Tuesday, December 24, 2013

BAKAL HAJI 1435 HIJRAH


Tabung Haji telah mengeluarkan surat tawaran menunaikan haji pada 1435 H kepada bakal haji yang mendaftar sebelum 13 Mac 2013.

Mereka yang terlibat diharap menjawab tawaran ini samada Menerima atau Menolak Tawaran sebelum atau pada 9 Jan 2014.

Semasa menjawab menerima Tawaran pastikan simpanan dalam akaun TH Bakal-bakal haji tidak kurang dari RM9,980.00 bagi mereka yang pertama kali menunaikan haji.

Bakal Haji yang akan menunaikan haji melebihi sekali simpanan dalam AkaunTH tidak kurang RM15,555.00.  Jumlah tersebut adalah panduan Bayaran Haji 1435H

Bayaran Haji akan ditolak dari Akaun TH bakal-bakal haji apabila menerima pengesahan menerima tawara.

Bayaran Haji tersebut tertakluk kepada pindaan.

Bakal Haji wanita berumur 44 tahun dan ke bawah perlu bersama dengan Mahram .

Jika tiada Mahram bakal haji wanita ini perlulah menangguhkan pemergian nya.

12 comments:

azira said...

Assalamualaikum,

Saya telah menerima tawaran haji pada tahun 2014, dan sedang membuat rayuan untuk abang kandung sebagai mahram. Bagaimana saya ingin menjawab surat tawaran selagi tidak menerima keputusan rayuan untuk abang kandung tersebut.

Terima kasih.

Anonymous said...

Puan Azira jawab dulu menerima tawaran.
Jika hampir masuk bulan Ramadhan tiada jawapan Rayuan Mahram, puan boleh membuat penangguhan.

Anonymous said...

Assalamualaikum..
Tn. Haji,

Saya telah menerima tawaran haji 1435 H dan telah menjawab surat terima tawaran (Lampiran A). Bagi rayuan mahram (sya berumur bawah 44 tahun), saya telah mencadangkan adik lelaki. Selain dari maklumat mahram yang telah diisi di Lampiran A, adakah saya masih perlu membuat surat rayuan berasingan. Mohon pencerahan berkenaan proses penuh rayuan mahram. STK.

Rohaizad said...

Assalamualaikum,

Betul ke kenyataan untuk bakal haji yang berdaftar sebelum 13 Mac 2013?

hj mazlan said...

Wanita berumur 44 tahun kebawah yang mahram nya tidak terpilih, perlu membuat rayuan dengan melengkapkan borang yang disediakan.

mereka yang mendaftar sebelum 13 Mac 2007 sila membuat pertanyaan melalui no 03 62071919 atau email phptdwil@lth.gov.my

M.RIDZUAN said...

Asalamualaikum,
Tuan Haji Mazlan,
Saya dan iseri telah menerima tawaran untuk menunaikan fardu haji pada 2014. Adakah perlu dimaklumkan kepada Tabung Haji jika kami ingin pergi secara pakej. Adakah Tabung haji menyediakan pakej untuk jemaah haji.

Hj Mazlan said...

M Ridzwan

Bakal Haji yang Terpilih boleh membuat Pendaftaran dengan Pakej THTS atau Syarikat yang di benar TH

Unknown said...

Tuan,

Keputusan rayuan haji perlu menunggu selewat2 Nya sebelum ramadhan. Setiap hari jugalah saya berharap & menanti jawapan dari pihak TH.

Menerusi pengalaman tuan, adakah rayuan kali kedua Ini mempunyai harapan cerah untuk di senarai sebagai jemaah TERPILIH?

SAya faham harapan untuk di pilih bergantung kepada kuota & jemaah lain yng menarik diri atas sebab2 tertentu.

Mohon pencerahan dari tuan,

Terima kasih
Rose

Hj Mazlan said...

Tertakluk kepada siapa daftar dulu di dulukan.

Unknown said...

Assalam tuan Haji,.. saya dan isteri sepatutnya terpilih utk tahun 2014 ini,... malangnya saya dan isteri tidak menerima surat tawaran haji sehinggalah tamat tempoh mengemukakan jawapan pada 9 Jan 2014. saya telah membuat semakan di pejabat tabung haji dan seterusnya surat rayuan tawaran semula telah dikemukakan ke Tingkat 30 Menara TH. soalan saya adalah, Bolehkan saya menarik ibu mertua saya yang sepaptutnya ditawarkan pada tahun 2015 utk pergi bersama saya dan isteri pada tahun 2014 ini..? sedangkan status saya pun masih dlm Rayuan juga... Mohon pandangan Tuan Haji dlm isu ini. Terim kasih. Aizuddin

tim said...

Assalammualaikum ustaz...sy br buatrayuan bg pihak bapa sy..doakan semoga bapa sy dapat menunaikan haji untukbtahun ini. Lagipun bapa sy dah 61 tahun.. faham2 je org kpgkeadaan diorang camne ..

Unknown said...

Maaf mencelah tp abg saya yg buat rayuan utk mengikut emak yg sudah berumur tidak dilayan kenapa, mak saya mengikut srt rayuan hajinya adalah org yg ptma, mak dan abg buat rayuan serentak

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes