Semasa di Mekah saya menginap di sebuah bilik di tingkat 9 bersama 5 orang rakan yang tidak pernah saya kenal sebelum ini. Seorang Guru Besar dari Merlimau Melaka, seorangGuru Cemerlang dari Jempol Negeri Sembilan dan 3 orang Akauntan dari Wilayah Persekutuan. Kami semua mempunyai latar belakang berbeza. Semasa berehat kami bertaaruf dan mengenali diantara satu sama lain. Kami sangat memahami dengan rakan sebilik. Kami berlumba-lumba berbelanja untuk rakan sebilik sehingga berlaku kelebihan makanan yang tak mampu untuk dimakan. Kedudukan kami yang bersama, banyak menimbulkan motivasi untuk melakukan ibadat. Apabila seorang sedang bersiap untuk ke masjid yang lain turut membuat persiapan juga. Kami dibilik akan melakukan apa kerja yang boleh dibuat seperti memasak air, mengambil makanan tengahari dan makan malam, membuang sampah dan lain-lain. Kami akan makan bersama-sama kecuali minum pagi. Kadang-kadang kami akan minum pagi dengan pasangan kami di luar bilik dengan membentang tikar. ( Gambar di atas semasa menunggu untuk ke Arafah. Dari kanan Amat, Sukur, Guru Besar Abu Zahar, saya, Amin dan Che Gu Masri )
0 comments:
Post a Comment