Friday, December 31, 2010

PERJALANAN KE MADINAH

Kami kumpulan yang menaiki KT 57 diminta oleh Petugas TH untuk melakukan Tawaf Wida’ pada 3.00 pagi (sebelum solat subuh) kerana dimaklumkan bas akan bergerak ke Madinah jam 7.00 pagi. Saya dan isteri menaiki bas No 4 bersama 43 penumpang lain. Jangkaan untuk bas bergerak telah terlewat dan bergerak jam 9.00 pagi. Saya hanya beristifar semoga Allah s.w.t mengampunkan dosa ku dan penumpang-penumpang lain. Alhamdulillah bas bergerak dengan lancar. Kira-kira 200km bas bergerak tiba-tiba tayar belakang bas meletup dan menyebabkan bas agak hilang kawalan dan menuju ke tepi jalan. Tak lama kemudian bantuan sampai untuk menukar tayar bas. Alhamdulillah tayar bas telah di tukar dan bas mula bergerak. Tidak berapa jauh bas bergerak, pemandu bas memberhentikan bas dengan membawa sebaldi air turun dari bas menuju ke belakang bas. Kami mendapat makluman engin bas panas. Kemudian bas bergerak dan sekali lagi bas berhenti, kami lihat di tepi jalan banyak monyet sedang menghampiri bas, pemandu bas tidak jadi turun bas tapi mengerakkan bas beberapa km dan berhenti untuk menambah air lagi. Bas bergerak dan berhenti beberapa kali. Sehingga sampai tempat rehat bas singgah disitu kemudian bantuan sampai untuk membaiki bas. Tidak sampai satu jam bas telah dibaiki. Bas bergerak ke Madinah dan sampai kira-kira 7.00 malam. Dalam pemerhatian saya penumpang bas sangat tenang dan tidak menunjukkan keresahan. Saya berdoa agar Allah s.w.t memasukkan dalam gulungan mereka yang telah mendapat haji Mabrur.

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes