Monday, January 3, 2011

PENGEMBARAAN INTELEK 11

Semasa di Mekah tujuan utama ialah solat di Masjid AlHaram. Saya akan membuat persiapan yang secukupnya dari segi fizikal dan mental. Saya akan memastikan membawa kertas tisu, plastik , penutup hidung dan sejadah. Tujuan kertas tisu adalah untuk mengesat hingus atau dimasukan dalam plastik bagi tujuan meludah di dalamnya jika perlu. Plastik juga boleh diguna untuk dimasukkan selipar atau kasut dan saya akan membawa plastik lebih untuk diberikan kepada mereka yang membawa selipar dalam masjid tidak bersarung. Tujuannya bagi mengelakan kotoran di selipar tidak mencemarkan masjid. Penutup hidung digunakan apabila kawasan berabuk atau ada orang sentiasa batuk. Sejadah digunakan untuk tempat solat dan juga menandakan tempat itu sudah ada orang bagi memudahkan untuk bergerak bagi mengambil/meletak Quran pada rak atau untuk minum air Zam Zam.
Saya pastikan minda saya telah membuat ketetapan dari awal, arah mana untuk masuk ke masjid, membuat perhitungan jika saya membuat sesuatu adakah akan menimbulkan kesusahan kepada orang lain. Saya telah membuat ketetapan kepada isteri saya supaya menunggu di suatu tempat yang telah dipersetujui dan jika lama menunggu tidak juga berjumpa hubungi melalui telefon. Saya mencari tempat yang mudah di dalam masjid untuk ke tandas bagi tujuan buang air atau mengambil wuduk. Dalam keadaan ini saya dapat menumpukan minda saya untuk beribadat.

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes