Friday, January 7, 2011

PENGEMBARAAN INTELEK 12

BERKENALAN DAN BERMESRA
Di Mekah saya berjumpa dengan manusia yang pelbagai bangsa dan warna kulit.Ada yang tua, ada yang muda, ada yang cacat, ada yang berdaya dan ada yang tidak berdaya. Saya sentiasa mencuba berkomunikasi dengan mereka samada menghulur tangan untuk bersalaman atau mengucapkan salam. Jika berjumpa dengan jemaah Indonisia mudah kepada saya dan jemaah yang boleh bertutur bahasa Inggeris dapat lah saya bertanya kabar dan bertukar pandangan.Saya akan mengambil masa untuk berfikir bagaimana cara dan gaya mereka berada di Mekah. Apa yang di lihat mereka tidak berkadaan baik seperti yang saya dapat. Ada di antara mereka tidor di dataran atau di sekitar kawasan luar masjid. Ada juga mereka yang tidor di dalam masjid. Ada jemaah tempat penginapan sangat jauh sehingga terpaksa menaiki bas untuk ke masjid. Ada jemaah yang membawa beg pakaian bersama di dataran masjid. Kesimpulannya jemaah Malaysia sangat terurus Urusan Haji mereka jika dibandingkan dengan kebanyakan jemaah dari Negara lain.

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes