Bakal haji Terpilih 1432H akan dipanggil untuk menghadiri Kursus Perdana Haji. Kursus ini adalah bagi tujuan melakukan Simulasi Umrah dan Haji. Bakal Haji akan melaksanakan Simulasi berbekal Ilmu Ibadat Umrah dan Haji semasa Kursus Asas Haji dan Kursus Intensif Haji. Bakal Haji yang tidak mengikuti kedua Kursus tersebut akan menghadapi kesulitan. Walau bagaimana pun mereka boleh melalui pengalaman kemungkinan dialami semasa di Tanah Suci. Pengalaman yang akan dilalui ialah seperti berikut:
• Peserta kursus menunggu bas untuk bergerak dari tempat letak kereta ke Masjid Putra. Beratur untuk menaiki bas. Menaiki bas yang penuh sesak. Keadaan ini akan dilalui oleh bakal haji semasa pergerakan Jeddah ke Madinah, Mekah, Arafah, Muzdalifah, Mina.
• Beratur untuk pelbagai urusan. Selain menaiki bas , perserta Kurusu akan beratur untuk mendaftar, mendapatkan makanan, mengambil wuduk, menggunakan tandas dan semasa di Tanah Suci.
• Berehat dan tidur dengan beralaskan tikar. Tiada tilam yang tebal. Pengalaman ini akan di rasa semasa di Arafah, Muzdalifah dan Mina.
• Beriktikaf dalam masjid. Bakal haji berhajat untuk beritikaf di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
• Suasana haji kerana semasa mendengar taklimat dan solat Asar semua memakai pakaian ihram. Peserta kursus akan memakai pakaian ihram selama lebih kurang 10 jam. Dalam tempuh tersebut peserta kursus makan, solat dan berehat dalam pakaian ihram.
• Tawaf, Saie dan melontar dalam suasana orang ramai.
Pengalaman ini tidak boleh diperolehi di Universiti dan sangat berharga supaya bakal haji memikirkan samada mengambil langkah persiapan yang boleh dilakukan. Jika tiada persiapan maka bakal haji hendaklah .menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut

0 comments:
Post a Comment