Sunday, August 7, 2011

KESHUKURAN MENUNAI HAJI DAN UMRAH

Alhamdulliah ramai mereka yang ke Tanah Suci adalah mereka yang berkemampuan dengan wang ringgit. Mereka di Tanah Air mempunyai rumah yang mempunyai kemudahan keperluan asas seperti bilik air, bilik tidur, ruang tamu dan meja makan. Di dalam bilik tidur biasanya digunakan seorang atau 2 orang suami isteri atau bersama akan kecil. Bilik tidur dilengkapkan keperluan cermin, almari dan tempat sangkut pakaian. Mereka juga mempunyai kenderaan, sekurang-kurangnya motosikal 70 cc. Mahu kemana-mana seperti ke kedai, masjid atau surau walaupun dekat menaiki kenderaan.
Bagi kebanyakan jemaah haji yang berada di Mekah akan menginanapi di bilik kebiasaan 2 orang. Dalam musim haji, akan digunakan seramai 6 hingga 8 orang sebilik yang mengunakan bilik air secara berkongsi. Dalam bilik tersebut tiada ruang untuk almari. Pakaian digantung pada tempat yang boleh digantung mengikut kreativiti mereka. Bilik berhawa dingin yang kebiasaan di hidupkan sepanjang masa. Di antara mereka tak tahan sejuk atau demam lagilah tak tahan sejuk. Bakal haji hendaklah menyesuaikan diri dengan keadaan itu.
Di Mekah hendak ke Masjid kena berjalan kaki. Mungkin sebahagian Hotel ada kenderaan menunggu ke masjid tapi apabila balik dari masjid kena juga berjalan kerana jalan sesak dengan manusia.
Oleh itu bakal haji hendak banyak bersukur kerana nikmat yang telah di terima selama ini. Tanda bersukurnya kita ialah dapat menyesuaikan diri keatas ketidak selesaan di Tanah Suci kerana keadaan ini adalah sementara dan perginya kita ke Tanah Suci atas mematuhi perintah Allah s.w.t.

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes