Wednesday, January 19, 2011

JADUAL KURSUS ASAS HAJI 1432H WILAYAH PERSEKUTUAN

Tabung Haji Wilayah Persekutuan ( THWP ) telah membuat persiapan bagi melancarkan perjalanan Kursus Asas Haji ( KAH ) dulu dikenali Kursus Haji Bersiri . Pada 13 Januari 2011 telah mengadakan mesyuarat dengan Pembimbing Ibadat Haji(PIH) dan 17 Januari telah mengadakan mesyuarat dengan 18 buat masjid sekitar Wilayah Persekutuan dan masjid di pinggiran Wilayah Persekutuan. KAH adalah anjuran THWP dengan kerjasama masjid yang terpilih. THWP telah menetapkan 20 buah masjid dijadikan tempat menjalani kursus pada tahun ini. Orang ramai yang berminat dijemput hadir, terutamanya mereka yang akan menunaikan haji pada tahun 1432H. Peserta kursus akan dikenakan bayaran pendaftaran sebanyak RM70.00 bagi 17 siri (minggu). Bayaran pendaftaran dikenakan bagi perbelanjaan seperti Sagu Hati PIH, minuman semasa kursus, letrik, air, penyelanggaran dan lain-lain. Bagi bakal haji 1432H mereka hanya dikenakan bayaran semasa KAH sahaja. Bakal Haji 1432H tidak dikenakan apa-apa bayaran semasa Kursus Haji Intensif, Kursus Haji Khas dan Kursus Haji Perdana.
KAS akan bermula 26 Febuari 2011 (Sabtu) atau 27 Februari 2011 ( Ahad) dan tempatnya adalah seperti berikut:









































1 comments:

Anonymous said...

terima kasih atas maklumat

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes