Monday, January 20, 2014

PERSIAPAN KEROHANIAN


Haji adalah satu Jihad bagi mematuhi segala Rukun, Wajib , Syarat sah Rukun dan menjaga Larangan Ihram di tempat  dimana cuaca, bentu muka bumi, budaya dan cara pergaulan  yang sangat berlainan dengan di tempat kita, Malaysia.
Semasa berada Di Madinah dan Mekkah pelbagai aktiviti yang mencabar seperti berikut:
  1. Menginap dalam sebilik dengan orang yang belum dikenali, perbezaan lorat percakapan, perbezaan umur dan tahap pendidikan  dan perbezaan cara hidup.
  2. Setiap aktiviti perlu beratur dan menunggu giliran seperti mengguna bilik air, menaiki dan turun lif, membeli makanan, mendapat perkhidmatan TH atau Klinik dan pelbagai lagi.
  3. Untuk melakukan solat di Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi perlu berjalan antara 1200  meter sehingga 2 km pergi dan balik. Kebimbangan tidak kenal jalan balik ke tempat penginapan.
  4. Apabila keluar dari tempat penginapan terpaksa bersesak-sesak dengan orang ramai, di kedai, perjalan ke Masjid, dalam Masjid,  apabila keluar ke masjid  dan perjalan balik dari masjid, semasa tawaf dan sai.
Apa yang dinyata di atas adalah sebahagian cabara yang akan dilalui.
Oleh itu Bakal Haji perlu lah mempersiapkan diri dengan kekuatan Kerohanian untuk melakukan Ibadat di Tanah Suci.
Perbagai cara yang boleh dilakukan mulai sekarang di antaranya:
  1. Selalu menghadiri program yang melibatkan orang ramai. Jadikan kita mudah untuk menegur sapa orang dan menanya khabar. Tempat tersebut seperti Semasa Menghadiri Kursus, Majlis Perkahwinan, Majlis Ilmu di Surau atau Masjid.
  2. Semasa berurusan dengan TH atau membayar bil-bil yang  terpaksa  menunggu. Buat lah sesuatu yang boleh menenangkan perasaan semasa menunggu. Antara yang boleh dilakukan ialah berzikir, berbual-bual dengan orang disebelah atau membawa bahan bacaan.
  3. Mulai sekarang apabila hendak ke mana-mana yang melibatkan jarak kurang 1 km, hendaklah berjalan kaki supaya otot-otot dapat perkuatkan dan menyebabkan kita terbiasa dengan berjalan kaki.
Perkara yang sangat penting adalah  minda kita hendak berfikiran positif. Setiap perkara yang berlaku akan menimbulkan kekuatan dan manafaat kepada kita.
Antara fikiran positif ialah:

  1. Apabila kita berada bersama orang tidak kita kenali, kita boleh fikirkan bahawa Allah telah memberi peluang untuk kita berkenalan dan menghubungkan Silaturahim. Sesungguh Allah akan meluaskan rezki kepada mereka yang menghubungkan Silaturahim.
  2. Apabila kita berurusan yang terpaksa menunggu, kita fikirkan bahawa Allah hendak memantapkan tahap kesabaran kepada kita. Kita fikirkan bahawa Allah sentiasa bersama orang yang sabar.
  3. Apabila kita terpaksa berjalan jauh untuk ke masjid. Kita fikirkan bahawa setiap langkah ke masjid menyebabkan Allah mengampunkan dosa kita dan memberikan Rahmatnya kepada kita.

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes