Bakal haji akan duduk mengikut nombor yang telah ditentukan. Semasa dalam penerbangan bakal haji akan diberi 2 kali makan. Makanan yang disediakan adalah percuma dan halal. Perjalanan mengambil masa 9 jam untuk sampai ke Jeddah atau Madinah. Pesawat ada yang mendarat di Lapangan terbang Madinah terus. Ada pesawat yang mendarat di Lapangan terbang Jeddah, kemudian menaiki bas untuk ke Madinah.
Apabila masuk waktu solat lakukanlah solat menghormati waktu. Jangan menggunakan air tandas bagi tujuan mengambil wuduk. Air yang ada terhad dan akan mengakibatkan air membasahi lantai, boleh mendatangkan bahaya kepada pesawat.
Semasa dalam pesawat yang mengambil masa lama, tentu membosankan. Bagi mengatasi kebosanan tersebut, masa perlu di isi dengan perkara yang berfaedah seperti membaca buku berkaitan Ibadat Haji, mengaji Al Quran, berzikir atau berdoa.
Bakal Haji yang akan ke Madinah akan memakai pakaian biasa tapi bagi mereka yang ke Mekah seeloknya telah memakai pakaian Ihram dan akan berniat kira-kira 6 jam pesawat berlepas atau 2 jam sebelum pesawat mendarat. Mereka yang akan ke Mekah akan berniat Ihram Umrah atau Haji. Bagi mereka yang berniat Umrah, bermakna mereka akan melaksanakan haji cara Tamattuk.
Bagi mereka yang berniat haji dalam pesawat, bermakna mereka akan melaksanakan Haji Ifrad

0 comments:
Post a Comment