Sunday, January 2, 2011

PENGEMBARAAN INTELEK 10

Setiap kali berada di Masjid AlHaram saya akan berzikir, solat sunat, berdoa dan Tafakur berkenaan perkara yang berlaku disekeliling ku agar ianya memberi manafaat kepada ku. Masa untuk melakukan setiap solat waktu persiapannya mengambil masa. Solat waktu tidak sampai 10 minit, tetapi masa berjalan, masa untuk ke masjid mesti sampai ½ jam sebelum Azan, ½ jam masa untuk tunggu Ikomat. Jika dijumlahkan hampir 2 jam.
Pada mulanya apabila setelah solat waktu, solat Jenazah dan solat sunat saya terus bangun untuk keluar masjid. Saya menghadapi keadaan yang tidak selesa untuk keluar masjid dengan cepat kerana ramai jemaah hendak keluar pada masa itu. Jemaah yang solat pada laluan orang masih bersolat dan berdoa atau duduk menunggu tidak menghiraukan orang yang hendak keluar atau masuk. Keadaan ini melambatkan lagi pergerakan untuk keluar. Dipintu keluar manusia bersesak-sesak untuk keluar dan ada yang hendak masuk. Terdapat jemaah memakai selipar atau kasut di hadapan pintu masuk dan menyebabkan orang hendak keluar terhalang.
Apabila sampai di dataran juga terdapat jemaah duduk-duduk atau berdiri menunggu pasangan atau rakan. Apabila sampai di hotel orang ramai sedang menunggu lif. Keadaan ini menyebabkan saya tidak selesa. Maka tindakan saya ialah menunggu di tempat solat saya melaku perkara-perkara yang berfaedah seperti membaca Al Quran atau berzikir kira ½ jam. Alhamdulillah selepas itu keadaan untuk keluar tidaklah bagitu sesak dan mudah untuk keluar dan berjalan untuk balik ke Hotel. Dalam keadaan yang dilalui itu, telah mendidik saya supaya bersabar atas kerenah manusia dan bersabar dari tergesa-gesa untuk keluar masjid. ( Gambar di atas adalah di dataran Masjid Al Haram penuh sesak dengan manusia )

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes