

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes