Thursday, January 6, 2011

GILIRAN MENUNAIKAN HAJI

Bagi mereka yang telah mendaftar haji dengan Tabung Haji akan ditawarkan untuk menunaikan haji mengikut siapa daftar dahulu di dahulukan. Setiap tahun TH akan menawarkan seramai 26,000 orang untuk menunaikan haji. Semasa tawaran dikeluarkan kepada bakal haji terdapat mereka yang tidak menjawab dan ada yang menolak tawaran atas beberapa sebab.Apabila sampai tarikh akhir untuk menjawab tawaran yang ditetapkan oleh TH, maka TH akan menawarkan kepada mereka yang telah mendaftar haji dan gilirannya yang ke 26,000 ke atas dikira yang mana lebih awal.
Setiap tahun mereka yang lambat lagi giliran mereka, akan membuat rayuan. Pelbagai sebab dinyatakan seperti telah lanjut usia, mengidapi penyakit tapi disahkan oleh Pegawai Perubatan Stabil kedudukannya tahun berkenaan, telah mencukupi Wang Perbelanjaan Haji, telah mengikuti Kursus Haji berkali-kali, mengikuti Mahram yang terpilih dan pelbagai lagi alasan. Bagi mereka yang merayu tidak boleh beranggapan bahawa rayuan mereka akan lulus 100%. Mereka kena faham jumlah bakal haji adalah terhad dan mereka yang masih menunggu ramai dan yang merayu juga ramai. Tindakan merayu adalah usaha yang dilakukan bagi menunjukan kesungguhan kita untuk menyahut seruan Haji. Selepas itu kita serahkan kepada Allah s.w.t menentukan.
Pada tahun 1431H ramai luahan tidak puas hati kerana rayuan mereka atau keluarga mereka tidak Berjaya. Timbullah soalan kenapa mereka yang baru daftar daripada mereka dapat pergi menunai haji dengan mengiktu Pakej TH atau Swasta. Adakah adil mereka yang mempunyai wang yang banyak boleh pergi Mekah? Ada yang menyatakan mereka ini telah merampas tempat orang lain yang sepatut dipilih. Kita semua telah faham bahawa Haji adalah Ibadah kepada Allah s.w.t. Apabila kita melakukan Ibadah kita mengharapkan Pahala dan Keredoan Allah s.w.t. Kita akan mendoakan mereka yang melakukan Ibadat mendapat kebaikan dan seterusnya kebaikan akan melempah kepada kita. Kesimpulannya siapa sahaja yang Terpilih menunaikan Haji, kebaikannya akan diperolehi oleh mereka dan kita.

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes