Bakal Haji yang akan menunaikan haji pada tahun 1432H sedang melalui pelbagai tekanan.
Tekanan ini telah menimbulkan kegelisahan, marah, serba salah, risau dan pelbagai perasaan nagetif.
Tekanan tersebut di antaranya adalah seperti berikut:
• Banyak kali kena berurusan dengan TH.
Mereka akan menghadapi kesesakan jalan raya, masalah pengangkutan hendak ke TH, masalah tempat letak kereta, bayaran letak kereta, menunggu giliran, masalah untuk keluar pejabat atau cuti.
• Pemeriksaan Kesihatan Wajib.
Mereka akan menghadapi masalah serupa seperti di atas. Jika mereka hendak mendapat sedikit keselesaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan dengan mendapatkan perkhidmatan di Klinik Swasta yang di benarkan oleh Jabatan Kesihatan. Ada bakal haji yang masih belum lulus pemeriksaan kesihatan.
• Penyerahan passport untuk Visa.
Mereka memerlukan pasport bagi tujuan ke luar Negara sebelum berangkat ke Tanah Suci. Kena datang sendiri bagi tujuan penyerahan paspot, tidak boleh diwakilkan.
• Jadual Penerbangan
Mereka akan merasa gelisah kerana ada urusan yang di anggap penting sebelum ke Tanah Suci atau selepas Haji. Antara urusannya ialah Perkahwinan anak, Peperiksaan anak, Konvo anak, tidak dapat cuti tarikh yang ditentukan, masih berada diluar negara dan pelbagai lagi. Mereka berkehendakan tarikh pergi dan balik seperti yang mereka tentukan. Perkara ini adalah mustahil dipenuhi kecuali mereka pergi dengan Pakej THTS atau Pengendali Jemaah Haji (PJH) kerana jadualnya tidak banyak.
• Pasangan belum menerima jawapan.
Mereka sedang menunggu kelulusan rayuan isteri atau suami atau pengiring Bakal Haji Lanjut Usia atau mempunyai penyakit. Bimbang jika bakal membuat pembatalan akan dikenakan denda kerana telah berada dalam bulan Ramadan, tapi mengharapkan rayuan pasangan diluluskan.
• Menunggu Rayuan
Walaupun TH telah menyatakan jika rayuan tiada jawapan sehingga Ramadhan, bermakna tiada tempat pada tahun ini. Mereka tetap menunggu dan terus menunggu. Ada diantara mereka telah membuat persiapan sepenuhnya. Jika menerima jawapan saat akhir mereka sanggup menerimanya.
Oleh itu bakal haji yang masih belum dapat menyesusaikan keadaan ini, hendaklah menerima hakikat perkara adalah sebahagian proses Haji dan akan melalui perkara lain semasa di Tanah Suci.

0 comments:
Post a Comment