Wednesday, April 20, 2011

PEMERIKSAAN KESIHATAN BAKAL HAJI 1432H

Tabung Haji Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan sedang membuat persiapan bagi menjalani Pemeriksaan Kesihatan kepada bakal haji 1432H yang Terpilih yang menjawab menerima tawaran dengan Tabung Haji. Pemeriksaan Kesihatan sangat penting kepada bakal haji bagi tujuan memastikan tahap kesihatan yang ada mampu melaksanakan Ibadat Haji. Juga dapat membantu bakal haji jika memerlukan bantuan rawatan kesihatan di Tanah Suci dengan merujuk Buku Rekod Rawatan.
Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutan akan memberi Taklimat kepada Pegawai Perubatan dari Klinik yang terdapat dalam Wilayah Persekutan dan Pegawai Perubatan Swasta yang berminat memberi perkhidmatan pemeriksaan kesihatan kepada bakal haji. Apabila Pegawai Perubatan telah mengikuti Taklimat tersebut, Numbor Pendaftaran akan dikeluarkan bagi melayakan mereka membuat pemeriksaan kesihatan kepada bakal haji. Jabatan Kesihatan akan mengaturkan Perkhidmatan Khas Pemeriksaan Kesihatan pada hari dan tempat yang akan ditentukan kemudian. Bakal haji hendaklah hadir mengikuti tarikh dan masa yang ditetapkan. Perkhidmatan ini diberi PERCUMA kepada bakal haji. Perkhidmatan yang diperolehi dengan Klinik Swasta adalah atas tanggungan sendiri bakal haji. Kelebihan Klinik Swasta memberi kemudahan kepada bakal haji untuk memilih tarikh, masa dan tempat yang bersesuaian.
Perkhidmatan Khas Pemeriksaan Kesihatan dijangka diadakan bulan Mei 2011. Tabung Haji Wilayah Persekutuan akan mengeluarkan surat kepada bakal haji 1432H yang menentukan tarikh dan masa. Apabila bakal haji menerima surat TH, bakal haji perlu menjawab untuk hadir pada tarikh dan masa yang ditentukan. Jika tidak menjawab, bakal haji hendaklah membuat pemeriksaan kesihatan di Klinik Swasta yang dibenar oleh Jabatan Kesihatan.


Sebelum membuat pemeriksaan kesihatan, bakal haji perlu mendapatkan Buku Rekod Rawatan di Tabung Haji Wilayah Persekutuan dengan PERCUMA. Bakal haji perlu melengkapkan butiran yang diperlukan dan menampal gambar berukuran gambar kad pengenalan di muka surat 1. Semasa berurusan, bawa bersama rekod kesihatan dan nama ubat yang dimakan (jika ada). Bakal haji yang tiada menerima surat panggilan hendaklah datang ke Tabung Haji Wilayah Persekutuan untuk mendapatkan surat jika hendak mendapatkan Perkhidmatan dari Jabatan Kesihatan WP. Bakal haji yang lulus pemeriksaan kesihatan akan diberi suntikan Maningitis. Peringatan Penting: Setelah Buku Rekod Rawatan telah dilengkapkan dengan kelulusan Pegawai Perubatan, Buku Rekod Rawatan hendak disemakan oleh Pegawai Tabung Haji dan akan direkod dalam sistem Tabung Haji bagi memudahkan urusan Visa.
Bakal haji yang tidak lulus pemeriksaan kesihatan, akan dirujuk ke klinik yang berhampiran untuk mendapat rawatan susulan sehingga penyakit yang dihidapi stabil. Apabila stabil barulah pegawai perubatan memberi kelulusan.
Bakal Haji yang telah membuat pemeriksaan kesihatan tahun lepas (1431H) hendaklah membawa Buku Rekod Rawatan tahun lepas semasa membuat pemeriksaan kesihatan tahun ini (1432H). Suntikan maningitis tidak perlu diambil kerana ketahanan ubat dalam badan selama 3 tahun.

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes